NUFFNANG ADS

Sunday, June 3, 2012

Belajar form 6 susah!!


Assalamualaikum

Mengikut pandangan umum masyarakat,masuk form 6 ni buang masa.Ye ke?? maka, ramailah pelajar lepasan SPM yang menjadikan 'form 6' ni sebagai pilihan terakhir untuk sambung belajar walhal pilihan ni boleh dikatakan sebagai satu batu loncatan untuk berjaya pada usia muda.Ramai pelajar sanggup tunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran dengan diploma ataupun sijil.Jadi ada yang bertanya salah ke kalau macam tu??Eh,tidak salah pun,siapa kata salah??hehe.

Cuma nak cerita,jika sanggup cabar diri sendiri masuk form 6,anda tidak rugi apa-apa,duit pun tidak rugi,malahan dapat jimat lagi sebab secara purata setahun setengah belajar form 6 anda cuma menggunakan RM2000 ke RM 3000 sahaja sedangkan diploma setahun sahaja lebih daripada RM 3000.Kalau didarabkan dengan 3 tahun belajar?? Tambah lagi dengan segala yuran asrama,duit belanja makan,lepak-lepak,agak-agak dah berapa banyak dah habis?? 

Keduanya,pengalaman belajar di sekolah sebagai pelajar form 6 ni berbeza dengan pengalaman belajar sebagai pelajar tingkatan 5.Selalunya dalam kelas semasa form 1 hingga form 5 kita belajar berpuak-puak.Hujung sana puak lain,sini lain,sinun lain tapi bila dalam kelas form 6,adat puak-puak TIADA sebab kita satu keluarga yang saling memerlukan antara satu sama lain.Perkara ni datang secara semula jadi dan agak menyeronokkan.

Pelajar form 6 juga boleh dikatakan senior kepada semua pelajar jadi, kalau kita lalu pun pelajar-pelajar lain akan tengok kita macam tak pernah tengok.Rasa macam artis pun ada sebab semua  pelajar kenal siapa kita.Ye la dah jawatan yang tinggi-tinggi kita pegang,segala urusan berkaitan program sekolah,pelajar form 6 kendalikan.

Acara sukan,majlis-majlis formal,lawatan, semua pelajar form 6 kendalikan dengan pemantauan guru-guru.Jangan salah faham ye,guru-guru tidak melayan kita seperti budak form 5 sebab mereka pun faham kita ada cara tersendiri,gaya tersendiri untuk kendalikan program.Semua pelajar berpeluang jadi ketua untuk setiap program jadi,kita akan belajar bagaimana ingin mengawal perjalanan program,masalah-masalah yang timbul.Pernah rasa??Mungkin segelintir pelajar sahaja.

Hubungan dengan guru-guru pun lebih daripada sebagai 'anak murid dan guru' sebab kita bebas bertanya dan kemukan pandangan kita tentang sesuatu perkara.Tak de siapa nak kata soalan yang kita tanya tidak relevan dengan apa yang kita belajar dalam buku!

Ketiga,belajar form 6 susah??Sebenarnya,para pelajar sudah dimomokkan dengan perkara ini.Siapa momokkan??Cikgu-cikgu,ibu bapa,kawan-kawan,masyarakat.Mereka pun percaya la form 6 susah.Kalau nak diikutkan semuaya bergantung pada mindset.Kalau kita yakin dengan apa yang kita  buat,Insyaallah kita boleh buat.

Kenapa nak percaya pada perkara yang samar-samar?Kenapa tidak kita sendiri yang melalui perkara tu,lagi seronok,lagi mencabar,lagi banyak kita belajar.Ada pula yang kata ini tentang masa depan!Ya betul perkara ini melibatkan masa depan tapi kenapa takut untuk cabar diri sendiri??Kenapa takut dengan kehidupan??Kenapa mengejar kejayaan yang belum pasti??Jika kita yakin dengan cita-cita kita,tak pe sebab kita pasti dengan apa yang kita inginkan dalam hidup ni,bagi yang tidak pasti??Dapat tawaran Universiti dengan pengajian yang bukan kita minat,kita pun masuk sebab nama 'Universiti '.Megah la konon.Esok-esok lepas tamat belajar mula tanya diri sendiri kenapa la aku kena buat kerja yang membosankan ni??Akan ada yang belajar semula untuk dapatkan pekerjaan yang dia inginkan tapi umur dah berapa masa tu?

Daripada tidak pasti,samar-samar,lebih baik cuba ambil form 6.Tidak rugi apa-apa malahan pihak Universiti akan pilih para pelajar form 6 dahulu bagi kemasukan Universiti,baru para pelajar daripada matriks,diploma.Jadi,nak takut apa??

Tambahan pula sekarang form 6 dah pakai sistem modular (sistem semester).Macam universiti dah pun cuma kita belajar dekat sekolah je.Semester pertama kita belajar bahagian ini sahaja lepas itu exam,semester kedua bahagian lain lepas tu exam,semester ketiga kita buat projek dalam kumpulan lepas tu bentang.Markah exam teruk macam mana?Boleh ulang exam,bayar RM 50 sahaja.Dah cukup senang dah tu tambah pula ada bahagian exam tertentu,guru-guru berkuasa bagi markah dekat pelajar.Kami??Majlis Peperiksaan Malaysia yang bagi markah!Alahai,kami yang belajar pakai sistem lama ni cukup cemburu dengan mereka yang belajar sistem modular.Bersyukur la siapa yang dapat form 6 tahun 2012 ni.



Nak rasa pengalaman ni??


atau pengalaman ini??




Arigatou gozaimasu!! >_<

1 comment:

  1. azie...ble post nie...xtau pn....haha..

    ReplyDelete