NUFFNANG ADS

Saturday, June 23, 2012

Muzakarah kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Negeri Perak Darul Ridzuan ( Part 2)


- Assalamualaikum-

Kalau hari tu bercerita tentang Imam Muda Hassan,kali ni aku nak bercerita tentang Presiden PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia )  pula!Dah tahu wujud pertubuhan PKPIM mestila nak tahu siapa presidennya kan?

Jadi,ni dia presidennya!!
Ahmad Fahmi Mohd Samsudin
-gmbr google-
Berbaju Biru,3 dari kiri


Orang yang hebat ni,kadang-kadang kita jarang kenal & aku sendiri pun memang tak kenal sebelum join kem ni.Banyak juga ilmu yang dikongsikan dengan kami semasa di kem dan antaranya :-


SOALAN TIPIKAL
Soalan-soalan yang sering ditanya jika kita dipilih untuk menjadi seorang pemimpin ataupun orang lain mempertikaikan kebolehan kita.

  • Tidak yakin.
Contoh paling senang nak bagi masa pemilihan jawatan untuk kelas,persatuan dan sebagainya.Mesti ramai yang angkat tangan cadangkan kawan sendiri & yang kawan tu pun mulalah,

''heee tak payah la pilih aku!!pilih la orang lain!Aku malas la nak ada jawatan-jawatan ni.Leceh tau tak!''

Bukan tak suka,bukan leceh tapi tak bersedia nak pikul tanggungjawab sebab tiada keyakinan diri.
Berapa ramai diantara kita yang bersedia ingin memikul amanah & tanggungjawab tanpa bantahan sebab tiada keyakinan diri??sedangkan inilah masa kita ingin belajar sambil dibimbing orang yang lebih arif.
  • Tidak aktif
Ramai je dalam dunia ni jawatan tinggi-tinggi tapi tak aktif pun.Senang cerita dekat sekolah,kita perhati setiap persatuan.Persatuan mana yang Ahli Jawatankuasa Tertingginya aktif menggerakkan organisasi persatuan & ahli-ahlinya turut aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.Bilang dengan jari!!Situasi sebeginipun sebenarnya boleh mempengaruhi keyakinan bakal pemimpin sebab persatuan tu sendiri mati,tiada komunikasi antara ahli persatuan & AJK tertinggi.
  • Complex
Selalunya untuk persatuan yang hebat-hebat & dikenali ramai.Seorang pemimpin yang bakal dilantik akan rasa terganggu sebab secara tidak langsung orang lain akan memerhatikan pemimpin tersebut & mambandingkannya dengan pemimpin-pemimpin yang lepas.Tambahan pula,aktiviti persatuan akan dijalankan secara besar-besaran menambahkan lagi kerunsingan hati pemimpin tu.
''Haishhh,persatuan feymes dah,boleh ke ni aku jadi ketua persatuan ni??Lingkup jugak lew persatuan ni aku kerjakan nanti.''
  • Takut bagi arahan
Disebabkan namanya persatuan jadi mesti la ada ahli-ahlinya.Bila dah ada ahli mestila ada macam-macam ragam perangai ahli kan??Disebabkan tu,yang jadi pemimpin ni takutlah  nak bagi arahan sebab takut anak buah tak nak dengar.Lama-lama dia pun buat semua kerja sendiri tanpa bantuan ahli-ahlinya yang lain sampaikan dia lah ketua dan dia jugalah anak buah.Macam mana ni????
  • Tiada pakej
''Aku tak cantik/hensem macam kakak/abang senior tahun lepas tu,nanti mesti orang tak nak dengar cakap.Dah la tu aku bukan kaya pun macam dieorang.Kawan pun tak ramai,macam mana aku nak memimpin ni??Tak berani la aku nak jadi ketua,buat malu je''

Nak habaq mai sikit,ada eh baby yang baru lahir terus boleh lari??Ada eh baby baru lahir boleh terus memimpin??Tak de pula aku dengar orang dok kata Najib dengan Barack Obama tu hensem,Rosmah cantik.Yang aku dengar orang dok kutuk-kutuk dieorang ada la.Tapi dieorang pemimpin,kan??Berjaya,kan??Dah tu,yang sibuk dengan benda-benda tak patut tu nak buat apa??Yang penting sekali,penuhkanlah ilmu dekat dada tu & orang lain automatik akan respect kita.

Ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang lebih tinggi di sisi Allah & masyarakat.


Soalan-soalan sebegini juga yang membuatkan seorang pemimpin hilang keyakinan diri untuk memimpin orang lain sedangkan dia berkebolehan untuk memimpin.

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

Jika kita ingin memimpin,mengapa kita ingin memimpin???
Untuk jadi terkenal??Markah koko tinggi??Goyang kaki,suruh orang bawahan yang buat kerja??Dah orang pilih jadi ketua,jadi aje le..
@
Kita ingin memimpin sebab nak cari redha Allah,kasih sayang Allah??

Jadilah seorang pemimpin tetapi pemimpin yang berlandaskan syariat Islam supaya setiap tindakan & keputusan mendapat petunjuk dari Dia & diberkati-Nya.

Jadilah seorang pemimpin yang mengamalkan Qudwah Hassanah ( kepimpinan melalui teladan ) supaya orang lain juga kembali mengamalkan nilai-nilai Islam dalam setiap perbuatan yang dilakukan.
Jadilah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dengan amanah yang dipegang kerana jika kita tidak memimpin orang lain,kita memimpin diri kita sendiri.Tanggungjawab kita sebagai seorang anak,seorang pelajar,seorang kakak,abang,adik dan lain-lain kerana tanggungjawab itu akan ditanya di akhirat kelak.

Dalam surah Al-Baqarah ayat 30 juga telah mengatakan bahawa :-

     
وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً قَالُوْا أَتَجْعَلُ فِيْهَا مَن يُفْسِدُ فِيْهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَ نَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَ نُقَدِّسُ لَكَ قَالَ إِنِّيْ أَعْلَمُ مَا لاَ تَعْلَمُوْنَ

Maksudnya : Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah.Berkata mereka : Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalam nya dan menumpahkan darah ,padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. 


JENIS-JENIS KEPIMPINAN

Kepimpinan boleh datang dalam 4 jenis :-

  • Transactional leaders
Bermaksud pemimpin yang beri panduan & motivasi kepada pengikut untuk tahu arah tuju,wawasan,tanggungjawab,matlamat & keperluan.
  • Functional leaders
Pemimpin yang berupaya memimpin orang lain dalam kumpulan & berjaya menyiapkan sesuatu tugasan dalam kumpulan sambil meningkatkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan & kepuasan yang dapat dinikmati oleh setiap ahli kumpulan.
  • Situational leaders
Pemimpin yang muncul tiba-tiba & mampu mengetuai/mengawal situasi yang berlaku dengan berjaya.
  • Tranformational leaders
Bermaksud suatu proses untuk memberi kesedaran tentang perkara yang penting & menggerakkan kumpulan untuk melihat peluang & cabaran dalam persekitaran daripada sudut yang berbeza.

KELEBIHAN SEBAGAI PEMIMPIN

  1. Leadership training ( berani ambil risiko )
  2. Improving knowledge ( memimpin sambil belajar daripada pengalaman )
  3. Improving communication skills ( cara bercakap dengan orang drpd background yg berbeza )
  4. Networking ( rangkaian pengaruh )

If you like it :-

Arigatou gozaimasu!!!





No comments:

Post a Comment