NUFFNANG ADS

Thursday, September 13, 2012

SKEMA JAWAPAN STPM PERCUBAAN NEGERI PERAK 2012


- Assalamualaikum -


Disebabkan trial dah habis & jawapan pun sudah dapat dikumpul,maka,sharing2 lew!!!

SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN PERAK 2012

1.
A
31.
B
2.
D
32.
A
3.
B
33.
B
4.
A
34.
A
5.
B
35.
C
6.
D
36.
A
7.
B
37.
A
8.
B
38.
B
9.
B
39.
D
10.
B
40.
C
11.
A
41.
D
12.
B
42.
C
13.
C
43.
D
14.
C
44.
B
15.
D
45.
D
16.
C
46.
B
17.
B
47.
A
18.
C
48.
C
19.
D
49.
C
20.
C
50.
B
21.
C
51.
B
22.
A
52.
D
23.
B
53.
C
24.
C
54.
B
25.
D
55.
D
26.
D
56.
D
27.
A
57.
B
28.
B
58.
C
29.
B
59.
C
30.
A
60.
D



SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU PERCUBAAN PERAK 2012

SOALAN

Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.                                                                                           [50]


2.      Sebagai pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu laporan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan laporan tersebut.

3.      Kebanyakan bencana alam yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan alam.  Ulaskan kenyataan ini.

4.      Modal insan kelas pertama merupakan idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita.   Bincangkan kepentingan modal insan  dan langkah-langkah untuk  melahirkankannya.


Bahagian B

5.      Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.  Rumusan hendaklah  dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.                                              [20] 
                                             
Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil produk tumbuhan herba pada peringkat domestik dan global, industri herba dan aromatik di Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi negara.  Pada tahun 2009, data menunjukkan bahawa nilai pasaran hasil produk tumbuhan herba tempatan mencatatkan jumlah RM9 bilion setahun.  Sementara itu, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dikhuatiri kerana wujudnya arah aliran dalam kalangan masyarakat berpendidikan tinggi yang sudah mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia.
Tumbuhan herba yang tumbuhan subur di hutan Khatulistiwa di Malaysia, sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara.  Sekali gus sektor ini mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga berbilion-bilion Ringgit setahun sekiranya usaha dan kaedah tanaman secara komersial dilakukan dengan betul.
Sehubungan dengan hal itu, industri herba dan aromatik juga berpotensi untuk menjadi sumber komoditi baharu negara selain kelapa sawit, bijih timah, koko, getah, dan minyak mentah.  Hutan di negara ini menyimpan segala jenis herba, iaitu tumbuh-tumbuhan yang kini diteroka khasiatnya untuk manfaat manusia sebagai makanan dan ubat-ubatan.  Untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai dimensi baharu komoditi negara bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dicapai, memandangkan Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia dengan memiliki hutan yang mengandungi lebih daripada 20 ribu spesies tumbuhan.  Lebih menarik, daripada jumlah tersebut, kira-kira 2000 spesies telah didokumentasikan sebagai tumbuhan ubat-ubatan, sekali gus berfungsi sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan herba bernilai untuk diproses menjadi produk penjagaan kesihatan.
Selari dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan juga, tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang dan petani.  Bahkan, sektor ini menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penghasilan sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh petani atau pekebun kecil di luar bandar.
Pasaran bagi produk herba yang meningkat berkali ganda  sudah tentu memberikan jaminan yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini untuk lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan pengguna.  Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda arus perkembangan perubatan tradisional dunia. Nilai import tumbuhan ubat-ubatan herba dan aromatik serta pasaran makanan kesihatan turut menunjukkan peningkatan.  Peningkatan permintaan tersebut sangat berkait rapat dengan faktor tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam produk, seperti perubatan tradisional, penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan,  dan ekstrak yang mengandungi  bahan aktif. Selain itu, hasil tumbuhan herba juga digunakan dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet serta wangi-wangi.
Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna mampu menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan dan seterusnya merealisasikan  kewujudannya sebagai komoditi baharu untuk memacu ekonomi negara agar lebih mampan.  Perkembangan maklumat mengenai kepelbagaian khasiat tumbuhan herba menjadi faktor penarik dalam kalangan saintis Barat untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang berkaitan  dengan tumbuhan itu, seterusnya mengusahakannya secara komersial.  Oleh hal yang demikian, 80 peratus daripada pasaran domestik produk  tumbuhan herba dan aromatik itu datangnya dari luar kerana peserta asing dalam industri ini mempunyai bahan mentah yang lebih berkualiti melalui P&P yang dijalankan. 
Sainstis Barat yang lebih pantas mengorak langkah untuk mengaut keuntungan daripada sektor ini menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan kurang memberikan kesan sampingan berbanding dengan penggunaan ubat moden.  Oleh itu, pengguna yang semakin peka dengan aspek kesihatan  dan kecantikan, lebih cenderung untuk memilih produk yang berasaskan herba dan aromatik kepada faktor risiko yang rendah, di samping aspek keberkesanannya yang lebih terjamin.        
                                            (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, September 2011)         
  

Bahagian C

6.      Alih bahasa petikan cerpen di bawah ini kepada prosa bahasa Melayu moden                       [15]

Kenapa ni Nadri pagi-pagi dah termenung,tanya Salim. Aku risau ini, rambut aku panjang, semalam cikgu Rahim dah ingatkan semasa perhimpunan sesiapa yang berambut panjang akan dipotong. Kenapa kau tak potong je semalam, tanya Salim. Sebenarnya ayah aku sakit,aku bawa ayah ke hospital. Sedar-sedar dah pukul 11 malam,mana kedai gunting rambut buka lagi, jelas Nadri. Salim ,bagi aje aku potong dengan gunting Salmah. Tak nak ,jawab Nadri ringkas. Nanti rambut aku jadi macam teres bukit di lebuh raya Karat. Kalau begitu bagi Salmah potong, dia kerja sambilan di salun kecantikan kakaknya.

Salmah boleh kau tolong kawan aku tak, tanya Salim. Tolong apa,balas Salmah. Kau tolong potong rambut Nadri, bagi pendek. Jelas Salim. Tapi mahu ke dia.? Tanya Salmah. Salim memujuk Nadri sambil diperhatikan oleh Salmah. Kenapa susah sangat untuk potong rambut kau ini,kata Salmah. Sebenarnya... saya malu, rambut saya tidak pernah dipotong oleh orang perempuan. Salmah tersenyum.

( Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kenapa begini jadinya,” koleksi cerpen-
  cerpen terbaik online, Berita Harian 2011.)


7.      Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden. [15]
Hatta Sultan Mahmud Syah menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong, kerana Manjong itu dahulu kala negeri besar, tiada ia muafakat dengan Beruas. Maka Paduka Tuan pun pergilah dengan sepuluh orang hulubalang sertanya. Setelah datang ke Manjong, maka berperanglah orang Melaka dengan orang Manjong. Dengan takdir tuhan Manjong pun alahlah dengan mudahnya. Maka Paduka Tuan pun lalu ke Beruas,raja Beruas pun mengalu-alukan Paduka Tuan. Setelah bertemu, disambut dengan sempurna kemuliaan dan kebesaran dan dibawanyalah  masuk ke negeri.
          Setelah itu maka Paduka Raja pun kembalilah ke Melaka, dan Raja Beruas pun datanglah bersama-sama. Setelah sampai ke Melaka,maka terlalu sukacitalah Sultan Mahmud Syah oleh mendengar Manjong alah itu. Maka baginda pun menganugerahkan persalinan akan Paduka Tuan itu. Maka raja Beruas pun diberi persalinan dan dinobatkan sekali, digelar Tun Aria Bija Diraja. Maka Manjong pun diserahkan kepadanya,maka Tun Aria Bija Diraja pun bermohonlah kepada Sultan untuk berangkat ke Beruas.  Maka dia duduk di Manjong dan Tun Aria Bija Diraja dinobatlah di Manjong. Setelah sudah nobat semua orang menyembah kepadanya kemudian Tun Aria Bija Diraja menghadap ke Malaka, katanya “Daulat Sultan Mahmud Syah”.
( Dipetik dan diubah suai daripada Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, Dewan Bahasa dan 
  Pustaka 1996)


Bahagian D
8.      Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan, dan kemudian buat pembetulan.
Refleksiologi membabitkan urutan pada 62 titik utama di bahagian tapak kaki.  Semua titik-titik itu  dipercayai mempunyai hubungan dengan pelbagai organ utama dalam badan, antaranya jantung, paru-paru, ginjal dan sebagainya.  Dengan mengurut titik utama tertentu, dipercayai bahawa memberikan tindak balas di anggota tubuh yang terlibat.  Urutan pada urat saraf dipercayai boleh merangsang pengeluaran endorfins iaitu sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi.  Pengamal refleksiologi  juga percaya yang kesihatan tubuh manusia banyak bergantung pada perjalanan darah yang lancar. 
 

 SKEMA JAWAPAN
1.      Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah menunjukkan manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya. Bincangkan punca berlakunya fenomena ini dan kesannya.
Pendahuluan
-                   Fenomena pembuangan bayi kian membimbangkan masyarakat dan isu ini seolah-olah sudah menjadi ikutan  dalam masyarakat, khususnya golongan remaja.
-                   Fenomena ini seolah-olah menunjukkan manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya. Acap kali isu ini terpampang di dada-dada akhbar, dihebahkan di corong-corong radio, dan disiarkan di kaca televisyen.
-                   Hal ini menyebabkan negara kita mendapat imej yang buruk daripada negara-negara luar.
-                   Pelbagai punca berlakunya fenomena ini dan kesannya.

Isi

Punca
1.      Kepincangan keluarga – menyebabkan remaja terbiar
2.      Faktor individu -  kurang penghayatan terhadap amalan dan nilai-nilai keagamaan
3.      Pergaulan bebas
4.      Remaja terjebak dalam jerat percintaan
5.      Aktiviti pelacuran
6.      Sikap masyarakat yang terlalu menghukum keterlanjuran remaja
7.      Menjadi mangsa – rogol, sumbang mahram

Kesan
1.      Kesan kepada bayi
·         Bayi menjadi mangsa – pembuangan / pembunuhan
·         Terdedah kepada kes penderaan
·         Peningkatan bilangan bayi yang tidak sah taraf / kehilangan hak
2.      Kesan kepada ibu yang melahirkan
·         Emosi terganggu / kemurungan / trauma
3.      Kesan kepada keluarga remaja perempuan
·         Keruntuhan institusi keluarga / maruah tercemar
4.      Kesan kepada masyarakat
·         Lahir anak-anak luar nikah dalam masyarakat
·         Keruntuhan akhlak dan masalah sosial meningkat
·         Kerosakan dalam nasab keturunan
5.      Kesan kepada negara
·         Perbelanjaan kerajaan meningkat – menyediakan rumah perlindungan / kebajikan
·         Merencatkan pembangunan modal insan

Kesimpulan
-          Masalah pembuangan bayi ini perlu dikaji secara serius
-          Semua pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikannya
-          Semua pihak menerima akibat yang timbul disebabkan kelalian sesetengah pihak.
-          Kita harus mengatasi masalah ini dan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin

2.      Sebagai pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), anda telah diminta untuk menyediakan satu laporan tentang langkah-langkah untuk memartabatkan bahasa Melayu. Sediakan laporan tersebut.

TAJUK :.................................
1.0        Pendahuluan
-          Bahasa Melayu merupakan lambang keagungan bangsa yang berdaulat di bumi Malaysia
-          Bahasa termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957
-          Langkah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan usaha murni  kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu demi menjamin perpaduan rakyat Malaysia
-          Pelbagai langkah telah diambil untuk memartabatkan bahasa Melayu

2.0              Langkah-langkah Memartabatkan Bahasa Melayu

2.1              Penubuhan  DBP 1957
-          Memajukan, mengembangkan, dan memartabatkan bahasa

2.2              Kempen Minggu / Bulan Bahasa
-          Pameran, pertandingan-pertandingan dan lain-lain

2.3              Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar
-          digunakan di sekolah-sekolah

2.4              Akta Bahasa Kebangsaan
-          Perkara 152 – Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
-          Akta 1963    - Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

2.5              Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) -1970
    - Bahasa Melayu bahasa ilmu
    - Universiti pertama yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

2.6              Perbicaraan di Mahkamah dalam Bahasa Melayu
-          Hakim dan peguam menggunakan bahasa Melayu semasa berhujah

2.7              Dokumentasi dalam Bahasa Melayu
- Surat-surat perjanjian, seperti surat jual beli dan sewa dalam bahasa Melayu

2.8              Audit Bahasa Melayu dalam Sektor Kerajaan dan Sektor Swasta
-          Peranan DBP sebagai agensi yang mengaudit penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi

2.9              Peranan Media Massa
-          memperbanyak rancangan / siaran dalam bahasa Melayu
-          menyediakan sari kata bagi rancangan asing

2.10          Peranan Pemimpin Politik
- menggunakan bahasa Melayu yang baku dalam pengucapan dan penulisan
- pemimpin menjadi teladan

3.0        Kesimpulan / Penutup

-          Oleh sebab itu, seluruh warga Malaysia harus meletakkan kedaulatan bahasa Melayu pada kedudukan yang utama.
-          Semua golongan , sama ada rakyat biasa, pemimpin, ilmuwan, ataupun hartawan, harus berasa bangga akan bahasa itu.
-          Kekuatan imej bangsa dan tamadun kita sebenarnya berada dalam genggaman kita sendiri.



Laporan disediakan oleh,                                                              Tarikh :


................................................................
(        NAMA HURUF BESAR           )
                          Jawatan



3.      Kebanyakan bencana alam yang berlaku pada hari ini berpunca daripada kecuaian manusia menguruskan alam.  Ulaskan penyataan ini.
Pengenalan
-          Takrif bencana alam – kemusnahan / musibah yang melanda bumi
-  Contoh-contoh bencana alam - tanah runtuh, banjir, tsunami, jerebu, hujan asid, peningkatan suhu kesan rumah hijau, kemarau, dan sebagainya.
-          Bencana alam berlaku akibat kecuaian manusia dan faktor-faktor lain

Isi

Faktor kecuaian manusia mengurus alam

1.      Pembinaan teres, pembinaan pelbagai rumah di atas bukit, pembinaan  lebuh raya, dan jalan raya yang membawa kepada kemusnahan hutan. Kesannya berlaku tanah runtuh.
2.      Penebangan pokok-pokok tanpa kawalan atau pembalakan secara haram – hakisan tanah dan banjir lumpur
3.      Pembakaran hutan secara terbuka. Contohnya, pembakaran hutan di Indonesia menyebabkan seluruh Asia Tenggara mengalami jerebu
4.        Penggunaan bahan-bahan kimia yang mengeluarkan karbon dioksida, karbon monoksida     seperti penyembur racun serangga , asap kenderaan secara berlebihan, dan asap kilang – jerebu dan bencana alam
5.      Sistem perparitan dan sungai yang tidak diselenggara dan dipantau dengan baik – mengakibatkan banjir kilat.

Faktor-faktor lain

6.      Pergerakan dalam bumi menyebabkan gempa bumi, tsunami, dan tanah runtuh.
7.      Pemanasan global menyebabkan pencairan glasier, paras air laut meningkat, kemarau panjang, dan kesan rumah hijau.
8.      Perubahan angin monsun menyebabkan puting beliung, ribut, dan banjir.


Kesimpulan

-          Hakikatnya bencana alam yang berlaku sangat mempengaruhi kehidupan manusia.
-          Alam harus diuruskan dengan bijaksana agar generasi akan datang dapat mewarisi bumi yang
selamat untuk diduduki

4.      Modal insan kelas pertama merupakan idea yang dicetuskan oleh mantan Perdana Menteri kita.   Bincangkan kepentingan modal insan  dan langkah-langkah untuk  melahirkannya.
Pengenalan
-  Modal insan ialah tenaga manusia yang bakal memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa hadapan
-          Negara maju memerlukan modal insan yang cemerlang dan ampuh
-          Pelbagai kepentingan modal insan dan langkah untuk melahirkan modal insan cemerlang

Isi
Kepentingan
1.      Adanya sumber tenaga yang berkualiti -  JERI seimbang -  hidup sejahtera
2.      Wujudnya masyarakat yang berdaya saing dalam bidang ekonomi
3.      Lahirnya barisan pemimpin yang berkaliber dan berketerampilan - ke arah negara maju - menggerakkan  pertumbuhan ekonomi, politik, dan sosial
4.      Lahirnya masyarakat yang tinggi nilai rohaninya - wujud warganegara berintegriti, berdaya saing, dan berdaya tahan dalam menghadapi pelbagai cabaran
5.      Adanya masyarakat yang berdisiplin dan patuh akan undang-undang
6.      Wujudnya warganegara yang kreatif dan inovatif
7.      Lahirkan warganegara  yang mempunyai visi dan misi - melakukan anjakan paradigma dan berwawasan

Langkah
8.      Melengkapkan golongan remaja dengan ilmu pengetahuan terkini, dalam bidang ICT dan bidang-bidang yang baharu untuk memenuhi keperluan kerjaya masa depan
9.      Mengadakan program-program bagi membentuk sahsiah yang positif dalam kalangan remaja, melahirkan generasi yang berbudi bahasa, dan hormat-menghormati dalam masyarakat majmuk
10.  Melengkapkan diri dengan komunikasi yang baik – komunikasi asas pembinaan kewibawaan – komunikasi membolehkan remaja bersaing pada peringkat global
11.  Membentuk remaja dengan semangat cinta akan negara melalui mata pelajaran di sekolah – remaja yang cemerlang memiliki patriotisme yang tinggi – semangat setia menjadi asas kedaulatan negara
12.  Remaja diterapkan semangat 1 Malaysia – mementingkan kecemerlangan dalam semua bidang – mengutamakan perpaduan
13.  Penambahbaikan terhadap sistem pendidikan – PIPP
14.  Mempertingkatkan program latihan dan kemahiran -teknikal
15.  Mempergiatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D)
16.  Membangunkan aktiviti bertaraf antarabangsa – sukan, seminar, dan pertandingan reka cipta
17.  Melaksanakan program sosial,  contohnya PLKN dan program tanggungjawab sosial korporat, seperti iklan PETRONAS

Kesimpulan:
Pemahaman mengenai kepentingan modal insan perlu diberi penekanan dalam kalangan     rakyat supaya mereka memahaminya dan memastikan apa-apa yang dirancang dapat   dilaksanakan serta mencapai matlamatnya.
-    Bagi memastikan Malaysia maju mengikut acuan yang tersendiri, pembangunan modal insan       secara menyeluruh dan bersepadu perlu dijalankan supaya hal ini  dapat membentuk individu berketerampilan dan berkualiti dalam melahirkan modal insan yang cemerlang.


5.      Fahami petikan di bawah ini, dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya.  Rumusan hendaklah  dibuat dengan menggunakan tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 180 hingga 190 patah perkataan.  Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan.                                 [20 markah]
Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap hasil produk tumbuhan herba pada peringkat domestik dan global, industri herba dan aromatik di Malaysia dilihat mempunyai potensi untuk merangsang ekonomi negara.  Pada tahun 2009, data menunjukkan bahawa nilai pasaran hasil produk tumbuhan herba tempatan mencatatkan jumlah RM9 bilion setahun.  Sementara itu, pasaran produk berasaskan herba tidak perlu dikhuatiri kerana wujudnya arah aliran dalam kalangan masyarakat berpendidikan tinggi yang sudah mula mengutamakan produk berasaskan alam semula jadi berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia.
Tumbuhan herba yang tumbuh subur di hutan Khatulistiwa di Malaysia sememangnya dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi menjana pendapatan negara.  Sekali gus sektor ini mampu memberikan pulangan yang lumayan sehingga berbilion-bilion ringgit setahun sekiranya usaha dan kaedah tanaman secara komersial dilakukan dengan betul.
Sehubungan dengan hal itu, industri herba dan aromatik juga berpotensi untuk menjadi sumber komoditi baharu negara selain kelapa sawit, bijih timah, koko, getah, dan minyak mentah.  Hutan di negara ini menyimpan segala jenis herba, iaitu tumbuh-tumbuhan yang kini khasiatnya dikaji untuk manfaat manusia sebagai makanan dan ubat-ubatan. Usaha untuk menjadikan tumbuhan herba sebagai dimensi baharu komoditi negara bukanlah suatu hal yang mustahil untuk dicapai, memandangkan Malaysia merupakan antara negara terkaya di dunia dengan memiliki hutan yang mengandungi lebih daripada 20 ribu spesies tumbuhan.  Lebih membanggakan kita  daripada jumlah tersebut, kira-kira 2000 spesies telah didokumentasikan sebagai tumbuhan ubat-ubatan, sekali gus berfungsi sebagai stor simpanan yang mengandungi bahan herba bernilai untuk diproses menjadi produk penjagaan kesihatan.
Selari dengan perubahan gaya hidup masyarakat dunia dan keperluan industri makanan, perusahaan tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada peladang dan petani.  Sektor ini menjanjikan pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan penghasilan sesetengah tanaman tradisi lain yang banyak diusahakan oleh petani atau pekebun kecil di luar bandar.
Pasaran bagi produk herba yang meningkat berkali-kali ganda,  sudah tentu memberikan jaminan yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini untuk lebih berdaya saing bagi memenuhi permintaan pengguna.  Malaysia juga tidak terkecuali daripada dilanda arus perkembangan perubatan tradisional dunia. Nilai import produk herba dan aromatik serta pasaran makanan kesihatan turut menunjukkan peningkatan.  Peningkatan permintaan tersebut sangat berkait rapat dengan faktor tumbuhan herba yang digunakan secara meluas dalam produk, seperti perubatan tradisional, penghasilan bahan kimia tulen dalam ubat-ubatan,  dan ekstrak yang mengandungi  bahan aktif. Selain itu, hasil tumbuhan herba juga digunakan dalam industri makanan, minuman, perisa, kosmetik, bahan pencuci, kemasan diri, penambahan diet serta wangi-wangian.

Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna mampu menjadi pemangkin ke arah kemajuan industri herba tempatan dan seterusnya merealisasikan  kewujudannya sebagai komoditi baharu untuk memacu ekonomi negara agar lebih mapan.  Perkembangan maklumat mengenai kepelbagaian khasiat tumbuhan herba menjadi faktor penarik dalam kalangan saintis Barat untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (P&P) yang berkaitan  dengan tumbuhan itu, seterusnya mengusahakannya secara komersial.  Oleh hal yang demikian, 80 peratus daripada pasaran domestik produk  tumbuhan herba dan aromatik itu datangnya dari luar kerana peserta asing dalam industri ini mempunyai bahan mentah yang lebih berkualiti melalui P&P yang dijalankan. 
Sainstis Barat yang lebih pantas mengorak langkah untuk mengaut keuntungan daripada sektor ini menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba sebagai ubat-ubatan kurang memberikan kesan sampingan berbanding dengan penggunaan ubat moden.  Oleh  sebab itu, pengguna yang semakin peka dengan aspek kesihatan  dan kecantikan, lebih cenderung untuk memilih produk yang berasaskan herba dan aromatik kerana faktor risiko yang rendah, di samping aspek keberkesanannya yang lebih terjamin.       
                                            (Dipetik dan diubah suai daripada Dewan Ekonomi, September 2011)         
SKEMA JAWAPAN :

IU  :  Industri herba dan aromatik di Malaysia mempunyai potensi /untuk merangsang ekonomi negara./ Masyarakat berpendidikan tinggi mengutamakan produk alam semula jadi/ berbanding dengan produk yang mengandungi bahan kimia.                                                                                   3/4
IS1 : Tumbuhan herba di hutan Khatulistiwa di Malaysia  dapat dimanfaatkan/  bagi menjana pendapatan / dan memberikan pulangan yang lumayan / sekiranya usaha dan kaedah tanaman dikomersialkan.                                                                                                                      3/4
IS2  : Industri ini berpotensi untuk menjadi sumber komoditi baharu /kerana hutan di negara ini menyimpan segala jenis herba,/ sekali gus berfungsi sebagai stor simpanan/ yang mengandungi bahan herba bernilai/ untuk diproses menjadi produk penjagaan kesihatan.                             3/5
IS3  :  Perubahan gaya hidup masyarakat dunia/ dan keperluan industri makanan,/ tumbuhan herba berupaya untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan/ kepada peladang dan petani berbanding dengan penghasilan sesetengah tanaman tradisi lain.                                        3/4
IS4  : Pasaran bagi produk herba memberikan jaminan yang lebih kukuh kepada peserta dalam industri ini/ untuk lebih berdaya saing/ bagi memenuhi permintaan pengguna.                                 2/3
IS5  :  Peningkatan permintaan berkait rapat dengan faktor tumbuhan herba/ yang digunakan secara meluas dalam produk dan pelbagai industri.                                                                    2/2
IS6  :  Di Malaysia, kepelbagaian biologi flora dan fauna menjadi pemangkin untuk memacu ekonomi negara./  Perkembangan maklumat mengenainya menjadi faktor penarik saintis Barat untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (P&P),/ seterusnya mengkomersialkannya. 2/3

Kesimpulannya:
        Sainstis Barat segera mengorak langkah untuk mengaut keuntungan / kerana mereka menyedari bahawa penggunaan tumbuhan herba kurang memberikan kesan sampingan./ Oleh  sebab itu, pengguna yang mementingkan kesihatan dan kecantikan memilih produk ini/ kerana faktor risikonya yang rendah dan keberkesanannya.                                                              3/4

  
6.       Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.           [15]
“Kenapa ni Nadri, pagi-pagi dah termenung?” Tanya Salim.
“Aku risau ini...rambut aku panjang. Semalam cikgu Rahim dah ingatkan semasa perhimpunan, sesiapa yang berambut panjang akan dipotong”.
“Kenapa kau tak potong je semalam?” Tanya Salim.
“Sebenarnya ayah aku sakit, aku bawa ayah ke hospital. Sedar-sedar dah pukul 11 malam, mana kedai gunting rambut buka lagi,” jelas Nadri.
“Nadri.. bagi aje aku potong dengan gunting Salmah.”
“Tak nak,” jawab Nadri ringkas. “Nanti rambut aku jadi macam teres bukit... di lebuh raya Karak.” “Kalau begitu...bagi Salmah potong, dia kerja sambilan di salun kecantikan kakaknya.”
“Salmah...boleh kau tolong kawan aku tak?” Tanya Salim.
“Tolong apa?” Tanya Salmah.
“Kau tolong potong rambut Nadri, bagi pendek.”
“Tapi mahu ke dia?” Tanya Salmah.
Salim memujuk Nadri sambil diperhatikan oleh Salmah.
“Kenapa susah sangat untuk potong rambut kau ini?” Tanya Salmah.
“Sebenarnya...saya malu, rambut saya tidak pernah dipotong oleh orang perempuan,” Salmah tersenyum.

                                                ( Dipetik dan diubah suai daripada cerpen “Kenapa Begini Jadinya,”                                                         koleksi cerpen-cerpen terbaik online, Berita Harian 2011.)

Skema.
Salim ingin tahu sebab pagi-pagi Nadri sudah termenung.  Nadri menyatakan bahawa dia risau kerana rambutnya panjang sedangkan semalam cikgu Rahim telah mengingatkan bahawa sesiapa yang berambut panjang akan dipotong. Salim bertanya sebab Nadri tidak memotong rambutnya kelmarin. Nadri menjelaskan bahawa ayahnya sakit dan dia membawa ayahnya ke hospital dan apabila dia tersedar jam telah menunjukan pukul 11 malam, dan tidak ada lagi kedai gunting yang dibuka. Salim meminta agar dia memotong rambut Nadri dengan gunting Salmah. Nadri memberitahu bahawa dia tidak mahu kerana  rambutnya nanti,  seperti teres bukit di lebuh raya Karak. Salim meminta agar Salmah  yang memotong rambut Nadri kerana Salmah bekerja secara sambilan di salun kecantikan  kakaknya.  Salim ingin tahu sama ada Salmah boleh menolong kawannya atau tidak. Salmah ingin tahu perkara yang perlu ditolong olehnya.
Salim meminta Salmah memotong rambut Nadri hingga pendek.  Salmah ingin tahu sama ada Salim mahu atau tidak. Salim  memujuk Nadri sambil diperhatikan oleh Salmah. Salmah bertanya kepada Nadri sebab dia susah sangat untuk memotong rambutnya. Nadri menjelaskan bahawa dia malu kerana rambutnya tidak pernah dipotong oleh perempuan. Salmah tersenyum.



7.  Alih bentuk bahasa petikan di bawah ini kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.         [15]
Hatta Sultan Mahmud Syah menitahkan Paduka Tuan menyerang Manjong kerana Manjong itu dahulu kala negeri besar, tiada ia muafakat dengan Beruas. Maka Paduka Tuan pun pergilah dengan sepuluh orang hulubalang sertanya. Setelah datang ke Manjong, maka berperanglah orang Melaka dengan orang Manjong. Dengan takdir tuhan Manjong pun alahlah dengan mudahnya. Maka Paduka Tuan pun lalu ke Beruas, raja Beruas pun mengalu-alukan Paduka Tuan. Setelah bertemu, disambut dengan sempurna kemuliaan dan kebesaran dan dibawanyalah  masuk ke negeri.
          Setelah itu maka Paduka Raja pun kembalilah ke Melaka, dan Raja Beruas pun datanglah bersama-sama. Setelah sampai ke Melaka, maka terlalu sukacitalah Sultan Mahmud Syah oleh mendengar Manjong alah itu. Maka baginda pun menganugerahkan persalinan akan Paduka Tuan itu. Maka raja Beruas pun diberi persalinan dan dinobatkan sekali, digelar Tun Aria Bija Diraja. Maka Manjong pun diserahkan kepadanya, maka Tun Aria Bija Diraja pun bermohonlah kepada Sultan untuk berangkat ke Beruas. Maka dia duduk di Manjong dan Tun Aria Bija Diraja dinobatlah di Manjong. Setelah sudah nobat semua orang menyembah kepadanya kemudian Tun Aria Bija Diraja menghadap ke Melaka, katanya “Daulat Sultan Mahmud Syah”.
                                                (Dipetik dan diubah suai daripada Sulalatus Salatin,Sejarah Melayu,
                                                                                                Dewan Bahasa dan  Pustaka 1996)

Skema:
                 Sultan Mahmud menitahkan Paduka Tuan menyerang  Manjong kerana Manjong pada masa dahulu ialah sebuah negeri yang besar dan tidak bermuafakat dengan negeri Beruas. Paduka Tuan pergi bersama-sama dengan sepuluh orang hulubalang  ke Manjong.  Apabila mereka tiba di Manjong, orang Melaka berperang dengan orang Manjong.  Dengan takdir tuhan, negeri  Manjong dapat dikalahkan dengan mudah. Paduka Tuan pergi ke negeri Beruas  dan  Raja Beruas mengalu-alukan Paduka Tuan. Paduka Tuan disambut dengan sempurna  dan  penuh kemuliaan serta kebesaran.
Setelah itu, Paduka Raja pulang ke Melaka bersama-sama dengan Raja Beruas. Setelah mereka sampai di Melaka, Sultan Mahmud Shah terlalu sukacita mendengar  kekalahan  Manjong. Baginda Sultan Mahmud Syah menganugerahkan persalinan kepada Paduka Tuan. Raja Beruas diberikan persalinan dan dinobatkan serta digelar Tun Aria Bija Diraja. Manjong diserahkan kepadanya. Tun Aria Bija Diraja memohon kebenaran Sultan untuk berangkat pulang ke Beruas. Tun Aria Bija Diraja tinggal dan dinobatkan di Manjong. Setelah dinobatkan, semua orang menyembah baginda, kemudian Tun Aria Bija Diraja menghadap ke Melaka dan menyebut Daulat Sultan Mahmud Syah.






Bahagian D
  8. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab 
      kesalahan, dan kemudian buat pembetulan.

Refleksologi membabitkan urutan pada 62 titik utama di bahagian tapak kaki.  Semua titik-titik itu  dipercayai mempunyai hubungan dengan pelbagai organ utama dalam badan, antaranya jantung, paru-paru, ginjal dan sebagainyaDengan mengurut titik utama tertentu, dipercayai bahawa memberikan tindak balas di anggota tubuh yang terlibat.  Urutan pada urat saraf dipercayai boleh merangsang pengeluaran endorfins, iaitu sejenis bahan kimia yang dikeluarkan oleh tubuh secara semula jadi.  Pengamal refleksologi  juga percaya yang kesihatan tubuh manusia banyak bergantung pada perjalanan darah yang lancar. 

Kesalahan
Sebab Kesalahan
Pembetulan
Semua titik-titik...
Unsur lewah.  Kata bilangan ‘semua’ telah menunjukkan jamak.  Oleh sebab itu, kata nama yang mengikutinya tidak perlu digandakan.
Semua titik... @ Titik-titik
... ginjal dan sebagainya.
Kesalahan tanda baca.  Tanda ‘koma’ perlu diletakkan bagi senarai contoh yang mempunyai tiga atau lebih contoh yang berbeza maksudnya.
... ginjal, dan sebagainya.
...titik utama tertentu, dipercayai bahawa memberikan...
Kesalahan struktur ayat.  Ayat tergantung kerana ayat ini tidak mengandungi subjek.
...titik utama tertentu,  dipercayai bahawa  urutan memberikan ...
... di anggota tubuh yang terlibat.
Kesalahan penggunaan kata sendi.  Kata sendi ‘di’ digunakan khusus di hadapan KN @FN yang menunjukkan tempat, sedangkan dalam ayat KSN ‘pada’ perlu digunakan sebagai perkataan yang terletak di hadapan KN yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. 
... pada anggota tubuh yang terlibat.
... percaya yang kesihatan tubuh ...
1.    Kesalahan kata hubung pancangan relatif ‘yang’ dalam ayat pancangan komplemen.
2.    Kesalahan kata hubung dalam ayat pancangan komplemen. Kata hubung komplemen bahawa perlu digunakan.
... percaya bahawa kesihatan tubuh ...



yang ini cuma bahasa Melayu sahaja ye!!


Arigatou gozaimasu!!!




                                                                            

1 comment: