NUFFNANG ADS

Thursday, August 16, 2012

Nuzul Quran


- Assalamualaikum -

Hehe,lamanya tak bercerita dekat laman blog ni!! 

Walaupun hari Nuzul Quran dah lama,tapi tetap nak cerita juga!!

Sempena hari Nuzul Quran,selalunya ada ceramah di sekolah-sekolah dan kisah ini pun daripada ceramah yang aku dengar di sekolah.

Ustaz yang bagi ceramah ni,dulu,dia tamatkan pengajian dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sebenarnya kisah dia dengan sahabat dia yang berasal dari Iraq (kalau tak silap).

Sahabat ustaz ni seorang yang tinggi imannya dan cukup menjaga tingkah laku.Suatu hari mereka keluar ke pasar malam.Bagi sahabat ustaz tadi tu,itulah kali pertama dia ke pasar malam di Malaysia.

Pulang sahaja dari pasar malam,dia pun berkata kepada ustaz ,
''Wahai sahabatku,ini adalah kali pertama dan kali terakhir aku ke pasar malam!!

Ustaz pun bertanya mengapa??

Dia menjawab, ''terlalu banyak maksiat di sana.''

Ustaz pun hairan,lalu berkata bahawa bumi Malaysia bumi bertuah kerana aman.Tak kan kamu nak pulang ke Iraq yang sedang berlaku pergolakan dan peperangan??

Tahu apa rakan ustaz ni jawab????

''Aku rela pulang ke Iraq dan syahid di sana daripada aku mati disini.Bumi Malaysia mengingat aku pada kaum-kaum zaman dahulu yang diberi nikmat oleh Allah dan kemudiannya mereka kufur,maka Allah menimpakan mereka dengan azab yang berbagai.''

Lebih kurang macam tu la ceritanya.

Kalau direnung-renung balik,betul juga apa yang dikatakan sahabat uztaz tadi.Nikmat negara aman yang Allah kurniakan di Malaysia,mengapa seolah-olah tiada yang menghargai nikmat tu??

Siapa pernah pergi pasar malam?????hehehe..mestila semua pernah pergikan.Jadi,yang pernah pergi mesti tu mesti faham suasana dekat pasar malam macam mana.

Oleh itu,

-Tepuk Dada Tanyalah Iman-


Arigatou gozaimasu!!