NUFFNANG ADS

Monday, June 18, 2012

Muzakarah Kepimpinan Pelajar Sekolah Agama Negeri Perak Darul Ridzuan ( PART 1 )


- Assalamualaikum -



Satu pengalaman yang agak menarik aku lalui dalam program kursus kepimpinan pelajar anjuran Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).Sejujurnya memang aku tak tahu wujud pertubuhan ni dekat Perak,yang aku selalu tau Rakan Muda je.hehe.Selalunya kalau aku nak ikut mana-mana perkhemahan atau program aku terpaksa cancel last minute tapi kali ni Alhamdulillah mungkin rezki Allah nak bagi sampai juga ke INTIM.
Suasana di Intim


Satu perkara yang menjadi kejutan adalah HANYA sekolahku sahaja dari sekolah menengah harian (SMK) dengan seramai 30 orang & yang lain pula dari sekolah menengah agama (SMA) dengan seramai 80 orang. Jadi bayangkanlah ''geng tudung berfesyen'' bercampur dengan ''geng tudung labuh + niqab(purdah)''!!!.Walaupun cuba untuk berlagak cool tapi sebenarnya malu yang amat sebab aku yang dah besar panjang ni belum mampu berpakaian macam mereka.Ada pula sorang adik yang satu asrama dengan aku tanya, ''Akak memang jenis pakai tudung pendek eh??'' Aku pun rasa macam WHAT??? tudung bawal kain cotton kategori pendek juga???Aku bukan dok pakai tudung bawal kain licin.Malu juga aku rasanya.Kami yang datang ni sebenarnya  terdiri daripada pelajar tingkatan 6 dan 5 sedangkan mereka daripada tingkatan 3 hingga 5.Aku tidak bercakap tentang perangai sebab setiap manusia itu tetap melakukan kesilapan.

Imam Muda Hassan & isteri tersayang,Fardatul Ulfah Jamali
Imam Muda Hassan sedang bagi tazkirah ye...

Program pertama dalam Muzakarah Kepimpinan Pelajar dimulai dengan tazkirah bersama Imam Muda Hassan (Juara Imam Muda Musim ke-2).Aku sebenarnya tak tahu pun siapa ahli-ahli Imam Muda ni jadi, kira aku bertuah la dapat kenal terus beliau secara live.Bukan mudah nak dapat kesempatan sebegini tambah pula beliau datang bersama isteri tersayang.

Imam Muda Hassan mengajar aku tentang 4 perkara yang aku selalu lupa dan barangkali jarang kita praktikkan dalam kehidupan seharian.Apa 4 perkara tersebut??Pernah dengar lagu nasyid kumpulan Hijjaz yang bertajuk pandangan mata??

Hati kalau terlalu bersih
Pandangannya kan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah
Tapi bila hati kotor
Bisikannya bukan lagi kebenaran

Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia

Pandangan MATA selalu menipu 
Mata seorang manusia ni selalu menipu.Sebagai contoh pada bulan Ramadhan,kita lapar dan kita lihat kuih gulung nampak tersangatlah sedap maka kita pun beli.Apabila azan sahaja,''Allahu Akbar Allahu Akbar'' belum sempat berbuka dengan kurma kita terus ngap nyum nyum nyum kuih tersebut,malangnya sudah basi.Rugi tak??Rugi kan??.Habis duit eden,dah la beli RM 5! Sama juga dengan manusia.Kita suka kata Don't judge a book by its cover.Kita lihat orang tu selalu tak turun rehat makan di sekolah kita pun kata ''diet la tu! '' tapi yang sebenarnya mungkin dia sedang berpuasa sunat,ganti puasa,puasa nazar,puasa bulan  Rejab atau sebenarnya dia sedang menabung untuk bayar yuran-yuran yang diperlukan.
Pandangan AKAL selalu tersalah
Kita ambil contoh kuih gulung tadi,selalunya perempuan pandai memasak dan sudah tentu ada ilmu memasak,kan??Dia pun ke pasar la melihat segala juadah yang ada sambil menilai mengggunakan akal sama ada sedap ataupun tidak makanan tersebut.Sebab ada ilmukan.Dia pun beli dan bila berbuka sahaja ''Ya Allah sedapnya lauk ni!!'' @ ''Tawar rupanya,ingatkan sedap!'' Sama macam manusia semasa kita berkenalan kita akan menggunakan akal untuk mentafsir sama ada dia ni baik atau sebaliknya,mulanya kita akan berkata dia ni baik sebab sering memuji kita, bagi hadiah,tolong bila kita inginkan  tetapi akhirnya dialah musuh kita kerana kita ditikam daripada belakang (ramai pernah kena,kan?) dan begitu juga sebaliknya.
Pandangan NAFSU selalu melulu
Contoh yang sama dengan kuih gulung tadi,kita ke bazar dengan rambang mata sebab semua makanan nampak tersangatlah sedap!!!!Jadi kita pun nak beli,nampak ayam sedap beli ayam,nampak nasi briani sedap kita beli,nampak roti john pun beli.Tak cukup dengan air kelapa kita beli air berkabonat,air sirap bandung,air oren dan bila berbuka tak habis sebab dia berbuka sorang-sorang.Dah siapa nak tolong ngabiskan semua makan tu??
Pandangan HATI itu yang hakiki
Pandangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih.Jadi,kalau kita ke bazar dengan hati yang tenang kita tak akan mudah terpedaya dengan pandangan mata,pandangan nafsu dan akal yan salah menafsir sebab kita akan sentiasa beringat yang semua makanan itu boleh dicuba selama sebulan berpuasa,kalau kita beli semua pun pembaziran akan berlaku,yang miskin cuma makan ala kadar sahaja sedangkan kita makan umpama orang kebuluran.Sama juga halnya kalau kita terperangkap dalam kesesakan jalan raya akibat kemalangan,kereta rosak dan sebagainya.Hati kita tidak tenang ekoran percikan api kemarahan.Mengapa kita tidak berfikiran positif??Dengan keadaan ini dapat juga aku berzikir,memikirkan aktiviti seharian,adakak aku telah meningkatkan amalku hari ini atau belum?Ingatlah setiap baik buruk sesuatu kejadian itu ujian Allah & mempunyai makna & hikmah disebaliknya.Jika kita ingin melakukan sebarang kerja tanyalah pada hati dan utamakanlah pandangan Allah melebihi pandangan manusia kerana hati itu pandangan Allah dan pandangan Allah tidak menipu tetapi dengan syarat hati itu bersih.



PENGALAMAN
Beliau juga menceritakan pengalaman beliau semasa berada dalam akademi Imam Muda dimana beliau bertemu dengan seorang mak nyah & mak nyah tersebut memakai tudung.Ha??!!! Namun itulah realiti kehidupan sekarang.Mak nyah tersebut menceritakan yang dia dahulu sebenarnya mempunyai kekasih lelaki berbangsa punjabi,sangat tinggi dan hensem tetapi curang dan mak nyah tersebut benci kepada lelaki tersebut & memutuskan hubungan.Dia membenci lelaki dan perempuan & untuk bertaubat dia pun memakai tudung.Bila Imam Muda Hassan membacakan ayat-ayat2 Al-Quran & maksudnya,mak nyah ni sangat tertarik & tidak pernah mendengarkan alunan & maksud Al-Quran seindah ini.

Kisah lain semasa di akademi tersebut pula kisah beliau turun padang sendiri dalam operasi mencegah maksiat di hotel-hotel bajet.Mereka yang ditangkap basah tidak kisah ditangkap malahan sudah banyak kali ditangkap.Kata mereka dengan bayar denda selesai masalah.Mereka tidak takut.Ada juga yang menangis teresak-esak kerana takut dipukul ibu & bukan takut murka Allah.Beliau juga menegur pasangan yang berada di lobi hotel bajet sama ada mereka telah berkahwin atau belum tetapi pasangan tersebut cuma menggeleng kepala & tidak bersuara.Rupanya bisu.Bertunang?Pasangan tersebut menganggukkan kepala.Tunang bukan lesen halal dalam perhubungan.

Juga kisah beliau melihat sendiri bayi yang baru lahir ditinggalkan di bawah parit.Pasangan yang telah berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata tetapi yang belum diijab kabulkan sudah mempunyai cahaya mata yang dibuang merata-merata.



Beliau juga menceritakan :-
 Kisah Ukasyah Bin Muhshan bersama Nabi Muhammad S.A.W.

Pada suatu hari ketika saat-saat ajal baginda semakin hampir,baginda menyuruh Bilal azan dan mengumpulkan para muhajirin dan ansar di Masjid.Maka datanglah mereka semua ke sana dan selesai sahaja baginda mengerjakan solat baginda pun naik ke mimbar dan berkata 
''ada sesiapa yang mempunyai hak untuk dituntut, maka bangunlah supaya saya dapat membalasnya kembali sebelum saya dituntut di hari kiamat" namun semua para hadirin diam membisu.

Berkata lagi baginda, ''ada sesiapa yang mempunyai hak untuk dituntut, maka bangunlah supaya saya dapat membalasnya kembali sebelum saya dituntut di hari kiamat" namun semua para hadirin tetap diam membisu.

Sebanyak 3 kali baginda bertanya dan bangunlah Ukasyah Bin Muhshan.Sahabat-sahabat nabi yang lain menyuruh Ukasyah untuk duduk tetapi Ukasyah enggan dan berkata '' Ya Rasulullah,semasa perang Badar aku mengikuti untamu dari belakang bagi mendekatimu tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk berjalan dengan cepat tetapi anda telah memukul belakang saya maka saya ingin tahu adakah perlu saya tuntut hak tersebut? ''

Para sahabat nabi yang lain termasuk Umar,Abu Bakar apabila mendengar sahaja Ukasyah berkata demikian mereka marah dengan tindakannya.Baginda pun berkata '' Ya Ukasyah,itu hak kamu dan kamu perlu menuntutnya''Baginda pun menyuruh Bilal ke rumah Fatimah untuk mengambil tongkat baginda sehinggakan Fatimah sendiri terkejut dengan perkhabaran yang dibawa oleh Bilal.

Sampai sahaja Bilal di Masjid,Bilal menyerahkan tongkat tersebut kepada Ukasyah,
Melihat sahaja hal yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu memukul baginda s.a.w. tetapi kamu pukullah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua."

 Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai "Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu memukul Rasulullah s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."

Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu memukul kami sama dengan kamu memukul Rasulullah s.a.w." Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku, duduklah kamu berdua."

 Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.

Sahabat-sahabat nabi yang lain merayu-rayu supaya Ukasyah tidak memukul tubuh baginda kerana baginda sedangkan sakit.Ada yang menagis memohon supaya Ukasyah tidak memukul baginda dan ada yang sanggup menggantikan tubuh baginda dengan tubuhnya sendiri.Subhanallah.Sayangnya para sahabat terhadap baginda sehingga sanggup memberi tubuh untuk dipukul dengan tongkat.

Sebaik sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah s.a.w.Saya melakukan begini adalah sebab saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
(sumber kisah Ukasyah http://klepot.tripod.com )


Begitulah kisah & pelajaran yang dapat dikutip daripada Imam Muda Hassan.

- Cerita belum habis,bakal bersambung untuk part 2,nanti ya! -



Arigatou gozaimasu !!




No comments:

Post a Comment