NUFFNANG ADS

Monday, December 31, 2012

Cara Memilih Teman Hidup







“Tapi…..dia sembahyang 5 waktu.Tak pernah tinggal.. “
Selalu aku terfikir. Bagaimana seharusnya untuk kita mencari teman hidup. Cukupkah dengan hanya cukup sembahyang 5 waktu?
“SEMBAHYANG adalah perkara wajib. Tiang agama. Tapi ia tidak menentukan samaada pasangan tu baik untuk kita atau tidak.”
lalu harus bagaimana?

1)adakah solat itu dapat menghalangnya dari melakukan kemungkaran?
2)bagaimana akhlaknya?. Semasa dengan ibu bapa,adik beradik,rakan-rakan
3)bagaimana tutur katanya?
4)siapa kawan-kawannya?
5)bagaimana pemakaiannya?
6)bagaimana kebiasaannya?
7)adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?
8)adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
9)Bagaimana sifat semulajadinya?
10)Bagaimana keluarganya?
Inilah antara soalan yang perlu ditanya sebelum kita memilih teman hidup. Solat 5 waktu tidak cukup kerana ia hanya asas. Yang dilakukan kerana wajib. Tetapi adakah solat tu dapat menghalang kita melakukan kemungkaran itu penting.  Jika tidak, tak sempurnalah solat itu.
Akhlak seseorang itu dapat kita perhatikan bila mereka dengan keluarga.

Mengapa?

Kerana keluarga yang bersama kita dari kecil hingga dewasa. Jadi mereka cenderung menjadi diri sendiri apabila dengan keluarga.Jika dia seorang yang menjaga akhlaknya,dia akan sentiasa menjaga akhlak apabila dengan keluarga terutama ibu bapa.Mendengar kata,membantu ibu bapa dengan membuat kerja rumah.Menghormati ibu bapa.Menghormati dan menyayangi adik beradik.

Tutur kata juga penting. Tutur kata melambangkan peribadi sesesorang.Seorang yang soleh dan solehah akan menjaga tutur kata mereka kerana ia mencerminkan iman dan diri kita sebagai seorang muslim.Tutur kata yang kasar melambangkan peribadi seseorang yang kasar.Ingat lidah adalah anggota yang paling berbahaya.Dari lidah terjadilah umpat-mengumpat,keji-mengeji,fitnah dan juga penipuan.
Kawan-kawan juga mencerminkan diri kita. Seorang yang soleh akan mencari sahabat yang soleh sebagai teman untuk mengingat ketika lupa.Ini fitrah manusia.Seorang yang liar tidak akan mencari seorang yang soleh sebagai sahabatnya kecuali dia mendapat hidayah dariNya. Manusia sering mencari teman yang sama jenis denganya.

“Dia baik.. Cuma kawan-kawannya saja begitu.Tapi dia dapat kenal buruk-baik.Kalau diorang pergi kelab dia tak ikut pun.Time solat dia solat.Jarang tinggal”
“Mungkin baik tapi tak cukup soleh.Mungkin juga baik pada pandangan manusia,tapi tak cukup baik padaNya”
“Maksud ayah”
“Orang yang soleh takkan berkawan dengan orang yang dia tahu bila-bila masa dapat mengheretnya jauh dari Tuhan.Bila dia melepak,membuang masa,bercakap perkara-perkara yang tidak patut bersama,sedikit sebanyak dapat menghitamkan hatinya.Walau dia menjaga solat. Iman bukan pada solat sahaja tapi amalan “

Pemakaian juga aspek penting untuk dinilai dalam memilih pasangan.

“Eleh.orang tutup aurat pakai tudung pun buat dosa.Pakai tudung,tutup sana sini bukan baik sangat pun”
Wajarkah kita bercakap sedemikian. Orang yang berusaha menutup aurat biarpun masih melakukan dosa sekurangnya dosanya tak menutup aurat terhapus. Kita yang tidak menutup aurat malah mengeji syariat bagaimana?. TIDAK TERHITUNG dosanya. Mencuba untuk menutup aurat ialah satu jihad. Jihad dalam diri. Bukan mudah untuk menutup aurat yang sebetul-betulnya di zaman moden ini.

Ini benar. Saya juga selalu merasakan yang sama.Rasa tidak cantik. Tapi tanamkan dalam diri seindah perhiasan adlah wanita solehah. Sebenarnya wanita yang menjaga diri lebih cantik. Bukan sahaja cantik wajah tapi juga akhlak. Terpelihara dari fitnah dan pandangan yang tidak sepatutnya. Dan juga lebih dihormati.

Bagi yang lelaki jangan fikir oleh kerana aurat anda cuma sedikit maka anda terselamat.TIDAK.Fenomena sekarang ramai antara lelaki yang berpakaian ketat.Baju yang menampakkan tubuh badan.skinny jeans.Pakaian yang dapat menarik perhatian dan nafsu lawan jantina hukumnya haram. Perhiasan yang berlebihan juga haram. Lelaki yang hensem dan macho bukan terletak pada gayanya.rambut,baju,seluar dan stailnya tapi pada akhlaknya.

Lalu ada juga persoalan “Jika dia menutup aurat tapi masih tidak dapat menentukan dia pasangan baik atau tidak lalu bagaimana?”
“Percayalah wanita dan lelaki yang baik untuk lelaki dan wanita yang baik.Mungkin masa lalunya tidak baik tapi jika dia bertaubat dia lebih baik dari orang yang tidak pernah bertaubat.”
Percaya dan bergantunglah kepada Allah.
bagaimana kebiasaannya?

Pasangan yang baik,kebiasaanya juga mestilah baik.Dia mestilah seorang yang istiqamah.yakni tidak berubah-ubah.seorang yang bertimbangrasa.
Contohilah sifat Rasullullah saw dan pilihlah pasangan yang mengikuti sifat-sifat tersebut.
Satu kisah yang saya baca,setiap kali Rasullullah pulang lewat malam,beliau akan tidur di luar pintu rumah demi untuk tidak mengejutkan isterinya. Adakah lagi suami seperti Rasullullah saw.
Itulah sifat bertimbangrasa.
“Ah,itu rasulullah.Dia mmg rasul pilihan. “

Kita mungkin bukan Rasullulah SAW.tapi kita boleh mencontohi sifatnya.

Pernah seorang pemuda dizaman Rasulullah saw. Dia tidak tahan dengan sikap isterinya yang suka membebel. Lalu dia pergi kerumah Umar Al Khatab untuk mengadu. Setibanya dia dirumah Umar,dia terdengar isteri Umar sedang membebel pada Umar. Tapi Umar hanya diam tanpa melawan sepatah pun. Setelah Umar keluar dari rumah pemuda itu bertanya “Wahai Umar,mengapa isterimu membebel tapi kamu hanya diam sahaja”.

“Aku diam kerana aku tahu walau dia suka membebel tapi hatinya baik.Jasanya terlalu besar jika nak dibandingkan dengan kekurangannya.Dia ibu kepada anak-anakku.Yang menjaga makan minumku.yang menjaga anak,harta dan maruahku semasa ketiadaanku. “Mendengar kata-kata Umar,pemuda itu lalu balik semula kerumah.

Sifat itu yang perlu ada dalam diri pasangan.Sifat bertolak ansur.Seringkali terjadi penceraian sekarang hanya kerana perkara kecil.Manusia sering lupa.Sering membesar-besarkan kekurangan dan kesalahan.Sedangkan banyak lagi benda baik yang kita lupa.Maka anak-anak menjadi mangsa.
adakah dia seorang yang berpegang pada kata-katanya?

Ada 3 perkara tanda manusia itu munafik.Pertama apabila bercakap ia berbohong. Apabila dia berjanji dia tidak tunaikan. Dan apabila dia diberi amanah dia khianat.
Orang yang tidak berpegang pada kata-katanya adalah contoh orang munafik. Kerana itu islam amat menitik beratkan soal memberi janji.Ini kerana memberi janji umpama memberi harapan.
Memberi harapan pada orang lalu khianat hukumnya haram.

Pilihlah pasangan yang sentiasa berpegang pada janji.Takdir itu ketentuanNya.Jika kita sudah berusaha untuk berpegang pada janji.Berusaha sebaik mungkin tapi tidak berjaya itu namanya takdir.Maka kita kena redha dan meminta maaf dari insan yang diberi janji.

tapi syaratnya kita perlu berusaha sehabis mungkin untuk berpegang pada janji
adakah dia seorang yang sentiasa mencuba untuk menjadi lebih baik?
Seorang yang soleh akan sentiasa mencuba untuk menjadi lebih soleh.Jika dia berbuat silap dia akan bertaubat.

“Ah,watpe taubat.Nanti buat balik”
Rasullullah saw bertaubat hampir seratus kali sehari.Fitrah manusia sering lalai dan alpa.Sering kita bertaubat tapi kita buat lagi.Tetapi sekurangnya bila kita bertaubat dosa sebelum yang kita lakukan telah terhapus. Untuk bertaubat kita memerlukan kekuatan dan bantuan dariNya.
Mengapa selalu bila bertaubat kita lakukan lagi?
Kerana kita tak betul2 buang punca kita jauh dariNya.Kita tak betol2 berhasrat untuk berubah .
Dengan kata lain tak betul2 ikhlas.Kita bertaubat kerana rasa sakit dengan kesan kesilapan kita bukan kerana berubah untuk mencari keredhaaNya.
Bagaimana sifat semulajadinya?

Sifat semulajadi adalah seperti adakah dia seorang yang panas baran atau penyabar.lembut atau keras hati.
Saya sendiri sebenarnya seorang yang cepat panas.Tapi bagaimana kita menghandlenya.yakni dengan sabar.bila kita rasa ingin marah sangat2 kita sabar.kawal diri.Marah ini sifat syaitan.Dengan marah yang terlalu boleh membuat manusia hilang kewarasan maka terjadilah kes penderaan.memukul isteri.Pasangan yang baik ialah pasangan yang dapat mengawal emosinya.Dapat mendengar untuk didengari.Dapat memberi untuk menerima.Maksudnya dapat mendengar dan menerima pendapat dan pandangan pasangan.

Mengapa?

Kerana orang yang dapat mendengar dan menerima pandangan,pendapat,perasaan orang lain yang akan dapat meluahkan pandangan,pendapat dan perasaannya pada orang lain utk didengari.

DAN

hanya orang yang dapat memberi yang dapat menerima
itulah give and take.
Kerana itu penting untuk memilih pasangan yang tidak trlalu keras hati.Kerana orang yang sebegini lazimnya ingin didengari tapi tidak ingin mendengar.Maka itulah punca kepada kemusnahan sesuatu hubangan yakni perkahwinan.

Bagaimana keluarganya?

Iman tidak diwarisi oleh keturunan.Keturunan yang tidak baik tidak semestinya tidak melahirkan anak yang bertakwa.Itu bukti Allah itu maha adil.Semua insan tidak kira pangkat atau keturunan dapat mencari keredhaanNya.Tetapi,keluarga juga adlah aspek pnting dalam memilih pasangan hidup.Ini kerana,jika kita berkahwin kita tak berkahwin hanya dengannya tapi dengan keluarganya sekali.
Contoh
“Ibu tak setuju dengan perkahwinan ini”
atau
ibunya queen control.
Kita mesti memikirkan kesan akan datang.Apabila sikap keluarganya begitu,menjadi sukar untuk kita mempertahankan perkahwinan.Maka terlalu banyak duri ranjau yang perlu kita hadapi.Sedangkan fungsi perkahwinan adalah untuk mendapat ketenangan dan redha Allah.
Wallahualam.

Artikel ini telah dikongsikan ke Inbox kami oleh Nur Tra (http://sk8tedgurl04.blogspot.com/2011/07/memilih-teman-hidup.html). Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua =)


P/S --> from akuislam 


Sunday, November 4, 2012

Mengumpat...


Apakah dosa kita diampunkan jika mengumpat?


Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:



Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"

(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)


Friday, November 2, 2012

Janji Allah untuk mereka yang ingin berkahwin


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”.(An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai  gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
.
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah  dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
.
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan  guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
.
6. Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah  menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
.
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?


dari: http://akuislam.com

15 anugerah Allah kepada wanita


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak” Sabda Baginda “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.


2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Siratul Mustaqim.

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

sumber asal : Muslimah Sholehah


dari: http://akuislam.com

Sunday, October 28, 2012

Siapa Wanita Cantik???



Bukan semua wanita mampu jadi "wanita cantik" tapi berusahalah sedaya mungkin!!



Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH

Seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya. Sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya. InsyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

Percaya atau tidak. Kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapinya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar. Kenapa? Kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya. Alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

Bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis. Dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya. Tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya. Dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

Setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia. Tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang. Ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

Bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu. Namun bagi seorang wanita yang cantik itu, kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya. Kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah. Subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

Kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan. Kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus. Malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA. Dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI

Dia hanya berharap kepada YANG ESA. Dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang. Suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.



P/S --> From FACEBOOK -->  LIKE ♥ Hamba Allah SWT Umat Rasulullah SAW ♥

Wednesday, September 26, 2012

Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Stpm 2012 Negeri Kedah


BAHAGIAN A
1.    Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800 hingga 1895.

A.   Pengenalan ( 2@3 M )

1.    Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.
2.    Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh penghulu.
3.    Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British, Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret, Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua kampung.

B.   Isi (20 M)

Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British
 (10 M )

1.    Pentadbiran Peringkat Negeri

a)    Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan  mempunyai kuasa mutlak.
b)    Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing. Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.
c)    Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah   berasaskan Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran  negeri yang terdiri daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang Sungai Ujong.
d)    Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri, raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan pemberian peralatan kebesaran.
e)     Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila seseorang raja/sultan mangkat, putera sulung sultan dari permaisuri yang berdarah raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.
f)     Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi mentadbir negeri dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini, bakal sultan  Perak hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera baginda ataupun orang luar sekiranya tidak ada putera baginda yang layak.

2.     Peringkat Daerah / Jajahan.

a)    Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa daerah/jajahan.  Pentadbiran daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan. Mereka digelar Orang Besar-Besar.
b)    Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan melalui surat tauliah yang mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas dan   mempunyai kuasa penuh dalam daerah / jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan bertanggungjawab kepada raja/sultan.
c)    Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar daerah/ ketua jajahan  adalah sangat penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat  rapat dengan rakyat.Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan penting sebagai perantaraan antara rakyat dengan sultan. Justeru  itu, terdapat kes-kes di mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di Perak, pembesar daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa menyingkirkan sultan yang mereka tidak sukai.
d)     Kekuasaan dan pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Pembesar daerah dibenarkan memungut cukai didaerah yang diperuntukan kepada mereka sebagai punca pendapatan.


3.    Peringkat Kampung

a)    Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok  Kweng di Kelantan.
b)     Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh sultan dengan cara menganugerahkan surat  tauliah.
c)    Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar daerah dengan penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.






            Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu selepas campur tanganBritish      
            (10 M )

1.    Pentadbiran Peringkat Negeri.

a)    Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.
b)    Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan atas nasihat seorang residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN). Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli Melayu dan ahli bukan Melayu.
c)    Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan dalam pentadbiran negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan  tertinggi dan badan kerajaan yang utama.
d)    Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di mana beliau boleh membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.
e)    Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN hanya boleh dibuat dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor  Negeri-Negeri Selat mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.
f)     Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.

2.     Peringkat Daerah.

a)  Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai Pemungut cukai dan Majistret.
b)  Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan menjadi majistret bagi mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat daerah.
c)  Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam dan mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.

3.    Peringkat Mukim

a)    Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran yang lebih kecil iaitu mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik di kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang Melayu dan mempunyai kelayakan pendidikan.
b)    Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.



4.    Pentadbiran Kampung
a)  Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung. Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih di kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan masyarakat kampung tersebut.
b)  Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan mendapat pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.  

5.    Pentadbiran bandar.
a)    Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyediakan dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga Kesihatan  ialah mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan pembangunan.
b)    Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga dan  mengawal kepentingan penduduk yang berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik untuk melindungi dan menjaga kepentingan orang Cina.


C.   Penutup ( 2 @ 3 M )

1.    Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih moden.Namun bagitu pada dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih dikekalkan,tetapi fungsinya telah diubah mengikut keperluan masa.
2.    Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan tetapi bidang kuasa mereka amat terbatas.



















2.    Huraikan perbezaan antara Adat Temenggung dengan Adat Perpatih dalam abad ke-19.

A.   Pengenalan.  ( 2 @ 3 M)
1.      Adat ialah peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga  menjadi hukum yang harus dipatuhi.
2.      Adat  Perpatih  dan  Adat  Temenggung  merupakan  undang-undang  tidak  bertulis  dalam masyarakat  Melayu  tradisional.
3.      Adat  Perpatih  dan  Adat  Temenggung  dapat  dikategorikan  sebagai hukum  adat  di   Negeri-Negeri  Melayu  yang  diturunkan  dari  generasi  ke generasi  secara  lisan.

B.   Isi( 20 M)

            Adat Temenggung
1.      Adat  ini  berasal  dari  utara  Sumatera  dan  dikembangkan  oleh  dua  beradik  iaitu  Datuk  Ketemenggungan  yang  kemudiaannya  berkuasa  di  Palembang  (Adat  Temenggung)  dan  Datuk  Perpatih  Pinang  Nan  Sebatang  yang  kemudiaannya  berkuasa  di  Pagar  Ruyung.  (Adat  Perpatih)
2.      Adat Temenggung tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 15 dan adat Perpatih tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 17
3.      Adat  Temenggung  diamalkan  di semua  negeri  kecuali  Negeri  Sembilan  dan  Naning  di Melaka  yang  mengamalkan  Adat  Perpatih.
4.      Hukum  adat  ini  meliputi  segala  aspek  kehidupan,  aturan  hidup,  adat  istiadat  dan  hidup bermasyarakat.
5.      Hukum  adat  ini  dibawa  masuk  sekitar  abad  15 M  dan  kemudiaannya  diresapi  dengan  pengaruh  Islam  dan  hukum  syarak  bermazhab  Shafie.


            Perbezaan  antara  Adat  Perpatih  dan  Adat  Temenggung
            Sosial
1.Bersifat  Matriarchal / Patriarchal   (4 markah)
a)    Dalam  Adat  Perpatih  kaum  wanita  mempunyai  kedudukan  dalam masyarakat
i.      kaum  wanita  mempunyai  hak  dan  keutamaan  dalam  mewarisi  harta.
ii.     nisab  keturunan  juga  dikira  melalui  suku  ibu.
iii.    anak  perempuan  menjadi  asas  dalam  wujudnya  suku
b)    Dalam  Adat  Temenggung,  dalam  keluarga  kaum  lelaki  mempunyai  kedudukan
i.      anak  lelaki  mempunyai  hak  dalam  mewarisi  harta.
ii.     susur  keturunan  diperkira  dari  sebelah  lelaki.
iii.    lelaki  juga  berperanan  sebagai  ketua  keluarga.
iv.    mengikut hukum syarak

2.   Perkahwinan.  ( 1 markah)
a)    Dalam  Adat  Perpatih,  suami  dikenali  sebagai  orang  Semenda
i.      bertanggungjawab  menyediakan  kediaman  untuk  isteri  dan  anak-anaknya.
ii.     tempat  kediaman  atau  rumah  kemudiaanya  menjadi  hak  isteri
iii.    Adat  ini  berasal  dari  utara  Sumatera  dan  dikembangkan  oleh  dua  beradik  iaitu Datuk  Ketemenggungan  yang  kemudiaannya  berkuasa  di  Palembang  (Adat  Temenggung)  dan  Datuk  Perpatih  Pinang  Nan  Sebatang  yang  kemudiaannya  berkuasa  di  Pagar  Ruyung.  (Adat  Perpatih)
c)  Dalam  Adat  Perpatih  perkahwinan  melibatkan  berlainan  suku  dan  tidak  menggalakkan perkahwinan  antara  sesama  suku  kerana  suku  yang  sama  adalah  dianggap  bersaudara.
i.      Dalam  Adat  Temenggung  perkahwinan  dibenarkan  dengan  sesiapa  sahaja  asal  tiada mempunyai  talian  persaudaraan.

3.    Semangat kesukuan
a)  Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan melalui suku. Setiap ahli keluarga berasaskan kepada suku. Nasab mengikut sebelah ibu .
b)  Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat Perpatih. Nasab mengikut sebelah bapa.

            Politik
            1.   Pentadbiran
                  a)   Adat  Perpatih  bersifat  demokrasi.  (2 markah)
i.    kuasa  dibahagi  antara  Undang,  Lembaga,  Buapak  dan   masyarakat
      (perut)
                       ii.   pemilihan  ketua  dilakukan  dengan  persetujuan  ketua  yang  berada  di setiap  peringkat.
ii.     masyarakat  akan  memilih  Buapak,  Buapak  akan  memilih  Lembaga,  Lembaga  akanmemilih  Undang  dan  Undang  memilih  dan  melantik  Yang  Dipertuan  Besar.
iii.    Perlantikan dari bawah ke atas

b)    Dalam  Adat  Temenggung  pemerintahan  berbentuk  autokrasi. ( 2 markah)
i.      Pentadbiran  diketuai  oleh  Raja  atau  Sultan  dan  dibantu  oleh  pembesar  dengan jawatan  tertentu  dan  pembesar  di peringkat  wilayah
ii.     Sultan  melantik  pembesar.
iii.    Ketua  peringkat  paling  bawah  ialah  ketua  kampung.
iv.   Anak  lelaki  sultan  merupakan  pewaris  takhta.
v.    Jika  tiada  anak  lelaki, adik  lelaki  sultan  akan  mewarisi  takhta.
vi.   Jika  kedua-dua  di atas  tiada, maka  Raja Bendahara  akan  menjadi  sultan.
vii.  Bersikap diskriminotori.
viii. Perlantikan dari atas ke bawah




2.    Perundangan  
a)    Dalam  Adat  Perpatih  undang-undang  jenayah  lebih  bersifat  menyedarkan  manusia,bertimbangrasa  dan  berunsur  pemulihan.
i.      kesalahan  yang  dilakukan  boleh  ditebus  dengan  membayar  ganti rugi.
ii.     ganti rugi  mengikut  tahap  seperti seseorang  yang  dicederakan  akan  dibayar  dengan ayam  atau  kambing,  mangsa  kecurian  akan  memperolehi  kembali  gantian  barangnya dan  pembunuh  akan  menanggung  kehidupan  keluarga  mangsa.
iii.    Yang  Dipertuan  Besar  atau  Undang  sahaja  yang  boleh  menjatuhkan  hukuman  bunuh.
iv.   Buapak  dan  Lembaga  boleh  menjatuhkan  hukuman  lain.

                  b)  Dalam  Adat  Temenggung  undang-undang  jenayahnya  lebih  tegas.
                        i.    hukuman  terhadap  pembunuhan  ialah  balasan  bunuh.
                        ii.   raja  akan  menjatuhkan  hukuman.


3.   Ekonomi
a)  Pembahagian  Harta  (2 M)       
                        i.    Dalam  Adat  Perpatih,  harta  milik  keluarga.
ii.   harta  tidak  dapat  dipindah  milik  atau  dijual  kepada  keluarga  lainnya
      tanpa persetujuan  ahli  keluarga.
iii.   harta milik suku perempuan – tidak ikut hukum syarak
                        iv.  dalam  Adat  Temenggung  harta  milik  individu.
                        v.   pindah  milik  harta  dan  penjualan  ditentukan  pemilik  harta  berkenaan.
                        vi.  harta diutamakan kepada pihak lelaki – ikut hukum syarak

C.   Penutup  (2 @ 3 M)                                                                                                                        1.   Adat  Perpatih  dan  Adat  Temenggung  jelas  mempunyai  perbezaannya.
2.    Walau     bagaimanapun  kedua-dua  hukum  adat  ini  mempunyai  maksud yang  sama  untuk  melindungi anggota  masyarakat ,  hidup  dengan  mematuhi  kepada  peraturan,berdisiplin,  menghormati sesama   manusia,   mematuhi  adat  istiadat.
3.    Kedua-duanya  merupakan antara  jenis  hukum adatyang diamalkan pada waktu dahulu (sekitar abad 17M)  dan  masih  berlangsung hingga hari  inikhususnya  di  Negeri  Sembilan  dan  Naning  di  Melaka.






3.      Bincangkan tindak balas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.

A.    Pengenalan (2 @ 3M)
1.    Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan beberapa pembaharuan di Sarawak, tetapi bertentangan dengan amalan tradisi masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh Brooke telah menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana kedudukan mereka terjejas. Lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau Brooke keluar dari Sarawak.
2.    Sementara Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai Sabah telah melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh SBUB ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerana mereka telah kehilangan hak dan kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah mengetuai penentangan terhadap pentadbiran SBUB di Sabah.

B.    Isi  (20 M)

1.    Tindakbalas di Sarawak (10m)
a)    Penentangan Rentap (1853)
                                  i.    Rentap atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban yang terkenal dengan gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu atau ketua orang Iban yang amat dihormati dan terpengaruh di hulu Sungai Sekrang.
                                 ii.    Rentap menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana James Brooke menganggap orang-orang Iban yang mendiami kawasan di sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun dan amat membahayakan. Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang berusaha untuk menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang merupakan amalan tradisi orang Iban di Sarawak.
                                iii.    Pada tahun 1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu British di Sekrang dan menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan Lee terbunuh. Kejayaan ini menyebabkan kedudukan dan pengaruh Rentap di kalangan orang Iban semakin kukuh.
                               iv.    Pada tahun 1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari dan menangkap ataupun membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap dan pengikut-pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Bukit Sadok.
                                v.    Tentera British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan beberapa serangan ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok, tetapi gagal menawannya. Pada tahun 1861, Charles Brooke dan tenteranya  telah berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.
                               vi.    Rentap dan pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan meneruskan perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1870-an.
b)    Penentangan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)
                                  i.    Sharip Masahor merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun 1849. Beliau amat berpengaruh di kalangan orang-orang Malanau dan Iban.
                                 ii.    Sharip Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak meletakkan Sarikei di bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit di bawah pengawalan seorang pegawai British dan melucutkan jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun 1855 atas alasan beliau campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan digantikan oleh Charles Fox.
                                iii.    Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang pembesar Melayu yang memegang jawatan Dato Patinggi di Bandar Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan pangkat oleh James Brooke pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang tinggi ke atas penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam terhadap pemerintahan Brooke.
                               iv.    Pada tahun 1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan Dato Patinggi Abdul Ghapur bagi menghapuskan pengaruh British di Serawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur telah menyerang Kanowit  dan menyebabkan dua orang pegawai British termasuk Charles Fox telah terbunuh.
                                v.    Kejayaan ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur merancang untuk menyerang Pontianak dan menghapuskan semua orang Belanda seterusnya mara ke Kuching untuk memusnahkan pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.
                               vi.    Malangnya rancangan ini diketahui oleh Brooke. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
                              vii.    Pada tahun  1860, Sharip Masahor mara ke bandar Kuching dan bertembung dengan tentera Britsh yang dipimpin oleh Charles Brooke di Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.
                             viii.    Sharip Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang dan akhirnya Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke telah menyerang dan memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip Masahor di Sarikei.
                               ix.    Sharip  Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada tahun 1861. Satu rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan Brunei. Melalui rundingan ini, Sultan  Brunei meminta Sharip Masahor meninggalkan Mukah. Sharip Masahor akhirnya bersetuju menjadi orang buangan di Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1890.

c)    Penentangan Banting (1895)
                                  i.    Banting merupakan penghulu orang-orang Iban di Hulu Sungai Batang Lupar.
                                 ii.    Beliau menentang pemerintahan Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba menghapuskan amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan kerajaan Brooke mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM7.20 sen kerana membawa masuk Tajau dan perkakas tembaga ke Sarawak tanpa membayar cukai.
                                iii.    Bagi menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke, pada tahun 1895, Banting telah menyerang perkampungan Dayak di Sukong dan menyebabkan 10 orang terbunuh.
                               iv.    Akibat serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk menangkap Banting antara tahun 1896-1902 tetapi gagal.
                                v.    Banting telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak selama 15 tahun. Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya dikalahkan oleh tentera British dalam pertempuran “Bung-Ka”.
                               vi.    Menjelang bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah. Banting akhirnya berjanji akan menghentikan penentangannya terhadap pemerintahan Brooke di Sarawak dan bersetuju membayar semua denda yang dikenakan terhadapnya.
                              vii.    Banting dan pengikutnya telah berpindah ke Sungai  Lemboyan di Hulu Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir hayatnya.

2.    Tindak balas di Sabah (10m)

a)    Penentangan Mat Salleh (1897)
                                  i.    Mat Salleh atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di Inanam Sabah dan berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan pembesar yang mentadbir kawasan atau daerah di Hulu Sungai Sugut.
                                 ii.    Beliau menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah apabila SBUB bertindak :
                                iii.    Menggabungkan semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di Sabah dalam satu pentadbiran pusat.
                               iv.    Memperkenalkan beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan cukai yang tinggi, membayar upah yang rendah dan mengambil-alih hak pemungutan cukai beliau.
                                v.    Campur tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).
                               vi.    Pada tahun 1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan memusnahkan pusat pentadbiran SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat Salleh dan pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau, tetapi berjaya dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.
                              vii.    SBUB bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh. Akhirnya satu pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William Cowie di Menggatal pada tahun 1898. Dalam pertemuan ini SBUB bersetuju memberi pengampunan kepada Mat Salleh  dan pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan.
                             viii.    Walau bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil semula Tambunan pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat Salleh dan pengikutnya telah meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB di Sabah. Pada tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat Salleh dan pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh telah terbunuh.

b)    Penentangan Antanum (1915)
                                  i.    Antanum merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap dirinya suci dan mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan mereka.
                                 ii.    Penentangan kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap pentadbiran SBUB di Sabah juga di kenali  sebagai Kebangkitan Rundum. Penentangan ini di kenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana ia tercetus di daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.
                                iii.    Antanum menentang  pentadbiran SBUB di Sabah apabila SBUB bertindak :
·         Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi menyekat kegiatan pertanian pindah.
·         Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang Murut.
·         Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seekar setahun.
·         Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa membayar gaji.
                               iv.    Pada bulan Jun 1914,  Antanum telah memimpin orang Murut  menyerang dan membakar Pensiangan dan Rundum. Pada bulan Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang pengikutnya telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum. Antanum menyifatkan serangan tersebut sebagai Perang Agama.
                                v.    Pada bulan April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan serangan dan memusnahkan kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan ini, Antanum  bersama–sama dengan 400 orang pengikutnya telah terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam pertempuran tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.

C.   Penutup (2 @3M)
1.    Kegagalan penentangan kaum peribumi Serawak menentang pemerintahan Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Serawak. Brooke telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil pemerintah yang sah yang di lantik oleh Sultan Brunei.
2.    Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di Sabah menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.




4.    Huraikan perkembangan sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

A.   Pengenalan (2 @ 3 M)
1.    Sistem pendidikan zaman penjajahan merupakan titik permulaan kepada perubahan tradisi di Tanah Melayu.
2.    Semenjak campur tangan British di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang,Singapura dan Melaka,mereka telah memperkenalkan corak pendidikan British-Sekolah vernakular.
3.    Terdapat 4 aliran sekolah di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu,Sekolah Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris.
4.    Sekolah Inggeris yang pertama,Sekolah Penang Free (Penang Free School) yang didirikan di Pulau Pinang pada tahun 1816.
B.   Isi (20 M)
1.   Sekolah Melayu
a)    Mula pertengahan kurun ke-19,sekolah Melayu mula ditubuhkan.Sekolah Melayu pertama ditubuhkan pada 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
b)    Pada 1855,sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas.Pada 1856,dua buah lagi sekolah Melayu ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung Gelam.Seterusnya sembilan buah sekolah di Melaka (1858-1863).
c)    Sekolah-sekolah Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa pelajar Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu kerana mereka berasa curiga kerana mata pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak jauh dari Bandar.
d)    Langkah yang diambil oleh British adalah dengan mengadakan mata pelajaran agama Islam dan al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah Melayu.Kerajaan British juga mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah dan pembesar diminta mengarahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah.
e)    Langkah ini berjaya.Pada tahun 1909,jumlah murid meningkat hampir lapan ribu orang.Apabila adanya enakmen yang mewajibkan anak-anak lelaki Melayu yang berumur 7 hingga 14 tahun bersekolah sekurang-kurangnya 3 ½ tahun jika berada dalam lingkungan 3 km dari sekolah.
f)     Dasar pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan oleh British ini adalah untuk memberi pendidikan minimum (3M-membaca,menulis,dan mengira) dan untuk melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.
g)    Kurikulum (Bahasa Melayu-Jawi,Matematik Asas,Ilmu Kesihatan,Ilmu Alam,Sejarah,berkebun pada sebelah pagi dan agama,al-Quran pada sebelah petang).
h)    Kerajaan British menubuhkan beberapa maktab perguruan Melayu (Maktab Perguruan Sultan Idris – MPSI,pada 1922) di Perak.
2.    Sekolah Cina
a)    Kurikulum yang diajar selaras dengan dasar pendidikan yang diajar di Negara China seperti kesusasteraan Cina klasik,Bahasa Cina,Ilmu Hisab, Sains, Nyanyian, Lukisan dan Latihan Ketenteraan.Semua ini berasaskan pengajaran Confucius.
b)    Tenaga pengajaran didatangkan dari Negara China, biasanya mempunyai kelulusan yang berbeza-beza dan ada yang tidak mempunyai kelulusan perguruan.
c)    Pada mulanya sekolah Cina dibiayai atau diusahakan secara persendirian oleh masyarakat Cina melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan Cina.
d)    British sedar campur tangan dan pengaruh kerajaan Cina ke atas Cina di Tanah Melayu semakin meluas.Maka pada tahun 1920,British menguatkuasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah untuk mengawal perjalanan dan penubuhan sekolah-sekolah cina.
e)    Bahasa Mandarin sebagai bahasa penghantar.
f)     Kerajaan Brtish mula beri bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina mulai tahun 1923.
g)    Terdapat sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 6 tahun seterusnya melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.
3.     Sekolah Tamil
a)    Bermula pada  pertengahan abad ke -19 hingga awal abad ke-20 akibat kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang-ladang getah,kopi,kelapa dan tebu.
b)    Penubuhan awal sekolah Tamil bermula di negeri-negeri Selat ditumpangkan di Sekolah Penang Free (1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.
c)    Sekolah Tamil ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan badan-badan sukarela.Kebanyakan didirikan di ladang-ladang getah di bawah pengurusan estet (4-5 tahun sahaja ).
d)    Kurikulum sekolah ini untuk memberi kemahiran asas, (3M- membaca, menulis dan mengira ).Mata pelajaran  lain termasuk Ilmu Hisab,Ilmu Alam,Lukisan dan kerjatangan,Pengetahuan Am dan Pendidikan Jasmani. 
e)    Sekolah Tamil condong kepada negara India – semua buku teks,kurikulum dan kebanyakan guru terlatih dibawa dari India.
f)     Pada tahun 1903 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia dan mengawas sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan  pada tahun 1923 dan diwujudkan semula pada 1983
g)    Peruntukan bantuan juga ditambah dan pendidikan Tamil ini hanya peringkat sekolah rendah sahaja.
4.     Sekolah Inggeris
a)    Sekolah Penang Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang pertama di Asia Tenggara.Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826 kemudian di Singapura dan negeri-negeri Melayu yang lain.
b)    Sekolah-sekolah Inggeris menggunakan bahasa penghantar  Bahasa Inggeris sepenuhnya.Sekolah ini biasanya terdapat di di bandar-bandar dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang didirikan oleh mubaligh Kristian,sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu  Kuala Kangsar dan sekolah Inggeris persendirian.
c)    Kurikulum sekolah ini berasaskan Senior Cambridge School Certificate Examination yang disusun di England.Lulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang yang cerah dalam bidang pekerjaan.Firma-firma swasta juga memerlukan tenaga kerja yang mempunyai lulusan sekolah Inggeris.
d)    Kebanyakan pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada kaum Cina manakala golongan Melayu terdiri daripada golongan atasan.Dua tahap pendidikan iaitu peringkat rendah dan peringkat menengah.
e)    Lulusan sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di Maktab Perguruan King Edward VII di Singapura (1921),Maktab Raffles (1919) atau ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.
C.   Penutup (2 @ 3 M)
1.    Dasar pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di Tanah Melayu telah berkembang secara berasingan.
2.    Ini menjadi sebab bermulanya sikap perkauman dan kurangnya interaksi antara kaum di Tanah Melayu.
3.    Namun demikian kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang seragam dengan memperkenalkan Rancangan Cheeseman,Laporan Fenn-Wu dan seterusnya Laporan Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum di Tanah Melayu



5.    Bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme  di Tanah Melayu antara tahun 1943 hingga 1945.

A.    Pengenalan (2 @3 M)

1.    Mulai tahun 1932 pihak tentera telah menguasai politik negeri Jepun. Kepopularan golongan tentera telah meningkat apabila ianya memperjuangkan dasar peluasan kolonial.Negeri Jepun mula mengamalkan dasar luar yang agresif. Pada   tahun 1937 Jepun telah menyerang negeri China.Disember  1941 Jepun mula menyerang Tanah Melayu.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
2.    Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk Tanah Melayu, khasnya dalam kalangan orang Melayu. Menurut John Funston,Pendudukan Jepun telah “ politicise the Malay peasantry to the extent that they were available for mass mobilisation  immediately after the war’’
B.  Isi Penting (20 M)
1.    Kesengsaraan Hidup Zaman Jepun.
a)    Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk Asia” telah menambahkan keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Di sebalik propaganda ini,Jepun ingin menguasai negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan pelbagai hasil bahan mentah yang diperlukan untuk membangunkan industrinya.

2.    Pengalaman Mentadbir Untuk Orang Melayu.
a)    Orang Melayu telah mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinandiri yang lebih tegas.Orang Melayu telah sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri.

3.    Tidak Mengharap kepada British.
a)    Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap sepenuhnya kepada British.Tempoh pendudukan Jepun dan dasar-dasar yang yang mereka perkenalkan telah menyebabkan Orang Melayu menyedari mereka harus menentukan nasib sendiri, British bukanlah kuasa yang tidak boleh dikalahkan.

4.    Kebangkitan Kesedaran Nasionalisme.
a)    Langkah Jepun menyerahkan Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Negeri Thai dalam tahun 1943 telah juga membangkitkan semangat nasionalisme Melayu.Orang Melayu mulai insaf tentang kepentingan menjaga hak-hak istimewa,maruah dan negara mereka.


5.    Pengukuhan Sentimen Perkauman.
a)    Polisi Jepun di Tanah Melayu tidak memperlihatkan ciri-ciri bersatu padu dalam kalangan semua kelompok masyarakat yang ada.Orang Melayu dengan caranya sendiri dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan,bagi orang Cina pula ramai yang terlibat dengan MPAJA sehingga MPAJA menjadi kukuh.Permusuhan antara orang Melayu dan Cina yang wujud akibat dari Pendudukan Jepun telah juga membangkitkan semangat nasionalisme Melayu. Orang Melayu telah sedar mengenai kepentingan menjaga hak-hak istimewa mereka sebagai bumiputera.

6.    Penubuhan Giyu Gan.
a)    Pihak Jepun telah telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu dengan menubuhkan suatu angkatan yang dinamakan Giyu Gan atau Pembela Tanahair (PETA) di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Pihak Jepun seterusnya mengalakkan Ibrahim Yaakob untuk menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945. PETA dibentuk untuk memberikan latihan ketenteraan kepada sukarelawan bagi menentang kuasa barat  manakala KRIS pula untuk membina dan membantu pentadbiran Jepun. Kesatuan Melayu Muda telah bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah tanah.Pada masa yang sama  juga KMM berpura–pura bekerjasama dengan Jepun berjuang untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Rancangan ini tidak berhasil kerana  Jepun telah menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1945.

7.    Sikap sebenar British.
a)    Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh dikalahkan. Sikap antipenjajahan dalam kalangan Orang Melayu telah berkembang.Pendudukan Jepun telah mengakibatkan Orang Cina dan India bertambah kukuh dengan perasaan kecinaan dan keindiaan mereka. 

8.    Gerakan Kebangsaan Orang India.
a)    Pihak Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada perjuangan pembebasan India dari pemerintahan British.Satu pasukan yang bernama Tentera Kebangsaan India (INA) di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose telah ditubuhkan bagi tujuan tersebut.Malahan ,sebuah kerajaan India buangan bernama Azad Hind telah ditubuhkan di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose dan slogan mereka ialah Chalo Delhi.Polisi Jepun yang mengalakkan orang India menumpukan perhatian kepada perjuangan pembebasan Negara India.

9.    Sikap tentera Jepun terhadap Orang Cina.
a)  Pendudukan Jepun telah membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang teratur dan kuat di antara tahun-tahun 1945-1948. Kezaliman Jepun telah membolehkan PKM mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina, ramai orang Cina menyertai gerakan menentang Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) terdiri daripada orang Cina. MPAJA telah memberikan senjata yang diberi oleh British untuk menentang Jepun di Tanah Melayu.Senjata-senjata dan pengalaman dalam peperangan gerila di hutan yang diperoleh oleh MPAJA semasa pendudukan Jepun telah membolehkan PKM melancarkan pemberontakan dan mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak British.
10. Persidangan Islam Tanah Melayu dan Singapura
a) Jepun sebenarnya mengarapkan sokongan padu daripada orang Melayu. Mereka menyedari bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini. Mereka sedar bahawa agama utama bagi majoriti penduduk Tanah Melayu adalah Islam.Oleh kerana Jepun mengekalkan kedudukan Sultan di Negeri-Negeri Melayu dan menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera. Penduduk di Tanah Melayu dan Sumatera adalah kumpulan etnik yang sama. Pada 4 hingga 6 April 1943, pemerintah Jepun telah menaja satu persidangan wakil-wakil pertubuhan Islam dari Tanah Melayu dan Sumatera di Singapura.Pemimpin-pemimpin Islam yang hadir tertarik dengan dasar Jepun untuk meninggikan taraf agama Islam. Persidangan itu bersetuju bahawa perjuangan bersama-sama Jepun adalah ‘Perang Suci’ untuk kebebasan dan pembentukan ‘Asia Baru’.
C.  Penutup (2 @ 3 M)
1. Pendudukan Jepun mengukuhkan nasionalisme penduduk di Tanah Melayu. Orang Cina bergerak dalam PKM dan menuntut penubuhan Republik Malaya selepas pendudukan Jepun.
2.  Beberapa parti politik ditubuhkan seperti UMNO, MCA dan MIC  untuk berjuang  kemerdekaan melalui perlembagaan.











6.    Huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1930 hingga 1954.
A.  Pengenalan  (2@3 M)

1.    Ideologi Komunis dikemukakan oleh Karl Marx di Eropah pada penghujung abad ke-19.  Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu tidak ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.
2.    Di Tanah Melayu ideologi komunis mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa orang pemimpin komunis Indonesia telah menyebarkan fahaman ini di Singapura dalam kalangan orang Melayu.
3.    Dalam kalangan orang Cina disalurkan melalui kewujudan Parti Kuomintang dan Nanyang yang  berpusat di Singapura.
4.    Pada tahun 1930 Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan kegiatan aktif dan  berbentuk radikal.
5.    PKM bertujuan untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan melancarkan pemberontakan bersenjata.

B.    Isi (20 M )

1.   Tahap PKM  Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)

a)  Matlamat  PKM  ialah untuk  menubuhkan   sebuah  Republik  Komunis Malaya.   Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah tanah kecuali pada tahun 1945-48
b)  PKM telah menerima tamparan yang hebat sejurus ditubuhkan. Pada bulan Jun 1931, polis Singapura telah menangkap seorang agen Comintern, Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting mengenai PKM kepada polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa orang pemimpin PKM.
c)  Namun demikian PKM dapat memulihkan diri.  Ahli-ahli PKM telah berjaya menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan belia Cina.
d) Kemelesetan ekonomi dunia  pada awal tahun 1930 membolehkan PKM mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.
e)  Pada  tahun  1936 -1937  PKM  melancarkan   beberapa   pemogokan. Pemogokan yang  paling  hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kira-kira 6000 orang  buruh mengambil alih  lombong arangbatu di kawasan berkenaan.Akibatnya,   Kerajaan British telah menangkap dan menghantar pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British bertindak dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang  menyebabkan 20 orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan sekerja dibuang negeri pada tahun 1937 .
f)   Kegagalan    pemogokan    ini      menyebabkan    PKM      mulai      hilang    pengaruh Pengaruh PKM di kalangan orang Cina kemudiannya bertambah semula  apabila ianya memainkan peranan yang penting dalam memupuk perasaan  anti-Jepun.
g)  Selepas  serangan  Jepun  ke atas  Negara  China  pada tahun 1937, PKM telah memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi   membiayai peperangan di Negara China.
h) Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira  37,000 orang ahli di Singapura dan di Tanah Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri  daripada kaum Cina terutamanya puak Hailam.
i)   Tahun  1940 ,  Trade   Unions   Enactment   berjaya  mengawal  kesatuan sekerja.  Kesannya,    pengaruh PKM semakin merosot


   2.   Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -
                  1945

a)    Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang Dunia  Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan bekerjasama dengan British menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
b)    British   telah  mengiktiraf    PKM   sebagai   pertubuhan   yang   sah   pada Disember 1941 dan membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.
c)    Kekejaman  Jepun  ke atas orang Cina telah memberi kesempatan PKM  meluaskan pengaruh di kalangan orang-orang Cina. Ramai orang cina melarikan diri ke kawasan pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang dianggap  sebagai pelindung orang Cina.
d)    British  memberi bantuan   kepada   MPAJA  yang di bawah pimpinan Lai Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah senjata dan peluru, ubatan, makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
e)    PKM  juga  mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan, pakaian, serta maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan Rakyat). Min  Yuen berpusat di bandar-bandar, kampung-kampung dan kawasan pinggir hutan. Keahliannya hampir setengah juta orang.
f)     Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit rahsia yang terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap pasukan. Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya selepas Jepun menyerah kalah.
g)    Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi sebarang pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British semasa pendudukan Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi  untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.

3.   Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia Kedua dari tahun 1945 –
                 1948

a)    Tahun 1945-1848  memperlihatkan  PKM  berjuang secara berpelembagaan  dan bercita-cita untuk membentuk sebuah negara Komunis.
b)    Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti yang kuat.
c)    Oleh kerana kelewatan British kembali  ke Tanah Melayu berlakunya kekosongan pentadbiran selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini diambil oleh PKM (Bintang 3 ) keluar dari hutan merampas senjata-senjata Jepun dan   melakukan kekejaman terutama membalas dendam terhadap  orang  Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun dahulu.
d)    12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan memperkenal Pentadbiran Tentera British (BMA).
e)    MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan senjata mereka. Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata . Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.
f)     Walaupun begitu,  PKM  terus diiktiraf pertubuhan yang sah kerana jasa-jasa bekerjasama dengan British menetang Jepun.
g)    Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam kesatuan-kesatuan sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic Youth League).
h)    PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan matlamat penubuhan Republik Komunis Malaya:
i.      menyusun satu gerakan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan barang keperluan daripada Min Yuen.
ii.     Bekerjasama dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA- PUTERA untuk mendapatkan kekuasaan melalui perlembagaan.
iii.    Menyelaraskan ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan menghasut kesatuan-kesatuan sekerja supaya melancarkan mogok .
iv.   PKM membentuk barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan menyusup masuk kedalam kesatuan sekerja dan parti-parti nasional.
i)      Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira 300 hingga 360 pemogokan besar.
j)      Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk menghalang dan merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan kembali kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.
k)    Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM dan  menguatkuasakan undang-undang baru untuk melemahkan PKM.
l)      Masalah dalaman PKM di mana  Lai Teck setiausaha PKM dituduh mengkhianati PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah terbunuh di Batu Caves. Lai Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah Melayu selepas kekalahan Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang parti. Keadaan ini telah mengoncangkan kedudukan PKM dengan melemahkan semangat anggota PKM.
m)  Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong Lai Teck dan sebahagian menyokong Chin Peng.
                                  

            4.   Tahap Perkembangan PKM dari tahun  1948-1951

a)    Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM. Beliau seorang    yang radikal dan bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM kepada melancarkan revolusi bersenjata.
b)    Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda Komunis   Antarabangsa Culcutta 1948 yang meminta dilancarkan gerakan gerila di   seluruh dunia.
c)    Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak di Tanah Melayu.  Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah seperti membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh pekerja estet, dan pengurus ladang.
d)    PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera Pembebasan Rakyat Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan. Tujuan Min Yuen ,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan seperti pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis.
e)    Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang pemimpin  Kuomintang di Johor. 15 Jun 1948 pula komunis telah menembak mati dua  orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
f)     Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. Semasa Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di jalankan.
g)    PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya kepada negara telah  diharamkan. British juga telah melaksanakan Undang-undang Darurat pada 7 Julai 1948.
h)    Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang awam.
i)      Taktik  peperangan  yang  digunakan  ialah  perang  gerila  iaitu secara serangan dan   lari. Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda telah  dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah berjaya melumpuhkan kedudukan ekonomi T. Melayu.
j)      Sir  Henry Gurney, Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt 1951 dalam perjalanan Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan itu, kerajaan Inggeris telah mengambil langkah yang lebih tegas untuk mementang PKM. Kegiatan PKM telah disekat dan ramai daripada pemimpin-pemimpin PKM ditangkap.

            5.   Tahap Perkembangan PKM dari tahun  1951-1954

a)    Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat kritikan daripada orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi korban.
b)    Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi tenteranya dan melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya melemahkan keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah dan wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada anggota PKM yang menyerah diri.
c)    Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis mengalami kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya dengan cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun rundingan itu gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat diumumkan tamat.
      C.  Penutup (2 @ 3 M )

1.    Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan perjuangan dan kegiatan PKM
2.    Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan daripada penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan langkah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
3.    PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun bilangan ahlinya semakin mengecil.
4.    Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan PKM apabila rundingan  dalam pertemuan ini menemui kegagalan.
5.    PKM semakin  terhimpit  apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31   Ogos 1957 dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.





















BAHAGIAN B
7.    Bandingkan dasar tutup pintu antara negara China dan Jepun pada abad ke-19.
      A.  Pengenalan (2@3 M)
1.   Dasar pintu tertutup merupakan dasar yang dijalankan bagi mengelakkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar, malah dalam banyak keadaan menghalang kemasukan pedagang luar ke negara mereka.
2.  Di negara China, dasar pintu tertutup ini diamalkan antara period abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. Sehingga period ini, negara China menganggap orang luar sebagai orang gasar atau Barbarian, Sepanjang period tersebut, negara China lebih menumpukan perhatian kepada perkembangan ekonomi dalaman sahaja
3.  Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang relatif dari dunia luar sebelum pemulihan Meiji pada tahun 1868, Dasar isolasi sebenarnya bukanlah bersifat mutlak. Ini kerana Jepun sebenarnya masih lagi menerima kehadiran kuasa-kuasa luar, namun dengan kadar yang minimum dan terkawal. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an, tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Jepun juga dalam period ini lebih menekankan perkembangan ekonomi dalaman sahaja.
      B.  Isi (20 M)
            Dasar Pintu Tertutup di China (10 M)
1.    Pemerintah  China merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah. Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan menyebabkan keperluan terhadap barangan dari luar sangat kecil. Keadaan ini, sebaliknya terhadap kuasa luar yang sangat memerlukan barangan negara China terutama tembikar, teh, sutera dan sebagainya.
2.  Dasar negara ini juga sangat berkait rapat dengan rasa kebimbangan yang dialami bahawa pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam politik tempatan.
3.   Mereka juga bimbang, budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan menyebabkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama menerima ancaman.
4.   Bagi negara China , mereka beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom. Oleh itu, hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan kerana ia akan menjatuhkan kedudukan “Middle Kingdom” tersebut
5.   Sehingga abad ke-18, negara China masih lagi menjalankan hubungan baik dengan kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, negara China masih tetap menganggap kuasa-kuasa Barat sebagai Barbarian dan dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin negara China masih lagi melihat `keagungan silam' mereka.
6.   Dalam sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering mendominasi hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum negara China menutup pintunya pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu terbuka. Dasar pintu terbuka ini telah dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi.
7.   Walau bagaimanapun, China kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut terutama sekitar abad ke-18 dan awal abad ke-19. Negara China sebenarnya tidak dapat lari daripada perhatian kuasa Barat sejak abad ke-16, iaitu permulaan period pelayaran dan penjelajahan mereka.malah, sebelum kehadiran kuasa Barat ke negara China, barangan dan negara China telah terlebih awal menguasai Barat.
8.   Portugis,Sepanyol dan Belanda merupakan kuasa Barat pertama membuat hubungan dengan negara China sepanjang period abad ke-16 hingga abad ke- 18.
9.   Selain hubungan dagang, negara China juga membenarkan mubaligh Kristian memasuki  negara China.
10. Namun sepanjang masa, kuasa Barat sebenarnya hanya dibenarkan untuk bergerak di kawasan yang terhad di negara China. Hanya pelabuhan tertentu sahaja yang dibenarkan menerima kedatangan pedagang Barat.Canton menjadi satu-satunya pelabuhan yang menerima delegasi dari negara-negara yang mengakui kewujudan kekuasaan Negara China ke atas mereka.
11. Sistem perdagangan Canton bukan sahaja menggambarkan bahawa negara China menjalankan dasar pintu tertutup tetapi juga memperlihatkan mentaliti negara China yang masih menganggap bahawa mereka masih lagi Middle Kingdom yang tidak memerlukan hubungan dan barangan dari negara luar. Sistem perdagangan Canton memperjelas bahawa segala aktiviti perdagangan akan dijalankan melalui satu dasar yang bersifat monopoli. Pihak kerajaan telah memberikan kuasa perdagangan kepada hanya 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang akan bertindak sebagai agen jualan.
12. Untuk mengukuhkan firma-firma ini, maka sebuah pertubuhan pedagang yang dikenali sebagai Co-hong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13 perkara tentang harga barangan dan sebagainya yang berkaitan dengan perdagangan.
13. Pedagang-pedagang juga terikat kepada beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan tersebut adalah seperti berikut:
a)    Kapal-kapal perang dilarang memasuki pelabuhan
b)    Kaum wanita dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan gudang di pelabuhan
c)    Kesemua anak kapal dikehendaki mendaftar diri di Macao
d)    Gudang-gudang asing hanya dibenarkan  mempunyai lebih daripada 8 pekerja China
e)    Orang asing tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk hubungan dengan pegawai-pegawai China kecuali melalui Co-hong
f)     Orang asing tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan yang ditetapkan
g)    Orang asing tidak dibenarkan menaiki kapal yang mempunyai bendera dan bot yang tertutup
h)    Orang asing tidak dibenarkan kekal di Canton selepas musim perdagangan berakhir
i)      Kapal-kapal asing hanya dibenarkan berlabuh di Whampoa
j)      Orang asing tidak dibenarkan membeli buku-buku atau mempelajari Bahasa Cina
14.    Kesemua peraturan ini amat ketat dilaksanakan oleh negara China. Selain itu kuasa barat  juga dikehendaki mematuhi peraturan dan undang-undang negara China yang dilihat oleh barat sebagai undang-undang yang berbeza dengan undang-undang mereka dan bersifat kejam.
15. Namun, desakan dari barat yang semakin meluas serta kekalahan mereka dalam peperangan telah menyebabkan mereka 'terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang diamalkan oleh negara China bukanlah satu dasar sengaja yang dibuat oleh kerajaan, sebaliknya kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa peperangan bermula sekitar pertengahan abad ke-19.
Dasar Pintu Tertutup di Jepun (10 M)
1.   Semasa Zaman Kesyogunan Tokugawa, dasar pintu terbuka Jepun ditunjukkan melalui usaha menjalin hubungan dagang dengan kuasa-kuasa asing. Saudagar-saudagar Jepun telah digalakkan menjalin hubungan dagang dengan Asia Tenggara dan negara China.Malah, Jepun turut menerima kedatangan pedagang Barat.Misalnya, Tokugawa Ieyasu menerima dengan baik kehadiran pedagang Portugis dan Belanda pada awal abad ke-16 dan 17.
2.   Walau bagaimanapun, dasar pintu terbuka ini berakhir sekitar tahun 1630-an apabila Jepun menutup pintu kepada orang asing. Perdagangan asing telah diharamkan dan semua orang asing telah diusir keluar dari negara tersebut.Malah orang Jepun sendiri dilarang melawat negara luar.
3.   Dasar pintu tertutup Jepun yang berlangsung sejak pertengahan abad ke-17 telah mendapat perhatian pihak Barat. Misalnya pada tahun 1884, Raja Belanda telah menasihatkan Kesyogunan Tokugawa agar menghentikan dasar tersebut. Walau bagaimanapun, saranan Raja Belanda ini tidak diendahkan oleh Kesyogunan Tokugawa.
4.   Stamford Raffles telah berusaha untuk mengadakan hubungan dengan Jepun dengan menghantar misi ke Nagasaki pada tahun 1813. Walau bagaimanapun, misi ini gagal.Misi ini tidak diteruskan kerana perhatian Britian terhadap Jepun terutama dilihat daripada sudut keuntungan perdagangan adalah masih minimum. Malah apabila Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke Jepun dalam tahun 1853, Britain telah memberi sokongan penuh dan berharap kejayaan misi tersebut akan merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun.
5.   Dasar pemencilan Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada Julai 1853 di Uraga yang menjadi penanda penting kepada perubahan dasar Jepun kemudiannya. Kehadirannya telah membawa kepada Perjanjian Kanagawa yang membuka beberapa pelabuhan Jepun kepada orang luar.Tekanan yang dikenakan oleh kuasa Barat terutama Amerika Syarikat menyebabkan Jepun tidak mempunyai banyak pilihan.
6.   Menyedari ancaman yang diberikan oleh Komoder Perry, pemerintah Tokogawa telah setuju untuk membuat hubungan dengan Amerika dan menandatangani Perjanjian Kanagawa (31 Mac 1854) Antara syarat perjanjian tersebut: 
a)     Jepun akan membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang Amerika,
b)     Jepun dikehendaki memberi layanan yang baik kepada kelasi kapal Amerika,
c)      Amerika akan menempatkan konsulnya di Shimoda
d)     Amerika akan mendapat layanan hak wilayah asingan, 
C.  Penutup  (2@3 M)
1.   Perang Candu pada 1839  yang membawa kepada termeterainya perjanjian Nanking 1842 menyebabkan dasar pintu tertutup telah berakhir di China.
2.   Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat ini telah menjadi titik tolak kepada penamatan dasar isolasi Jepun.





8.    Bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filipina sebelum peluasan kuasa Barat.

A.    Pengenalan ( 2 @ 3 M )

1.    Ekonomi saradiri merupakan satu kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk menyara diri dan keluarga. Ini bermakna semua kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah untuk keperluan keluarga dan digunakan oleh ahli keluarga sahaja.
2.    Di Negara Asia, kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan adalah lebih tertumpu kepada aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi. Di samping itu mereka turut menjalankan kegiatan penternakan, perikanan,memburu binatang, memungut hasil hutan , pertukangan, perdagangan dan perlombongan.
3.    Antara negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem ekonomi saradiri ialah Vietnam dan Filipina.

B.   Isi (20 M)
            Ekonomi saradiri di Vietnam ( 10 M )

1.    Pertanian
a)    Penanaman padi.
                                  i.    Penanaman padi melibatkan 5/6 daripada jumlah keluasan kawasan pertanian di Vietnam.Ini kerana beras merupakan makanan utama penduduk Vietnam. ¾ daripada penduduk Vietnam bergantung kepada pekerjaan pengeluaran padi.
                                 ii.    Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam dan berbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut keadaan iklim dan jenis tanah.
                                iii.    Petani akan menuai 20 hingga 25 bushel padi seekar untuk membolehkan sesebuah keluarga menampung keperluan hidup mereka.
                               iv.    Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di Delta Song-Koi dan Delta Mekong. Petani-petani Vietnam menggunakan sistem taliair untuk mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya mengusahakan pertanian.Keadaan ini membolehkan petani di Vietnam mengusahakan tanaman padi dua kali setahun. Bagi menyuburkan tanaman, mereka menggunakan najis binatang dan manusia.

b)    Tanaman lain.
i.      Masyarakat Vietnam turut menanam tanaman lain sebagai kegiatan ekonomi saradiri seperti ubu keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.Tanaman ini merupakan tanaman luar musim yang ditanam di kawasan sawah padi seperti Cochin-China dan Annam.
ii.     Mereka turut menanam teh di Tongking dan Utara Annam untuk mempelbagaikan hasil pertanian.

c)    Perikanan
i.      Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan ini dijalankan di Tasik Tonle Sap.
ii.     Hasil tangkapan ikan akan dikeringkan, disalai atau dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan.
iii.    Ikan ini akan dibawa keluar dari kawasan Tonle Sap dengan perahu ke-dataran Mekong melalui jalan daratan lumpur.

2.    Pertukangan/perusahaan
a)    Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan perusahaan atau pertukangan sebagai salah satu aktiviti ekonomi saradiri. Mereka membuat tembikar, tenunan dan menganyam.
b)    Kegiatan pertukangan mendapat lebih pengiktirafan daripada petani.Golongan ini dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar cukai.Namun mereka terpaksa menghasilkan barangan pertukangan kepada Maharaja sebagai ganti kepada cukai.

3.    Perdagangan
a)    Kegiatan perdagangan berlaku antara kawasan daratan dengan kawasan bukit di pendalaman.
b)    Kayu bukit dan buluh akan diperdagangkan untuk mendapat barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur dari kawasan daratan.

4.    Perlombongan
a)    Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti perlombongan. Mereka menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan Quang Yen.


            Ekonomi saradiri di Filipina.( 10 M )

1.    Pertanian.
a)    Penanaman padi.
i.      Merupakan tanaman utama di Filipina. Ini kerana beras adalah makanan utama penduduk Filipina.
ii.     Padi ditanam di kawasan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi kerana masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
iii.    Masyarakat Filipina mengamalkan 2 jenis padi sawah iaitu penanaman padi sawah yang bergantung kepada air hujan dan penanaman padi sawah yang bergantung kepada air tambahan seperti melalui banjir dan sungai.
iv.   Bagi mengusahakan penanaman padi masyarakat Filipina menggunakan sistem tenggala dan penyemaian dengan tangan.

b)    Tanaman lain.
i.      Masyarakat Filipina turut menanam Abaka bagi menghasilkan tali belati. Abaka turut digunakan untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama  tanaman Abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon.
ii.     Masyarakat Filipina turut menanam sayuran di sekeliling rumah,ubi,                                               melukah ikan di sawah padi atau anak sungai dan menternak binatang seperti ayam itik dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber protein utama.
iii.    Melalui kegiatan pertanian pindah, masyarakat Filipina turut menanam pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, tanaman berubi dan lain-lain.

c)    Kelapa
i.      Kelapa ditanam dengan banyaknya di Filipina di kawasan yang panas dan lembab terutamanya di sepanjang pantai yang berpasir.
ii.     Kawasan tanaman kelapa yang utama di Filipina ialah di Selatan Pulau Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao.
iii.    Hasil kelapa telah dipelbagaikan seperti membuat minyak kelapa dan kelapa kering.


2.    Perusahaan/ pertukangan
a)    Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perusahaan secara kecil-kecilan  seperti menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin.
b)    Mereka turut menganyam tikar, bakul, menyulam dan menenun kain.
c)    Mereka turut menjalankan perusahaan membuat kapal sebagai perusahaan  individu dan keluarga.

3.    Perniagaan dan perdagangan
a)    Masyarakat Filipina turut menjalankan aktiviti perniagaan. Pada masa ini kegiatan perniagaan dimonopoli oleh golongan pemerintah seperti penghulu dan bangsawan. Antara barangan yang diniagakan ialah kelapa kering, mutiara, pinang dan lain-lain.
b)    Masyarakat Filipina turut mengadakan hubungan perdagangan terutamanya dengan Negara China. Pedagang China membawa tembikar, sutera dan manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan kulit seperti kulit kura-kura, mutiara dan pinang.

4.    Perlombongan
a)    Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan perlombongan. Mereka melombong tembaga di Toledo yang terletak di bahagian tengah Cebu dan bijih timah di Utara Mindanao.

C.   Penutup ( 2 @ 3 M )

1.    Sistem ekonomi saradiri di Filipina dan Vietnam telah mengalami perubahan selepas perluasan pengaruh barat.
2.    Selepas kedatangan kuasa barat iaitu Sepanyol di Filipina dan Perancis di Vietnam, ekonomi saradiri di kedua-dua negara ini telah mengalami kemerosotan.Sebaliknya masyarakat tempatan di Filipina dan Vietnam mula melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang berasaskan eksport dan import.




9.    Huraikan kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.

A.   Pengenalan (2@3 M)
1.    Perjanjian Bowring telah ditandatangani di antara Raja Mongkut dengan wakil kerajaan British iaitu John Bowring pada 18 April 1855. Perjanjian ini merupakan titik peralihan dari dasar pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka kepada pihak barat. Raja Mongkut berpendapat bahawa melalui perjanjian inilah, beliau dapat menyekat dasar imperialisme Barat terhadap Siam
2.    Perjanjian ini telah merintis jalan kepada perjanjian lain dengan kuasa-kuasa Barat yang lain. Perjanjian ini telah membawa kesan ekonomi dan politik kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
             
B.   Isi (20 M)
            Kesan-kesan Perjanjian Bowring 1855 (10 M)
1.    Pembukaan Siam kepada perdangan antarabangsa.
a)    Bilangan kapal yang datang berdagang telah meningkat 10 kali ganda
b)    Sistem ekonomi Sara diri tradisional Siam telah digantikan dengan dengan sistem ekonomi komersial. Kayu jati, beras dan gula telah muncul sebagai eksport Siam yang penting.
c)    Jumlah eksport beras Siam telah meningkat daripad 5% jumlah pengeluaran pada tahun 1850 kepada 50% jumlah pengeluaran pada tahun 1905
d)    Gula yang merupakan eksport utama  ke Eropah telah meningkat dua kali ganda dari jumlah pengeluaran dan kawasan tanaman menjelang tahun 1856.
e)    Barang import iaitu tektil telah bertambah
f)     Dalam masa setahun sahaja Siam telah mengalami imbangan perdagangan yang memuaskan.

2.    Britain muncul sebagai pelabur utama di Siam
a)    Britain telah menerima keuntungan yang banyak. Singapura dan Hongkong yang merupakan pelabuhan koloni Britain mula menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam.
b)    Pada tahun 1941, 70% daripada perdagangan eksport Siam dijalankan dengan empayar British
c)    Menurut D.J.M Tate dalam bukunya menyatakan Siam telah menjadi ‘Satelit ekonomi’ Britain

3.    Perubahan dalam susunan kewangan Kerajaan Siam
a)  Persetiaan tersebut telah mengubah sama sekali sistem cukai kerajaan Siam dan menamatkan sistem monopoli perdagangan yang dipegang oleh golongan bangsawan    dan kerajaan Siam.
b) Penamatan sistem monopoli ini telah mengakibatkan penyusunan semula dan pembaharuan dalam susunan kerajaan Siam



4.    Penamatan penguasaan perdagangan asing oleh orang Cina
a)    Penamatan ini telah telah mengakibatkan satu hubungan ekonomi yang baru antara Cina dan kerajaan Siam.
b)    Kerajaan Siam telah memajak monopoli eksais yang baru seperti perjudian,ganja, loteri dan minuman keras.

5.   Perjanjian dengan negara-negara lain.
a) Perjanjian Bowring 1855 telah membuka jalan kepada perjanjian-perjanjian lain dengan kuasa-kuasa Barat.
b)    Antaranya  Amarika (1856), Perancis (1856), Demmark (1868), Belanda (1860), Prusia (1862), Norway, Sweden dan Itali (1868).Ini telah membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya.

6.    Hubungan Inggeris-Siam bertambah erat      
a)    Ogos 1857, Raja Mongkot menghantar satu perutusan Siam ke Britain yang terdiri dari 3 menteri kanan dan diketuai oleh Phraya Suriyawongse. Perutusan ini telah mendapat kejayaan besar.

7.    Kemerdekaan Siam
a)    Keputusan Siam untuk membuka pintunya kepada Britain dan seterusnya kuasa Barat lain telah mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa asing. Jadi Siam kekal kemerdekaannya.

8.    Thailand memulakan proses pembaratan
a)    Pembukaan Siam mengakibatkan kedatangan mubaligh-mubaligh, profesional-profesional dan tukang Eropah, selain pedagang
b)    Seterusnya beberapa orang Eropah telah diambil berkhidmat dengan kerajaan Siam sebagai tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat-penasihat tentera.        Contoh Mongkut telah mengupah lebih orang 80 orang penasihat dari pelbagai negara Barat membantu baginda memodenkan pentadbiran Siam mengikut ciri Barat.
c)    Pembukaan  pintu Siam kepada orang Inggeris dan seterusnya proses pembaratan          telah membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya

9.      Perubahan – perubahan sosial
a)    Hamba dihapuskan
b)    Larangan melihat wajah raja dihapuskan .
c)    Orang Barat dibenarkan menghormati raja Siam dengan cara mereka sendiri iaitu           tidak perlu sujud dan hanya tunduk 3 kali sahaja. 
d)    Kemasukan mubaligh Kristian  menyebabkan agama kristian dibenarkan tersebar dengan meluas.

            Kesan-Kesan Perjanjian Nanking 1842 (10 M)
1.   Perjanjian Nanking mencabar prinsip-prinsip dan kedaulatan China.
a)   China terpaksa menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan selama ini.
b)   Hong Kong terpaksa dikembalikan kepada British
c)   Pegawai atau konsul British dibawa masuk untuk mengawal warga British dan harta benda mereka.
d)   Pemberian taraf yang sama juga telah mengaibkan China

2.   Terpaksa tandatangan perjanjian dengan kuasa-kuasa lain.
a)    1844 China menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat
b)    Diberi nama Perjanjian Wang Hsia
c)    Tahun yang sama China menandatangani dengan Perancis yang dinamakan Perjanjian Whampoa yang mana Perancis mendapat kebenaran daripada maharaja untuk membina gereja Roma Katolik di China
d)    Juga mengadakan perjanjian dengan Sweden, Norway dan Russia.

3.   Pelabuhan China terpaksa dibuka kepada pedagang luar
a)   China terpaksa akur membatalkan perniagaan antara saudagar asing
b)   Pedagang asing bebas berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.
c)   Pelabuhan-pelabuhan seperti Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai terpaksa dibuka kepada pedagang asing

4.   Gagal menyekat kemasukan perdagangan candu
a)   Candu terus dibawa masuk ke negara China
b)   Kebebasan berniaga yang diberikan kepada saudagar asing
c)   menyebabkan barangan Barat masuk secara berleluasa ke negara China termasuk candu.
d)   Penagihan meningkat dan menimbulkan masalah sosial

5.   Ekonomi China merosot
a)   Ekoran kemasukan barangan asing seperti candu
b)   Barangan China tidak dapat menandingi mutu barangan Barat
c)   Menyebabkan merosotnya perniagaan barangan China
d)   Akibatnya, banyak kilang ditutup dan berlakunya pengangguran
e)   Kerajaan China juga terpaksa menyelaraskan cukai eksport dan import, iaitu pada kadar 5 peratus ad valorem.
f)    Terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada British

6.   Kerajaan Manchu semakin lemah
a)   orang Cina mulai sedar bahawa Barat yang dianggap Barbarian telah mengalahkan mereka yang lebih bertamadun dalam Perang Candu Pertama.
b)   amalan adat kowtow semakin lemah memandangkan pegawai  Eropah dibenarkan menemui pegawai Cina mengikut amalan mereka
c)   amalan kowtow tidak lagi diwajibkan ke atas pegawai Eropah yang datang menemui pegawai China

7.    Penyebaran agama Kristian menular semula
a)    sehingga kawasan pendalaman dan di luar dari Canton
b)    ramai rakyat China berjaya dikristiankan
c)    pendedahan terhadap agama Kristian dan pemikiran Barat telah menyebabkan orang Cina terpengaruh dengan agama dan pemikiran Barat.
d)    perkembangan ini telah mengancam kebudayaan dan tradisi orang Cina   yang berpegang kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan Taoisme.
e)    seorang mubaligh Perancis , Auguste Chapdelaine dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak untuk menentang kerajaan China

8.    Perasaan antiasing bertambah
a)    kesan daripada kegiatan penyebaran agama Kristian oleh mubaligh Kristian

            9.  China mengalami kerugian yang banyak
a)    kesan Perang Candu 1
b)    dalam syarat perjanjian terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 21 juta  yang mana 6 juta di atas penyerahan candu, 3 juta untuk penyelesaian hutangn Hong Kong kepada saudagar British dan 12 juta atas perbelanjaan perang.


      C.   Penutup (2@3 M)
1.    Perjanjian Yandabo (1826)  banyak memberi keuntungan kepada pihak British dalam             usaha untuk meguasai sumber-sumber kekayaan di Burma .Di samping itu Inggeris telah dapat meluaskan pengaruh dan menguasai semua wilayah di Burma yang           bermula dengan perang Inggeris Burma 1, seterusnya Perang Inggeris Burma      II dan Perang Inggeris Burma III 1885. Dasar Pintu tertutup yang diamalkan oleh Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma akhirnya terpaksa tunduk kepada pihak British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun 1948.
2.    Perjanjian Bowring (1855) telah memberi kesan yang besar dari segi ekonomi dan politik kepada Siam dan British. Perjanjian ini telah menyelamatkan Siam daripada sebarang pencerobohan luar dan yang paling utama dapat mengekalkan kemerdekaan di samping Thailand menjadi semakin maju..













10.  Bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji pada abad ke-19.

A.   Pengenalan (2 @ 3 M)
1.    Raja Chulalongkorn (Rama V) merupakan Putera Mongkut dan baginda merupakan raja yang berwibawa setanding dengan ayahandanya Raja Mongkut.
2.    Baginda menaiki takhta ketika berusia 16 tahun selepas kematian ayahandanya Raja Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah dilantik menjadi pemangku raja.
3.    Manakala, pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16 tahun dan menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang terang menyinari’. Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.
4.    Pada tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji. Pemulihan Meiji ini bermakna  maharaja kembali kepada kedudukan  sebenarnya, iaitu sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.
B.   Isi (20 M)
Pembaharuan Raja Chulalongkorn (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1.     Dasar Buka Pintu
a)    Baginda telah meneruskan dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya, Raja Mongkut. Beberapa perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand dengan beberapa negara Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium, Itali, Sweden dan Norway pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman pada tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
a)    Raja Chulalongkorn juga mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan menyerahkan wilayah pengaruh Thailand kepada Perancis dan British.
b)    Laos dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada British.

3.     Hubungan peribadi dan diplomatik
a)    Hubungan peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara seperti Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales (England) dan Presiden Loubet (Perancis)
b)    Pada tahun 1897 dan 1907, baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan kemerdekaan, kemodenan dan kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.
4. Penasihat dari Barat
a)    Raja Chulalongkorn turut membawa masuk dan menggajikan penasihat dari Barat untuk membantu dalam usaha pemodenan Thailand.
b)    Rolin Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.
c)    Penasihat British pula diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat Jerman di Jabatan Kereta Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan Laut dan penasihat Itali diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a)    Chulalongkorn menjalankan usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan menubuhkan 12 kementerian untuk menggantikan struktur pemerintahan dan pentadbiran lama.
b)    Pada tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri Thailand.
c)    Kementerian ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem autonomi daerah turun-temurun itu ditamatkan.
d)    Bagi melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.
e)    Chulalongkorn turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan bantuan dan nasihat daripada penasihat kewangan British.
f)     Dengan bantuan Rolin Jacquemins, sistem perundangan ala-Barat telah diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan Putera Rabi, Kementerian Keadilan telah ditubuhkan.
Aspek ekonomi
1.    Perdagangan asing dan pertanian
a)    Tindakan Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan British telah menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank British dan Perancis telah ditubuhkan di Thailand.
b)    Selain perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.
c)    Di samping itu, projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan kereta api telah dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila baginda merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan rancangan membina landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang kemudiannya menjadi sistem pengangkutan penting terutama untuk perdagangan Thailand.
Aspek sosial
1.    Bidang pendidikan
a)    Raja Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan bangsawan dan rakyat jelata.
b)    Sekolah kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.
c)    Hampir setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang pemuda Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.
d)    3 buah sekolah kerajaan yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah ditubuhkan pada tahun 1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya (sekolah untuk pelajar perempuan bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk anak-anak lelaki golongan kelas pertengahan.
2.   Bidang perhubungan dan pengangkutan
a)    Raja Chulalongkorn telah mempertingkatkan sistem perhubungan di Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta api telah dimulakan. Jalan kereta api pertama telah dibina antara Bangkok dengan Paknam pada tahun 1893, dan antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun 1897.
b)    Selain itu, Sistem Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3. Penghapusan adat tradisi
a)    Raja Chulalongkorn telah menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya seperti pada tahun1873, adat sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
b)    Selain itu baginda telah meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem buruh paksa dan mewajibkan bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada tahun 1905, sistem penghambaan turut dihapuskan.

      Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)
      Aspek Politik dan Pentadbiran
1.    Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a)    Maharaja Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan Jepun. Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.
b)    Pada tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.
c)    Pada tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan secara langsung di Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah Jepun.
d)    Pada tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah menyerahkan wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.
e)    Negara Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor yang dilantik oleh kerajaan pusat.
f)     Selain itu, Kerajaan Meiji telah memberikan pencen tahunan kepada daimyo-daimyo.
2.   Bidang ketenteraan
a)    Maharaja Meiji juga memberikan  tumpuan dan keutamaan kepada  bidang ketenteraan dengan memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri daripada rakyat  biasa yang berumur 20 tahun ke atas.
b)    Sistem Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru daripada Jerman. Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan muda supaya berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun (3 tahun dalam angkatan tetap dan 9 tahun sebagai simpanan).
c)    Sistem ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem pertahanannya semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.
d)    Pada tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.
e)    Pada tahun 1871, beberapa maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan  ini dikendalikan oleh pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.
 Aspek Ekonomi
1. Perindustrian dan perdagangan
a)    Maharaja Meiji telah memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian. Kerajaan Meiji dikatakan telah memainkan peranan penting dalam perancangan, pembiayaan dan pencarian bahan-bahan mentah dan juga pasaran. Satu bentuk sistem cukai moden telah dilaksanakan.
b)    Selain itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju kepada pihak swasta dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga diberikan kepada pihak swasta.
c)    Kepakaran dari Barat telah digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan dikemas kini dengan penubuhan bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan Bank Yokohama.
      Aspek Sosial
1. Bidang pendidikan
a)    Sepertimana Raja Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem pendidikan moden di Jepun, iaitu pada tahun 1872.
b)    Sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872. Pendidikan rendah di Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.
c)    Maharaja Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun selama 3 tahun.
d)    Kerajaan telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto, Kyushu dan Hokkaido.
e)    Selain itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.
f)     Maharaja Meiji turut menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran dalam bidang sains Barat dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman, Perancis dan Amerika Syarikat.
2. Sistem penubuhan dan pengangkutan
a)    Kerajaan Meiji turut memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.
b)    Jalan kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari Osaka ke Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.
c)    Selain itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.

C.   Penutup (2 @ 3 M)
1.    Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha untuk memodenkan negara masing-masing.
2.    Dengan usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan dapat mempertahankan kedaulatan negaranya daripada dicerobohi dan dijajah oleh mana-mana kuasa asing.
3.    Manakala Jepun pula telah muncul sebagai sebuah negara yang begitu moden dan berjaya dalam bidang perindustrian.
4.    Negara Jepun telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat menguasai negara-negara Asia.
11.  Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan Myanmar sehingga pertengahan abad ke 20.

A.   Pengenalan ( 2@3 M)
1.    Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China pada awal abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa gerakan 4 Mei yang tercetus pada tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah untuk mendapatakan kembali semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan menolak 21 tuntutan Jepun ke atas negara China.
2.    Sementara penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar pada awal abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906, Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda Myanmar 1931. Pada tahun 1935 Persatuan Dobama dan liga Pemuda Myanmar telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama Asiayone dan anggota-anggotanya menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin yang bermaksud tuan. Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan  kemerdekaan Myanmar daripada pihak British.

B.   Isi (20 M)
            Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )
1.    Gerakan 4 Mei telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela kepentingan nasional di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar telah memainkan peranan penting membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat China. Ini jelas terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan oleh golongan pelajar telah mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di seluruh negara China.
2.    Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut memainkan peranan memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan buatan Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr Sun Yat Sen.
3.    Penentangan yang dilakukan oleh orang cina terhadap keputusan Persidangan Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington pada 21 November 1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju mengembalikan wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21 tuntutan ke atas negara China.
4.    Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah melemahkan kerajaan Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking. Sebaliknya gerakan Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti Kaomintang sehingga berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada tahun 1928.
5.    Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan intelek China amat  tertarik dengan ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada penubuhan Parti Komunis China pada tahun 1921.
6.    Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan peranan menghasil dan menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari barat atau di hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat Cina. Mereka turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara China yang moden berasaskan sains dan idea barat.
7.    Gerakan 4 Mei turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia turut melibatkan pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi yang diadakan,
           Peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )
1.    Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia Buddha.
a)    Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang Eropah dalam rumah berhala dan pagoda.
b)    Menuntut kerajaan British melaksanakan pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh British di India melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun 1919.
c)    Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai membantah keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.

2.    Peranan golongan Thakin.
a)    Melancarkan pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di  kenakan ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan Pelajar universiti Ranggoon dan Aung San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar Universiti Ranggoon serta menuntut pindaan Akta Universiti 1920.
b)    Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di Myanmar melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun 1936.
c)    Menubuhkan persatuan atau pertubuhan bagi mendapatkan sokongan golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se Burma, Liga Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh Burma.
d)    Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa perang dunia ke 2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi penyertaan Myanmar dalam perang dunia ke 2.
e)    Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan terhadap British di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.
f)     Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama  pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain pada tahun 1944 untuk menentang Jepun.
g)    Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut kemerdekaan Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar diisytiharkan pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai perdana menteri.

C.   Penutup ( 2  @ 3 M )
1.    Golongan pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di China dan Myanmar.
2.    Penglibatan golongan pelajar telah berjaya menyatukan rakyat di kedua-dua negara tersebut dalam usaha menentang imperialisme barat.

12.  Bandingkan peranan Sukarno dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan India sehingga Perang Dunia Kedua.

A.   Pengenalan ( 2 @ 3 M )

1.    Mahatma Gandhi telah dilahirkan pada 2 hb Oktober 1869 di Perbandar,Gujerat di India barat. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Hindu yang berfikiran ortodoks. Beliau memperolehi ijazah undang-undang di Britain ketika berusia 19 tahun dan pernah berkhidmat di Bombay dan  Afrrika Selatan. Beliau berjuang menentang dasar apartheid di Afrika Selatan selama 21 tahun. Mahatma Gandhi telah melibatkan diri dalam politik selepas Perang Dunia Pertama dengan menyertai Parti Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919.
2.    Berbanding dengan Sukarno pula yang dilahirkan pada 6 hb Jun 1901 di Blittar Jawa Timur. Ibunya Ida Ayu Nyoman Rai, keturunan Bali dan bapanya pula Raden Sukemi seorang guru keturunan Jawa.Beliau mendapat  pendidikan awal di sekolah Tinggi Belanda di Surabaya. Antaratahun 1921-1926, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 1925, beliau telah menubuhkan Kelab Pelajar Bandung bersama rakan-rakannya. Pada tahun1926, beliau telah menerima Ijazah dalam bidang kejuruteraan.

B.   Isi ( 20 M )

1.    Peranan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme India ( 10 M )

a)    Pada tahun 1919, Gandhi telah melaksanakan bantahan yang dikenali sebagai Penentangan Pasif apabila British bertindak menguatkuasakan Akta Rowlatt pada tahun 1919. Dalam bantahan ini penduduk India diarahkan agar tidak mematuhi undang-undang baru tersebut secara aman sehingga undang-undang tersebut ditarik balik. Tindakan ini menyebabkan Gandhi semakin popular dikalangan masyarakat India.
b)    Pada tahun 1920, Gandhi telah melancarkan satu perarakan secara besar-besaran di seluruh negara yang dikenali sebagai Satyagraha atau Penentangan Tanpa Kekerasan. Melalui penentangan ini mereka tidak bekerjasama dengan British, menutup kedai dan mengadakan mogok.Malangnya British bertindak balas menentang perarakan tersebut dengan cara membunuh dan mencederakan seramai 2000 orang awam. Tragedi ini dikenali sebagai Pembunuhan Beramai-ramai di Amritsar.
c)    Akibat peristiwa ini, pada bulan Ogos 1920, Gandhi telah melaksanakan dasar tidak bekerjasama dengan British dengan cara memulaukan majlis perundangan, mahkamah, kolej dan sekolah.
d)    Tindakan ini telah menyebabkan tercetusnya rusuhan pada tahun 1922. Ini menyebabkan Gandhi terpaksa membatalkan dasar tidak  bekerjasama dengan British. Akibat peristiwa ini, British bertindak menangkap dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap Gandhi sehingga beliau dibebaskan pada tahun 1924.                        
e)    Pada tahun 1929, British mencadangkan satu persidangan meja bulat bagi membincangkan isu perlembagaan baru. Namun begitu Parti Kongres yang bersidang di Lahore pada tahun 1929 telah meluluskan satu resolusi menolak Persidangan Meja Bulat kerana mereka hanya mahukan kemerdekaan negara India.
f)     Apabila pihak British bersikap dingin terhadap tuntutan Parti Kongres, maka Parti Kongres bertindak melancarkan Pergerakan Penderhakaan Awam pada tahun 1930. Dalam pergerakan ini Gandhi telah mengambil bahagian dalam perbarisan berjalan kaki sejauh 330 km sebagai tanda bantahan terhadap kerajaan yang mewajibkan rakyat membeli garam dari kerajaan. Pada masa ini garam merupakan barangan yang dimonopoli oleh kerajaan.
g)    Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah bekerjasama dengan Parti Kongres dan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Kedua di London pada tahun 1931.Gandhi telah hadir dalam persidangan tersebut. Rundingan antara Gandhi dengan Wizurai Lord Irwin telah menghasilkan Pakatan Gandhi-Irwin 1931. Menurut pakatan ini Gandhi bersetuju membatalkan kempen melanggar perintah awam.Sementara British pula bersetuju menarik balik segala langkah dan tindakan kekerasan serta memberi jaminan untuk membebaskan nasionalis India yang ditahan.
h)    Bagaimanapun, hasil rundingan tersebut tidak dapat dilaksanakan apabila Parti Konservatif yang mengambil alih kerajaan Britain telah bertindak tegas terhadap Parti Kongres.Sikap kerajaan British yang  enggan bertolak ansur menyebabkan Gandhi pulang ke India dan meneruskan kembali kempen melanggar perintah awam dan memulaukan barangan British. Akibatnya British bertindak menangkap Gandhi dan Parti Kongres diistyharkan sebagai sebuah parti yang tidak sah.
i)      Hubungan antara British dengan masyarakat India semakin tegang apabila British mengistyharkan Anugerah Perkauman pada bulan ogos1932.Gandhi yang berada dalam tahanan ketika itu telah membantah tindakan kerajaan British tersebut dengan melancarkan mogok lapar dalam penjara.Tindakan mogok lapar ini telah diberhentikan oleh Gandhi apabila beliau bersetuju dengan Pakatan Poona yang dibuat oleh British.
j)      Dalam Persidangan Meja Bulat Ketiga yang diadakan pada tahun 1932, pihak British telah memutuskan beberapa usul untuk memulihkan kerajaan India. Usul ini telah diterima oleh parlimen India dan akhirnya diluluskan sebagai Akta Kerajaan India 1935 yang menjadi asas kemerdekaan India.


2.   Peranan Sukarno dalam Gerakan Nasionalisme Indonesia ( 10 M )

a)    Peranan Sukarno dalam Parti Nasionalis Indonesia.
i.      Menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia ( PNI) pada 4 Julai 1927 untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia dengan cara menyatukan seluruh rakyat Indonesia dan melaksanakan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda.
ii.     Melaungkan slogan Perpaduan Nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat  Indonesia dan menerbitkan akhbar Persatuan Indonesia bagi menyebarkan konsep nasionalismenya.
iii.    Berjuang untuk menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi di Indonesia.
iv.   Mengukuhkan kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerjasama dan membantu pendidikan nasional di Indonesia terutamanya Sekolah-Sekolah Taman Siswa.
v.    Menyeru rakyat Indonesia memulaukan Volksraad dan Perkhidmatan Awam di Indonesia.
vi.   Di bawah pimpinan Sukarno, bahagian pemuda PNI telah menganjurkan satu kongres pemuda pada 28 hb Oktober 1928 yang telah menghasilkan sumpah pemuda. Sumpah pemuda ini melaungkan slogan Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bendera iaitu Sang Saka Merah Putih dengan lagu kebangsaannya Indonesia Raya. Sumpah pemuda ini menyebabkan perkataan Indonesia benar-benar menjiwai perjuangan nasionalisme mereka.
vii.  Pada 17  Disember 1928, Sukarno telah berjaya menyatukan hampir semua pertubuhan nasionalis di Indonesia dalam satu Persekutuan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)yang longgar. PPPKI telah disertai oleh Sarekat Islam, Budi Ottomo,Pasuendan,Ikatan Sumatera, Kelab Pelajar Surabaya dan PNI sendiri.
viii. Sukarno juga bertanggungjawab bagi kepopularan PNI. Ini kerana Sukarno merupakan ahli pidato yang lantang dan berkarisma. Pidato Sukarno yang berapi-api telah menambahkan sokongan rakyat terhadap perjuangan PNI. Ini menyebabkan PNI muncul sebagai sebuah parti nasionalis yang paling kuat dan berpengaruh di Indonesia. Menjelang tahun 1929, jumlah anggota PNI ialah 10,000 orang dengan cawangan-cawangannya di Pulau Jawa dan pulau-pulau di luar Pulau Jawa.
ix.   Kepopularan PNI dan sifat antipenjajahnya amat membimbangkan kerajaan Belanda. Justeru itu, Belanda bertindak menarik balik lesen penerbitan akhbar Persatuan Indonesia dan menangkap Sukarno serta 7 orang pemimpin PNI yang lain pada 24 Disember 1929. Sukarno telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun. Serentak dengan itu PNI telah diharamkan dan seterusnya dibubarkan pada bulan April 1931.


b.  Peranan Sukarno dalam Parti Indonesia ( PARTINDO )
i.   Sukarno telah dibebaskan dari penjara oleh Belanda pada bulan Jun 1931. Setelah dibebaskan, Sukarno cuba menyatukan gerakan–gerakan yang bersifat revolusiner di Indonesia bagi menentang Belanda, tetapi  gagal.
ii.   Justeru itu, pada bulan ogos 1932, Sukarno telah menyertai Parti Indonesia   ( PARTINDO ). Beliau telah menjelajah ke seluruh Indonesia untuk menyampaikan pidatonya serta menyeru mereka menyertai PARTINDO. Tindakan ini menyebabkan keanggotaan PARTINDO bertambah dengan pesat. Buktinya pada bulan Februari 1932, anggota PARTINDO hanyalah seramai 3000 orang sahaja. Namun menjelang bulan Ogos 1933, jumlah anggota PARTINDO telah meningkat kepada 20, 000 orang.
iii.    Kegiatan Sukarno dalam PARTINDO dianggap mengancam Pemerintahan Belanda di Indonesia. Akhirnya Sukarno ditangkap sekali lagi pada bulan Ogos 1933 dan dibuang ke Flores dan seterusnya ke Bangkulan serta dipenjarakan di sana.


C.   Penutup ( 2 @ 3 M )

1..  Berdasarkan huraian di atas, jelaslah bahawa Mahatma Gandhi telah memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di India.Perjuangan Gandhi dalam gerakan nasionalisme ini telah meletakan asas bagi India mencapai kemerdekaan. Hasil daripada perjuangan beliau telah memaksa British untuk mengisytiharkan kemerdekaan India pada 15 hb Ogos 1947.
2. Sementara perjuangan Sukarno pula telah berakhir dengan kemerdekaan Indonesia. Kejayaan ini telah menyebabkan Sukarno diisytiharkan sebagai Presiden Republik Indonesia yang pertama.



SKEMA JAWAPAN TAMAT