NUFFNANG ADS

Thursday, May 31, 2012

Pemerintahan Beraja & Pemerintahan Republik



DALAM SEJARAH TAMADUN AWAL,TERDAPAT BENTUK PEMERINTAHAN BERAJA & PEMERINTAHAN REPUBLIK.HURAIKAN SISTEM PEMERINTAHAN TERSEBUT & PERKEMBANGAN REPUBLIK DI ROM.

            Pemerintahan ialah organisasi yang dianggotai oleh beberapa orang individu yang dipilih mengikut prosedur perundangan bagi mentadbir dan mengurus sesebuah negara.  Pentadbiran ditafsirkan sebagai sistem yang melaksanakan dasar dan arahan kerajaan untuk membawa pembangunan dan menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.  Tujuan pemerintahan dan pentadbiran ini dilaksanakan adalah bagi menegakkan undang-undang dan mewujudkan keamanan.  Rom dipercayai wujud sejak 1000 SM dahulu dan mewarisi ciri-ciri dan pencapaian tamadun Yunani.  Menurut legenda, Tamadun Rom dipercayai diasaskan oleh sepasang kembar yang dikenali sebagai Romulus dan Remus yang dibesarkan oleh sesekor serigala betina.  Tamadun Rom terletak di kawasan Bukit Palatine.  Terdapat pelbagai bentuk pemerintahan yang diamalkan sejak zaman awal kemunculan tamadun dan antaranya ialah pemerintahan monarki,pemerintahan aristokrasi,pemerintahan republic,pemerintahan demokrasi,pemerintahan oligarki dan pemerintahan tirani.

            Pemerintahan beraja juga dikenali sebagai pemerintahan monarki yang membawa maksud pemerintahan yang yang diterajui oleh raja atau maharaja yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.Ciri-ciri pemerintahan beraja secara umumnya dapat dilihat melalui kedudukan raja tersebut dalam heiraki organisasi sosial di mana raja menduduki tempat yang paling teratas dalam organisasi sosial tersebut dan mempunyai kuasa mutlak dalam tampuk pemerintahan.Kebiasaanya raja ini mendapat mandat dari tuhan,restu dari tuhan untuk menjadi pemerintah.Contohnya seperti Maharaja Shih Huang Ti.

            Ciri kedua ialah cara pemerintahan.Dalam bidang ini raja memainkan peranan sebagai panglima tentera,ketua hakim,ketua agama dan sebagainya.Raja juga akan dibantu oleh sekumpulan pegawai/pembesar dalam menjalankan tugas.Jika melihat pada cara pemerintahan di Mesir,raja melantik anggota keluarga diraja dalam menjawat jawatan penting sebagai langkah keselamatan mengelak rampasan kuasa.Cara pewarisan takhta di Mesir juga agak unik berbanding dengan negara lain dimana takhta diwarisi oleh anggota keluarga sebelah perempuan.

            Ciri ketiga ialah raja sebagai tuhan. Raja dianggap sebagai tuhan dan rakyat hendaklah mentaati dan menghormati raja sepenuhnya.Raja menganggap rakyat sebagai hambanya.Contohnya seperti Mesir di mana firaun dianggap sebagai penjelmaan Tuhan Horus dan mempunyai hak mengerah rakyat membina piramid-piramid besar.

            Selain itu,dalam bidang keagamaan pula rata-ratanya raja ialah ketua agama/pendeta seperti En yang disebut sebagai pemerintah dalam tamadun Mesopotamia yang memainkan peranan sebagai ketua paderi di Bandar,menjalankan upacara ritual diraja seperti takultu dan bit rimki,melantik pendeta menjalankan tugas-tugas keagamaan dan lain-lain lagi.

            Dari segi undang-undang,raja ialah ketua hakim. Undang-undang di tangan raja dan hukuman di tangannya.Raja boleh mengampun kesalahan walaupun yang melakukan kesalahan itu dirinya sendiri.Hal ini bermakna raja kekal dari sebarang hukuman.Rakyat tidak boleh mempersoalkan tindakan atau peraturan yang digubal oleh raja dan hanya menuruti sahaja perintah raja.Konteks ini juga menunjukkan wujud undang-undang Hammurabi.

            Dalam bidang pertahanan,raja bertindak sebagai ketua perang dan mempunyai kuasa mutlak ke atas rakyat.Raja akan merangka strategi dalam kempen-kempen ketenteraan dan mengetuai pasukan tentera dalam medan peperangan manakala keistimewaan raja dapat dilihat daripada cara berpakaian,bertutur,alat kebesaran dan lain-lain lagi seperti dalam pemerintahan beraja Melayu yang melarang rakyat meggunakan warna kuning dan gelang kaki.Tamadun yang mengamalkan pemerintahan beraja ini ialah tamadun Mesopotamia,tamadun Mesir Purba,tamadun India,tamadun China,tamadun Eropah dan Melayu.

            Pemerintahan republik adalah pemerintahan sesebuah negara yang ditadbir oleh seorang presiden yang dipilih oleh rakyat melaui pilihan raya.Republik juga bermaksud kuasa tidak sepenuhnya terletak di tangan rakyat.Terdapat dua kerajaan yang mengamalkan republik dalam sistem pemerintahan iaitu Rom di Rom dan Athens di Yunani.

            Antara ciri-ciri pemerintahan republik ialah tiada raja dan pemerintahnya ialah presiden.Di samping itu mempunyai tiga badan utama pemerintahan.Badan pemerintahan di Rom terdiri daripada badan konsul,dewan senat dan dewan perhimpunan manakala Athens terdiri daripada dewan perhimpunan(Assembly),Majlis(Council) dan badan Majistret/juri.Banyak persamann dapat dilihat antara dua kerajaan tersebut dalam ketiga-tiga badan pemerintahan.Contohnya seperti dewan perhimpunan yang diwakili seluruh warganegara kecuali hamba,kemukan pandangan tentang dasar-dasar kerajaan dan lain-lain lagi.Jelas menunjukkan cara pemerintahan antara dua kerajaan tersebut tidak banyak beza.

            Pemerintahan republik mempunyai hak rakyat dan berunsur demokrasi di mana rakyat jelata bebas mengemukakann pandangan mereka melalui badan tertentu seperti Centuriate Assembly walaupun tidak boleh menjadi anggota senat dan majlis.Rakyat juga berhak memilih wakil mereka di Majlis semasa pemilihan Konsul dijalankan.

            Ciri terakhir dalam pemerintahan republik ialah jawatan sebagai seorang presiden tidak boleh diwarisi.Tidak ada seorang pun yang berhak mewarisi hak politiknya kepada orang lain.Sebagai contoh,Konsul yang telah meninggal dunia tidak boleh mewariskan hak politiknya kepada anaknya dan anaknya pula tidak semestinya menjadi seorang konsul.Jawatan ini hanya akan diisi melalui pilihan raya.

            Pemerintahan republik di Rom melalui 3 tampuk pemerintahan iaitu zaman beraja(753-509SM),zaman republik(509-27SM) dan zaman empayar(27-14SM).Pada zaman beraja di Rom,raja-raja Etruscan memerintah secara mutlak dan mempunyai 7 orang raja yang memerintah sepanjang zaman beraja tersebut.Raja yang terakhir memerintah ialah Tarquinius Superbus.Pada 476M,pentadbiran di Rom diambil alih oleh orang gasar disebabkan tertekan dengan cara pemerintah raja yang zalim dan sering ditindas.Hal ini merupakan permulaan pada perpecahan sistem beraja dan merintis pada penubuhan pemerintahan republic yang diterajui golongan aristocrat(bangsawan).Sistem pemerintahan republik ini diterajui oleh 2 orang konsul dan dibantu dewan senat dan dewan perhimpunan.

Konsul merupakan pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan republik terdapat dua orang konsul yang dipilih daripada penduduk yang berumur melebihi 40 tahun selain mengelak pemusatan kuasa.Konsul dilantik oleh Dewan Senat dan mentadbir selama satu tahun dan merupakan ketua eksekutif negara. Ia mempunyai kuasa dalam bidang pentadbiran, keadilan, ketenteraan, Keagamaan dan kewangan. Ia berperanan sebagai ketua hakim,ketua Angkatan tentera dan ketua eksekutif.

            Dewan Senat diwakili oleh 300 orang ahli yang dipilih daripada golongan bangsawan. Ahli-ahli dewan ini dipilih oleh konsul. Dewan senat bertindak menasihati konsul dalam urusan pentadbiran Negara. Antara tugas dan peranan ahli-ahli senat ialah membincangkan hal-hal pentadbiran negara,menggubal undang-undang untuk dibincangkan dalam dewan perhimpunan ,mengadakan rundingan dengan duta-duta asing,menetapkan rovinsi yang akan diuruskan oleh konsul,menguruskan hal ehwal kewangan,menyelesaikan krisis keagamaan.

Dewan perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom lelaki. Ia dikenali Sebagai forum.Ia merupakan tempat rakyat berkumpul untuk mendapat laporan tentang perbincangan dewan senat dan membantu dewan senat melaksanakan pemerintahan.Ia juga bertindak meluluskan dan mengesahkan undang-undang yang telah diputuskan oleh Dewan Senat.

            Disebabkan semasa pemerintahan republik kuasa politik didomonasi golongan bangsawan maka pertelingkahan sering berlaku dalam kalangan mereka dan membuka jalan pada pemerintahan dictator yang diterajui Julius Ceaser pada zamannya.Julius Ceaser menamatkan pemerintahan republic dan mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai dictator setelah mengalahkan Jeneral Rompei kerana Julius Ceaser mempunyai angkatan tentera yang kuat dan teratur.

            Kesimpulannya,setiap pemerintahan bermula dengan pemerintahan beraja dan seiring dengan zaman,cara pemerintahan berubah.Pemerintahan republic juga lbih baik dari pemerintahan beraja dan tampuk pemerintaha tersebut masih kekal sehingga ke hari ini.Contohnya pemerintahan republik di negara China dan Singapore.Pemerintahan beraja di Malaysia.


           


            

Tuesday, May 29, 2012

Girl About Time by Kerstin Gier





Buku ni sangat menarik untuk dibaca. Memang awesome!!Menceritakan tentang Gwyneth,gadis yang mewarisi genetik perjalanan masa,bertemu dengan lelaki yang menarik,macam-macam lagi.Pendek kata cerita fantasi la kan.Main putar-putar masa,jumpa orang tu orang ni,lawan-lawan...rekemen untuk budak-budak kelas!!


**Imagine Falling in Love in Another Century**

Monday, May 28, 2012

Masyarakat Islam Bani Umaiyah



Bincangkan Perkembangan Masyarakat Islam pada Zaman Bani Umaiyah.
Kelahiran kerajaan bani Umaiyah berpunca dari konflik tentera diasaskan oleh Mu'awiyah. Mu'awiyah merupakan pemimpin yang berhemah tinggi dan mempunyai pengikut yang setia di Syria. Ketokohannya dalam bidang siasah politik dan pentadbiran diakui. Beliau menjadi gabenor Syria selama 20 tahun dan khalifah juga selama 20 tahun. Kerajaan Bani Umaiyah memerintah antara tahun 661-750 yang berpusat di Damsyik. Seramai 14 orang Khalifah yang memerintahnya.
Kerajaan Bani Umaiyah memerintah selepas zaman khulafa’ al-Rasyidin.Nama Bani Umaiyah. Kerajaan ini bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman Jahiliyah iaitu Umaiyah bin Abd.Syam bin Abd. Manaf. Perlantikan Saidina Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umaiyah. Pemecatan membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim yang membuka ruang kepada Bani Umaiyah memerintah Negara Islam. Zaman pemerintahan bani Umaiyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran atau Pembangunan dan Zaman kehancuran.

Golongan pemerintah merupakan kedudukan yang tertinggi dalam kerajaan Bani Umaiyah ini. Golongan ini terdiri daripada orang Arab yang diterajui oleh keluarga Bani Umaiyah. Kerajaan Bani Umaiyah ini telah diperintah oleh dua keluarga besar, iaitu keluarga Abu Sufyan dan keluarga Marwan. Keluarga Abu Sufyan yang memerintah selama 23 tahun melibatkan tiga orang khalifah, iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan, Yazid bin Muawiyah dan Muawiyah bin Yazid. Mereka telah memerintah dengan jayanya pada zaman Muawiyah, tetapi pada zaman Yazid I dan Muawiyah II, kerajaan ini telah mengalami zaman kelemahan. Manakala keluarga Marwan memerintah selama 68 tahun sejak 683M hingga 750M. Terdapat dua kumpulan khalifah yang memerintah, iaitu kumpulan pertama seramai tujuh orang dimulai oleh Marwan I bin al-Hakam dan berakhir dengan Hisyam bin Abdul Malik. Selain itu adalah kumpulan kedua seramai empat orang, iaitu Al-Walid II bin Yazid, Yazid III bin al-Walid, Ibrahim bin al-Walid dan Marwan bin Muhammad. Sebahagian besar corak kehidupan khalifah kerajaan Bani Umaiyah terikut-ikut dengan corak pemerintahan kerajaan Byzantine dari Rom dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan, kecuali Khalifah Umar bin Abdul aziz yang mengikut kehendak Islam dan digelar khalifah kelima Khulafa’al-Rasyidin.

Semasa pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan, timbul penentangan daripada gerakan kaum Khawarji yang dikenali sebagai gerakan Azariqah dan Najdiyah. Penentangan ini bermula sejak 670M yang bermarkas di kota Basrah di bawah pimpinan Qurayb dan Zahhaf. Gerakan Azariqah ini banyak mempunyai perkara bidaah yang bermaksud rekaan. Gerakan ini di bawah pimpinan Azraq bin Nafi dan muncul di kota Basrah pada 683M dengan penyingkiran Ubaidullah bin Ziyad dan kematian khalifah Yazid I. gerakan Azariqah mempunyai doktrin agama yang berbeza. Mereka berpendapat orang yang melakukan dosa besar dianggap kafir dan kekal dalam nereka. Mereka juga menghukum kafir ke atas orang yang tidak menyertai Azariqah dalam peperangan serta mengkafirkan Ali, Uthman dan sesiapa yang menyertai Perang Jamai dan Siffin. Mereka menganggap pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.

Manakala gerakan Najdiyah banyaknya yang terdiri daripada kaum Badwi dan mengamalkan cara hidup orang Badwi. Gerakan ini diasaskan oleh Najdah bin Amir al-Hanafi yang berpendapat hukuman seperti dinyatakan oleh Azariqah keterlaluan. Bagi mereka yang melakukan dosa besar tidak boleh dihukum kafir tetapi hanya bertaraf munafik. Pusat gerakannya di Semenanjung Arab, terutama di Yamamah. Mereka juga lebih banyak bergiat dalam bidang politik dan ketenteraan daripada bidang teologi.

Seterusnya adalah kaum Syiah juga turut meakukan penentangan terhadap kerajaan Bani Umaiyah sejak zaman Muawiyah bin Abi Sufyan kerana ingin menuntut bela atas kematian Husin di Karbala. Selepas penentangan ini disambung oleh al-Mukhtar yang berbeza corak perjuangannya daripada kaum Syiah sebelumnya. Beliau memperjuangkan hak dan kedudukan Muhammad al-Hanafiyah. Sebelum ini, kaum Syiah hanya memperjuangkan hak dan kedudukan Hasan dan Husin daripada keturunan Ali dan isterinya, Fatimah. Tindakan beliau tidak dapat restu daripada Muhammad al-Hanafiyah. Beliau juga cuba memihak kepada kaum Mawali yang menyebabkan kaum Syaih Arab berasa kecewa.

Golongan Mawali terdiri daripada hamba yang telah memeluk Islam. Golongan ini juga dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan bani Umaiyah seperti Maimun bin Mihran sebagai Pengarah Jabatan Cukai di Mesopotamia hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Golongan Mawali ini tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab dan juga tidak boleh solat jemaah dengan orang Arab.

Golongan Zimmi pula terdiri daripada golongan bukan Islam yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang lain. Kerajaan Umaiyah tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama dalam golongan ini. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.

Pada kedudukan yang terbawah adalah golongan hamba. Golongan hamba ini merupakan perubahan taraf sosial dan corak kehidupan keluarga bangsawan dan pemerintah Umaiyah yang hidup mewah menyebabkan mereka memerlukan ramai hamba. Gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.

Kesimpulan, masyarakat Islam zaman Bani Umaiyah telah berpecah belah kepada beberapa puak yang menentang pemerintahan. Kerajaan Bani Umaiyah juga telah mengenal pasti masalah dan cuba menyelesaikannya. Pemerintahan secara mengikut keturunan waris mungkin tidak disukai majoriti rakyat tetapi bagi tujuan kawalan dan menyebarkan syiar Islam mungkin ini cara terbaik.

KARYA : CHAI ROU WEN



Masyarakat Islam Di Eropah



JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH


            Negara Eropah adalah Negara Sepanyol yang dulunya dikenali sebagai Andalus. Masyarakat Eropah sebelum kedatangan islan telah dikuasai oleh bangsa Goth iaitu suku daripada bangsa Jerman. Penduduk di Sepanyol amat membenci pemerintahan Goth kerana amat zalim. Pada tahun 710 m, Raja Goth telah mati dan Roderick telah merampas kuasa pemerintahan. Count Jullian adalah musuh lama Roderick telah meminta bantuan daripada Musa bin Nusair untuk menjadi gabenor islam di Afrika Utara kerana ingin merebut Negara Sepanyol daripada Roderick. Kesan daripada bantuan itu, bermulalah tanda penapakan islam di Negara Eropah. Pelbagai kaum yang wujud di sepanyol; antaranya kaum Barbar, Arab, Muwalladun, Mozarab, Yahudi dan juga hamba.

            Kaum Barbar boleh dikatakan semuanya beragama islam dan kebanyakannya terdiri daripada puak yang menetap dan bukan kaum yang berpindah-randah. Mereka ini kebanyakannya tinggal di desa dan bertugas sebagai buruh dan petani, hanya sedikit sahaja yang tinggal di Bandar bagi melakukan pekerjaan pertukangan tangan secara kecil-kecilan. Hanya seorang dua sahaja antara mereka yang terkenal sebagai ulama. Datuk nenek mereka adalah pejuang-pejuang islam yang membuka negeri Sepanyol. Mereka dating ke Sepanyol ialah untuk mengikut jejak langkah nenek moyang mereka, di samping mencari penghidupan baharu di sana. Ketika sampai di Sepanyol, mereka telah bergabung dengan kaum muslimin yang lain bagi menghadapi penentangan puak kristian. Bagi tujuan ini, mereka telah bersatu padu dengan orang arab, serta melupakan sikap anti-arab yang tersebar di Afrika Utara di kalangan kaum barbar yang menganut aliran Khawarij.

            Kaum arab, walaupun bilangan mereka lebih kecil tetapi lebih berpengaruh kerana mereka ini adalah golongan pemerintah. Pengaruh mereka bukan hanya terhad dalam bidang politik, tetapi juga dari segi kebudayaan dan juga peradaban pada amnya. Sejak pembukaan hingga 750M, Sepanyol berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah yang berpusat di Damsyik. Sepanjang pemerintahan  Bani Umyyah, sama ada di Damsyik mahupun di Sepanyol pengaruh arab amtlah kuat, malahan factor keakraban menjadi factor dominan dalam urusan pentadbiran Negara dan masyarakat. Selepas tahun 750M selama kira-kira dua setenga abad lamanya Sepanyol masih diperintah oleh keluarga Bani Umayyah. Di samping kuasa politik, kuasa ekonomi juga adalah di tangan mereka.

            Golongan yang ketiga ialah Muwalladun, iaitu kaum muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol. Bilangan mereka ini lebih ramai daripada orang arab. Namun setelah zaman berlalu, pemisah antara orang arab dengan Muwalladun hamper tidak wujud akibat berlakunya perkahwinan antara kedua-dua puak itu , dan ramai pula di kalangan Muwalladun yang mengaku keturunan arab. Pada abad ke 10M, perbezaan ras antara arab dengan Muwalladun sudah tidak dapat dikenali lagi. Menurut T.W. Arnold, motif yang menyebabkan ramai orang Sepanyol dan Muwalladun yang memeluk islam ialah berkaitan dengan hal-ehwal yang wujud pada waktu itu. Hal-hal itu termasuklah ajaran, budaya dan tamadun islam yang mereka anuti, sebaliknya tidak ada apa-apa yang hendak mereka banggakan dengan zaman tradisi mereka yang dipenuhi dengan kezaliman dan kemunduran.

            Golongan keempat ialah Mozarab, iaitu orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan islam. Mereka ini tinggal di Bandar dan luar Bandar dan bertutur mengikut loghat Rom. Bagi kalangan terpelajar boleh bertutur dan menulis dalam bahasa arab dengan baik. Mereka sangat terpesona dan terpengaruh dengan undang-undang dan kebudayaan islam. Orang Mozarab masih beragama islam, akan tetapi mereka sangat kagum dengan bahasa dan peradaban arab atau islam. Namun begitu, ada juga antara mereka yang fanatic terhadap bangsa dan agama mereka. Mereka ini telah menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang dikatakan telah menganut agam kristian dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga antara mereka yang berhijrah ke negeri-negeri kristian di Utara Sepanyol.

            Golongan yang kelima dan terakhir ialah puak yahudi dan golongan hamba. Puak yahudi tidak ramai, tetapi masih kuat dan mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual. Golongan hamba pula, terbahagi kepada dua puak iaitu pertama, puak Negro dan kedua, puak Saqalibah (slavs) termasuk puak Frank yang dating dari utara Sepanyol. Golongan Saqalibah sangat berpengaruh dan ramai pula bilangannya, terutama pada zama ‘Abdul Rahman III. Mereka ini kebanyakannya berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan. Akhirnya mereka ini bebas dan memeluk islam serta berpengaruh dalam politik. Pada abad ke 11M, golongan Saqalibah dianggap daripada satu golongan yang penting di kalangan penduduk Sepanyol. kerajaan-kerajaan kecil Sepanyol, iaitu pemerintahan Muluk al-Tawa’if (raja-raja puak) terbahagi kepada tiga puak besar (Tawa’if) iaitu Barbar, Saqalibar dan lain-lain termasuk oaring Arab dan bangsa Sepanyol. Setiap puak ini hanya mementingkan puak mereka sendiri. Justeru, tidak pernah ada kata sepakat antara puak-puak ini. Sementara itu, masyarakat islam di Sicily terdiri daripada tiga kumpulan , iaitu orang Barbar, Arab, dan penduduk tempatan. Majoriti orang islam di Sicily berketurunan Barbar yang berasal dari Afrika Utara. Orang Arab merupakan golongan elit dan mereka menganggap golongan lain tidak setaraf dengan mereka iaitu kelas kedua. Situasi ini menyebabkan orang islam di Sicily tidak bersatu dan membawa kepada kejatuhan kerajaan islam di Sicily ke tangan orang kristian.

            Kesimpulannya masyarakat islam berkembang dengan luas sejak peristiwa hijrah iaitu dari makkah ke madinah pada tahun 622M. Islam berkembang dari makkah dan madinah ke serata dunia. Dunia mengalami perubahan dan pengalaman yang lebih luas dari segi politik, ekonomi, dan sosial berasaskan islam.


                                                             KARYA : NURHAFISAH AHMAD SHAFAWI

Masyarakat Bani Abbasiyah



Perkembangan Masyarakat Bani ‘Abbasiyah

Perkataan tamadun diambil daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Terdapat empat kumpulan masyarakat iaitu masyarakat desa, masyarakat bandar, masyarakat primitif dan masyarakat massa. Kerajaan ‘Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 m dan pusat pemerintahannya terletak di Kota Baghdad. Khalifah pertama pada kerajaan Bani Abbasiyah ialah Al-Abbas Al-Saffah dan mengamalkan sistem warisan. Kerajaan ini telah diperintah seramai 37 orang khalifah antara tahun 750 hingga 1258 m. Oleh itu, telah mencapai zaman kegemilangan pada pemerintahan Khalifah Al-Rasyid dan anaknya Al-Makmum.

Perasaan fanatik orang Arab terhadap bangsanya atau puaknya telah dapat dikikis disebabkan oleh pengaruhbangsa-bangsa asing. Terdapat ramai daripada khalifah-khalifah memilih isteri bukan daripada  keturunan Arab. Tambahan pula, kebanyakkan ibu-ibu khalifah ‘Abbasiyah adalah berdarah Parsi dan Turki. Oleh yang demikian, tiada lagi orang Arab yang  berketurunan Arab jati disebabkan amalan perkhawinan campur dengan bangsa asing melalui sistem poligami,  gundik atau hamba abdi. Percampuran daripada pelbagai keturunan ini menyebabkan ramai daripada pegawai kanan kerajaan kurang semangat nasionalisme Arab.

Selain itu, kedudukan wanita pada zaman permulaan kerajaan ‘Abbasiyah adalah sama dengan kerajaan Bani Umayyah dengan dikawal ketat dan tidak mempunyai kebebasan. Namun selepas itu kaum wanita banyak terlibat dalam urusan pemerintahan. Antaranya isteri Khalifah Al-Mahdi iaitu Khayzurum dan isteri Khalifah Harun Al-Rasyid, Zubaidah. Terdapat ramai kaum wanita yang ikut serta ke medan peperangan dan ada yang mengetuai golongan penyair. Selain itu, ada juga kaum wanita yang tampil ke hadapan dalam bidang intelektual dan kesenian. Pada peringkat akhir pemerintahan ‘Abbasiyah taraf wanita telah jatuh ke tahap yang rendah sekali. Ini disebabkan merebaknya sisitem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa nafsu.

Tambahan pula, system perhambaan pada zaman ini juga semakin meluas dan telah merebak di seluruh Tanah Arab.  Kebanyakkan hamba abdi telah digunakan oleh khalifah, wazir-wazir dan pembesar-pembesar bukan dari ketuunan Arab. Hamba diperolehi secara paksa, tawanan perang ataupun dibeli. Selain itu, kebanyakkkan hamba abdi berketurunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar. Manakala hamba yang masih perawan akan dijadikan sebagai penyanyi, penari dan gundik. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil seramai 11 000 orang hamba dan pada zaman Al-Muttawakil serami 4 000 orang gundik di istana khalifah.

Pada zaman ini, terdapat dua kelas bagi masyarakat Bani ‘Abbasiyah iaitu kelas atasan dan kelas bawahan. Kelas atasan dianggotai oleh golongan bangsawan, para pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan professional yang lain. Manakala kelas kedua pula, terdiri daripada petani, pengembala dan penduduk zimmi. Pada zaman ini, orang kristian turt dilayan dengan baik dan ada diantara merka yang dilantik menjadi pegawai tinggi dan wazir. Tambahan lagi, orang kristian turut dibenarkan membina gereja serta menghantar pengembang-pengembang agama ke negara China dan India.
  Selain itu, sukan pada zaman ini juga turut berkembang luas kerana terdapat pelbagai jenis permainan yang telah diperkenalkan. Khalifah Harun Al-Rasyid adalah khalifah yang pertama yang memperkenalkan dan mengembangkan permainan catur. Permainan catur ini telah menggantikan buah dadu di istana khalifah. Turut terdapat permainan lain yang selalu diadakan di istana seperti memanah, memburu, berlumba kuda, polo dan melontar lembing. Memburu merupakan hobi yang sangat digemari oleh khalifah dan anak-anaknya. Semasa memburu mereka telah menggunakan burung rajawali .
Kesimpulannya, terdapat pelbagai masyarakat pada zaman ini yang membezakan taraf hidup mereka. Selain itu, hubungan masyarakat Bani ‘Abbasiyah juga sudah semakin maju dengan mengadakan hubungan perdagangan dan sebagainya. Selepas itu, berlaku perkembangan masyarakat di negara-negara luar seperti di Eropah, China, India dan Nusantara.
                                                                           karya : Norasyidah Ibrahim

Masyarakat Islam di China



 JELASKAN PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM DI CHINA
                Menurut Ibnu Khaldun,tamadun merujuk kepada kumpulan manusia yang tinggal menetap di sesuatu tempat atau bandar dan seterusnya bandar tersebut berkembang maju dan makmur. Tamadun China wujud sejak 1800SM dan Islam masuk ke China pada abad ke-7 sama dengan abad pertama hijrah (622M). Negara China merupakan sebuah negara yang paling bertamadun di kawasan Asia Timur sebelum kedatangan Islam dan dianggap salah sebuah negara bertamadun dunia khususnya dalam bidang ilmu pengetahuan. Terdapat empat versi kedatangan Islam ke China.Pertama,pada zaman Thai Sung(627-655M),Islam dibawa ke China oleh Hamzah bin Hamzah iaitu anak Hamzah bin Abi Talib,sepupu Nabi Muhammad SAW. Beliau bersama 3000 orang Muhajirin telah pergi ke China dan menetap di kawasan San Gan Foo.Kedua,pada zaman Dinasti Tang,di bawah pemerintahan Maharaja Yung-Wei,satu utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad bin Abi waqas bersama 15 orang mubaligh lain datang menghadap Maharaja Yung Wei. Kedatangan mereka disambut baik dan dibenarkan untuk menjalankan kegiatan dakwah dan tinggal di China. Sebagai bukti penerimaan masyarakat Cina pada Islam,sebuah masjid dibina di Ch’ang-an dan menjadi masjid tertua di China. Ketiga,menurut T.Y Ma(ahli sejarah tempatan),pemimpin dakwah Islam yang datang ke China ialah Saad bin Lubayd dan bukan Saad bin Abi Waqas. Beliau antara orang Islam yang berhijrah ke Habsyah pada zaman Nabi Muhammad SAW,kemudian belayar ke China dengan kapal dagang Arab di Aden. Beliau tiba di Canton pada 630M dan menjalankan dakwah di Chuan Chow,Chang Chow dan Canton.Beliau turut mendirikan sebuah masjid iaitu Masjid Kwang Tan Se.Keempat,hubungan perdagangan Arab dengan China sejak abad ke 4M.

            Amnya,agama Islam berkembang ke China melalui dua jalan,iaitu jalan laut dan jalan darat. Jalan laut bermula dari Teluk Parsi dan bahagian selatan Semenanjung Arab hingga Lautan Hindi dan seterusnya ke bandar-bandar tenggara China,khususnya Canton.Kebanyakan masyarakat yang menganut agama Islam melalui jalan laut adalah bermazhab Maliki. Jalan darat pula ataupun dikenali sebagai silk road (jalan sutera)  bermula dari Timur Mediterranean hingga ke Asia Tengah,Bukhara dan Samarkand sebelum masuk ke barat laut China dan berakhir di pasar Changan (Xi’an) dan Peking. Melalui jalan darat yang dinyatakan tadi,wujud komuniti Islam bermazhab Hanafi.

            Perkembangan masyarakat Islam di China juga dapat dilihat melalui pendatang Arab dan Parsi dalam aspek perdagangan. Pada peringkat awal,masyarakat Islam di China terdiri daripada para pendatang Arab dan Parsi. Tujuan asalnya adalah berdagang sambil menyebarkan Islam.Dalam sejarah Dinasti Sui (605-618 SM) dan Dinasti Tang (618-905 SM) ada catatan tentang ketibaan kapal-kapal dagang di Teluk Parsi,khususnya di Pelabuhan Siraf sekitar abad ke-5M. Catatan ini menyatakan bahawa orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-shih. Menurut J.C Van Leur pula,petempatan orang Arab di negara China sudah wujud sejak abad ke-4M . Ini bermakna sebelum kedatangan Islam lagi hubungan Arab-Cina sudah terjalin,khususnya sektor perdagangan.Orang Arab berdagang ke negara China melalui pelabuhan-pelabuhan di India,Ceylon,Kepulauan Melayu dan terus ke selatan negara China. Pelabuhan-pelabuhan ini juga digunakan oleh saudagar-saudagar Cina ketika itu untuk berdagang ke tanah Arab.Pada era Dinasti Sung (960-1279M),aktiviti perdagangan antara orang Arab dan orang Cina semakin meluas. Pada zaman ini,pedagang-pedagang asing telah diberikan perlindungan secukupnya oleh pemerintah di samping dibenarkan membuat perkampungan sendiri serta menjalankan aktiviti perdagangan secara bebas.Justeru,lebih ramai pedagang Islam datang ke negara China dan ketibaan mereka ini sudah pasti memesatkan lagi proses penyebaran agama Islam di negara China.

            Selain itu,perkembangan dapat dilihat dari aspek hubungan diplomatik.Hubungan awal ini mula berlaku pada zaman Khalifah Uthman bin Affan apabila Maharaja Kao Tsung (627-650M) cuba membantu Firuz bin Yezdegird III (632-651M),raja kerajaan Parsi yang telah ditewaskan oleh tentera Islam dan melarikan diri ke negara China.Melalui bantuan negara China,Firuz telah melancarkan serangan ke atas Khurasan yang berada di bawah pemerintahan Islam pada tahun 651M dan berjaya dipatahkan oleh tentera Islam pimpinan Ahnaf bin Qais al-Tamimi. Akibat serangan tersebut,Khalifah Uthman bin Affan telah mengirim perwakilan ke negara China untuk membantah tindakan tersebut dan seterusnya mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Pada zaman Khalifah al-Walid bin Abdul Malik (705-715M),tentera Islam pimpinan Qutaybah bin Muslim telah berjaya memperluaskan jajahan takluk Islam di kawasan sebelah timur hingga ke negara China. Beliau berjaya memasuki Sinkiang dan mara ke Kansu.Pada tahun 713M,Qutaybah menghantar perutusan ke negara China bagi mengadakan hubungan persahabatan dengan Maharaja Hsuan Tsung (713-756M) dan diterima baik maharaja China. Sejak itu aktiviti dakwah Islam tersebar luas hingga ke seluruh negara China. Hubungan diplomatik Arab-Cina terus berlaku pada zaman Khalifah Hisyam bin Abdul Malik (724-743M) dimana Hisyam telah menghantar misi diplomatik ke negara China. Pada waktu itu penyebaran Islam di negara China semakin meluas hingga ke Shensi. Hubungan ini terus berlaku hingga ke zaman kerajaan Abbasiyah. Menurut catatan Dinasti Tang,terdapat sebanyak 37 kali perutusan diplomatik antara kerajaan Islam dengan kerajaan China sebelum abad ke-10M. Pada tahun 878M sudah terdapat seramai 120 000 orang asing yang terdiri daripada orang Arab,Parsi,Yahudi dan Nasrani. Kebanyakan orang Arab beragama Islam. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh,akhirnya terbentuklah beberapa buah kerajaan Islam di negara China.

            Islam di negara China turut berkembang melalui proses asimilasi iaitu pertembungan dua budaya yang berbeza. Kesan daripada aktiviti perdangangan pedagang Arab dan Parsi,mereka berkahwin dengan wanita-wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan penduduk tempatan. Akibatnya,ramai yang memeluk agama Islam. Pada zaman akhir Dinasti Yuan,penduduk Islam dianggarkan seramai 4 000 000 orang.
            Islam semakin berkembang di negara China dengan bukti terdapat penempatan masyarakat Islam. Penempatan orang Arab telah berkembang telah berkembang di kawasan selatan negara China seperti Chuan Chow,Chang Chow dan Kwang Chow (Canton). Pada zaman Dinasti Sung,mereka dibenarkan membuat perkampungan sendiri,berdakwah dan menjalankan aktiviti perdangangan secara bebas.

            Menurut Ibnu Battutah,sewaktu lawatannya ke negara China pada tahun 1324M,setiap perkampungan orang Islam di China mempunyai sebuah masjid.Sebagai contoh,Maharaja Huang Chu (Chu Yuan Chang) semasa Dinasti Ming telah mendirikan masjid jamik di Nanking. Di Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid dan berfungsi sebagai pusat ibadat,pusat kegiatan ilmu dan tempat pertemuan masyarakat. Kesannya,aktiviti dakwah telah berkembang dengan pesat.Di pinggir bandar Canton,terdapat sebuah zawiyah iaitu institut pengajian agama yang dipimpin oleh Syeikh Burhanuddin al-Kazruni.Begitu juga di Changan atau Shin Kalan terdapat masjid dan zawiyah.Orang cina Islam turut dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.Mereka telah mendirikan beberapa buah madrasah dan universiti yang telah menghasilkan para ilmuan dalam bidang agama dan falsafah.

            Ulama turut memainkan peranan dalam perkembangan agama Islam di negara China. Pada zaman Dinasti Yuan,terdapat beberapa orang ulama besar yang menetap di negara China.Antaranya ialah Fuqaha al-Mu’azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti,seorang ulama fekah bermazhab Maliki yang berasal dari Maghribi.

            Perkembangan Islam juga dapat dilihat dalam dasar kerajaan China. Apabila Islam menjadi kuat dan berpengaruh akhirnya terbentuk beberapa buah kerajaan  di China yang mengamalkan dasar toleransi beragama  seperti DinastiYuan dan Dinasti Ming. Ramai ilmuan Islam dibawa masuk untuk berkhidmat  sebagai pentadbir, pakar kewangan, arkitek, ahli sains dan matematik, ahli kaji bintang dan sasterawan.Sebagai contoh,pada zaman Dinasti Yuan para ilmuan dari Asia Barat datang ke China untuk berkhidmat dengan kerajaan China.Antara tokoh Islam yang berkhidmat sebagai pentadbir Dinasti Yuan ialah Abdul Rahman sebagai ketua pemungut cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara.Syeid Umar Syamsuddin (Syeid Ajall)  sebagai menteri kewangan pada tahun 1259M yang kemudiannya menjadi Gabenor Yunan.Nasaruddin penganti ayahnya sebagai Gabenor Yunan.

            Akhir sekali,perkembangan Islam dapat dilihat melalui sumbangan Islam sendiri kepada negara China. Juruteknik Islam yang masyhur pada zaman Dinasti Yuan ialah dua orang yang berketurunan Arab,iaitu Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam.Kedua-duanya mahir membuat senjata meriam bagi tentera Mongol.Alauddin kemudiannya dilantik menjadi Wakil Panglima sementara Ismail as-Syam sebagai Ketua Penyelia Kilang Meriam. Di samping itu terdapat beberapa orang tokoh sains dan astronomi Islam.Seorang daripada mereka ialah Tcha Ma-Lou-Tin. Beliau berjaya mencipta sebuah takwin Wan-nien-li yang telah digunakan sebagai takwin rasmi kerajaan Yuan. Beliau turut menghadiahkan tujuh buah alat astronomi buatan Parsi kepada Kublai Khan pada tahun 1267M.Antara ahli sains Islam yang bergerak cergas di negara China ialah Ma Cha-ye-he yang merupakan seorang ahli astronomi. Pembuat tembikar Cina yang masyhur ialah Ming-ts’ing dan K’ang-ts’ing. Mereka merupakan orang Islam tempatan yang dipanggil Han Hui (Cina Islam) dan Laksamana Cheng Ho(Muhammad Ma Ho) yang memegang jawatan sebagai Laksamana tentera laut di zaman Dinasti Ming.
            Kesimpulannya,perkembangan Islam di China bermula sejak zaman khulafa ar-Rasyidin dan kesannya Islam berjaya disebarluaskan ke Asia Tenggara dan menguasai politik dan ekonomi China untuk beberapa ketika.

                                                        
                                                        

Ekonomi Sabah & Sarawak



 HURAIKAN PERKEMBANGAN EKONOMI SABAH DAN SARAWAK PADA ABAD KE-19 DAN AWAL ABAD KE-20.


            British berminat terhadap Sabah dan Sarawak disebabkan negeri tersebut kaya dengan hasil bumi.Kekayaan tersebut telah menarik minat pedagang dari Barat seperti Poturgis,Sepanyol,Belanda dan British untuk singgah berdagang di Sabah sebelum meneruskan perjalanan ke China. Alfert Dent tubuhkan British North Borneo Company (SBUB) dan mohon piagam diraja daripada kerajaan British di London untuk menaikkan nilai perniagaan dan pengiktirafan daripada kerajaan British. Pertapakan James Brooke di Sarawak dan ditambah pula dengan jawatan sebagai Gabenor Sarawak memudahkan lagi beliau menguasai ekonomi Sarawak .Beliau menetapkan dasar pemerintahan sendiri bagi memudahkan pentadbiran.Perkembangan ekonomi terbahagi kepada 2 jenis iaitu ekonomi tradisional dan ekonomi komersial.

            Masyarakat Sabah pada mulanya mengamalkan sistem ekonomi tradisional ataupun dikenali sebagai sistem ekonomi sara diri.  Tanaman  utama masyarakat Sabah  ialah padi  yang menjadi tanaman makanan utama mereka.  Tanaman padi sawah diusahakan oleh orang Kadazan dan orang Dusun.Kawasan penanaman padi sawah yang utama  ialah di Tuaran,Papar dan Penampang.  Padi sawah juga ditanam di lembah-lembah bukit seperti Ranau,Keningau dan Tambunan.  Mereka turut mengusahakan prtanian pindah dimana mereka menanam padi huma di lereng-lereng bukit landai di kawasan pedalaman yang bergunung-ganang.  Penduduk peribumi yang mengusahakan penanaman padi huma  ialah Murut dan Bajau.  Tanaman makanan lain yang ditanam  ialah jagung,ubi keledek,buah-buahan dan sayur-sayuran.  Tanaman-tanaman yang lain ini menjadi penting kerana ia merupakan ‘makanan selang’ dimana  ubi akan dijadikan makanan utama sewaktu bekalan beras tidak mencukupi.

            Masyarakat Sarawak juga turut mengamalkan ekonomi sara diri dan tanaman utama mereka juga ialah padi. Padi sawah di sarawak diusahakan oleh orang Kelabit yang mendiami kawasan rumah panjang di Hulu Sungai Baram manakala padi huma pula ditanam oleh orang Bidayuh,Iban dan Kenyah. Kebiasaannya,di setiap rumah panjang di Sarawak,terdapat tanah yang diperuntukkan khas untuk menanam padi huma secara gotong-royong. Contoh tanaman lain yang diusahakan adalah sayur-sayuran,lada hitam,buah-buahan seperti kelapa dan pisang. Di samping itu,kegiatan memburu binatang turut dijalankan seperti pelanduk kancil dan ayam hutan. Ternakan secara kecil-kecilan pula seperti ayam dan lembu.

            Kegiatan ekonomi komersial yang paling utama di Sabah pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 ialah bidang pertanian.  Tembakau merupakan tanaman dagangan pertama yang penting.  Menjelang tahun 1880-an,banyak ladang tembakau telah dibuka oleh pengusaha-pengusaha berbangsa Belanda dan Jerman di pantai timur Sabah.  Pertanian secara komersial telah berkembang dengan pesat di Sabah dengan adanya pemodal Barat.  Menjelang tahun 1890,terdapat 61 buah ladang tembakau di Sabah.Nilai eksport tembakau telah meningkat daripada $ 882 pada tahun 1885 kepada $ 1,176 000 pada tahun 1895.  Perkembangan kegiatan ekonomi komersial ini disebabkan oleh faktor dasar tanah yang liberal dan ketiadaan cukai eksport serta harga pasarannya yang tinggi.  Pertanian tembakau  mula merosot selepas awal abad ke-20.Pada tahun 1902,penanaman tembakau mulai merosot kerana diserang penyakit dan juga akibat daripada masalah bencana alam  iaitu banjir.  Malahan,persaingan dengan pengeluar tembakau di Amerika Syarikat telah menjejaskan pendapatan penanaman tembakau tempatan di Sabah.Pada tahun 1982,hanya terdapat 2 buah ladang yang masih beroperasi di Sabah.

        Kegiatan komersial yang kedua terpenting ialah penanaman getah.  Tanaman getah telah mula diusahakan di Sabah pada tahun 1892 oleh para pengusaha Barat,kemudian diikuti oleh para pekebun bumiputera dan cina.  Perkembangan penanaman getah di Sabah disebabkan oleh pembinaan jalan kereta api di antara Jesselton (Kota Kinabalu) dan Beaufort.  Syarikat Berpiagam Utara Borneo turut memberikan pelepasan cukai eksport selama 50 tahun.  Permintaan yang tinggi di pasaran dunia turut menjadi faktor peningkatan penanaman getah di Sabah.  Kawasan penanaman getah yang utama di Sabah pada abad  ke-19 dan awal abad ke-20 ialah pantai Barat. Keluasan kawasan tanaman getah telah bertambah dengan mendadak.  Misalnya pada tahun 1907 keluasan tanaman getah ialah 1 306 hektar kemudian bertambah menjadi kira-kira 14 095 hektar pada tahun 1917.  Sehingga tahun 1941,getah masih menjadi penyumbang kepada kegiatan ekonomi komersial bagi Sabah.

            Disamping itu,kegiatan ekonomi komersial lain di Sabah  adalah seperti sarang burung,pokok lanut dan sagu.  Pada tahun 1926,eksport sarang burung bernilai $ 125 000 dan kawasan pengumpulan sarang burung ialah di Gua Gomantong,di Sandakan.  Pokok lanut yang dikenali sebagai abaka diproses untuk dijadikan tali kapal dan dieksport ke Eropah.  Pokok sagu atau  rumbia merupakan tanaman tradisional Sabah yang telah dikomersialkan.  Memandangkan hasil sagu di pasaran dunia mahal,pihak British telah menggalakkan penduduk supaya mengusahakannya.  Eksport sagu di Sabah pada tahun 1888 bernilai $ 93 433.
            Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak dari segi pertanian pula ialah sagu,lada hitan dan gambir.  Tanaman sagu merupakan hasil eksport utama Sarawak pada abad ke-19.  Penghasilan sagu daripada pokok rumbia diusahakan oleh orang Melanau secara meluas di bahagian kedua dan ketiga negeri Sarawak.  Sarawak telah berjaya mengeksport hasil sagu daripada 8700 tan pada tahun  1887 kepada 20 400 tan  pada tahun 1907.  Orang cina menguasai pengeluaran dan perniagaan semua hasil sagu di Sarawak. Bagi tanaman getah pula,Raja-raja Brooke tidak menggalakkan syarikat asing untuk buka ladang getah di Sarawak namun syarikat yang menguasai tanaman getah Cuma satu iaitu Syarikat Borneo. Kawasan tanaman ialah estet Tahan dan estet Tengah.Pada tahun 1934,terdapat 210 000 ekar tanah ladang getah dan sebahagiannya merupakan kebun kecil dan 3%  pula diusahakan secara ladang.  Selain itu,orang cina juga mengusahakan tanaman gambir dan lada hitam di Sarawak untuk tujuan eksport.  Lada hitam ditanam di sekitar Kuching,Serian,Sarikei dan Maradong.  Charles Brooke telah memberi galakan kepada saudagar-saudagar dari Singapura untuk menanam lada hitam di Sarawak dengan cara memberi tanah kepada  mereka.  Lada hitam menjadi tanaman eksport terpenting di Sarawak pada abad ke-19.  Menjelang tahun 1855,Sarawak telah berjaya mengeksport 392 tan lada hitam dan 1370 tan gambir.

            Selain pertanian,kegiatan ekonomi komersial yang lain yang turut di jalankan  ialah pembalakan di Sabah dan Sarawak. Perusahaan pembalakan telah mula berkembang di Sabah pada tahun 1880-an.  Perusahaan pembalakan dikuasai oleh syarikat-syarikat British dan  Cina.  Antara kayu  balak  yang mempunyai nilai eksport tinggi ialah seraya,kapur,belian dan meranti.  Kegiatan pembalakan dijalankan di Sandakan,Lahad Datu dan Tawau.Buruh dari Indonesia dan Filipina dibawa masuk ke Sabah.  Nilai eksport  kayu balak Sabah menunjukkan peningkatan yang drastik.Misalnya,pada tahun 1890 nilai eksport hanya $ 44 584 sahaja tetapi telah meningkat kepada $ 642 935 pada tahun 1910.Menjelang tahun 1930,nilai eksport  kayu balak di Sabah ialah $ 2.5 juta manakala menjelang tahun 1937 Sandakan muncul sebagai sebuah pelabuhan pengeksport kayu balak yang penting di dunia.   Antara negara yang mengimport kayu balak dari Sabah  ialah China,Singapura,Australian dan Britain.  Kegiatan pembalakan di Sarawak hanya dijalankan sehingga Perang Dunia Kedua. Kayu balak menjadi eksport utama dan kekal pada kedudukan kedua selepas getah sebagai hasil pendapatan utama Sarawak.Penanaman kayu balak dijalankan oleh orang cina dan Syarikat Borneo di kawasan Sungai Rajang. Hasil pembalakan di Sarawak dieksport ke Hong Kong,Australia dan Amerika Syarikat.

            Kegiatan ekonomi komersial lain yang dijalankan di Sabah dan Sarawak ialah perlombonngan.Di Sabah,hasil galian yang terpenting ialah emas. Lombong-lombong emas telah mula diusahakan sekitar tahun 1880-an di Sungai Segama. Kegiatan perlombongan emas telah diusahakan oleh orang Cina. Walaupun pengeluarannya terhad,tetapi nilai eksport emas sangat tinggi.Selain itu,bahan galian yang terdapat di Sabah ialah arang batu yang dilombong berhampiran dengan Sungai Silimpopon. Usaha perlombongan arang batu telah dilakukan oleh Syarikat Cowie Harbour Coal yang telah ditubuhkan pada tahun 1905 dan beroperasi hingga tahun 1930. Galian lain pula ialah mangan yang telah dijumpai pada tahun 1902 di Teluk Marudu. Bahan galian tersebut telah dilombong oleh Syarikat British Borneo Eksploration mulai tahun 1905 hingga 1908.Hasil galian mangan telah dieksport ke Britain.

            Sektor perlombongan secara komersial telah mula berkembang di Sarawak semasa pemerintahan Charles Brooke.Antara galian terpenting yang dilombong ialah antimoni. Menjelang tahun 1880-an,Sarawak telah menjadi pengeluar galian antimoni yang utama. Kawasan perlombongan antimoni yang utama ialah daerah Bau.Orang Melayu dan Cina aktif dalam kegiatan tersebut. Di samping itu,terdapat kegiatan perlombongan arang batu. Aktiviti melombong arang batu di Sarawak telah bermula pada tahun 1889 hingga tahun 1898. Jumlah  pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 500 tan pada tahun 1874 kepada 31 390 tan pada tahun 1898. Galian lombong lain ialah raksa.Raksa mula dieksport pada tahun 1868 yang menggantikan antimoni sebagai hasil perlombongan utama sarawak. Galian yang tidak kurang pentingnya di Sarawak juga ialah emas yang dilombong di Bau. Emas menjadi galian terpenting di Sarawak antara tahun 1898 hingga 1921. Orang Cina merupakan pelombong dan pengusaha utama emas di Sarawak. Kegiatan ekonomi komersial di Sarawak sebenarnya berhubung kait dengan pembangunan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya,jalan kereta api,pelabuhan dan pembinaan bandar-bandar baru seperti Miri dan Kuching.Perkembangan bandar seperti Miri turut menjadi pemangkin perkembangan ekonomi bercorak komersial di Sarawak.

            Kesimpulannya,kegiatan ekonomi komersial berkembang hasil daripada ekonomi sara diri.Ekonomi komersial pula berkembang disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada.Kedatangan barat di Sabah telah menyebabkan kegiatan ekonomi mereka mengalami perubahan seiring dengan dasar ekonomi British manakala di Sarawak pula perkembangan ekonomi banyak dipengaruhi dasar pemerintahan yang dilaksanakan oleh keluarga Brooke,terutamanya James Brooke dan Charles Brooke.

                                               



            

Adat Masyarakat China & Jepun



HURAIKAN ADAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT CHINA DAN JEPUN SEBELUM KEDATANGAN BARAT.

            Masyarakat tempatan di Asia mempunyai satu sistem masyarakt yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi. Menurut Drs.Sidi Gazalba dalam bukunya Masyarakat Islam:Pengantar Sosiologi dan Sosiografi mengatakan bahawa adat merangkumi segala peraturan masyarakat yang diamalkan sejak lahir sehingga hari kematiannya.Adat mencangkumi sejumlah tatacara,larangan,pepatah dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Hukum adat merupakan amalan sesebuah masyarakat yang diwarisi secara turun temurun,satu peraturan yang mesti dipatuhi. Hukum adat ini telah diperturunkan secara lisan daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Adat pula merupakan satu sistem nilai yang telah dijadikan amalan peraturan bagi mengawal dan mengatasi tingkah laku masyarakat. Adat bertujuan untuk mengawal perilaku masyarakat,symbol keseimbangan antara manusia bagi menegakkan keadilan. Fungsi adat berlainan bagi masyarakat di Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur kerana adat yang bernilai bagi sesebuah masyarakat mungkin tidak dianggap bernilai dan berguna bagi masyarakat yang lain. Di Asia Timur,pengaruh China amat jelas dalam perlaksanaan adat dan tertumpu pada ajaran Confucius manakala di Jepun walaupun adat masih terikat pada pengaruh China namun masih mampu menonjolkan budaya yang tersendiri.

            Negara China mempunyai pelbagai adat,antaranya adat wanita hamil. Sejak dari mula kehamilan sehingga ke seratus hari selepas bersalin,mereka tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis social seperti perkahwinan dan pengebumian. Bagi wanita yang baru melahirkan anak,mereka perlu banyak berehat dan makan makanan yang berkhasiat. Mereka ini tidak dibenarkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang dianggap terlalu ‘sejuk’ atau ‘yin’ untuk sistem badan kerana ini akan menyebabkan ibu tersebut ditimpa penyakit.

            Adat bayi dan anak kecil pula,menurut masyarakat Cina,ketika bayi itu dilahirkan,dia telah pun berusia satu tahun,dan apabila dia berusia satu tahun,sebenarnya dia telah pun berusia dua tahun. Masyarakat Cina amat menitik beratkan soal pendidikan adat sejak kanak-kanak lagi terutama menghormati keluarga berdasarkan ajaran Confucius.

            Dalam adat perkahwinan pula,perkahwinan telah diaturkan sejak kecil kerana dipercayai dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki sahaja. Masyarakat China amat pentingkan perkahwinan kerana adat ini dianggap akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama/tua. Dalam hubungan kekeluargaan,anak dianggap penting dan menjadi satu kesalahan besar jika sepasang suami isteri itu tidak dapat melahirkan anaknya sendiri kerana ini akan menyebabkan keturunan generasi orang tuanya terhapus atau tiada.

            Bagi adat berkenaan anak lelaki,masyarakat China sangat mengutamakan anak lelaki kerana mereka akan mengekalkan nama keluarganya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki,papan persembahan tidak akan diletakkan di tempat pemujaan roh selepas meninggal dunia kerana dia dianggap telah gagal memenuhi tangunggjawab terhadap ibu bapanya. Maka,tidak hairanlah dalam masyarakat Cina,anak lelaki yang baru dilahirkan akan disambut dengan penuh meriah.

            Adat berkenaan anak perempuan pula,seseorang anak perempuan yang berkahwin membawa maksud hubungan kekeluargaan akan rengang kerana mereka tidak akan membawa nama keluarganya terutama setelah melahirkan anak. Anak perempuan akan dikawal rapi dan hanya tinggal di rumah sahaja. Bagi memastikan anak perempuan dikawal rapi,kakinya akan dibebat (dibalut dengan kain ketat) antara tiga ke lapan tahun dan menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbang. Kaki mereka menjadi terlalu kecil sehingga mereka hanya boleh melangkah pendek ketika berjalan.

            Terdapat juga adat menghormati nenek moyang dimana masyarakt Cina sangat menghormati nenek moyang mereka dan menganggap nenek moyang mereka sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga dalam apa jua keadaan. Penghormatan ini akan dilakukan terutama pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Sebagaimana hukum adat negara-negara lain di rantau ini,hukum adat di negara China turut dipertangunggjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.

            Adat terakhir dalam masyarakat Cina ialah Adat kowtow. Adat ini  merupakan satu adat menghormati raja ketika menghadap raja. Dalam adat ini,sesiapa sahaja yang ingin menghadap raja dikehendaki meniarap sebanyak sembilan kali di hadapan maharajanya. Adat ini dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Barat seperti Perancis,Belanda dan England yang terpaksa melakukan adat ini ketika menghadap maharaja China.

            Di negara Jepun pula,adat yang diamalkan  ialah Adat minum teh(chanoyu).  Adat ini diwarisi sejak abad ke-16 lagi dan merupakan satu bentuk ritual yang menjadi amalan dalam rutin kehidupan seharian.Adat ini dipengaruhi oleh Zen Buddhisme yang antara lain bertujuan untuk menyatu dan membersihkan jiwa serta bersatu dengan alam kerana alam dilihat oleh penganut agama sebagai elemen yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Walaupun kini ia hanya dianggap sebagai hobi,namun bagi mereka yang masih kuat berpegang kepada tradisi,masih terus mengamalkannya. Adat minum teh ini mementigkan aspek etika,peralatannya serta perhiasan dalam bentuk yang ringkas dan teh yang digunakan mestilah teh hijau. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata terutama dalam mengalu-alukan kunjungan tetamu.

            Adat lain pula ialah adat sopan santun dan adat aturan. Masyarakat Jepun amat terkenal dengan adat menundukkan kepala setiap kali berjumpa dengan seseorang. Golongan atasan terutamanya mengamalkan adat berpakaian dan berbudi bahasa ketika berkomunikasi antara satu sama lain kerana ini melambangkan nilai-nilai murni yang tinggi dalam kalangan masyarakat Jepun dan harus menjadi ikutan kepada rakyatnya.

            Adat berkaitan seni dan kecantikan. Masyarakat Jepun amat menyukai seni dan kecantikan kerana bagi mereka kedua-duanya berkaitan dengan elemen kesopanan dan peraturan yang harus diikuti. Adat mereka ini diperhalusi dengan seni dan kecantikan agar menjadi satu adat istiadat yang indah dan  menarik. Perjalanan adat istiadat Jepun banyak dipengaruhi dengan gubahan seni bunga yang dikaitkan dengan Zen Buddhisme. Gubahan bunga atau dikenali sebagai ikebana bukan sekadar gubahan semata-mata,malahan penggubah atau pembuatnya seolah-olah bersatu dengan alam untuk menggambarkan keharmonian antara syurga,bumi dan manusia.

            Bagi adat menghormati raja dan golongan bangsawan pula,raja/maharaja amat dihormati oleh masyarakat Jepun kerana bagi mereka maharaja mendapat perlindungan dewa-dewi. Tambahan pula,maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara,namun baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan secara total,maka rakyat digalakkan menjalankan upacara menghormati raja/maharaja. Golongan bangsawan juga amat dihormati oleh masyarakat Jepun dan mereka memberikan keutamaan kepada golongan ini ketika berjalan. Misalnya,ketika perarakan pembesar wilayah (daimyo) barat yang berulang-alik di jalan Tokaido menuju ke istana,daimyo-daimyo ini diarak atas usungan. Usungan ini dipikul di tengah-tengah perarakan atau di tengah jalan,manakala rakyat harus berdiri di tepi jalan memberi penghormatan kepada daimyo-daimyo ini dengan cara berlutut dan sujud ke tanah. Sekiranya rakyat atau sesiapa sahaja tidak memberi keutamaan ini maka mereka akan dijatuhi hukuman.

            Adat terakhir ialah adat perkahwinan. Perkahwinan menjadi satu amalan dan adat yang harus dijalankan dengan penuh tradisi masyrakat. Perkahwinan dalam masyarakat petani dibuat melalui pilihan kedua-dua pasangan pengantin dan orang tua hanya bertindak merestui perkahwinan tersbut. Perkahwinan juga memperlihatkan peranan orang tengah kerana mereka ini berperanan memneri kepuasan kepada kedua-dua pihak selain memberi kaum wanita peluang untuk membuat pilihan.

            Kesimpulannya,adat di negara China dan negara Jepun mempunyai peranan yang tersendiri dan berbeza. Adat di ngara mereka telah menjadi panduan dalam hidup mereka di samping mencipta hubungan yang erat antara satu sama lain. Walau bagaimanapun selepas kedatangan pihak Barat ke negara mereka,berlaku perubahan dalam adat mereka dan adat yang diamalkan oleh  mereka masih  kekal sehingga sekarang.