NUFFNANG ADS

Monday, June 25, 2012

Perbezaan yang sering terlepas pandang


 - Assalamualaikum -


PERBAZAAN PERTAMA
Tempat : Hospital
Keadaan : Ahli keluarga sakit 

Perbezaan : Seorang mak cik duduk di kerusi menuggu sambil memegang mini Al-Quran & membacanya.
&
Seorang mak cik mundar mandir memegang handphone sambil mulut terkumat kamit menyebut Amitabha.


PERBEZAAN KEDUA
Tempat : Surau
Keadaan : Sesi pembelajaran agama
Perbezaan : Seorang Ustaz menyampaikan ceramah & menyebut Nabi Muhammad S.A.W tetapi tiada jemaah masjid yang menyambut kembali selawat ke atas baginda.
&
Seorang Ustaz menyampaikan ceramah & menyebut Nabi Muhammad S.A.W,para pelajar sekolah agama menyambut kembali selawat ke atas baginda.

( Rasulullah S.A.W bersabda : Celakalah seseorang yang namaku disebutkan disisinya lalu ia tidak berselawat untukku. { Hadis Riwayat Tirmidzi & Al-Hakim } )


PERBEZAAN KETIGA
Tempat : Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM)
Keadaan : Makan
Perbezaan : Para pelajar makan beramai-ramai sambil menyuap antara satu sama lain,sunnah juga makan beramai-ramai dalam satu dulang besar,selepas habis makan dijilatnya jari jemari.
&
Para pelajar makan beramai-ramai menggunakan sudu garfu,perbuatan menjilat jari dianggap pelik,menggelikan.


Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau menyuruh orang lain melakukannya" (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ka'ab bin Malik r.a., katanya: "Saya melihat Rasulullah s.a.w. makan dengan menggunakan tiga jari. Kemudian setelah beliau selesai lalu menjilatinya." (Riwayat Muslim)

Dari Jabir r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. menyuruh untuk menjilati jari-jari dan piring dan beliau bersabda: "Sesungguhnya engkau semua tidak mengetahui di makanan yang manakah terletaknya keberkahan itu." (Riwayat Muslim) 

Setiap jari itu mengandungi enzim & asid yang membantu proses penghadaman makanan.Orang korea yang makan pakai chopstick pun,lepas makan jilat jari.

PERBEZAAN KEEMPAT
Tempat : Kedai Makan
Keadaan : Hidangan air kepada pelanggan
Perbezaan : Pelayan menghidangkan air kepada pelanggan tanpa penutup cawan/gelas
&
Pelayan menghidangkan air kepada pelanggan dengan penutup cawan/gelas

Syaitan memang kencing dekat makanan & minuman yang terdedah.






Di manakah diri kita tatkala ini??





Renung-renungkan dan selamat beramal!!








Arigatou gozaimasu!!







No comments:

Post a Comment