NUFFNANG ADS

Thursday, June 14, 2012

Peranan Shih Huang Ti & Asoka dalam Pembentukan Empayar




JELASKAN PERANAN SHIH HUANG TI DAN ASOKA DALAM PEMBENTUKAN EMPAYAR DI CHINA DAN INDIA

     Menurut Farmer empayar merupakan sebuah entity politik yang menyatukan zon budaya yang luas. Ada juga pendapat lain tentang konsep empayar iaitu menurut Encyclopedia Britanica, empayar ialah kawasan politik yang luas dan mempunyai pengaruh yang dominan terhadap yang lain sama ada dengan keralaan ataupun tidak. Empayar muncul disebabkan dasar imperialisme yang menyebabkan berlaku proses penaklukan dan perluasan kuasa terhadap negara-negara lain. Terdapat dua jenis empayar iaitu empayar daratan dan empayar maritim. Negara Chins dan India merupakan empayar daratan. Empayar daratan bermaksud menguasai tanah yang luas. Di India, Asoka merupakan pengasas empayar Maurya yang menggantikan  Bindusara. Manakala China, Shih Huang Ti merupakan pengasas kepada empayar Chin pada zaman Dinasti Chin.

     Shih Huang Ti memainkan perana dalam pembentukan empayar Chin dengan mempunyai kekuatan tentera yang kuat. Pemerintah empayar Chin telah menggunakan tentera yang kuat bagi mengatasi rampasan kuasa, pemberontakan dan keadaan kacau bilau yang telah berlaku. Bukti empayar Chin mempunyai angkatan tentera yang kuat ialah kerjaan Chin menggunakan masa yang singkat dengan menyatukan negeri China yang berpecah-belah sejak 230SM. Selain itu, serangan daripada orang nomad dan pemberontakan dapat diatasi dengan adanya angkatan tentera. Kerjaan Chin dapat mengekalkan keamanan dengan memiliki kekuatan tenteranya. Di samping itu, melalui kekuatan tentera juga, China dapat mempertahankan Negara mereka daipada orang gasar dan membina tembok besar negeri China.

     Peranan Asoka pula dengan mempunyai kekutan tentera dalam pembentukan empayar Maurya ialah mereka mempunyai tentera yang begitu dominan. Asoak telah melancarkan serangan terhadap negeri Kalinga yang terletak di Pantai Timur India pada tahun 292SM. Asoka menyerang Kalinga kerana bimbang terhadap kekuatan dan bilangan penduduk yang ramai. Dalam peperangan tersebut, 30 000 orang ditawan, 100 000 orang dibunuh dan ramai yang terkorban. Perang tersebut menyedarkan Asoka tentang kesan buruk peperangan yang menyebabkan kematian dan pertumpahan darah. Kesedaran ini telah mengubah pemikiran dan dasar politik Asoka. Selepas perang Kalinga, bermula era baru yang menekankan perdamaian, kemajuan social, dan propaganda keagamaan.

     Shih Huang Ti dan Asoka telah melakukan pembentukan empayar dengan meluaskan peluasan kuasa wilayah. Pada mulanya, Kerajaan Chin terletak dikawasan yang agak terpencil yang terletak dikawasan tengah Shensi dan kawsan timur Kansu. Pada masa itu, Kerajaan Chin merupakan kerajaan yang mundur. Pada tahun 361SM, raja Chin telah membuatkan keputusan untuk memperkuatkan negara mereka  dan memperluaskan wilayah. Mulai 230SM, kerajaan Chin telah menawan Han, Wei(225sm), Chu(223SM), Yen dan akhir sekali mereka telah menawan negeri Chau(222SM). Pada masa ini, barulah kerajaan Chin mula dibentuk. Negeri China yang berpecah belah turut disatukan oleh Shih Huang Ti.

     Asoak merupakan seorang pemimpinan yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi. Sepanjang tiga belas tahun pertama pemerintahannya, Asoka meneruskan dasar peluasan kuasa secara ketenteraan yang diamalkan oleh Bindusara dan Chandragaupta Maurya. Polisi yang diamalkan dalam tempoh tersebut ialah menakluk, mematahkan pemberontakan dan menawan tanah-tanah jajahan. Kesan dasar peluasan kuasa ialah pembinaan empayar yang besar meliputi seluruh bahagian utara India termasuk Afghanistan dan Baluchistan kecuali India Selatan. Pada tahap kedua, Asoka menghentikan dasar penaklukan secara ketenteraan dan melakukan peluasan kuasa melalui dharma.

     Selain itu, Shih Huang Ti dan Asoka juga telah melakukan pembentukan empayar melalui sistem pentadbiran. Shih Huang Ti telah menjalankan sistem pemerintahn berpusat. Beliau telah menubuhkan ibu kota iaitu Hsein Yang sebagai pusat pemerintahan dimana kuasa kerajaan dibawah kuasa maharaja damn memerintah terus dari ibu kota. Di samping itu, beliau telah menjalankan pemerintah secara autokratik. Shih Huang Ti menajalankan pemerintahan berpusat dengan meletakkan semua kuasa negeri dibawah kerajaan pusat. Beliau turut membuat perubahan dalam pentadbiran iaitu membahagikan empayar kepada 36 wilayah, semua wilayah dan daerah ditadbir oleh kerjaan pusat dan berkuasa melantik dan melucutkan pegawai yang memerintah. Dalam kerajaan pusat beliau telah melantik tiga orang pegawai tinggi dan Sembilan orang pegawai utama.

     Di India pula, kebijaksanaan Asoka jelas teserlah dalam penubuhan system pentadbiran yang mantap. Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Asoka berjaya menyatukan empayar yang luas dan menubuhkan sistem pentadbiran yang kukuh. Sesetengah wilayah diberikan kuasa autonomi dalam bidang pentadbiran. Wilayah-wilayah lain pula ditadbir secara langsung wizurai dari ibu kota jajahan tersebut. Untuk memudahkan pentadbiran, Asoka menjadi bahasa Prakrit sebagai bahasa rasmi di seluruh empayar. Melalui usaha-usaha ini, Asoka Berjaya menyatukan empayarnya dari segi politik dan budaya.

     Selain itu, peranan lain Shih Huang Ti ialah beliau menghapuskan sistem feudal. Beliau telah menyekat kuasa dan pengaruh golongan bangsawan, pegawai-pegawai di peringkat daerah dan wilayah. Beliau telah merampas tanah golongan bangsawan dan mengarahkan mereka tinggal di istana. Lebih kurang 120 000 golongan aristocrat diarahkan ke ibu negeri iaitu Hsein Yang. Shih Huang Ti melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir wilayah yang terdiri daripada ahli keluarganya. Pemerintahan wilayah dikawal oleh pusat pemerintahan maharaja. Hal ini tujuan untuk mengelakkan wilayah membentuk kerajaan dan mentadbir kerajaan pusat sebagaimana dalam sistem feudal.

     Terdapat faktor lain yang membawa kepada pengukuhan empayar Maurya iaitu hubungan plomatik dengan Negara-negara lain. Asoka telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan negar-negara jiran. Hubungan persahabatan dijalinkan dengan Negara-negara luar seperti Raja Macedonia, Antiogomus Gonatas, Raja Philadelpos, Ptolemy II, Raja Mesir, Magas dan Raja Afrika Utara. Hubungan diplomatik dengan Negara-negara asing membantu Asoka mengukuhkan empayar Maurya.

     Di samping itu, pengukuhan empayar Maurya juga disebabkan oleh penguatkuasaan undang-undang. Asoka ialah seorang pemerintah yang menekankan kesejahteraan rakyat. Beliau menjalankan pentadbiran yang adil berasaskan undang-undang. Pada zaman pemerintahan beliau, undang-undang disampaikan melalui titah atau perintah diraja. Segala titah atau perintah diraja diukir pada tiang-tiang batu yang dikenali sebagai Tiang Asoka. Tiang-tiang ini didirikan di tepi jalan supaya undang-undang ini dibaca oleh rakyat. Kewujudan undang-undang ini melahirkan keadaan politik yang stabil dan mengukuhkan empayar Maurya.

     Kesimpulannya, Asoka telah berjaya menyatukan empayar Maurya. Walaupun empayar Maurya luas, Asoka dapat menyatukan seluruh empayar sebagai satu unit pentadbiran yang cekap. Empayar Maurya mengalami keruntuhan selepas kematian Asoka pada 232SM. Manakala empayar Chin turut mengalami keruntuhan setelah Shih Huang Ti mati pada 210SM. Pengganti-pengganti Shih Huang Ti lemah sehingga tidak dapat mengawal empayar tersebut.


Disediakan oleh : Nur Shamela Bt Kahsan

   

No comments:

Post a Comment