NUFFNANG ADS

Thursday, June 28, 2012

Ciri-ciri Negara Kota



- Assalamualaikum -


Galurkan Ciri-Ciri Negara Kota di Tanah Melayu dan Alam Melayu


            Negara boleh ditakrifkan sebagai sebuah wilayah yang ditadbir oleh beberapa jabatan yang telah mendapat kepercayaan daripada rakyat . Terdpat beberapa tahap perkembanagan negara iaitu dengan bermula daripada negara kota kemudian berkembang menjadi negara empayar selepas peluasan kuasa dan wilyah seterusnya menjadi sebuah negara bangsa . Sebelum berkembang menjadi sebuah negara kota , pada awalnya merupakan daripada sebuah institusi keluarga yang kemudian berkembang menjadi Bandar dan barulah berkembang menjadi negara kota . negara kota merupakan pusat di bandar-bandar yang mempunyai komuniti manusia yang mementingkan kepentingan bersama . Di dalam negara kota , terdapat kota yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran , pusat agama , dan pusat pertahanan . Struktur pentadbiran di negara kota ini terbahagi kepada dua iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah . Antara negara kota yang terdapat di Tanah Melayu ialah Langkasuka , Kedah Tua , Chih-tu dan Tan-Tan manakal negara kota di Alam Melayu pula ialah Funan , Srivijaya , dan Majapahit .

Antara ciri negara kota di Tanah Melayu dalam segi pemerintahan . Kerajaan Kedah Tua terdapat dua pusat pemerintahan , iaitu pemerintahan yang pertama bermula sekitar abad ke-5 masihi hingga ke abad ke-10 di mana pusat pemerintahan terletak di Kampung Sungai emas manakala pusat pemerintahan yang kedua puala bermula sekita abad ke 10 masihi hingga abad ke-15 masihi yang berpusat di Lembah Bujang . Kerjaan Tambralingga pula telah diperintah oleh Maharaja Dharmaraja Chandrabanu yang telah berjaya membebaskan kerajaan Tambralingga daripada jajahan kerjaan Srivijaya . Kerajaan Tambralingga ini telah berpusat di Chaiyo , yang berhampiran dengan Teluk Bandon .

Dalam segi ketenteraan pula , Kerajaan Langkasuka telah dijajah oleh kerjaan Funan . Kerajaan Langkasuka telah mencpai zaman keagungannya apabila jajahan langkasuka telah meliputi Songkla , Pattani , Kelantan dan Terengganu .manakala jajahan Langkasuka di semenanjung Tanah Melayu pula ialah telah meliputi di seluruh Utara Kedah yang telah menguasai jalan rentas daratan pantai barat . Pada abad ke 13 kerajaan Langkasuka telah jatuh ke tangan kerjaan srivijya dan pada abd ke 14 telah jatuh ke tangan Kerajaan Majapahit . Kerjaa Kedah Tua pula telah dipimpin oleh Raja Chola dan telah berjaya membebaskan Kedah Tua daripada jajahan Srivijaya . Walaubagaimanapun , Kerjaan Kedah Tua ini tidak member peranan yang besar dalam Tanah Melayu . Kerajaan Tambralingga telah dipimpin oleh maharaja Dharmaraja Chandrabanu telah membawa angkatan tentera untuk menyerang Sri lanka sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1247 Masihi dan 1270 hingga 1271 Masihi . Pada serangan yang pertama , kerjaan Tambralingga ini telah berjaya menawan utara Sri Lanka dan pada serangan yang kedua Maharaj Dharmaraja Chandrabanu telah tewas kepada raja Sundra Pandya . kerjaan Tan-Tan pula telah jatuh ke tangan Srivijaya dan Majapahit pada abad ke 13 dan abad ke 14 . Kerajaan Gangga Negara pula telah diperintah oleh Raja Rajendra Chola dari tahun1025 Masihi hingga ke 1026 MAsihi .

Dalam segi agama dan keprcayaan pula , kerajaan Kedah Tua telah dapat dibuktikan sebagai salah satu pusat penyebaran agama Buddha dan Hindu yang terbesar di Tanah Melayu . Ini telah dibuktikan dengan sumber arkeologi . Kerajaan Tambralingga juga merupakan salah satu pusat agama Budhha yang terbesar di Tanah Melayu . Agama dan kepercyaan yang tersebar di Tambralingga ialah agama Buddha Theravada pada abad ke 11 hingga abad ke 13 yang berpusat di Lembah Bujang .Dalam bidang ekonomi pula , pada abad ke 6 kerajaan Langkasuka telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara China. Antara bukti penemuan ialah barang seperti tembikar dari zama Tung , Sung , Yuan , mata wang Khalifah Abbasiyah , manic-manik dari India dan kaca dari Timur Tengah . Kerajaan Langakasuka ini mempunyai pelabuhan transit yang terletak di Kuala Sungai Kedah yang telah menjadi pusat persinggahan Negara China , India dan Nusantara pada abad ke 3 . Kerajaan Tan-Tan pula menjalankan hubungan diplomatic dengan Negara China  dengan utusan hadiah kepada maharaja Cina . Kerajaan fo-Lo-An puam terdpat pelabuhan antarabangsa yang telah menjalankan hubungan diplomatic dengan kerajaan champa dan Tambralingga .

Antara cirri-ciri negara kota yang terdapat dia alam melayu ialah kedudukannya yang strategic . Kedudukannya yang berhampiran dengan tepi laut telah memboleh kerjaan di alam melayu untuk membina pelabuhan seperti yang terdapat di lembah bujang yang berfungsi sebagai tempat persinggahan manakala kerjaan Srivijaya pula telah membina pelabuhan enterpot kerana kedudukannya yang strategic yang terlindung daripada tiupan angin monsoon dan Kerajaan funan telah menguasai laut utara semenanjung Tanah Melayu di Segenting Kra dan membina pelabuhan Oc-Eo .

Sistem pemerintahan yang dijalankan dinegara kpta alam melayu adalah beraasaskan pentadbiran yang cekap dan teratur . Sebagai contoh , kerjaan Majapahit telah mewujudkan sebuah pentadbiran yang cekap dengan menjaga keamanan dan keadilan negara mereka . Mereka menjaga keamanan dan keadilan dengan mewujudkan system pentadbirannberlapis yang merupakan sebuah hierraki yang diduduki oleh raja di peringkat tertinggi diikuti dengan bangsawan , barangay , datu dan shahbandar . Golongan datu ini telah dibantu oleh golongan Feuture  .

Cirri seterusnya ialah hubungan diplomatic . Kebanyakkan negara kota di alam melayu telah menjalinkan hubungan diplomatic dengan kuasa luar seperti funan , srivijaya dan majapahit . Mereka menjalankan hubungan diplomatic ini dengan tujuan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan . Sebagi contoh , kerjaan Funan telah membayar cukai dan ufti sebagi mendapatkan perlindungan daripada kerajaan China manakal kerjaan Majpahit pula telah menjalinkan hubungan dengan siam , champa , Kampuchea dan negara China .

Dalam segi ekonomi pula , kerajaan alam melayu kaya dengan sumber alam dan barang perdagangan . Sebagi contoh seperti hasil hutan , dammar ,dan kapur . Kerjaan Srivijaya di pedalaman telah menjadikan dammar , rempah , emas dan kayu ecudace sebagai barang dagangan . Selain itu , kebnyakkan negara kota didirikan berhampiran dengan lembah sungai dengan tujuan untuk mengairi pertanian dan tanaman mereka seperti padi dan tebu .

Kesimpulannya , setiap negara kota mempunyai cirri –ciri mereka yang tersendiri untuk mewujudkan sebuah negara jota yang kukuh dan stabil . Negara kota juga meerupakan lambang kekukuhan poloitik , ekonomi dan social sesebuah negara dan daripada perkembanagn ini akan lahirnya kehidupan yang sisitematik yang meerupakan asas peningkatan sesebuah tamadun yang merupakan salah satu langkah awal negara kota kepada negara empayar .







Arigatou gozaimasu !!!

No comments:

Post a Comment