NUFFNANG ADS

Wednesday, September 26, 2012

Soalan Percubaan Stpm Negeri Kelantan 2012


 BAHASA MELAYU 2

BAHAGIAN A
1- Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1 Murud 1 Sukan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.
2- Penglibatan pelajar dalam bidang angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa. Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian tersebut.
  
3- Sejak belakangan ini, kemalangan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh media massa. Bincangkan punca-punca peningkatan masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
4- Masyarakat kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta menyediakan laporan tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.
BAHAGIAN B
5- Masalah sosial  dalam kalangan generasi muda  seperti rempit.
BAHAGIAN C 
6- Prosa klasik alih bentuk bahasa kepada prosa bahasa melayu modem
7- dialoq alih bentuk bahasa kepada prosa biasa dalam cakap pindah


SEJARAH 1
BAHAGIAN  A
1.Huraikan sistem organisasi sosial tamadun Mesir dan China
2.Jelaskan ciri ciri sistem pemerintahan republik yang diamalkan oleh pemerintahan di Rom
3.Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun india pada zaman klasik
4.Terangkan konsep sara diri,komersial,kapitalisme. Huraikan sebab-sebab perkembangan  sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke 18.
5.Dengan merujuk kepada contaoh yang berkaitan, bincangkan faktor-faktor  yang mempengruhi pendidikan formal dalam tamadun awal manusia.
6.Jelaskan matlamat penerokaan dan penjelajahan orang yunani
7.Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penerokaan oleh Christopher Columbus, Ferdinand Magelan dan Vasco Da Gama.
8.Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.
BAHAGIAN  B
9.Huraikan latar belakang masyarakat Kota Mekah dan Kota Madinah sebelum kedatangan Agama Islam
10.Perihalkan penentangan yang dihadapi nabi Muhammad saw sewaktu berada di Kota mekah dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya
11.Khalifah  Uthmn dianggap seorang yang teraniaya kerana menjadi sasaran fitnah.Bincangkan
12.Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad saw dalam bidang ketenteraan dgn memberi contoh-contoh yang sesuai.
.13.Bincangkan kaitan peristiwa hijrah dengan matlamat penjelajahan dan penerokaan pada zaman Nabi Muhammad saw dan kesannyn terhadap umat Islam
14.Huraikan sistem halaqah,madrasah dan pondok dalam sejarah pendidikan islam
15.Huraikan pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa Ar Rasyidin
16. Jelaskan prinsip dan amalan kesenian dari perspektif Barat dan Islam

No comments:

Post a Comment