NUFFNANG ADS

Wednesday, September 26, 2012

Soalan Percubaan Stpm Negeri Kedah 2012


PENGAJIAN AM 2

BAHAGIAN A
1. Kerajaan elektronik (e-kerajaan) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan masyarakat dan negara. Bincangkaan kepentingan kerajaan elektronik kepada negara dan langkah y perlu diambil bagi melancarkan pelaksanaannya.
2. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun , terdapat pelbagai maslah y menjejaskan pencapaianatlet dalam bidang sukan tersebut.Bincangkan.
  
BAHAGIAN B
3. Bekalan bahan api fosil didapati semakin berkurang.Kini,para penyelidik telah menemui tenaga gantian bagi mengatasi krisis tenaga.Bincangkan kepentingan tenaga kepada manusia dan implikasi penggunaannya.
4. Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.Justeru,pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan risikopenyakit tersebut.Bincangkan.
BAHAGIAN C
5 (a) (i) Faktor mmpengaruhi aplikasi perbankan elektronik ?(ii) kelebihan perbankan elektronikATAU(b) (i)  Tujuan uatam jenayah pemerdagangan manusia.
(ii) Faktor jenayah pemerdagangan berlaku.
6.(a)(i) Bagaimanakah kandungan air boleh hilang drpd badan manusia.
(ii)Kepentingan air kpda badan manusia.
ATAU
(b)(i) Apakah sifat natrium dioksida ?(ii) Kepentingan garam kpda manusia .
BAHAGIAN D7. Graf garis komponen8.Carta pai berbanding
BAHAGIAN E
 9. Jadual
10.Carta pai ( pola perubahan & langkah ) 

BAHASA MELAYU 2

BAHAGIAN A

1. Isu pengabaian terhadap ibu bapa semakin mendapat perhatian masyarakat . Mengapa hal ini berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?
2. Kepesatan pembangunan teknologi maklumat menyebabkan rakyat Malaysia semakin malas untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan . Bincangkan langkah-2 untuk membentuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia .
  
3. Kini , tabiat berhutang sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat Malaysia . Jelaskan sebab-2 wujudnya tabiat ini dan huraikan kesannya kepada individu dan keluarga yang terlibat.
4. Kini , minat masyarakat Malaysia , khasnya golongan remaja terhadap bidang sukan semakin meningkat . Sebagai setiausaha jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anda diminta untuk mengenal pasti kepentingan aktiviti ini dalam kehidupan seharian ramaja di Malaysia . Anda juga diminta untuk menyatakan peranan pihak sekolah untuk memajukan sukan negara . Sediakan laporan yang berkenaan .


SEJARAH 2

BAHAGIAN 1

1.bincangkan perubahan sistem politik di negeri-negeri Melayu antara tahun 1800 hingga 1895.

2.huraikan perbezaan antara adat temenggung dan adat perpatih dalam abad ke-19.

3.bincangkan tindakbalas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.

4.huraikan perkembangan sistem pendidikan di negeri-negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

5.bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hinggan 1945.

6.huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya(PKM) dari tahun 1930 hingga 1954.

BAHAGIAN B

7.bandingkan dasar tutup pintu antara nrgara Jepun dan China pada abad ke-   19.

8.bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filiphina sebelum peluasan kuasa Barat.

9.huraikan kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.

10.bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji pada abad ke-19.

11.bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan Myanmar sehingga pertengahan abad ke-20.

12.bandingkan peranan Sukarno dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan India sebelum Perang Dunia Kedua.



No comments:

Post a Comment