NUFFNANG ADS

Wednesday, September 26, 2012

SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM 2 PERCUBAAN NEGERI PERAK 2012


 
Bahagian A

Soalan 1
Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan  ‘keldai dadah’ terus meningkat.  Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.  Bincangkan.

Pengenalan.
‘Keldai dadah’ merujuk kepada seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk  membawa dadah secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kes rakyat Malaysia ditipu ini berpunca daripada kecuaian sendiri dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil  untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: PUNCA

1.

Tahap pemikiran yang lemah.

- mudah tertipu atau diperdaya.
- mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis.
- dijanjikan kekayaan melalui keuntungan jangka  pendek.
- tidak memikirkan soal kesan dan implikasi kepada  diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak.
- mudah percaya kepada orang luar atau asing yang  baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan  pendapatan luar biasa.

2.
 Sikap tamak.
- ingin menjadi kaya dengan cepat.
- wanita tempatan yang kesempitan wang atau  menghadapi masalah kewangan  mudah menjadi   mangsa sindiket.
- segala nasihat dan pendedahan tentang kes ini tidak  dipedulikan dan diambil kisah.
3.
 Kemudahan teknologi maklumat
    (ICT).
- sindiket menggunakan ‘facebook’ atau pelbagai laman   sosial popular untuk mencari kenalan wanita dan  memikat mereka sehingga jatuh cinta.
- sepanjang tempoh bercinta, mereka diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar  negara.
- anggota sindiket akan mengambil kesempatan dan  memperdayakan mangsa untuk membawa dadah.
4.
 Permintaan dadah yang tinggi.
- negara-negara tertentu menjadikan dadah sebagai  sumber pendapatan mereka. Contoh: Afghanistan dan  
  Colombia.
- keinginan untuk keluar daripada kemiskinan dan   mencari kemewahan dalam masa yang singkat.
- pasaran dadah di Eropah dan negara-negara Barat amat  luas dan mendapat permintaan yang tinggi.
- harga dadah  yang berlipat ganda menyebabkan manusia  sanggup merentas benua dan sempadan malah berkorban  nyawa.

B: LANGKAH

5.

 Pendidikan.

- komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan anak-anak
  mereka supaya tidak mudah terpedaya.
- anggota keluarga merupakan kelompok yang paling rapat dengan anak-anak dan berpeluang mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

6.
 Berwaspada terhadap sesuatu
  tawaran.
- menyiasat sesuatu tawaran.
- tidak mudah mempercayai janji atau tawaran yang disertakan pulangan lumayan sebagai ganjaran untuk ke
  luar negeri.
- tawaran kerja melalui internet dengan gaji yang lumayan perlu disiasat secara mendalam.
- jangan mudah menerima kiriman orang tanpa memeriksa isi kandungan kiriman.
- jangan mudah memberi kesanggupan jika tidak mengetahui, melihat dan memeriksa kandungan yang
  dikirim.

7.
 Mendaftar dengan kedutaan/
 konsul Malaysia di luar negara
    apabila melancong.
- mendaftar melalui e-mel atau datang sendiri ke pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.
- memudahkan mereka dibantu jika sekiranya berlaku sebarang  musibah.
- memudahkan keluarga mereka dihubungi.
- boleh mendapatkan bimbingan nasihat daripada Pegawai Konsulat Malaysia di negara itu.

8.
Kempen kerajaan  melalui  media
 massa.
- Kementerian Luar Negeri bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengingatkan masyarakat yang hendak   keluar negara supaya sedar bahawa sudah ramai yang dijadikan ‘keldai dadah’.
- mengingatkan mereka tentang undang-undang berat yang diterima oleh mereka jika tertangkap.
- pihak kerajaan tidak boleh campurtangan dengan undang-
  undang negara lain jika sekiranya mereka tertangkap di negara asing.


Penutup.
‘Keldai dadah’ merupakan salah satu ancaman besar kepada negara. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat ini.

Skema: 2+2

Soalan 2

Sumbangan tenaga kerja asing membantu pertumbuhan ekonomi negara . Namun kebanjiran mereka boleh memberi impak negatif kepada negara. Jelaskan pernyataan di atas.

Skema jawapan

Pengenalan.  

Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan banyak tenaga kerja . Justeru, sumbangan tenaga kerja asing diperlukan untuk memastikan kemajuan negara tercapai. Keadaan ini, boleh menimbulkan pelbagai impak negatif kepada negara

BIL
ISI
HURAIAN
     
A : SUMBANGAN

1.

Mengisi kekosongan tenaga kerja

- Sektor perindustrian, perkhidmatan ,pertanian dan perladangan, memerlukan tenaga kerja asing.
-Sikap segelintir rakyat tempatan  memilih kerja, menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh, maka guna tenaga penuh tidak tercapai.
- kekosongan ini, diisi oleh tenaga kerja asing yang sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah 
   
2.
Meningkatkan produktiviti.
- tenaga kerja asing  separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh kelapa sawit.
-mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan , tanpa sebarang rungutan.
- hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.


3.

Perkongsian pintar dalam teknologi

- tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat berkongsi kepakaran dengan pekerja tempatan.
- pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos.
- pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara.


4.

Budaya kerja berkualiti

- amalan ini dapat diterapkan kepada pekerja tempatan
-mampu melahirkan pekerja tempatan yang mempunyai wawasan, berintegriti, akauntabiliti, kreatif dan inovatif


B: IMPAK NEGATIF

5.

Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan

- kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.
- majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana kadar upah yang rendah (seperti buruh ladang dan pembinaan).
- kadar pengangguran negara meningkat
-menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan


6.

Peningkatan pelbagai masalah sosial

- kes jenayah meningkat kerana kebanyakan tenaga kerja asing kurang mahir dan tidak mahir, cenderung untuk terlibat dalam kes jenayah seperti pecah rumah, merompak , membunuh, pemalsuan dokumen, dan pergaduhan, kerana upah yang diterima tidak dapat menampung kos hidup mereka.
- hal ini akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam .
-aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi.

7.

Penyebaran penyakit berjangkit/ berbahaya

- penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini.
- ada dalam kalangan mereka juga merupakan pembawa HIV dan Hepatitis
- persekitaran tempat tinggal yang kotor dan sesak juga turut mempercepatkan perebakan penyakit berjangkit ini.

8,

Pengaliran wang keluar meningkat

- sebahagian besar pendapatan mereka dihantar ke negara asal.
-keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan
- seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.


Penutup

Kita tidak menafikan bahawa  tenaga kerja asing juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi  negara . Namun, dalam masa yang sama pihak kerajaan wajar mengawal pengambilan tenaga kerja asing agar hak rakyat tempatan untuk memperoleh pekerjaan tidak dipinggirkan. Tapisan yang  ketat juga perlu dilakukan untuk memastikan kehadiran mereka ini tidak menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.


Skema : 2+2

Bahagian B

Soalan 3

Tanah runtuh merupakan satu fenomena geobencana yang dikaitkan dengan faktor alam dan aktiviti manusia. Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan.
Tanah runtuh merupakan satu fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini. Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara semulajadi dan aktiviti manusia sendiri.   

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: FAKTOR ALAM

1.

 Kebolehan hujan.

- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan  yang lebat akan menyebabkan kandungan aliran  air dalam tanah menjadi banyak.
- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam  tanah.
- tanah menjadi lemah dan mudah runtuh.
- pergerakan tanah akan berlaku di kawasan yang  mengandungi kuantiti takungan atau larian air  yang banyak.

2.
Pemotongan cerun
- anak sungai dan sungai berliku akan memotong cerun pada bahagian lengkung.
- dalam kawasan air pasang, ombak dan arus akan  memotong cerun bahan tak kukuh.
- hakisan tebing yang berlaku perlahan tetapi berterusan.
- proses hakisan akan melemahkan kestabilan cerun dan seterusnya membawa kepada tanah runtuh.

3.
Kebolehan runtuhan tanah
- berlaku di kawasan yang kurang mempunyai tanah  liat dan kadar resapan yang rendah.
- kawasan yang banyak mengandungi tanah pasir berbanding tanah liat mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
- berlaku juga  di cerun yang curam.
- berat yang melampau di permukaan cerun ini akan  menyebabkan berlakunya gelongsoran  tanah.

4.
 Gempa bumi/letusan gunung berapi
- menghasilkan gegaran dan ketegangan yang boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan.

B: FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

5.

Pembangunan di kawasan tanah tinggi

- pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan   bangunan secara tidak terancang.
- menjalankan aktiviti pemotongan dan  penambakan yang tidak mengambil kira faktor- faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan  tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah  permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan

6.
Pembalakan secara berterusan.
- penebangan hutan untuk tujuan pembalakan  menyebabkan tanah terdedah kepada agen  hakisan.
- struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi
  menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

7.
Pengubahsuaian cerun.
- bukit-bukit ditarah/dipotong  untuk pembinaan  jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
- pemotongan cerun akan melemahkan kestabilan cerun

8.
Aktiviti pertanian tanah tinggi.
- pokok-pokok akan ditebang untuk aktiviti  pertanian.
- penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan  terganggu.
- akar-akar tumbuhan akan mengurangkan  kestabilan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah.
- sokongan tanah akan menjadi longgar dan  memudahkan berlakunya tanah runtuh.

Penutup.
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan bencana ini berlaku.

Skema: 2+2

Soalan 4

Amalan pemakanan masyarakat pada masa kini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan penyakit kronik . Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

Skema jawapan

Pengenalan
Jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan hipertensi, semakin meningkat.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan  penyakit kronik ini terjadi ini. Justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan.

Bil
Idea utama
Huraian
      A : FAKTOR WAJIB

1.

Amalan pemakanan

-  mengambil makanan yang mengandungi kandungan   gula,garam dan lemak yang tinggi.
-  corak pemakanan yang tidak seimbang/
-  kurang menjaga kepentingan gizi makanan seimbang

      B : FAKTOR-FAKTOR LAIN:
2.
Tekanan
- Kesibukan dan beban kerja , rehat yang tidak cukup/ keletihan yang melampau menyebabkan stress.
- kegagalan menguruskan emosi dengan baik, akan menyebabkan distress.
-  keadaan ini akan menyebabkan badan kita kekurangan oksigen,darah dalam badan akan menjadi pekat,dan degupan jantung semakin kencang.
-Hal ini menyebabkan seseorang boleh menghidap penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.
3.
Mengamalkan cara hidup tidak sihat

-  melakukan hubungan seks rambang. – HIV dan AIDS
-  berkongsi jarum suntikan – HIV dan AIDS
-  minum minuman beralkohol
-  mengambil pil perangsang secara berlebihan seperti Viagra, steroid
4.
Kurang melakukan senaman/ aktiviti riadah/kecergasan
-   lemak  berkumpul , menyebabkan saluran darah sempit/tersumbat.
-   menyebabkan pengumpulan asid – seperti asid urik
-   kadar metabolisme rendah.
-  hal ini akan membebankan fungsi hati, ginjal dan jantung.


5.

Faktor genetik

- apabila keluarga induk ( ibu bapa ) menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan barah
 - anak-anak berisiko tinggi untuk mewarisinya.

C:  LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

6.

Mengamalkan diet yang seimbang

-mengikut piramid makanan
-kurangkan gula, dan garam dalam makanan
-mengelak/ mengurangkan penggunaan bahan perasa seperti MSG dan bahan pengawet


7.

Pengurusan stres yang baik

- berfikiran positif
- melakukan terapi kerohanian / mendekatkan diri dengan tuhan/ aktiviti keagamaan
- bermeditasi / aromaterapi


8.

Mengamalkan gaya hidup sihat

- tidak merokok dan elakkan menjadi perokok pasif
-jangan minum minuman beralkohol
- tidak melakukan seks rambang
- tidak berkongsi jarum suntikan


9.

Pemeriksaan kesihatan berkala

- sekurang-kurangnya 3 bulan sekali : dapat mengetahui punca penyakit.
- dapat mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya mengetahui simptom-simptom penyakit kronik.


10.

Melakukan aktiviti kecergasan/ bersukan dan berekreasi


- melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu ( sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi)
-aktiviti ini membolehkan pembakaran lemak berlaku
-perembesan toksik melalui proses perpeluhan
-kadar metabolisme badan akan meningkat



Penutup

Masyarakat pada masa kini, harus peka dalam menjaga  kesihatan bagi mengelakkan menghidapi pelbagai penyakit  kronik.

Skema : 1+ 1+ 2

A
B
C
1
1
2


Bahagian C

5 (a)

i.  Kekayaan sumber bahan mentah di samping sikap positif pemimpin dan rakyat mampu mengekalkan kestabilan ekonomi.

ii.Kepentingan pelaburan asing:
1.      Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
2.      Pemindahan teknologi dan kepakaran.
3.      Mengoptimumkan penggunaan sumber asli tempatan.
4.      Pembangunan infrastruktur dalam negara.
5.      Mempelbagaikan kegiatan ekonomi (penerokaan sektor ekonomi baru).


ATAU

5 (b)

i.   Menyediakan pusat pembakaran sampah berteknologi tinggi yang mampu menghalang pencemaran dan memulihara alam sekitar.

ii.Potensi Teknologi Hijau:
1.      Meningkatkan pendapatan negara.
-membuka pasaran baru seperti pembinaan bangunan hijau.
-menghasilkan produk hijau untuk tujuan eksport seperti kereta hibrid
2.      Menyediakan peluang pekerjaan.
- dalam bidang-bidang baru berkaitan teknologi hijau
3.      Mengurangkan kos
-kos rawatan untuk atasi pencemaran dan penyakit dapat dkurangkan
4.      Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
-mencipta/membangunkan teknologi hijau/mesra alam
5.      Mewujudkan perkongsian pintar antara negara
-cth: Malaysia dan Jerman.( Jerman merupakan peneroka teknologi hijau).

      

6 (a)     i.-Tanaman beriklim sederhana mampu ditanam di tanah rendah kerana teknologi ini  mengawal persekitaran tanaman mengikut keperluan tanaman.

ii.1.Pengeluaran tanaman temperat (berdasarkan suhu) boleh dijalankan sepanjang tahun tanpa halangan musim, keadaan dan cuaca.
1.      Sistem penanaman tidak bergantung pada jenis atau kualiti tanah.
-menggunakan media kultur tiruan yang tidak berasaskan tanah dan mempunyai kepadatan pukal yang ringan.
-kawasan tanah yang bermasalah seperti bekas lombong, tanah berasid, tanah bris boleh dimanfaatkan.
           3.   Mesra alam
                 -tidak menggunakan racun serangga yang menghasilkan sisa kimia.
                 -ini kerana persekitaran serangga dikawal sepenuhnya oleh struktur yang kedap   
                  udara.
          4.   Menjimatkan kos
-keseluruhan operasi, penentuan dan kawalan persekitaran untuk pertumbuhan pokok pada keadaan yang optimum dijalankan oleh sistem dengan  pengawasan minimum pekerja.
-kurangkan kos tenaga buruh
         5.   Mengurangkan import yang tinggi untuk hasilkan pengeluaran tanaman beriklim 
               sederhana.
               -Cth: Cameron Highland alami saiz pengeluaran yang kecil dibandingkan dengan  
               permintaan pasaran. Oleh itu terpaksa impot.

ATAU

6 (b)   
i.  Masalah alam sekitar di kawasan bandar berlaku akibat perluasan guna tanah yang berpunca daripada  pertambahan penduduk dan peningkatan pelbagai aktiviti.

ii.   Implikasi-implikasi yang disebabkan oleh ketepuan pembangunan bandar:
  1. Risiko pencemaran udara
- pembangunan – kilang, rumah, kenderaan
-  asap dibebaskan ke atmosfera.
      2.    Risiko bencana alam
            - Kawasan tanah tinggi dicerobohi untuk pembangunan.
            - Tanah tinggi telah dibangunkan secara rakus.
            - Mengundang risiko tanah runtuh dan hakisan tanah.
      3.   Pencemaran air sungai dan air bersih.
            - Projek pembinaan infrastruktur, perumahan, perindustrian dan infrastruktur   
              komersial menyumbang kepada pencemaran air.
  -banjir kilat sering berlaku.
  -hidupan akuatik mati/pupus
      4.   Peningkatan jumlah sisa pepejal
            - kawasan tapak pelupusan sisa pepejal yang mencukupi menjadi keperluan yang       
              mendesak.
            - bau busuk dari tapak pelupusan sampah
            - kemunculan vektor pembawa penyakit : Contoh  lalat dan tikus
     5.  Kesihatan terjejas
          - pembangunan yang tidak seimbang menyebabkan pelbagai penyakit
          - Cth: Taun, Denggi, Asthma
       
Bahagian D

Soalan 7         

MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Negara
Perubatan (RM Ribu)

Pergigian (RM Ribu)


Nilai
%
Sudut
Nilai
%
Sudut
Australia
1067.35
22.91
82.48
821.80
22.59
81.32
India
587.74
12.62
45.42
381.69
10.49
37.77
Indonesia
267.48
5.74
20.67
232.09
6.38
22.97
Ireland
1382.20
29.67
106.81
1097.40
30.17
108.59
United Kingdom
1354.10
29.06
104.63
1104.99
30.37
109.35
Jumlah
4658.87
100
360
3637.97
100
360

Disesuaikan daripada  Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012

Skema:
1.         Media yang paling sesuai ialah carta pai berbanding.
2.         Kedudukan carta pai mestilah selari dengan tajuk.
3.         Sekiranya calon melukis media lain, salah media - 01m (Rujuk Jadual)
4.         Untuk negara Ireland, calon tidak boleh menggunakan peratus yang diberi (30.17%) untuk mendapat nilai mutlak. Nilai mutlak diperoleh daripada hasil tolak jumlah keseluruhan dengan negara-negara lain.
                                                               
MALAYSIA:PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM
BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT
 NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011



                                       Disesuaikan daripada  Risalah,
                         Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012












Soalan 8

MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 (ANGGARAN)

Tahun
Etnik
Lelaki (ribu orang)
Perempuan (ribu orang)
2008
2009
2010*
2008
2009
2010*
Bumiputera
8310
8441.5
8574.4
8200.9
8333.5
8467.7
Cina
3224.8
3252.1
3278.3
3111.1
3142.5
3173
India
937.3
946.2
954.9
947.8
958.8
969.6
Lain-lain kaum
170.5
175.3
180.1
169.2
173.9
178.7
JUMLAH
12642.6
12815.1
12987.7
12429
12608.7
12789

Nota:
*Tahun anggaran

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Nota:
1.      Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen
2.      Selain Graf Bar Piramid Komponen – Salah Media – 01 (Rujuk Jadual)
  1. Sekiranya tiada perkataan ‘Tahun anggaran’ dalam tajuk - salah tajuk ( 06 m )
  2. Sekiranya ‘tahun’ menjadi petunjuk  -  01 m

Bahagian E


9.         Berdasarkan jadual berikut, huraikan keadaan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut sektor terpilih di Malaysia bagi tahun 2008 hingga 2010. Jelaskan punca-punca peningkatan perbelanjaan tersebut.

MALAYSIA : PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010
                           Tahun
Sektor
(RM juta)
2008
2009
2010
Keselamatan
18 510
19 583
18 102
Perkhidmatan sosial
54 582
57 526
58 237
Perkhidmatan ekonomi
14 575
13 825
11 680
Pentadbiran am
12 450
27 123
15 936
Lain-lain
47 959
35 442
53 112
Jumlah
148 076
153 499
157 067


(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada  Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)



Skema Jawapan:

Pengenalan:


BIL
IDEA
HURAIAN
A: POLA PERUBAHAN



1.


Meningkat
Jumlah keseluruhan



2008 : RM 148 076 juta
2010 : RM 157 067 juta
Perbezaan : RM 8 991 juta
% peningkatan : 6.07%

2.
Meningkat
Perkhidmatan sosial

2008 : RM 54 582 juta
2010 : RM 58 237 juta
Perbezaan : RM3 655 juta
% peningkatan :6.70%

3.
Menurun
Perkhidmatan ekonomi

2008 : RM14 575 juta
2010 : RM11 680 juta
Perbezaan : RM 2 895 juta
% penurunan : 19.86%


4.

Tidak konsisten
(i) Keselamatan





(ii) Pentadbiran am





(iii) Lain-lain


2008 : RM 18 510 juta
2009 : RM 19 583 juta (naik RM1 073 juta / 5.80%)
2010 : RM18 102 juta (turun RM1 481 juta / 7.56%)

2008 : RM 12 450 juta
2009 : RM 27 123 juta (naik RM14 673 juta / 117.86%)
2010 : RM15 936 juta (turun RM11 187 juta / 41.25%)

2008 : RM47 959 juta
2009 : RM35 442 juta (turun RM12 517 juta / 26.10%)
2010 : RM53 112 juta (naik RM 17 670 juta / 49.86%)


B. POLA PERBANDINGAN

5.


2008

Paling tinggi : RM54 582 juta berbanding jumlah keseluruhan  RM148 076 juta.
% sumbangan : 36.86%
Paling rendah : RM12 450 juta
% sumbangan : 8.41%

6.
2009

Paling tinggi : RM57 526 juta berbanding jumlah keseluruhan RM153 499 juta.
% sumbangan : 37.48%
Paling rendah : RM13 825 juta
% sumbangan : 9.01%

7.
2010
Paling tinggi : RM58 237 juta berbanding jumlah keseluruhan RM157 067 juta.
% sumbangan : 37.08%
Paling rendah : RM11 680 juta
% sumbangan : 7.44%

C: PUNCA-PUNCA PENINGKATAN

- penambahbaikan tahap kesihatan khasnya di luar bandar
- naik taraf sekolah
- naik taraf rangkaian jalan raya
- penambahbaikan rumah rakyat miskin


Penutup:
Kesimpulannya, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan diagihkan secara saksama demi kesejahteraan rakyat.


Catatan:
Skema
A
B
C
2
1
1
·         Jika calon membincangkan punca yang bersesuaian, terima.
·         Jika calon membincangkan punca bersama pola – TR
·         Jika calon tidak sertakan RM juta (atau tiada salah satu) – TR

10  Berdasarkan carta di bawah, jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kes-kes kelewatan pembedahan  di hospital dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya

Skema jawapan


Pendahuluan
            Pengurusan hospital yang efektif dapat menyelamatkan nyawa manusia dan meningkatkan kepercayaan pesakit kepada organisasi tersebut. Justeru, pihak MAMPU telah menyediakan panduan untuk meningkatkan mutu kerja sesebuah hospital.

BIL
IDEA
HURAIAN
A: PUNCA

1.

Manusia


*Persediaan pesakit yang tidak lengkap
- Masalah keputusan makmal
- Borang persetujuan tidak lengkap
*Bermasalah dengan pembiusan
- Pembiusan yang sukar
- Pembedahan berisiko

2.
Kaedah
*Perubahan senarai pembedahan saat akhir
- Sistem koodinasi kurang efektif
- Tiada informasi
*Kes biohazard
- Masa cucian bilik bedah yang panjang
*Kelewatan pesakit dihantar ke Dewan Bedah
-Kurang penyeliaan
- Faktor kakitangan

3.
Mesin
*Tidak mencukupi
- Peralatan digunakan serentak
*Tiada dalam stok
- Kes kecemasan - cth kemalangan

4.
Persekitaran
*Suhu bilik bedah yang melebihi 21◦c
- Kurang penyelenggaraan
- Pendingin tidak dipasang awal

B: LANGKAH

5.

Latihan dan kursus

-Mengadakan latihan berstruktur dan sistematik mengikut bidang masing-masing
-Meningkatkan kecekapan dan mutu kerja

6.
Perunding pengurusan dan pentadbiran
-Membuat penstrukturan semula dan pengagihan tugas yang adil
-Meningkatkan penyeliaan terhadap kakitangan dan kerja-kerja perkeranian bagi mengelak kesilapan atau maklumat tidak lengkap.
7.
Peralatan
-Menambah pembelian peralatan untuk menampung proses pembedahan yang berlaku serentak.
-Memohon peruntukan kewangan yang tinggi berdasarkan keperluan peralatan baru.
8.
Tenaga Pakar Luar
-Mengurangkan masalah kekurangan tenaga pakar semasa pembedahan.
-Mendapat khidmat nasihat tenaga  melalui video konferen
9.
Menambah kakitangan
-Menambah bilangan kakitangan di unit yang kritikal seperti unit pembedahan.
-Penambahan kakitangan dapat mengurangkan beban kerja dan kecuaian pekerja.
Pihak hospital perlu menangani semua masalah yang dihadapi oleh pesakit untuk mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit. Nama baik sesebuah hospital bergantung kepada kecekapan pengurusan organisasi tersebut. Skema:    2 + 2:
1.         Huraian 0m - jika calon tidak menyatakan sub-topik yang ada dalam kotak.

No comments:

Post a Comment