SOALAN 1
Huraikan
sumbangan masyarakat Neolitik kepada kemunculan tamadun awal manusia
A.
PENGENALAN
( 3 Markah )
1.
Manusia dikatakan menyara hidup dengan memburu
binatang dan memunguthasil hutan yang tumbuh meliar sebagai makanan
harian.Apabila tamadun wujud, corak kehidupan mereka berubah yang bermula pada
7000 S.M hingga 3500 S.M.Pada zaman manusia mula berfikir, mengetahui dan
mengamalkan cara-cara bercucuk tanam dan
menternak binatang.
2.
Manusia kini mula mengeluarkan keperluan
makanan mereka sendiri melalui aktiviti pertanian yang melibatkan bercucuk
tanam dan menternak binatangmenyebabkan mereka tinggal menetap di
kampung-kampung tanpa perlu lagi berpindah-randah untuk mencari sumber makanan
mereka.
3.
Implikasi daripada tinggal menetap kesan
daripada berlaku revolusi pertanian (bertanam dan menternak) menyebabkan V.
Gordon Childe merumuskan sebagai satu revolusi dalam kehidupan manusia atau
sebagai titik tolak perubahan kepada
kemunculan tamadun awal manusia.
B.ISI : SUMBANGAN
MASYARAKAT NEOLITIK ( 7 isi X 3 =21 Markah )
1. Memperkembangkan dan
mengubah aspek pertanian
·
Pakar sejarah yakin penemuan kaedah menanam
dan menternak binatang dimulai sekitar 10, 000 S.M hingga 5000 S.M lalu di Asia
Barat.
·
Di kawasan utama seperti Jericho,Catal
Huyuk,Iran,Syria,Mesir dan Iraq manusia mula menanam gandum dan barli serta
menternak binatang seperti kambing,biri-biri dan babi sebagai sumber makanan
mereka yang berterusan
·
Bekalan makanan yang mewah menggalakkan
pertambahan penduduk.
2.
Memajukan aspek teknologi
·
Pada Zaman Neolitik penemuan bajak dan roda
sebagai kemajuan teknologi telahmeningkatkan lagi daya pengeluaran hasil
pertanian.
·
Bajak menyebabkan manusia mula menggunakan
tenaga binatang membantu meringankan tugas
mereka.
·
Binatang seperti kuda atau kerbau dilatih
untuk mengangkut barang (anok) atau membajak sawah.
3.
Mewujudkan perkampungan tetap
·
Kemajuan pertanian (menanam dan menternak)
membolehkan manusia mula membina kawasan
penempatan kekal di kawasan-kawasan yang subur terutamanya di lembah sungai seperti Tigris
atau Furat.
·
Manusia tidak perlulagi hidup secara nomadik
kerana kini dapat menyara hidup daripada bekalan makanan yang dihasilkan di kawasan tempat
tinggal mereka.Mereka dapat mengawal bekalan
makanan sendiri dan bekalan berterusan di samping dapat mengawal perubahan musim.
4. Mewujudkan pertambahan
penduduk
·
Kemajuan pertanian dan teknologi pertanian
pada zaman Neolitik menyebabkan manusia dapat mengawal dan menggunakan
sumber alam.
·
Perubahan ini menyebabkan kehidupan manusia
menjadi lebih stabil,selamat dan terjamin daripada kebuluran atau ancaman lain.
·
Kehidupan
sebagai individu atau anggota masyarakat bertambah baik.
·
Fenomena inimembawa kepada berlakunya
peningkatan bilangan penduduk pada sesuatu kawasan dan akhirnya membentuk
kawasan penempatan penduduk semakin
kompleks seperti bentuk negara kota.
5. Mewujudkan
pengkhususan kerja
·
Pada zaman Neolitik berhasilnya peningkatan
daya pengeluaran hasil pertanian yang menjamin bekalan makanan mencukupi dan
berterusan membolehkan sebahagian penduduk telah menjalankan aktiviti
bukan pengeluaran pertanian seperti
kegiatan kesenian atau kegiatan keagamaan yang melahirkan pusat ibadat.
·
Hal ini mencetuskan proses pembahagian kerja
dalam masyarakat.
6. Mewujudkan organisasi
sosial
·
Perubahan kehidupan manusia bertambah kompleks
menyebabkanberlakupengkhususan dalam menjalankan tugas tertentu bergantung
kepada kemahiran dan kebolehan seseorang.
·
Kini diperlukan pemimpin untuk memandu dan
memberi arahan kepada semua anggota masyarakat.
·
Tentera dan
pahlawan diperlukan untuk mengawal dan menjagakeamanan daripada ancaman.
·
Pendeta diperlukan untuk mengetuai kegiatan
keagamaan.
7. Mewujudkan institusi
pemerintahan
·
Pada zaman ini juga lahir institusi
pemerintahan,pendidikan,keagamaan dan
sebagainya untuk membolehkan manusia mengeksploitasi dan mengawal alam
sekitar mereka seperti bencana alam (banjir,kemarau).
·
Pemimpin, pahlawan dan pendeta muncul sebagai
orang berkuasa.
·
Pemimpin dengan ideanya dan tipu helahnya,pahlawan dengan senjatanya dan
paderi dengan pengetahuannya.
8. Mengasaskan kelahiran
agama dan kepercayaan
·
Manusia pada zaman Neolitik sudah ada
kepercayaan berkaitan dengan unsur dewa-dewi.
·
Minda pemikiran konseptual ketuhanan ini
dimanifestasikan melalui upacara agama dan simbol-simbol pemujaan.
·
Mereka yakin dan percaya upacara penyembahan akan
melipatgandakan hasil pengeluaran
pertanian.
9. Mewujudan petempatan
bandar
·
Perkembangan petempatan dan perkampungan yang
tetap menyebabkan peningkatan bilangan
penduduk.
·
Kehidupan manusia secara berkelompok dengan
menjalankan aktiviti pertanian telah menyebabkan mereka mengalami proses
pembandaran yang pesat seperti bandar Catal Huyuk.
10. Kesenian
·
Aktiviti melukis
haiwan di dinding gua pada zaman Neolitik
telah mencetuskan pula kelahiran sistem tulisan.
·
Tulisan pada
petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, atau berbentuk pepaku.
·
Tulisan-tulisan ini
digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir)
digunakan untuk merekod upacara keagamaan dan harta kuil.
·
Contoh;
tulisan Cunieform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekod tentang
kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
C.KESIMPULAN ( 1 Markah )
·
Neolitik merupakan zaman titik mula terbina
tamadun awal manusia apabila manusia mulai bercucuk tanam dan berternak
binatang telah menjana perkembangan faktor lain seperti teknologi,pengkhususan kerja,organisasi,institusi
politik dan sebagainya.
SOALAN 2
Bincangkan struktur organisasi sosial dalam tamadun Indus dan tamadun
China.
A) Pengenalan (3 markah)
1. Peranan masyarakat merujuk
kepada organisasi sosial @ stratifikasi sosial sesebuah masyarakat.
- Organisasi
sosial merujuk kepada pembahagian anggota masyarakat kepada beberapa
lapisan sosial yang mempunyai perbezaan dari segi kuasa kekayaan, gaya
hidup, pekerjaan , dan sebagainya. Melvin Tumin menyatakan organisasi
sosial merujuk kepada penyusunan kelompok masyarakat dalam satu lapisan
kedudukan yang berbeza dari segi kuasa, harta ,penilaian sosial, dan
kepuasan rohani.
- Kewujudan
organisasi sosial sememangnya dapat dikesan sejak zaman Neolitik berikutan
berlakunya perubahan cara hidup masyarakat yang mula melibatkan diri dalam
kegiatan pertanian yang telah menimbulkan pelbagai kelas dalam masyarakat
sama ada pemerintah dan pendeta yang menggunakan autoriti dan kuasa agama
untuk menguasai hasil ekonomi negara diikuti munculnya golongan tentera
untuk melindungi kekayaan dan kepentingan negara serta kelas yang paling
bawah biasanya petani dan hamba yang bertanggungjawab mengeluarkan hasil-
hasil ekonomi negara.
- Pendek
kata, dengan wujudnya organisasi sosial dalam sesebuah masyarakat amalan
pengkhususan kerja dapat diamalkan seterusnya pasti membawa kepada
kelancaran melaksanakan sesuatu aktiviti termasuk kegiatan ekonomi.
2. Menyatakan lokasi Tamadun Indus dan China .
B) Isi
A) Struktur organisasi
sosial Tamadun Indus (5 isi x 2 markah)
1. Golongan Pendeta
- Disebabkan
tidak adanya sistem pemerintahan beraja, maka tugas-tugas pemerintahan dan
pentadbiran negara dipikul atau diamanahkan kepada golongan pendeta yang
dianggap golongan yang suci serta mempunyai hubungan yang paling rapat
dengan tuhan ataupun dewa.
- Dari
segi pentadbiran dan perundangan misalnya, golongan pendeta
bertanggungjawab menggubal serata melaksanakan peraturan dan undang
–undang yang pada amnya lebih bersifat keagamaan berdasarkan kitab-kitab
suci mereka.
- Golongan
ini juga mempunyai pengaruh yang besar dalam bidang ekonomi, kerana
institusi agama(kuil)mempunyai tanah-tanah pertanian yang luas akan
dikerjakan oleh golongan petani ataupun hamba.
- Golongan
ini juga bertanggungjawab mengagihkan hasil-hasil pertanian yang
dikumpulkan dalam jelapang.
- Dari
segi sosial pula, tanggungjawab kebajikan yang dipikul oleh golongan ini
ialah menyediakan kemudahan infrastruktur seperti pembinaan jalan raya.
2. Golongan Pedagang
- Merupakan
satu lagi kelas yang diletakkan dalam kategori kelas atasan dalam
masyarakat di lembah Indus. Golongan ini sebagaimana golongan pendeta
hidup dalam keadaan mewah dan mempunyai pekerja-pekerja yang terdiri sama
ada golongan buruh yang merdeka atau hamba.
- Golongan
ini dapat menjalani kehidupan yang mewah kerana urusan perdagangan yang
dijalankan oleh mereka adalah bebas , iaitu tiada campur tangan golongan
pendeta serta dikecualikan daripada membayar cukai.
- Para
pedagang ini juga mempunyai cop-cop mohor yang mempunyai lambang bercorak
keagamaan yang menandakan kekayaan yang dimiliki serta dipercayai menjadi
azimat yang ada kuasa sakti.
3. Golongan petani
- Golongan
petani biasanya tinggal dirumah-rumah kecil ataupun yang disediakan oleh
golongan pedagang.
- Biasanya
rumah tersebut hanya mempunyai 2 buah bilik.
- Segala
kerja pertanian yang dijalankan oleh golongan petani akan diawasi oleh
para pendeta.
4. Golongan buruh
- Sementara
golongan buruh pula biasanya akan menjalani tugas-tugas seperti menghantar
bijirin, membina tembok, dan menenun kain.
5. Golongan hamba
·
Kerja-kerja seperti mengumpul, menyimpan bijirin yang
dihasilkan oleh petani dijalankan oleh hamba.
6. Mengikut kasta
- Dengan
kedatangan orang-orang Aryan sistem sosial masyarakat Indus dipengaruhi oleh sistem kasta. Sistem ini
mengklasifikasikan penduduk mengikut pekerjaan mereka.
- Golongan
yang paling tinggi dalam masyarakat dikenali sebagai Brahman yang
berurusan dalam soal keagamaan serta spiritual dan mempunyai pengaruh yang
besar dalam bidang politik dan pemerintahan.
- Golongan
kedua pula kasytria yang bertanggungjawab pula menjalankan tugas-tugas
ketenteraan seperti memberikan perlindungan kepada Brahman dan menghadapi
musuh tatkala diancam.
- Seterusnya
pula golongan Vaisya yang biasanya dirujuk kepada golongan yang mempunyai
kekayaan khasnya golongan pedagang
- Manakala
kasta yang paling rendah di antara 4 kelas ialah sudra iaitu biasanya
merujuk kepada golongan petani.
- Kasta-kasta
yang diamalkan di sini amat rigid, menyebabkan pergaulan antara kelas
atasan dan bawahan adalah amat terbatas.
B) Struktur organisasi sosial Tamadun China (5 isi x 2
markah)
1. Golongan raja
- Merupakan
kelas tertinggi dalam masyarakat China.
- Sumber
kekuasaan dan mempunyai ‘supreme authority’ sebagaimana peranan
firaun di Mesir.
- Antara
tugas raja di China ialah menjadi sumber undang-undang negara; segala
arahan dan perintah raja mesti dilaksanakan ,menjadi ketua agama, ketua
kerajaan dan hakim, mengetuai upacara agama, melantik ketua pelbagai jenis
agama dan kepercayaan, dan juga melantik pegawai pentadbir untuk
melicinkan struktur pentadbiran
- Seseorang
yang dilantik menjadi raja dipercayai mendapat mandat daripada tuhan atau
syurga.
- Sekiranya
berlaku bencana alam, seseorang
raja itu harus ditukar sama ada secara baik ataupun melalui pemberontakan.
- Walaupun
begitu, kebanyakan tugas raja
dijalankan oleh wakil-wakilnya(golongan aristokrat atau bangsawan) atas
nama baginda.
2 .Golongan Aristokrat
- Merupakan
pembantu utama raja, dan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam sistem
politik dan sosial masyarakat China
- Pada
zaman dinasti Shang, golongan ini memonopoli penggunaan gangsa dalam
bentuk alat-alat ritual dan senjata
- Sesuai
dengan tarafnya, golongan ini membina rumah kediaman berhampiran rumah
ibadat yang biasanya dikelilingi oleh tembok sebagai langkah keselamatan
- Pada
zaman Dinasti Chao golongan ini amat berpengaruh, mempunyai banyak
pengikut serta tanah-tanah yang dikerjakan oleh petani sesuai dengan
sistem feudal yang diamalkan pada masa itu .
3. Golongan cerdik pandai
- Kelas
yang tinggi darjatnya ialah golongan cerdik pandai yang berperanan
memberi nasihat kepada raja dan masyarakat berhubung dengan pentadbiran
serta tingkah laku .
- Sesuai
dengan penguasaannya dalam ilmu-ilmu tertentu, maka tidak hairanlah
golongan ini terlalu dipuja oleh masyarakat .
- Golongan
inilah yang bertanggungjawab memperkenalkan pelbagai aliran pemikiran di
China seperti Confuciunisme, Taoisme, Legalisme, Moisme, dan Menciusme.
4. Golongan petani
- Golongan
bawahan yang terpenting dalam masyarakat China yang menjadikan organisasi
di sini agak unik.
- Mereka
dianggap kumpulan mulia kerana membekalkan makanan yang merupakan asas
kepada kehidupan manusia.
5. Golongan artisan@
tukang-tukang mahir
·
Bertanggungjawab menghasilkan monumen – monumen
tertentu.
6. Golongan pedagang
- Diletakkan
di tangga terbawah kerana mereka di anggap penipu serta mengaut keuntungan
daripada rakyat.
- Mereka
tidak dipandang tinggi oleh
masyarakat.
7. Golongan hamba,
pelacur dan pelakon
- Golongan
ini dipandang lebih hina kedudukannya dan tidak mendapat tempat di sisi
masyarakat.
8. Golongan wanita
- Golongan
wanita mempunyai kedudukan yang lebih rendah daripada lelaki.
- Hanya
lelaki mempunyai kuasa menceraikan isteri.
·
Dari aspek kekeluargaan pula, golongan pembesar dan
kerabat diraja pula tidak dibenarkan berkahwin lebih dari seorang wanita.
C) Kesimpulan : (2 markah)
·
Pembentukan organisasi sosial telah membentuk
masyarakat yang kompleks.
·
Dengan demikian telah dapat membantu perkembangan
masyarakat yang membantu perkembangan tamadun yang lebih hebat.
SOALAN
3
Bincangkan
langkah-langkah yang diambil oleh pemerintah Maurya untuk mengukuhkan
empayarnya.
PENGENALAN (3 markah)
1.
Konsep empayar:
§ Empayar merujuk dasar pemerintahan kawasan wilayah atau daerah di bawah seorang maharaja yang berkuasa dan berwibawa. Farmer
dalam bukunya “Comparative History in Civilization” mentakrifkannya
sebagai entiti-entiti politik yang besar sebagai empayar sejagat kerana dapat
menyatukan zon-zon budaya yang luas.Empayar mempunyai wilayah yang luas hasil peluasan
kuasa oleh tentera dan pemerintahan yang kukuh.
§ Antara ciri utama sistem pemerintahan empayar ialah sistem pemerintahan empayar berlaku dalam 3 bentuk iaitu dinasti, perkongsian kuasa dan liga, pelaksanaan
konsep hegemoni(penduduk-penduduk yang hidup di dalam empayar itu mengalu-alukan pemerintahannya), menggunakan kekuasaan tentera, pemusatan kuasa kerajaan, wujudnya sistem birokrasi, memupuk semangat
ketahanan mental, fizikal dan spiritual.
2.
Latar belakang empayar Maurya
- Merupakan empayar yang
pertama di India bermula pada tahun 321 S.M
- Diasaskan oleh Chandragupta
Maurya.
- Pentadbiran empayar ini
begitu menyerlah semasa pemerintahan rajanya yang ketiga iaitu Asoka.
- Asoka telah menaiki takhta
pada tahun 273 S.M dengan gelaran Devanampiya Plyadasi.
- Beliau telah menjadikan
Empayar Maurya sebagai sebuah empayar yang agung melalui perluasan kuasa,keagamaan dan
pembaharuan sistem politik
ISI:
Langkah-Langkah Yang Diambil Oleh
Pemerintah Empayar Maurya (7isi x 3 markah)
1.
Mengukuhkan
ketenteraan
§
Terdapat 4 jenis tentera iaitu tentera bergajah,
tentera berkuda (Kavalri), kereta kuda dan infantri (berjalan kaki)
§
Terdapat unit-unit seperti tentera laut,
pengintip, kumpulan perantis dan komisariat.
§
Penggunaan gajah membantu memecahkan barisan
tentera, meruntuhkan kubu, pintu kota dan benteng pertahanan.
§
Pasukan kavalri menentukan kejayaan. Kekalahan
Maharaja Porus kepada Iskandar Zulkarnain disebabkan kelemahan tentera kavalri.
§
Kereta kuda digunakan
secara meluas pada zaman Maurya.
§
Raja-raja India
mempunyai angkatan tentera/bilangan yang
besar seperti Chandragupta Maurya (600 000 askar), Rajaraja 1 (900 000
askar) dan Mahendrapala
(800 000 askar)
§
Wujud pentadbiran tentera (logistik) yang
efisyen. Terdapat perkhidmatan perubatan, jurutera dan tukang2 masak.
§
Terdapat pelbagai jenis
peralatan tentera seperti meriam,
kayu pelantak, busur, panah beracun, pedang, tombak dan lembing.
§
Terdapat organisasi ketenteraan yang sistematik
iaitu Pati(unit tentera yang paling asas),
Senamuka (gabungan tiga Pati),
Gulma (gabungan tiga Senamuka)
dan Aksauhini
(gabungan tiga Gulma).
§
Ketua pasukan tentera
ialah Panglima Agung. Beliau dibantu oleh panglima Kapten. ( Nayaka dan
Pandanayaka)
2.
Melaksanakan
pentadbiran birokrasi
§
Memperkemaskan
pentadbiran dengan melantik pegawai-pegawai kerajaan bagi membantu maharaja di
peringkat sama ada pusat mahupun wilayah.
Contoh, pelantikan gabenor di wilayah.
§ Memperkenalkan
undang-undang. Sebagai contoh, mengukir
doktrin-doktrin Buddha di atas batu, tiang-tiang dan gua-gua di seluruh empayar
pada zaman Asoka.
3.
Memantapkan
kepimpinan
§ Memperkukuh
konsep devaraja iaitu raja dianggap sebagai wakil Tuhan di bumi.
§
Peranan dan
kebijaksanaan raja dalam mentadbir.
§ Contoh:
Chandragupta Maurya dan Asoka
4.
Pemusatan
sistem pemerintahan
§ Berlaku
pemusatan sistem pemerintahan iaitu semua urusan pentadbiran tertakluk kepada
maharaja di peringkat pusat.
§
Di samping itu,
pemerintahan tempatan juga dikekalkan.
5.
Pemantauan
§
Dilaksanakan di
peringkat pusat dan wilayah.
§ Tujuannya
untuk mengelakkan pemberontakan.
6.
Menjaga
kebajikan rakyat
§ Kebajikan
rakyat dijaga.
§
Tujuannya untuk
membangkitkan taat setia kepada raja.
§ Contoh
menyediakan peluang pekerjaan, membina hospital dll.
7.
Mempraktikkan
ajaran agama Buddha
§
Asoka mengamalkan agama Buddha.
§
Asoka percaya
ajaran yang menekankan aspek kemanusiaan dan nilai-nilai murni mampu
mengukuhkan empayar.
§
Asoka juga
menghantar misi-misi keagamaan ke negara luar dengan melantik mubaligh-mubaligh
Buddha untuk menyebarkan agama Buddha.
Contoh, menghantar misi ke Sri Lanka, Asia Barat, Mesir dan Eropah
Timur.
8.
Dasar Diplomasi
§ Perkahwinan
politik.
§ Asoka
mengubah polisi penaklukan secara kekerasan kepada penaklukan secara righteounesness
(menawan kerajaan-kerajaan berdasarkan hubungan persahabatan dengan
negara-negara jiran).
9.
Menggalakkan
kegiatan ekonomi
§ Perdagangan,
pertanian dan perusahaan.
KESIMPULAN (1 markah)
Langkah-langkah yang telah diambil oleh pemerintah
pada zaman empayar Maurya berjaya menjadikan empayar Maurya sebagai empayar
yang kuat.
SOALAN 4
Huraikan idea-idea ketenteraan yang dipelopori oleh
Kautilya dalamtamadun India.
PENGENALAN (3 markah)
1.
Kautilya merupakan pemikir ketenteraan
agung dalam tamadun India
2.
Dikenali juga sebagai Chanakya
3.
Pernah berkhidmat sebagai menteri kepada
pengasas empayar Maurya iaitu Chandragupta Maurya
4.
Menghasilkan karya terkemuka iaitu
Arthasastra (Science of Gain / Power)
5.
Dihasilkan untuk pemerintahan Maurya
pada abad ke-3 S.M agar dapat menjalankan pentadbiran dengan sistematik dan
teratur.
6. Kitab
Arthasastra terdiri daripada 15 bahagian yang membicarakan tentang pemerintahan
dan ketenteraan
ISI:Idea Ketenteraan Yang Dipelopori Oleh Kautilya
(5 isi x 4 markah)
1.
Hubungan
antara negara-negeri
·
Hubungan ini adalah berasaskan 6
perkara;
i)
Keamanan
ii)
Peperangan
iii) Menunggu
masa untuk musuh memulakan serangan pertama
iv) Menyerang
dahulu
v)
Mengadakan persekutuan dengan musuh
kepada musuh
vi) Dasar
duaan; persekutuan atau keamanan dengan satu pihak musuh sementara meneruskan
peperangan dengan pihak yang satu lagi.
2.
Empat Cara Untuk Memenangi Peperangan
·
Cara tersebut ialah;
i)
Pemujukan dan ucapan yang menawan hati.
ii)
Rasuah
iii) Menyemai
benih pepecahan
iv) Persengketaan
·
Apabila semuanya gagal, baru berperang.
3.
Mengetahui
Kekuatan
·
Seorang penakluk harus mengetahui
tentang kekuatan tenteranya dan tentera musuhnya.
·
Melakukan serangan apabila berkesempatan/ada
peluang.
4.
Kemahiran
Dalam Komplot
·
Kemahiran ini adalah lebih baik daripada
kegagahan dan kehandalan.
·
Jika dalam suatu pertempuran menandakan
tiada tanda-tanda kemenangan, seorang raja harus menjalankan peperangan yang
tidak jujur.
·
Contohnya dengan menggunakan perisik,
pelacur, merasuah pegawai, tukang masak dan segala isi istana untuk melemahkan
musuh
5.
Mengaitkan
peperangan dengan aspek spiritual dan keagamaan.
·
Pahlawan-pahlawan Hindu percaya kepada
perlunya berjuang sehingga mati dalam usaha untuk memenuhi matlamat spiritual
dan keagamaan.
·
Kematian dalam peperangan bertujuan
untuk membebaskan diri daripada rantai kelahiran semula dan mencapai nirvana.
·
Banyak mempengaruhi pahlawan dan
raja-raja Hindu seperti kerajaan Rajput dan Marathas.
6.
Dasar
kekejaman
·
Untuk menghadapi musuh “bheda” digunakan iaitu cara
melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif.
·
Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera
musuh serta menggunakan kekerasan konsep “danda” iaitu kayu atau besi yang kuat
ke atas orang jahat atau musuh.
7.
Memperkenal
teori “mandala”
·
Menurut Kautilya, pemerintah mesti bijak mencari
kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang diperangi.
·
Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh
tersebut akan membantu kita.
KESIMPULAN (2 markah)
1.
Idea Kautilya
dalam kitab Arthasastra banyak membantu pemerintah Maurya dalam usaha
mengukuhkan kuasa dan melahirkan kerajaan yang mantap.
SOALAN 5
Bincangkan perubahan yang berlaku daripada sistembarter kepada sistem kapitalis di Eropah
sehingga tahun 1800 Masihi.
PENGENALAN (3 markah)
1.
Definisi sistem barter – sistem tukar barang ketika
aktiviti jual beli dijalankan.
2.
Definisi sistem kapitalis
·
sistem ekonomi dan sosial yang cenderung ke arah
pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan dan berasaskan
keuntungan.
·
Sistem kapitalis juga berdasarkan kuasa pasaran
bebas “laissez faire” dalam menentukan pengeluaran, kos, menetap harga barang
dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan.
ISI: Perubahan yang berlaku dari sistem
barter kepada sistem kapitalisme di Eropah sehingga tahun 1800 Masihi (7 isi x
3 markah)
1.
Sistem Barter
·
Perdagangan bermula
apabila manusia mula keluar daripada ekonomi sara diri.
·
mereka mula
menukarkan barang yang dihasilkan utk mendapatkan barangan keperluan yang lain.
·
Kegiatan menukar
barang seperti ini dikenali sebagai sistem barter.
2.
Mata Wang
Sebagai Alat Pengukur
·
Perdagangan
berasaskan system barter diamalkan secara meluas di Eropah sebelum kemunculan
tamadun Greco-Roman
·
Sistem
barter ini mula berubah apabila mata
wang digunakan sebagai alat pengukur nilai pada zaman itu.
·
Tetapi
kegiatan perdagangan berasaskan system
ini masih diamalkan di Eropah sehingga abad ke-15/16 khususnya di
kawasan pedalaman.
3.
Penggunaan
Mata Wang Secara Meluas
·
Sistem barter
merosot apabila mata wang digunakan secara meluas dalam abad ke-18 dan
seterusnya.
4.
Kemunculan
Semula Bandar-bandar di Eropah
·
Kemunculan semula Bandar-bandar di Eropah khususnya di
Itali pada abad ke–13 telah membawa perubahan besar ke atas sistem perdagangan
di Eropah.
·
Di bandar-bandar
inilah munculnya golongan saudagar baru yang meluaskan kegiatan mereka ke
seluruh Eropah.
·
Di sini munculnya
institusi perniagaan seperti bank, syarikat insurans, persatuan saudagar dan
sebagainya yang memudahkan lagi urusan pertukaran barangan yang berasaskan
kepada penggunaan mata wang.
·
Di bandar-bandar
Italy inilah terasasnya sistem ekonomi kapitalisme yang kemudiannya meluas ke
seluruh Eropah.
5.
Kebebasan
·
Saudagar-saudagar di Itali memperolehi
kebebasan menjalankan kegiatan mereka.
·
Pihak berkuasa tidak menghalang
kebebasan para saudagar untuk berurus niaga, mengumpulkan kekayaan dan
meluaskan kegiatan mereka.
6.
Institusi
Bank
·
Dengan dibantu oleh institusi bank dan
perniagaan lain, saudagar dapat menjalankan kegiatan dengan lebih mudah.
·
Contohnya,
bank-bank memberikan pinjaman modal dan mengeluarkan bil-bil pertukaran kepada
saudagar-saudagar.
7.
Syarikat Insuran
·
Syarikat insuran mengeluarkan jaminan ke
atas modal saudagar-saudagar untuk mengurangkan risiko mereka.
·
Dengan kemudahan-kemudahan
ini, hubungan perdagangan menjadi lebih teratur dan berjalan dengan licin.
8.
Kemunculan
Negara Bangsa
·
Kejatuhan wilayah-wilayah feudal dan
kemunculan sistem negara kebangsaan Eropah dalam abad ke-14/15
·
Hal ini menggalakkan kepada perkembangan
perdagangan apabila terhapusnya pelabagai bentuk halangan ke atas perdagangan
yang diwujudkan oleh sistem feudal dahulu.
9.
Peranan
Pemerintah
·
Berikutan dengan kejatuhan feudalisme di
Eropah, kegiatan perdagangan menjadi unsur penting dalam aktiviti-aktiviti ekonomi
di Eropah.
·
Pihak pemerintah (raja mutlak) tidak
sahaja memberikan galakan kepada
perdagangan tetapi juga melindunginya.
10.
Keseragaman
dalam Timbangan, Sukatan & Peraturan
·
Perdagangan menjadi lebih mudah apabila
ada keseragaman dari segi kaedah timbang dan sukat, peraturan dan undang-undang
yang melindungi hak pemilik-pemilik komoditi dan modal.
·
Terdapat juga
institusi-institusi yang berfungsi dari segi menyediakan kemudahan-kemudahan
kredit dan kewangan.
·
Kemunculan
unsur-unsur tersebut menjadi asas kepada perkembangan sistem perdagangan di
bawah ekonomi kapitalisme di Eropah.
Kesimpulan
(1 markah)
·
Sistem kapitalis berjaya melahirkan golongan pedagang yang kaya di Eropah.
SOALAN 6
Bincangkan sistem pendidikan di
Athens dan Sparta dalam tamadun Yunani.
Pendahuluan (3 markah)
·
Tamadun Yunani
terletak di tepi sungai Tibet di Lembah Latium.
·
Dua buah kota yang
terletak pada zaman Yunani ialah Athens dan Sprata.
·
Kedua-dua mempunyai
ciri-ciri pemerintahan sendiri.
·
Tamadun Yunani
sangat mementingkan pendidikan kepada rakyatnya sehingga berjaya melahirkan
cendekiawan. Latarbelakang
Negara kota Athens dan Sparta: Athens dan Sparta merupakan dua buahnegara kota
Yunani yang paling menonjol.
·
Latar belakang Pemerintahan AthensMuncul
antara 800 – 500SM.Merupakan sebuah negara yang bercorak agraria atau
mengutamakan
·
Latar Belakang SpartaMuncul antara
800-500SM. Mengamalkan pemerintahan yang bercirikan
autoritarian dan menggunakan
Isi-isi penting
A.
Sistem pendidikan Athens (10 markah - impression)
1.
Dasar pendidikan
§ Pendidikan bertujuan melahirkan warganegara yang sempurna
dari segi perkembangan tubuh dan minda harmoni.
§ Penekanan diberikan kepada ilmu, seni, muzik dan
kesukanan.
§ Athens mahu melahirkan warga yang serba boleh dalam
pelbagai bidang pendidikan.
2.
Kurikulum
§ Kurikulum negara kota Athens berbeza mengikut usia
pelajar.
§ Kurikulum di sekolah rendah menekankan latihan fizikal,
muzik, pembacaan, ucapan, mengira dan retorik.
§ Kurikulum peringkat menengah bagi pelajar berusia 18
hingga 20 tahun menekankan latihan fizikal dan sukan pentathlon.
§ Kurikulum bagi pelajar berusia 20 hingga 30 tahun
meliputi subjek sains, aritmetik, geometrid dan astronomi.
3.
Institusi
pendidikan
§ Institusi pendidikan di Athens terdiri daripada;
-
Institusi
pendidikan lama Athens.
-
Institusi pendidikan
baru Athens.
§ Institusi pendidikan lama Athens adalah seperti berikut;
-
Sekolah bagi
kanak-kanak berusia 7 tahun. Kanak-kanak diberi latihan fizikal yang ringan dan
permainan.
-
Sekolah bagi
kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun.Kanak-kanak diberi latihan gimnastik.
-
Sekolah bagi
kanak-kanak berusia 15 tahun. Kanak-kanak mempelajari pentathlon dan kemahiran
membaca dan menghafal.
-
Univeristi bagi
pelajar berusia 18 tahun.Pelajar mempelajari muzik, membaca, menulis dan
mengira.
·
Institusi
pendidikan baru terdiri daripada ;
-
Sekolah yang
menekankan pembelajaran bacaan, penulisan, aritmatik dan menghafal sajak serta
syair.
-
Akademi atau
sekolah pendidikan tinggi.
4.
Tenaga pengajar
-
Pada zaman Solon,
pengajar di sekolah dikenali sebagai sofis.
-
Sofis terkenal
adalah Protogoras dan Gorgias.
-
Guru yang mengajar
muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.
-
Pelajar juga
dibimbing oleh hamba yang dikenali sebagai poedagogus.
-
Guru-guru akan
mengajar pelajar menulis dan menyalin serta menghafal tanpa memahami maksud.
§ Peringkat sekolah
§ Sekolah rendah
Ø Pelajar belajar tinju dan muzik
Ø Waktu belajar dari pagi hingga petang
Ø Mereka menulis dan menyalin apa yang diajar oleh guru
serta menghafal tanpa mengetahui maknanya.
§ Peringkat menengah
Ø Pelajar berusia 15 tahun.
Ø Pelajar belajar di gimnasium
Ø Guru yang mengajar dikenali sebagai sofis dan yang
terkenal ialah Protogoras dan Gorgias.
Ø Kurikulum meliputi aspek tatabahasa, retorik dan pidato.
§ Tahap pendidikan
§
Tahap lama (abad
kelima hingga keenam S.M.)
§
Kanak-kanak dilatih
untuk keamanan dan gimnastik.
§
Kanak-kanak
melibatkan diri dengan belajar muzik, membaca, mengira dan menulis.
§
Tahap kedua (abad
keempat hingga 338 M)
§
Semasa Raja Philip
Macedonia pelajar diajar tatacara kehidupan awam.
§
Plato telah
menubuhkan sekolah tinggi, iaitu akademik.
§
Solon mengasaskan
Cynossarges.
§
Guru yang mengajar
muzik dikenali sebagai Cithana dan Lyre.
§
Pada umumnya
sekolah di Athens di bawah penyeliaan negara, khususnya Majlis Areopajus.
B.
Sistem pendidikan Sparta (10 markah – impression)
1.
Di negara Sparta,
pendidikan merupakan tugas negara dan mendidik kanak-kanak agar berani.Pendidikan
awal biasanya bermula daripada keluarga.
2.
Institusi
pendidikan sebenar Sparta adalah di berek tentera. Kurikulum Sparta menekankan
latihan fizikal. Lelaki yang berusia 18 tahun akan diajar cara-cara
peperangan.Peperiksaan setiap 10 hari.Lelaki berusia 20 tahun akan menjalani
kehidupan militer sebenar.Apabila berumur 30 tahun, sekolah tamat dan mereka
ini akan berkahwin.
3.
Wanita diberi
kebebasan menjalani kehidupan di luar rumah dan mereka diajar aktiviti sukan.Wanita
diajar latihan fizikal adalah untuk melahirkan keturunan yang sihat, kuat, dan
menanam semangat patriotik dalam diri mereka.
KESIMPULAN (2 markah)
·
Terdapat jurang
perbezaan antara Athens dengan Sparta dari segi pembentukan warga melalui
pendidikan.
·
Masih terdapat
unsur-unsur persamaan dalam masyarakat Yunani.
·
Kedua-duanya
melahirkan warganegara yang berilmu, taat dan berguna kepada bangsA
SOALAN 7
Bandingkan
faktor-faktor penerokaan dan penjelajahan antara tamadun Barat dengan tamadun Islam.
PENGENALAN
[ 3 markah]
1.
Pelayaran bermaksud mengembara atau
berjalan ke merata tempat dengan
menggunakan laluan air.
menggunakan laluan air.
2.
Penerokaan bermaksud
usaha penyelidikan, mengkaji dan menjelajah kawasan yang baru
dijumpai atau diduduki.
3.
Latar belakang sejarah pelayaran dan
penerokaan Barat
4.
Latar belakang sejarah
pelayaran dan penerokaan Tamadun Islam.
ISI:
Perbandingan
matlamat penjelajahan dan penerokaan orang Barat dengan orang Islam.[ 5 isi X 4
markah = 20 markah]
1.
Agama
Orang
Barat
·
Penjelajahan juga didorongkan oleh
kepentingan penyebaran agama Kristian.
·
Orang-orang Sepanyol sedang berperang
dengan negeri-negeri Islam diIberia - untuk
merampas balik tanah mereka daripada penguasaan Islam.
·
Didasarkan konsep bahawa dunia pada masa itu haruslah tertakluk
kepada kuasa Kristian, maka penyebaran
agama Kristian menjadi suatu motivasi yang begitu kuat.
·
Contohnya,
mendapatkan ikatan politik dengan Prester John di Ethopia untuk menghancurkan
kuasa Islam.
Orang
Islam
·
Objektif penerokaan juga bertujuan untuk
menyebarkan dakwah Islam.
·
Pada zaman
Rasullah s.a.w, baginda telah mengutuskan Muaz bin Jabal ke Yaman untuk
kegiatan dakwah.
·
Pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz,
ramai pendakwah Islam yang menjelajah
keseluruh dunia untuk menyebarkan Islam.
·
Sheikh Abdul Aziz
antara pendakwah yang berjaya mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Acheh dan Maulana
Ibrahim ke Gerisik Jawa.
2.
Ekonomi
Orang
Barat
·
Orang Eropah amat memerlukan barangan
yang dihasilkan di Timur khususnya rempah-
ratus.
·
Permintaan yang
tinggi untuk rempah-ratus membuat negara2 Eropah
berlumba2. Rempah-ratus diperlukan untuk mengawet makanan.
·
Selain itu,
mereka juga memerlukan barangan lain seperti ubat-ubatan, kapas dsb. Menjelang
abad ke-15, pemintaan untuk barang-barang dari timur melebihi pembekalan.
·
Pedagang2 Islam dan Italy menguasai
pedagangan dengan Timur.
·
Mereka meraih
keuntungan yang besar dengan menjual barang2 tersebut padaharga
yang tinggi.
·
Kemajuandalam bidang sains teknologi
melahirkan
semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasan-kawasan baruyang belum pernah diterokai.
semangat ingin tahu dalam kalangan orang Eropah untuk meneroka kawasan-kawasan baruyang belum pernah diterokai.
·
Mereka tidak mahu
bergantung kepada pedagang2 Arab. Oleh
itu negara-negara Eropah ingin mencari jalan laut ke Timur
untuk meperoleh barang-barang tersebut pada kadar harga yang rendah dan memecah
monopoli saudagar-saudagar Islam.
Orang
Islam
·
Pada zaman Khalifah Al-Walid, pada
pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negara China.
·
Pedagang Islam yang terkenal sebagai
pedagang yang terawal menguasai jalan laut antara Timur dengan Barat. Mereka telah menjalinkan hubungan perdagangan
dengan pedagang di AsiaTenggara, India dan
China.
·
Mereka berjaya
menguasai perdagangan rempah dan sutera dari Timur.
3. Dorongan
Orang
Barat
·
Golongan
pemerintah/raja menggalakkan penjelajahan terutama ke Timur untuk mewujudkan
kestabilan politik dan meningkatkan kekayaan negara.
·
Golongan pemerintah menggalakkan individu2 untuk menjelajah ke dunia baru.
·
Mereka dijanjikan
kekayaan dan pangkat jika berjaya menubuhkan jalinan perdagangan dengan kawasan baru.
·
Contoh; Vasco da
Gama telah diberi gelaran Count of Vidiguira
kerana kejayaannya menemui jalan ke India dan dilantik menjadi wizurai
di India.
Orang Islam
·
Dorongan al-Quran
supaya umat Islam keluar melakukan pelayaran dan penerokaan.
·
Firman Allah dalam
Surah al- Jumuah ayat 9, Surah al- Mukmin ayat
82 dan Surah al- Haj ayat 46. Firman Allah yang bermaksud; katakanlah :Berjalanlah
di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan manusia dari
permulaannya. Kemudian Allah menjadikannya sekali lagi.
4. Ingin
tahu / inkuiri
Orang
Barat
·
Faktor Zaman Renaissans yang bermula
pada kurun ke-13 M menggalakkan munculnya semangat inkuiri atau ingin tahu
terutamanya tentang hal wujudnya tanah-tanah di luar Eropah yang belum diketahui.
·
Semangat Renaissans juga mengubah
pandangan dunia (world view) orang-orang Eropah.
·
Pada dulunya, perspektif mental mereka adalah berdasarkan pandangan bahawa Eropah bertumpu
pada Jerusalem dan Lautan Mediterranean.
·
Dunia pada masa itu dianggap terdiri
daripada Asia, Eropah, dan Afrika yang mengelilingi Lautan Mediterranean.
·
Pengetahuan baru tentang China melalui
Marco Polo telah mencetuskan semangat baru untuk memperluaskan pengaruhnya.
Orang
Islam
·
Perasaan ingin tahu
mengenai sesuatu tempat yang terletak jauh dari petempatan
mereka.
·
Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dan
sebagainya.
·
Perasaan ini
menyebabkan mereka melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan
lain.
5. Politik
Orang
Barat
·
Untuk meluaskan
kuasa politik, mereka berlumba-lumba untuk menjajah kawasan
baru.
·
Mereka bersaing agar kawasan baru tidak
ditakluki oleh orang-orangIslam.
·
Orang Portugis
percaya kejayaan dapat belayar jauh dan mempunyai tanah jajahan yang luas merupakan satu kebanggaan(glory).
·
Orang-orang
Inggeris datang ke Timur untuk mencari tanah jajahan dan
menjadi kuasa baru.
Orang
Islam
·
Bagi memperkukuhkan
politik Islam, banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh
pemerintah Islam.
·
Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah,
khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah
al-Walid bin Abdul Malik telah meluaskan wilayah Islam.
·
Seluruh Afrika Utara, Semenanjung
Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.
6.Persaingan
Orang
Barat
·
Negara2 Bangsa
seperti Portugal, Sepanyol, England dan Perancis bersaing antara
satu sama lain untuk meneroka kawasan-kawasan baru di benua Asia, Afrika dan Amerika.
·
Tujuannya untuk
mendapatkan bahan-bahan mentah seperti rempah-ratus, sutera,
tembikar dan pasaran baru bagi barang-barang mereka.
Orang Islam
·
Orang Islam
berlumba-lumba dengan kuasa Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah yang diperlukan
seperti rempah ratus di Timur.
·
Hal ini mendorong
mereka melakukan penerokaan dan penjelajahan.
Kesimpulan [ 2 markah]
1. Aktiviti penjelajahan dan penerokaan dalam tamadun Islam
telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan
intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat
Islam.
2. Penjelajahan dan pelayaran kuasa-kuasa Eropah telah
meninggalkan pelbagai kesan dari aspek politik,
ekonomi dan sosial. Dari aspek politik, kuasa2 Eropah seperti Inggeris, Portugal, Sepanyol dan Belanda menjadi kuasa penjajah
di luar benua
Eropah.
SOALAN 8
Jelaskan
jenis-jenis seni bina yang terdapat
dalam tamadun Mesir.
Pengenalan (3 markah)
1.
Pengertian seni bina
§ Merujuk
kepada usaha manusia untuk mencipta sesuatu bentuk yang menyenangkan.
§ Seni
dianggap sebagai semua yang boleh menimbulkan keindahan sehingga dapat
melahirkan kesenangan
§ Kesenian
dibahagikan kepada dua jenis iaitu seni halus dan seni gunaan.
§ Seni
bina merupakan seni gunaan.
§ Seni
bina yang dihasilkan berasaskan kepada aspek kecantikan, ekspresi dan kegunaan.
2.
Faktor-faktor
yang mempengaruhi kemajuan seni bina:
i.
Proses urbanisasi
ii.
Faktor keagamaan
iii.
Ancaman musuh dan binatang buas
iv.
Perkembangan kegiatan ekonomi
v.
Kemunculan organisasi sosial
vi.
Kewujudan negara kota dan sistem
pentadbiran
3.
Latar
belakang seni bina tamadun Mesir
§ Tamadun
Mesir merupakan antara tamadun di dunia yang amat cemerlang dalam menghasilkan
seni bina mereka yang unik dan luar biasa.
§ Masyarakat
Mesir mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seni bina.
§ Hal
ini terbukti dengan adanya monumen-monumen yang masih utuh, tersergam indah hingga ke hari ini.
§ Imhotep,
penasihat utama (wazir) kepada Firaun Djoser merupakan jurubina dan arkitek
pertama di Mesir yang mula-mula sekali merangka bangunan batu.
Isi
- Jenis-Jenis Seni Bina Yang Terdapat Dalam Tamadun Mesir (5 isi x 4
markah)
1.
Candi
§ Mereka
mula menggunakan batu-bata untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan.
§ Candi
didirikan terutama sekali di atas kubur-kubur golongan bangsawan.
§ Candi-candi
mempunyai beberapa bilik untuk menyimpan harta benda yang dimiliki oleh si
mati.
§ Mereka
membina tembok-tembok di sekeliling tempat tinggal mereka termasuk rumah-rumah
berhala di stana dan istana.
2.
Mastaba
§ Menjelang
permulaan zaman dinasti, sejenis candi
yang dikenali sebagai mastaba mula didirikan.
§ Mastaba
yang terawal sekali dibina di Sakkara.
§ Mastaba
ini mempunyai lima buah bilik di
bahagian kuburnya.
§ Manakala
di bahagian atas terdapat 27 bilik stor.
§ Dua
buah tembok didirikan mengelilingi mastaba tersebut.
§ Mastaba
tersebut dibina berdasarkan kepada model rumah kediaman.
§ Mengikut
kepercayaan orang Mesir, mastaba ialah rumah bagi orang yang meninggal dunia
§ Pembinaan
mastaba mengalami perubahan pada zaman dinasti kedua dan ketiga.
§ Menjelang
dinasti keempat, ramai golongan
bangsawan mendirikan mastaba dengan menggunakan batu.
§ Batu
menjadi bahan eksklusif yang digunakan oleh golongan diraja sahaja.
3.
Piramid
§ Kebanyakan
piramid mula dibina antara tahun 3000 S.M hingga 2000 S.M.
§ Piramid
bertingkat merupakan menara batu yang pertama di dunia.
§ Piramid
ini dibina oleh Wazir Imhotep bagi Djoser.
§ Piramid
mempunyai ketinggian 67 meter dan terdapat 6 tingkat.
§ Piramid
terletak di tengah-tengah kompleks bangunan seperti mastaba, istana, dewan dan rumah ibadat.
§ Salah
sebuah piramid terbesar yang dibina di Giza adalah Firaun Khufu yang didirikan
meliputi kawasan 13 ekar.
§ Piramid
tersebut dibina menggunakan sejuta blok batu kapur yang setiap satunya seberat
2 tan.
§ Pembinaan
piramid bertujuan untuk menyimpan mayat-mayat raja-raja mereka yang dijadikan
mumia.
§ Dalam
bangunan piramid tersebut terdapat lorong-lorong yang menyambungkan bilik-bilik
mayat kepada beberapa bilik lain.
§ Jaringan
lorong-lorong ini ditutup dari dalam.
§ Hal
ini bererti para pekerja yang melakukan kerja-kerja tersebut terpaksa berkorban
bersama-sama mumia Firaun mereka di dalam bilik-bilik yang berkenaan itu.
§ Lorong-lorong
dibina bertujuan mengelakkan daripada sebarang pencerobohan.
§ Piramid
Khufu disiapkan sepenuhnya untuk jangka waktu hampir 20 tahun dengan melibatkan
kira-kira 100 ribu orang pekerja.
§ Kebanyakan
mereka mati setelah piramid tersebut siap dibina.
4.
Sphinx
§ Merupakan
antara binaan-binaan yang termasyhur
§ Dihasilkan
oleh masyarakat Mesir Purba
§ Antara
tugu terkenal yang masih ada hingga ke hari ini ialah Sphinx di Gaza.
§ Sphinx
yang berbentuk singa dan berkepala manusia mempunyai muka Firaun Khfre
(Chepren)
§ Mereka
berjaya membina tiga tugu di Giza.
§ Hampir
keseluruhan Sphinx dibina berhampiran dengan tugu-tugu besar.
5.
Rumah-Rumah
Berhala (kuil-kuil)
§ Merupakan
salah satu rekaan pembinaan yang berjaya dihasilkan oleh masyarakat Mesir
Purba.
§ Rumah
berhala dibina menghala ke sungai.
§ Sungai
memainkan peranan dalam mengangkut bahan-bahan binaan.
§ Batu
granit digunakan untuk membina bangunan-bangunan keagamaan dan pengebumian.
§ Dari
segi pembahagian ruang, ruang pertama
sesebuah rumah berhala adalah besar,
terbuka dan untuk kegunaan awam.
§ Ruangan
seterusnya semakin kecil dan rendah.
§ Bilik
yang terakhir tempat tersimpannya patung Tuhan ialah bilik yang paling kecil
dan paling gelap.
§ orang
awam dibenarkan memasuki halaman luar.
§ Orang
kehormat dan pembesar istana dibenarkan masuk ke dewan dan bilik tengah kuil.
§ Hanya
firaun dan sami besar sahaja dibenarkan masuk tempat suci.
§ Antara
rumah berhala yang terkenal ialah kuil Amun di Luxor, kui-kuil Amun di Karnak
dan kuil Permaisuri Hatshepsut di Dier –al-Bahri.
§ Raja
Pepi I, Ratu Hatshepsut dan firaun-firaun seterusnya telah membina
rumah-rumah berhala untuk ‘Tuhan-Tuhan’ mereka.
Kesimpulan (2 m)
- Tamadun Mesir mempunyai seni
bina yang unik dan tersendiri.
- Seni bina tamadun Mesir
berbeza dengan tamadun-tamadun awal yang lain seperti tamadun Mesopotamia
dan tamadun Indus.
SOALAN
9
Bincangkan
ciri-ciri masyarakat Arab pada zaman Jahiliyah.
A.
PENGENALAN
(3 markah)
a. Zaman
kegelapan yang tiada kesejahteraan hidup.
<!->
Masyarakat
tidak ada nabi dan kitab suci sebagai petunjuk.
c. Tidak
mempunyai peradaban.
d. Tidak
berakhlak, angkuh dan bongkak.
e. Tidak
boleh membaca dan menulis.
- Era Jahiliah : selepas
keruntuhan Empangan Maarib hingga tahun 610 Masihi, penerimaan wahyu
pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w.
B.
ISI
: CIRI – CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH
(7 isi X 3 markah)
1.
Aspek
agama dan kepercayaan.
·
Terdapat
pelbagai agama dan kepercayaan di Semenanjung Tanah Arab termasuklah Majusi,
Nasrani, Yahudi dan Hanif, Berhala, Animisme dan Tahyul.
·
Kepelbagaian
ini berlaku kerana adanya pengaruh asing disamping menaruh harapan yang tinggi
terhadap alam sekitar yang dipercayaan dapat mengawai dan membantu kehidupan
seharian.
·
Kepercayaan
Majusi
disebarkan oleh orang Parsi yang menjajah Bahrain, Oman dan Yaman. Masyarakat
Arab di kawasan ini turut memuja api sebagaimana diamalkan oleh Masyarakat
Parsi.
·
Agama Nasrani disebarkan oleh
orang – orang Rom yang menjajah Hirah dan Ghassan di utara Semenanjung Tanah
Arab, mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s
telah dipinda berdasarkan kefahaman mereka sendiri. Najran merupakan pusat
agama ini.
·
Agama Yahudi disebarkan oleh
saudagar – saudagar yang berasal dari Palestine. Penganut asal agama ini ialah
Bani Israil. Mereka mempunyai kitab suci tetapi ajaran yang dibawa oleh Nabi
Musa telah dipinda oleh orang – orang Yahudi. Mereka membohongi masyarakat
Arab, dengan menyatakan agama mereka benar daripada Allah s.w.t. Agama Yahudi bertapak di Yaman dan Madinah.
·
Disamping
itu terdapat segelintir orang Arab yang menganut ajaran yang dibawa oleh Nabi
Ibrahim a.s digelar Hunafa dan bertempat Makkah. Nabi Ibrahim dan puteranya
Nabi Ismail a.s sampai di Makkah lebih awal. Maka ajaran Hanif mendahului ajaran Yahudi dan Nasrani di Arab.
·
Penganut
agama – agama dari langit iaitu Hanif, Nasrani dan Yahudi dalam kalangan masyarakat
Arab tidak ramai, mereka menjalani kehidupan berdasarkan ajaran yang dianuti
kecuali penganut Yahudi didapati lebih kejam terhadap penganut ajaran lain.
·
Kepercayaan
yang paling dominan di kalangan masyarakat Arab ialah penyembahanberhala. Penyembahan berhala muncul selepas kewafatan
Nabi Ismail a.s Masyarakat berkehendakan
perantara bagi menghubungkan mereka dengan Allah s.w.t Mereka mencipta berhala
– berhala daripada kayu – kayu dan batu dan diletakkan disekeliling Kaabah.
Penyembahan berhala muncul lebih awal dari agama Nasrani dan Yahudi. Masyarakat
Arab menganggap penyembahan berhala adalah amalan nenek moyang mereka yang
perlu dipertahankan.
·
Di
samping mempercayai berhala, masyarakat Arab percaya kepada animisme dan tahyul.
·
Objek
cakerawala dan objek di bumi
disembah sebagai menandakan pengharapan dan terima kasih ke atas apa yang
mereka terima.
·
Mereka
memuja tukang tilik dan percaya
tanda – tanda baik dan buruk yang ditunjukan sesuatu objek.
·
Kepelbagaian
dalam agama turut menyumbang kepada amalan – amalan lain yang berbagai rupa
termasuk amalan berpolitik, berekonomi dan bersosial.
·
Mereka
mempercayai kepercayaan karut dan tahyul seperti percaya pada pergerakan
burung, mengikat tali pada pokok untuk menunjukkan taat setia isteri, percaya
pada tangkal dsb.
Aspek Politik dan pentadbiran.
2.
Tidak
terdapat struktur pentadbiran/politik yang tetap dan jelas dalam kalangan
masyarakat Arab di bahagian utara dan selatan.
·
Hirah
dan Ghassan di utara telah dijajah oleh kerajaan Rom dan Yaman di selatan di
kuasai oleh kuasa Rom dan Parsi.
·
Masyarakat
Arab di kawasan ini bercelaru dari aspek pentadbiran, mereka tidak mampu
melawan penjajah dan sentiasa kalah.
·
Di
bahagian selatan iaitu ketika kerajaan Himyar, anak tempatan diberi jawatan
tetap tetapi statusnya hanya boneka kepada kerajaan Parsi.
·
Di
Makkah, struktur politik masyarakatnya agak jelas.
3.
Terdapat
Majlis Tindakan ( Darul Nadwah )
oleh jabatan – jabatan pentadbiran dan ada pemimpin yang bergelar Sheikh.
·
Namun
ciri – ciri politiknya mempunyai unsur – unsur jahiliah.
4.
Mereka
mengamalkan politik berkabilah yang
membawa kepada perebutan kuasa yang hebat.
·
Suasana
pentadbiran menjadi gawat dan tidak tenteram.
·
Berlaku
diskriminasi puak, memuja kuasa, bersifat agresif, pendendam dan ingin menguasai
puak – puak lain.
·
Perebutan
kuasa antara bani berlaku bagi mendapatkan kuasa mentadbir Jabatan Haji,
perdagangan dan ketenteraman yang amat penting.
5.
Di
samping itu ketua – ketua suku terpaksa membentuk majlis ketua – ketua suku iaitu Mala’.
·
Golongan
berpengaruh berjaya mempengaruhi keputusan Mala’ dan menjaga kepentingan kaum yang lemah.
·
Kecelaruan
politik masyarakat Makkah berlaku apabila golongan bangsawan iaitu pentadbir
lebih cenderung untuk bergiat aktif dalam perdagangan untuk mencari kekayaan.
Aspek Ekonomi.
6.
Perdagangan merupakan
kegiatan ekonomi utama masyarakat Arab bandar.
·
Hubungan
perdagangan diantara bandar di Syria dengan di Yaman di selatan memberi nafas
kepada bangsa Arab.
·
Namun
akibat penjajahan oleh Rom ke atas Syria oleh Parsi ke atas Yaman. Perdagangan
Arab turut terjejas, saudagar Arab Makkah menghadapi kesan itu dengan pelbagai
cara.
·
Mereka
mengeksport perdagangan satu hala dengan suku Badwi yang menternak binatang.
·
Cara
hidup Badwi berpindah randah mendatangkan kesukaran kepada saudagar Makkah.
Suku Badwi sentiasa menyerang saudagar atau kafilah yang melalui kawasan mereka
sebagai tanda tindak balas ataupun untuk memenuhi desakan kebendaan.
·
Ketika
Makkah dipimpin oleh Abdul Manaf, urusan perdagangan diagihkan tugas kepada anak
– anaknya. Misi – misi perdagangan dihantar ke Syiria, Habsyah, Yaman dan
Parsi.
·
Barang
rempah, permata, emas, sutera dan lain – lain diimport. Manakala berhala, buah
tamar, kulit binatang dan lain – lain dieksport melalui pelabuhan – pelabuhan.
·
Pada zaman Hashim bin Abdul Manaf ( Moyang
Nabi Muhammad s.a.w ) perjanjian perdagangan dua hala dengan Maharaja Byzantine
dan Parsi diwujudkan.
·
Pakatan
dagangan juga diwujudkan dengan kabilah di Yaman dan Syam.
·
Sistem
perniagaan bermusim juga diwujudkan bagi meneruskan kegiatan perdagangan.
·
Musim
sejuk pedagang Makkah akan ke Yaman dan pada musim panas mereka akan ke utara (
Syam ).
7.
Pasar
– pasar diadakan di Makkah dan sekitarnya.
·
Barangan
bijirin, buah – buahan, pakaian, hamba abdi yang tidak ditebus setelah mereka
kalah berperang dan barangan lain dijual di pasar – pasar.
·
Sistem
tukar barang diamalkan.
·
Penipuan
dan riba turut berleluasa.
Aspek Sosial.
8.
Struktur sosial
masyarakat Arab
agak mudah, terdiri daripada golongan bangsawan dan hamba.
·
Golongan
bangsawan wujud di bandar.
·
Mereka
berpuak – puak berdasarkan pertalian darah dan semangat assabiyah amat tebal.
·
Setiap
puaknya melantik seorang sheikh dalam kalangan mereka dan menjadi ketua bagi
kabilah itu.
·
Hamba
pula dibeli untuk dikerah bekerja.
·
Suku
Badwi pula hidup berpuak – puak dan ketua puak dipilih dalam kalangan anggota
yang berpengaruh.
·
Sistem
berkabilah ini bermula dari satu keluarga dan kemudiannya bergabung menjadi
keluarga besar disebut bani.
·
Suku
Badwi tidak wujud bani kerana kehidupan mereka yang sering berpindah randah dan
mereka percaya semakin kecil sesuatu kelompok semakin kuat masyarakatnya.
9.
Semangat
Assabiyyah
menyuburkan ciri – ciri jahiliah
·
Tingkah
laku mereka kasar terhadap puak lain.
·
Peperangan
mudah berlaku walaupun disebabkan oleh perkara – perkara kecil.
·
Peperangan dilakukan untuk menguji kekuatan
dan mengejar nama.
·
Pernah
berlaku peperangan yang berlangsung lama dan pihak yang kalah akan ditawan dan dijadikan hamba abdi.
10.
Akhlak yang runtuh dan
tingkah laku yang kasar dan menurut peraturan dan undang – undang hawa nafsu
menyebabkan tindakan mereka dilepas tanpa kawalan.
·
Masyarakat
pada masa ini melakukan akhlak yang terkeji seperti membunuh, berjudi, berzina,
merompak, minum arak dan sebagainya.
·
Golongan
bangsawan menikmati kehidupan mewah dengan melibatkan kegiatan perjudian,
pelacuran dan pembunuhan.
11.
Kaum wanita
dipandang hina.
· Wanita dijadikan
sebagai barang perhiasan dan pemuas nafsu lelaki.
· Isteri yang
kematian suami akan menjadi rebutan antara anak-anak lelaki.
· Bayi perempuan
ditanam hidup – hidup bagi mengelakkan kesempitan hidup atau menanggung malu.
· Walaubagaimanapun
terdapat keluarga yang menyayangi anak perempuan mereka.
· Darun Nadwah
dijadikan tempat keramaian bagi mengisytiharkan anak perempuan mereka sebagai
perempuan dewasa apabila sampai tempoh akil baligh.
Aspek Ilmu Pengetahuan.
12.
Kebanyakan
orang Arab Jahiliah buta huruf.
·
Walaupun
terdapat dalam kalangan mereka saudagar – saudagar atau pedagang luar lebih
maju tetapi pedagang Arab tidak mengambil peluang untuk aktiviti perdagangan
yang lebih menguntungkan.
·
Selain
keuntungan mereka mengejar keseronokan.
·
Kemahiran
bersyair dan bersajak hanya digunakan untuk meluahkan perasaan melalui kata –
kata yang terhasil melalui pemikiran yang spontan.
·
Daya
hafalan yang tinggi dan keupayaan berkhutbah hanya melibatkan perkara – perkara
yang berkaitan dengan lampau yang kurang berkualiti ilmiahnya.
·
Dalam
kalangan masyarakat Arab yang terkenal kerana kebijaksanaan berniaga, hanya 17
orang sahaja yang boleh membaca dan menulis.
·
Faktor
sikap saling membenci dan sering bertelagah dan juga berperang menyebabkan
ruang untuk menimba ilmu pengetahuan menjadi tertutup.
·
Dengan
itu ciri – ciri kejahilan sangat ketara dalam kalangan mereka.
13. Nilai – nilai positif dan mulia
masyarakat Arab jahiliah.
Walaupun
orang – orang Arab jahilian digambarkan dengan penuh kejahilan dan kesesatan,
namun orang Arab jahiliah memiliki sifat – sifat positif dan mulia.
i.
Mereka
amat menghormati tetamu yang datang berkunjung ke tempatnya.
·
Mereka
akan melayan tetamu dengan memberikan jamuan yang hebat.
·
Adakalanya
mereka sanggup berhutang semata – mata ingin menghormati tetamu yang datang
walaupun tetamu itu adalah musuhnya.
ii.
Di
samping itu, orang Arab amat berpegang teguh kepada janji yang telah dikotakan.
·
Mereka
akan menunaikan janji walaupun melibatkan soal keselamatan nyawa.
iii.
Orang
– orang Arab Jahiliah juga menghormati dan mentaati pemimpin.
C.
KESIMPULAN
(1 markah)
·
Setelah kedatangan Islam Nabi Muhammad
s.a.w telah berjaya mengubah kehidupan masyarakat Jahiliyah berteraskan akidah,
syariat dan akhlak Islam.
·
Bangsa Arab telah berjaya membina ketamadunan
manusia yang tinggi berteraskan Islam.
SOALAN
10
Huraikan
sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nabi Muhammad S.A.W di Madinah.
PENGENALAN (3
markah)
1.
Latar belakang kerajaan Nabi Muhammad
s.a.w .
2.
Pengertian sistem pemerintahan
3.
Sistem politik dan perlantikan ketua negara kerajaan Nabi Muhammad s.a.w.
4.
Penegasan soalan – Rasulullah s.a.w
mengamalkan sistem pemerintahan
Islam
sepenuhnya.
C. ISI: Sistem
Pemerintahan Yang Dijalankan Oleh Nabi Muhammad S.A.W Di
Madinah.(7 isi X 3 markah)
1. Bidang kuasa pemerintahan
·
Nabi
memegang jawatan sebagai ketua negara iaitu kepimpinan menyeluruh dalam
perkara berkaitan agama
dan pemerintahan seperti memelihara
agama Islam, memimpin umat Islam, memantapkan pemerintahan, mengukuhkan sistem ekonomi, menegakkan
keadilan, memperluaskan wilayah Islam
dan membanteras gerakan menentang Islam.
·
Kepimpinan
Nabi Muhammad s.a.w berlandaskan wahyu dan norma-norma masyarakat yang tidak
bertentangan dengan ajaran Islam.
2. Pentadbiran negara.
·
Nabi mempunyai kuasa melantik
pegawai-pegawai. Ketua negara dibantu oleh sahabat yang duduk dalam Majlis
Syura dan mengetuai setiap biro.
·
Jawatan pembantu Nabi Muhammad dalam
urusan pentadbiran iaitu Muawin at tafwidh (Wuzara at Tafwidh) adalah pembantu
yang dilantik untuk membantu dalam melaksanakan tugas-tugas pentadbiran.
Pegawai-pegawai terdiri daripada kalangan sahabat .
·
Asas-asas pentadbiran negara Islam –
sistem syura, keadilan, persamaan hak, kebebasan, ketaatan, dan berdasar
Al-Quran dan Al-Sunnah
3. Dasar keselamatan dan pertahanan negara.
·
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w anggota
tentera terdiri daripada anggota sukarela, dan mengamalkan konsep jihad.
·
Tentera diagihkan harta rampasan perang
dan tiada gaji yang khusus.
·
Nabi berperanan sebagai ketua tentera
dan panglima perang yang
bertanggungjawab merancang strategi peperangan dan menekankan amalan etika
peperangan kepada tentera Islam.
4. Pemerintahan berteraskan wahyu
·
Pemerintahan pada zaman nabi Muhammad
s.a.w berteraskan al-Quran dan al-sunnah.
·
Baginda
menjalankan pemerintahan negara melalui musyawarah dengan para sahabat
berdasarkan al-Quran, sunnah, dan perlembagaan yang digubal dikenali sebagai
Piagam Madinah.
·
Menurut Haji Dasuki Haji Ahmad dalam
Ikhtisar Perkembangan Islam, beliau
menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w ini
tidak pernah dilakukan oleh mana-mana nabi dan rasul sebelumnya.
5. Konsep Ummah
·
Semasa Nabi Muhammad s.a.w tiba di
Madinah, penduduk Madinah berpecah belah apabila peperangan sering berlaku
antara kaum.
·
Nabi Muhammad s.a.w berusaha untuk
mengamankan keadaan tersebut dan menyatupadukan kaum Madinah dengan meletakkan
mereka di bawah satu pemerintahan, iaitu pemerintahan Islam Madinah.
·
Ajaran dan tindakan yang dilakukan oleh
Nabi Muhammad s.a.w ialah membentuk perpaduan tanpa mengira status, kedudukan,
dan asal usul.
·
Baginda telah menyatukan golongan Aus
dan Khazraj penduduk Arab Madinah menjadi golongan Ansar.
·
Seterusnya, baginda mempersaudarakan
golongan Ansar dengan Muhajirin.
·
Golongan Yahudi diberikan kebebasan
beragama.
·
Akhirnya, usaha ini melahirkan perpaduan
masyarakat Madinah dalam konsep satu Ummah.
·
Nabi Muhammad s.a.w menekankan aspek
persamaan taraf dalam masyarakat Madinah.
·
Amalan hamba dilarang dalam sistem
masyarakat Islam.
·
Kedudukan wanita dibela.
·
Keadilan sosial diamalkan iaitu rakyat
diberikan kebebasan beragama dan kebebasan ekonomi.
6. Hubungan diplomatik
·
Nabi Muhammad telah mengasaskan kerajaan
Islam yang pertama iaitu kerajaan Islam Madinah.
·
Sehubungan itu, untuk mengukuhkan
pengaruh kerajaan Islam, maka Nabi Muhammad s.a.w telah menjalinkan hubungan
diplomatik dengan negara-negara lain seperti Habsyah, Mesir, Byzantine, dan
Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka.
7. Dasar memajukan ilmu pengetahuan dan sistem
pendidikan
·
Sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh
Nabi Muhammad s.a.w bersumberkan wahyu.
·
Keadaan dan suasana kehidupan yang
berbeza di antara masyarakat Makkah dan Madinah menyebabkan corak pendidikan di
Makkah berbeza dengan di Madinah.
·
Secara keseluruhannya, sistem pendidikan
pada zaman baginda memfokuskan tiga perkara iaitu pendidikan akidah, pendidikan
akhlak dan pendidikan syariat.
·
Nabi Muhammad s.a.w bertindak sebagai guru dengan mengumpulkan para pengikutnya dan
mengajar mereka mengenai
ayat-ayat al Quran yang diturunkan kepada baginda.
·
Masjid juga dijadikan sebagai pusat
perkembangan institusi pendidikan .
8. Dasar ekonomi negara.
·
Nabi Muhammad s.a.w telah memperkenalkan
dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi lama, atau jahiliyah.
·
Baginda menggalakkan masyarakat bekerja
apa sahaja bentuk pekerjaan yang halal seperti perniagaan, pertanian, dan
ternakan. Contoh: Tanah-tanah yang terbiar diusahakan dan tanah-tanah yang
tergadai kepada orang Yahudi ditebus dan diserahkan kepada mereka yang tidak
bertanah untuk diusahakan.
·
Kegiatan perdagangan diperluaskan hingga
ke Syam.
·
Dalam hal ini, Nabi Muhammad s.a.w
menggalakkan semua manusia bekerja mencari harta kekayaan.
·
Nabi Muhammad s.a.w telah mewujudkan
satu sistem ekonomi yang dapat menjamin keadilan. Contohnya kekayaan yang
dimiliki itu juga digunakan untuk orang lain yang tidak memilikinya, iaitu
memberi sedekah kepada orang yang memerlukan.
·
Ajaran Islam melarang amalan riba,
penindasan, dan penipuan.
9. Dasar Perundangan.
·
Nabi
Muhamad s.a.w sebagai tempat rujukan hukum.
·
Al
– Quran dan Al – Sunnah sebagai sumber perundangan.
·
Piagam
Madinah sebagai panduan perundangan.
C. KESIMPULAN:(
1 markah)
Apa-apa sahaja yang berkaitan
SOALAN
11
Bincangkan
sumbangan Khalifah Umar bin Abdul Aziz kepada kerajaan Bani Umaiyah.
PENDAHULUAN: (3 markah)
1.
Latar
belakang Khalifah Umar b Abdul Aziz
·
Nama – Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz b
Marwan b Hakam
·
Tarikh Lahir – 61 Hijrah
·
Khalifah ke-6 Bani Umaiyah
·
Tarikh dilantik menjadi khalifah – 771
Masihi
·
Tarikh meninggal dunia – 101 Hijrah
·
Lama berkhidmat – 2 tahun 5 bulan.
2.
Sifat
peribadi
·
Penghafaz al-Quran sejak kecil.
·
Seorang yang warak – diwarisi daripada
sifat datuknya Sayyidina Umar b al-Khattab.
·
Zuhud - menjalani kehidupan seperti
rakyat biasa.
·
Mengamalkan konsep berjimat-cermat –
berhati-hati dengan perbelanjaan yang menggunakan wang rakyat.
·
Memecat pegawai yang boros.
ISI:
Sumbangan Khalifah Umar b Abdul
Aziz (7 isi X 3 markah = 21 markah)
1.
Menghentikan
gerakan peluasan wilayah
·
Setelah Umar bin Abdul Aziz dilantik
sebagai khalifah, beliau telah mengarahkan supaya semua kegiatan penaklukan ke
atas golongan bukan Islam terutama di
Afrika, Asia dan Eropah Timur
·
Tujuannya untuk menjalin hubungan baik
antara semua phak dan juga membei peluang rehat untuk para tentera serta
mewujudkan keamanan.
2.
Perlantikan
gabenor
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz sangat berhati-hati
dalam pemilihan gabenornya.
·
Gabenor-gabenor yang cuai, zalim dan
mementingkan diri sendiri akan dipecat.
Contohnya, Muhammad bin Yusuf (Yaman) dan Yazid bin Abu Muslim (Afrika
Utara).
·
Hanya pegawai yang layak sahaja akan
dilantik.
·
Gabenor-gabenor yang dilantik perlulah
mengisytiharkan harta masing-masing.
·
Sekiranya ada kurniaan yang tidak sewajarnya, harus dikembalikan kepada
Baitulmal.
3.
Menggalakkan
asimilasi perkahwinan
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz
menggalakkan perkahwinan antara Arab dan bukan Arab yang bertujuan untuk
menghapuskan permusuhan antara kedua-dua pihak.
·
Di samping itu, langkah seterusnya ialah memujuk orang-orang
bukan Islam untuk memeluk agama Islam.
·
Secara tidak langsung, keadaan ini dapat
mewujudkan persamaan hak kepada kedua-dua pihak terhadap agama dan negara.
4.
Mementingkan
keadilan.
·
Khalifah Umar Abdul Aziz mementingkan
keadilan.
·
Oleh itu, hukuman berat seperti hukuman
mati akan diadili dengan lebih teliti untuk untuk mengelakkan penganiayaan.
·
Segala harta rampasan perang perlu
dibahagikan secara adil kepada pihak-pihak yang sepatutnya.
5.
Memelihara
keadilan sosial
·
Beliau juga menghapuskan rasuah di
jabatan-jabatan kerajaan demi menjamin keadilan sosial dalam kalangan rakyat.
·
Tindakan yang sewajarnya diambil ke atas
pegawai-pegawai kerajaan yang zalim terhadap rakyatnya,
·
Masalah perkauman dalam kalangan
pembesar Bani Umaiyah juga dititikberatkan dan beliau cuba mengatasi masalah
tersebut dengan segera.
6.
Menghapuskan
adat mencaci Ali bin Abi Talib
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah
menghapuskan adat pencacian Ali bin Abi Talib dari atas mimbar pada hari
Jumaat.
·
Keluarga Sayyidina Ali bin Abi Talib dan
orang-orang yang bersimpati terhadap mereka tidak lagi memusuhi mereka.
7.
Menyusun
semula sistem cukai
·
Cukai tanah (kharaj) atau tanah-tanah
yang diperoleh melalui penjelajahan
§ Tanah-tanah
tersebut menjadi hak milik bersama orang Islam dan kerajaan.
§ Cukai
dikenakan ke atas hasil tanaman,
§ Tanah
kharaj tidak boleh dijual atau diagihkan.
·
Perbezaan cukai jizyah dan cukai kharaj.
§ Cukai
jizyah dikenakan ke atas orang bukan Islam.
§ Cukai
kharaj dikenakan ke atas sesiapa yang
memiliki tanah tidak kira Islam atau bukan Islam.
§ Zakat
dikenakan ke atas orang Islam sahaja.
·
Beliau menghapuskan cukai-cukai yang
membebankan seperti cukai jizyah ke atas orang bukan Islam yang telah memeluk
Islam.
·
Cukai jizyah yang dikenakan ke atas
orang Yahudi sebanyak 2000 dirham dikurangkan kepada 200 dirham.
·
Cukai-cukai seperti cukai perniagaan,
cukai tanah dan zakat tetap ke atas orang-orang Islam bukan Arab.
8.
Membangunkan
ekonomi
·
Beberapa projek ekonomi juga
dilaksanakan seperti membina saluran air, membuka kebun-kebun baru, dan membina
jalan-jalan untuk pengangkutan dan perdagangan.
·
Khalifah Umar bin Abdul Aziz juga
memperkenal peraturan sukatan dan timbangan bagi mengatasi masalah kemiskinan
rakyat.
9.
Langkah
penjimatan
·
Beliau telah menetapkan supaya wang
Baitulmal tidak digunakan untuk majlis keramaian.
·
Khalifah menyerahkan barang kemas isteri
untuk menampung sumber Baitulmal
·
Menghapuskan segala perayaan (mahrajan),
upacara perasmian kerajaan dan semua perbelanjaan yang membazirkan.
10. Menggalakkan aktiviti keilmuan
·
Kegiatan keilmuan amat digalakkan oleh
Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
·
Para ulama diarahkan agar mengembangkan
ilmu masing-masing dan diberi perhatian oleh kerajaan.
·
Antara ilmu yang dimajukan ialah bidang
kajian hadis, ilmu tatabahasa dan ilmu perubahan.
11. Dakwah
·
Menggantikan gerakan penaklukan
·
Pendakwah dihantar untuk penyebaran
Islam ke India, Cina dan Asia Tenggara
·
Islam tersebar di Alam Melayu
12. Mengadakan rundingan dan
perbincangan dengan golongan pemberontak
·
Rundingan dan perbincangan diadakan
dengan puak Khawarij dan Syiah
·
Kesannya kedua-dua golongan ini
memberhentikan pemberontakan menentang kerajaan Bani Umayyah.
KESIMPULAN: (2 markah)
1. Sikap
toleransi dan adil kepada semua tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan
menyebabkan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dihormati ramai termasuklah
penganut-penganut agama lain seperti Kristian dan Yahudi.
SOALAN
12
Jelaskan tujuh etika peperangan yang dianjurkan
oleh Islam dengan merujuk kepada contoh-contoh yang sesuai.
PENGENALAN (3 markah)
1.
Konsep ketahanan
dan pertahanan dalam Islam
§
Definisi
Ketahanan
·
Ketabahan dan
kecekalan dan kesabaran
·
Seseorang yang
tahan ialah seseorang yang tabah, penyabar dan cekal menghadapi sebarang
ancaman dan dugaan dan tidak mudah luntur dalam perjuangan.
§
Definisi
Pertahanan
·
Perihal
mempertahankan diri, masyarakat, agama dan negara daripada serangan musuh.
·
Mempertahankan
diri, agama dan negara adalah wajib dan hak setiap individu.
§
Ketahanan Dalam
Islam
·
Asas ketahanan
dalam Islam ada tiga iaitu akidah (kepercayaan kepada Allah Yang Maha
Esa), ilmu pengetahuan ( sebagai
pengukuh kepada ketahanan akidah dan kekuatan tentera dan kekuatan fizikal atau
ketenteraan
§
Objektif
Peperangan Dalam Islam
·
Untuk menegakkan
ajaran Allah swt.
·
Adalah menjadi
tanggungjawab setiap orang Islam mempertahankan agamanya.
§
Pada zaman
Rasulullah, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah
dan ghazwah. Contohnya, peperangan yang besar seperti
Perang Badar, Perang Uhud, Perang Khandak dsbnya.
ISI: (7 isi X 3
markah)
ETIKA PEPERANGAN
DALAM ISLAM
1.
Mematuhi perintah
Allah serta menuntut keredhaanNya
·
Mesti melakukan
rukun Islam
·
Contoh sembahyang
dan berpuasa walaupun berperang
·
Contoh; Nabi Muhammad
dan tentera Islam tetap berpuasa pada bulan Ramadhan walaupun terlibat dalam
peperangan Badar
2.
Memberi pilihan sebelum berperang
·
Pilihannya ialah
memeluk Islam atau membayar jizyah atau berperang.
·
Setelah mereka diberikan pilihan barulah perang boleh
dijalankan.
·
Contoh; Perang
Hunain – Taif
3.
Tentera Islam
dilarang memerangi kanak-kanak, kaum wanita , orang tua dan orang-orang yang
cacat
·
Golongan yang lemah
sperti kanak-kanak, kaum wanita, orang tua dan orang cacat tidak diperangi
·
Mereka tidak terlibat
dalam peperangan.
4.
Tentera Islam dilarang memerangi orang yang sedang
beribadat dan orang awam.
·
Bertujuan untuk
menghormati orang yang beribadat walaupun bukan beragama Islam.
·
Orang- orang awam tidak terlibat secara langsung dalam
peperangan tidak boleh diperangi.
5.
Tentera Islam
dilarang mengejar musuh yang sudah lari.
·
Sebab;
a)
ingin menunjukkan
bahawa tentera Islam tidak bersifat agresif/offensif
b)
perbuatan kejar
musuh ini boleh menjejaskan kedudukan pertahanan tentera atau boleh jadi mereka
diperangkap musuh.
6.
Tentera Islam dilarang memusnahkan harta benda dan
tanaman, sumber air, rumah-rumah ibadat.
·
Harta benda, tanaman, sumber air dan rumah-rumah ibadat merupakan
keperluan asas kepada kehidupan manusia.
·
Jika dimusnahkan akan mendatangkan kesusahan dan kemudaratan kepada
penduduk tersebut terutama selepas perang.
7.
Berhenti berperang
sekiranya musuh minta berdamai.
·
Islam merupakan agama yang
mementingkan kedamaian dan tidak menggalakkan permusuhan atau peperangan.
·
Ketika berlaku Perang Siffin, khalifah Ali bin Abu Talib telah
menghentikan perang tersebut apabila pihak lawan / Muawiyah bin Abu Sufyan
meminta perdamaian.
8.
Patuh kepada ketua.
·
Arahan ketua yang
tidak dipatuhi boleh membawa keburukan.
·
Contoh;
pasukan tentera pemanah Islam yang tidak
mematuhi arahan Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak meninggalkan tempat ketika
Perang Uhud.
·
Akibatnya, tentera
Islam mengalami kekalahan kerana tentera Quraisy Makkah telah menyerang balas.
9.
Tidak boleh lari
dari medan peperangan.
·
Sikap menarik diri
daripada menyertai peperangan
·
Seramai 1/3 ( 300
orang ) munafiq di bawah pimpinan Abdullah bin Ubay telah keluar dari barisan
tentera Islam
·
Mereka telah
kembali ke Madinah.
·
Contoh; Perang
Badar
10.
Dibolehkan
melakukan tipu muslihat dalam
peperangan.
·
Cara tipu helah perlu
dalam peperangan.
·
Cara ini diharuskan
dalam Islam
·
Sabda Nabi Muhammad
s.a.w yang bermaksud ‘peperangan itu adalah tipu helah.
·
Contoh :Perang
Khandak. Na’im bin Mas’ud telah menyamar
sebagai orang bukan Islam dan telah berjaya memecahbelahkan pakatan antara
orang Quraisy Makkah dengan orang Yahudi.
KESIMPULAN:(1 markah)
1.
Etika peperangan
dalam Islam lebih berhemah dan berperikemanusiaan secara tidak langsung telah
berjaya menarik golongan bukan Islam atau musuh Islam untuk memeluk agama
Islam.
2.
Etika peperangan
dalam Islam Islam berbeza dengan etika peperangan Barat.
SOALAN
13 Huraikan perkembangan zakat sehingga zaman Khulafa
ar-Rasyidin
A. PENGENALAN. ( 3 M)
1. Zakat berasal daripada perkataan
Arab kata dasar Zakat yang bererti Penambahan dan Penyucian. Penambahan
bermaksud memberi dan menambah kemakmuran dan pahala umat Islam. Pensucianbermaksud pembayaran bagi mensucikan
jiwa umat Islam, dari sifat buruk seperti kedekut, bakhil dsbnya.
2. Zakat terbahagi kepada dua –iaitu
zakat harta( zakat tanaman, zakat emas dan perak, zakat perniagaan, zakat
binatang ternakan, zakat simpanan) dan zakat fitrah.
3. Syarat-syarat zakat
·
cukup haul ( genap setahun)
·
cukup nisab ( jumlah yang dikenakan
zakat, cth: simpanan RM5000.)
·
dimiliki secara sah iaitu hak
sendiri dan bukan hak orang lain.
·
harta mestilah bersih
4. Sejarah Institusi zakat dilaksanakan
sejak zaman Kenabian Ibrahim a.s Nabi ishaq, nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi
Isa a.s. Pada permulaan Islam zakat ,mula dibayar secara sukarela oleh Bani
Adhrah dari Yaman yang terkenal dengan sifat pemurah dan berbudi mulia. Pada
tahun ke dua Hijrah ( 623 M ), zakat difardhukan secara ijbari ( kuat kuasa )
atau ilzami ( wajib ) diantara bulan Syaaban hingga bulan Syawal. Keenggan
membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayar zakat
oleh pemerintah.
5. Latar belakang pemerintahan Khulafa
ar-Rasyidin.
6. Latarbelakang pemerintahan Khalifah
Abu bakar:
·
Memerintah
selama 2 tahun 6 bulan ( 632 0 634 Masihi )
·
Menghadapi
ancaman gerakan Ar – Riddah.
7. Latarbelakang pemerintahan khalifah
Umar Al – Khattab.
·
Memerintah
selama 10 tahun 634 – 644 Masihi .
·
Melalui
zaman kemakmuran semasa pemerintahannya.
B. ISI:
Perkembangan Zakat ( 5 isi X 4
markah=20 M)
Perkembangan
zakat
1.
Zakat mula difardukan pada tahun 2
hijrah antara bulan syaaban hingga syawal. Rasulullah s.a.w. pernah berpesan
agar umat islam menunaikan zakat.Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah
yang diwajibkan dalam bulan Ramadhan, dan zakat harta, seperti zakat tanaman,
binatang ternakan, zakat emas dan perak, zakat perniagaan.Kewajipan membayar
zakat harta kepada meraka yang cukup haul dan nisab yang ditetapkan.
2.
Melaksanakan pemungutan zakat secara
tegas sebagai menegakkan hukum. Khalifah Abu Bakar memerangi golongan al –
Riddah yang engkar membayar zakat. Dari segi syarak, pembayaran zakat adalah
wajib keatas harta apabila cukup syaratnya
( sampai nisabnya dan genap haul ( tahun / masa ).
3.
Penubuhan institusi Baitulmal yang
menguruskan pentadbiran harta negara, harta masyarakat dan harta umum menghasilkan
zakat. Operasi secara rasmi berlaku pada zaman Khalifah Umar Al – Khatab.
4.
Perlantikan ‘Amil’ yang melaksanakan
urusan pemungutan dan menguruskan zakat daripada pihak yang layak berzakat
mengikut ukuran atau kadar nisab tertentu.
5.
Menyalurkan hasil pembayaran zakat
kepada 8 asnaf iaitu golongan yang layak menerima antaranya:
a. Fakir Miskin
b. Orang musafir.
c. Amil.
d. Muallaf
e. Hamba yang hendak memerdekakan dirinya.
f. Orang yang berhutang
g. Orang yang berjihad
h. Orang yang merantau ( ibnu sabil
) dan kehabisan wangnya semasa dalam
perjalanan yang bertujuan baik dan dibenarkan oleh syarak ( termasuk mencari
rezeki yang halal dan menuntut ilmu )
6.
Kutipan zakat bertambah semasa
pemerintahan Umar Al – Khattab kerana beliau banyak melakukan ekspedisi ketenteraan dan penyebaran Islam.
7. Berlaku
banyak pembaharuan dalam kutipan zakat, terutama zakat tanaman dan binatang
ternakan.( dari segi kadar zakat)
A. KESIMPULAN: ( 2 M )
·
Perkembangan institusi zakat pada
zaman Khulafa al-Rasyidin menjadi asas dalam perlaksanaan dan pentadbiran zakat
hingga ke hari ini.
·
Perlaksanaannya yang diuruskan
secara terpimpin akan membawa kemakmuran dan kesejahteraan ummah.
SOALAN
14
Bandingkan
sistem pendidikan antara kerajaan Islam di Acheh dengan kerajaan Bani
Abbasiyah.
PENGENALAN (3 markah)
1.
Latar
belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Islam di Acheh
·
Acheh telah mengambil alih peranan
Melaka sebagai pusat politik selepas kejatuhan kerajaan Melaka pada tahun 1511
M.
·
Acheh juga memainkan peranan sebagai
pusat pengajian agama Islam yang terulung di Nusantara.
·
Pada abad ke-17 M dan 18 M, kerajaan
Aceh telah mencapai kegemilangannya berikutan penubuhan kerajaan Perlak dan
Pasai.
·
Setelah terbentuk kerajaan Islam Perlak,
institusi-institusi pendidikan ditubuhkan bagi memudahkan rakyat mempelajari
dan mendalami ilmu pengetahuan.
2.
Latar
belakang sistem pendidikan pada zaman pemerintahan kerajaan Abbasiyah
·
Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah, sistem pendidikan telah mencapai perkembangan
yang pesat.
·
Zaman ini dikenali sebagai zaman
keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam.
·
Contoh, Zaman Khalifah Al-Makmun dan
Khalifah Harun al-Rashid
·
Sistem pendidikan pada zaman Abbasiyyah
menempa era baru dalam sejarah pendidikan Islam apabila Perdana Menterinya
Nizam al-Muluk membina sekolah pertama di Kota Baghdad.
·
Nizam juga memberi pendidikan percuma
dan biasiswa kepada rakyat.
ISI:
PERBANDINGAN SISTEM
PENDIDIKAN ANTARA KERAJAAN ISLAM DI ACHEH DAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH. (5 isi X 4 markah)
1.
Institusi
a.
Kerajaan Abbasiyah
·
Masjid
·
Kuttab
·
Sekolah
·
Madrasah
·
Istana khalifah
·
Universiti Nizamiyah
·
Perpustakaan
b.
Kerajaan Acheh
·
Kerajaan Acheh sangat menitikberatkan
ilmu pengetahuan dan telah menubuhkan institusi pendidikan
·
Antaranya ialah;
·
Meunasah/madrasah
·
Masjid
·
Dayah
·
Rangkang
·
Jamiah Baiturrahman
·
Balai Setia Hukama
·
Balai Setia Ulama
·
Balai Jama’ah Himpunan Ulama
2.
Kurikulum
a.
Kerajaan Abbasiyah
·
Sumber pengetahuan Islam berasal
daripada 2 jurusan iaitu Al-Quran dan
Hadith (sumber dalaman) dan ilmu-ilmu dari India, Parsi dan Greek (sumber luaran)
·
Peringkat rendah / awal ialah pelajaran
yang berkaitan dengan Al-Quran, Sirah
Nabi, membaca , menulis, puisi dan ilmu matematik
·
Pada peringkat menengah dan tinggi
pelajaran yang diajar merangkumi ilmu tafsir,
ilmu hadith, ilmu tasawuf, ilmu bahasa, fiqh, sejarah, falsafah,
ilmu perubatan, ilmu falak, geografi,
dan muzik.
b.
Kerajaan Acheh
·
Peringkat rendah/madrasah, kanak-kanak menerima pendidikan asas agama.
·
Murid diajar membaca dan menulis Arab
dan membaca al-Quran.
·
Cara beribadat seperti sembahyang dan
puasa
·
Peringkat menengah rendah/rangkang
diajar bahasa Arab, fekah, tauhid , tasawuf, ilmu tajwid dan tafsir
al-Quran.
·
Ilmu umum seperti Geografi, Sejarah dan
Matematik diajar.
·
Peringkat menengah atas/dayah diajar
dalam bahasa Arab dengan menggunakan kitab-kitab dari Arab.
·
Ilmu-ilmu yang berkembang pesat sekali
ialah ilmu-ilmu Usuluddin, Fikah dan tasawuf
3.
Peringkat
pengajian
a. Kerajaan Abbasiyah
·
Peringkat rendah
·
Peringkat menengah
·
Peringkat tinggi
a.
Kerajaan Acheh
·
Peringkat rendah (meunasah)
·
Peringkat menengah(rangkang)
·
Peringkat tinggi (Baitulrahman)
4.
Guru
a. Kerajaan Abbasiyah
·
Ulama-ulama
·
Cendekiawan Islam seperti Abu
Hanifah, Malik bin Anas, Imam Syafie,
Ahmad bin Hambal, al-Kindi, dan
Imam Bukhari.
b. Kerajaan Acheh
·
Guru terdiri daripada ulama tempatan dan
ulama dari luar Acheh.
·
Banyak ulama muncul pada zaman ini.
·
Antaranya Hamzah Fansuri, Bukhari al-Jauhari, dan Abdul Rauf Sengkel.
·
Ulama-ulama banyak menghasilkan
karya-karya mereka dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Arab.
·
Ramai ulama luar yang datang ke Acheh
·
Mereka datang dari negeri Arab, Parsi,
India, Turki, dan Gujerat.
·
Mereka menjadi penasihat kepada kerajaan
dan guru-guru di institusi pengajian dan masjid-masjid.
·
Contoh Syeikh Abu al-Khayr Ibn Hajar dan
Muhammad Yamani dari Makkah, Syeikh Muhammad Jayani dan Ibn Muhammad Hamid dari
Gujerat
5.
Teks
a. Kerajaan Abbasiyah
·
Al-Quran, dan
hadith
·
Kitab 4 mazhab (Shafie, Hambali, Hanafi
dan Maliki)
·
Buku terjemahan dari Yunani dan India
·
Karya-karya utama semasa yang ditulis
oleh ulama-ulama Islam seperti Ibn Sina, dan Khawarizmi
b. Kerajaan Acheh
·
Al-Quran
·
Kitab Perukunan
·
Risalah Masail al-Muhtadin
·
Kitab-kitab terjemahan dari bahasa Arab
ke dalam bahasa Melayu.
·
Buku-buku rujukan yang dikarang dalam
bahasa Melayu dan bahasa Arab.
·
Kitab-kitab karya Hamzah Fansuri seperti
Asyarabul Asyikin, Asyrabul Arifin
·
Kitab-kitab karya Syeikh Nuruddin al-Raniri seperti Bustanus Salatin, dan As-Siratul Mustaqim.
KESIMPULAN: (2
markah)
- Kerajaan Abbasiyah dan
kerajaan Acheh telah mencapai zaman kegemilangan dalam sistem pendidikan dan telah berkembang maju sama ada dari
peringkat rendah, menengah dan
tinggi.
- Hal ini kerana faktor para
pemerintahnya yang cinta akan ilmu pengetahuan, dasar pendidikan, peranan para ulama dan sebagainya.
- Acheh telah dikenali di
seluruh Nusantara dengan gelaran Serambi Makkah.
SOALAN
15
Sejauh manakah kepentingan agama menjadi
pendorong kepada penjelajahan dan penerokaan orang Islam?
PENGENALAN:(3 markah)
1.
Definisi Penjelajahan
¨ Bermaksud
mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
2.
Definisi Penerokaan
¨ Bermaksud
menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.
3.
Definisi Pelayaran
¨ Bermaksud
menjelajah menggunakan jalan laut
4.
Tokoh-tokoh Pengembara Islam seperti Ibn
Battutah, Ibn Hawqal, Al-Masudi dan Ibn Majid
ISI:
FAKTOR PENDORONG PENJELAJAHAN DAN
PENEROKAAN DALAM TAMADUN ISLAM
Faktor kepentingan agama (5 markah)
1.
Menyebarkan Dakwah Islamiah
·
Objektif penerokaan juga bertujuan untuk
menyebarkan dakwah Islam.
·
Pada
zaman Rasullah s.a.w, baginda mengutus Muaz bin Jabal ke Yaman untuk
kegiatan dakwah.
·
Pada zaman khalifah Umar Al-Khattab,
ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk menyebarkan ajaran
Islam.
·
Antara pendakwah yang berjaya
ialah Sheikh Abdul Aziz yang mengislamkan Melaka, Sheikh Ismail menyebarkan Islam ke Aceh, Maulana Ibrahim menyebarkan Islam ke Gerisik,
Jawa.
2.
Mengagungkan Serta Membesarkan Allah swt
·
Mengagungkan dan memperbesarkan Allah
terhadap hamba-hambaNya setelah memerhatikan segala ciptaan Allah swt dan
proses pelaksanaannya.
3.
Menambahkan Keimanan Dan Ketaqwaan
Terhadap Allah Swt.
·
Objektif ini dapat dicapai setelah
melihat kepelbagaian benda dan makhluk ciptaan Ilahi
4.
Dorongan Al-Quran
·
Dorongan al-Quran supaya umat Islam
keluar melakukan pelayaran dan penerokaan.
·
Firman Allah dalam Surah al- Jumuah ayat
9, Surah al- Mukmin ayat 82, Surah al- Haj ayat 46
·
Firman Allah yang bermaksud; katakanlah
: Berjalanlah di muka bumi maka perhatilah bagaimana Allah swt menciptakan
manusia dari permulaannya. Kemudian Allah menajdikannya sekali lagi.
Faktor-faktor lain;(5 isi X 3 markah)
5.
Menambah Ilmu Pengetahuan
·
Dilakukan menerusi pemerhatian dan
penelitian terhadap makhluk2 Allah swt serta kesan2 peninggalan masyarakat pada
zaman lampau
·
Orang Islam juga dapat mempelajari ilmu
pengetahuan tamadun lain seperti India, Italy dan Andalus
·
Kedatangan orang Islam ke Mesir
menyebabkan banyak karya intelektual Yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
dan Parsi.
·
Bidang perubatan, astronomi dan
matematik Yunani dan India di pelajari dan mempengaruhi perkembangan
intelektual Islam.
6.
Mengambil Ikhtibar/ Pengajaran
·
Manusia boleh mengambil pengajaran yang
berkaitan dengan kehidupan daripada peristiwa yang berlaku ke atas masyarakat
terdahulu di samping peninggalan tamadun silam
7.
Memakmurkan Alam Dengan Aktiviti Ekonomi
Dan Perdagangan
·
Umat Islam juga dapat diperkenalkan
kaedah perniagaan di dalam Islam yang berdasarkan konsep keadilan dan kejujuran
·
Pada zaman khalifah al-Walid, para
pedagang Islam telah mengadakan hubungan perdagangan hingga ke negeri China.
·
Pedagang Islam terkenal sebagai pedagang
yang terawal menguasai jalan perdagangan laut antara barat dan timur.
·
Mereka juga berjaya menguasai
perdagangan rempah dan sutera dari timur.
8.
Peningkatan Ilmu Pengetahuan ; Geografi
& Pelayaran
·
Disiplin Geografi telah diterokai oleh
umat Islam melalui aktiviti penjelajahan dan penerokaan.
·
Tokoh2 Islam seperti al-Masudi,
al-Idrisi dan Ibn Hawqal merupakan ahli geografi dan pelayaran Arab yang
berusaha meningkatkan ilmu geografi dan pelayaran.
·
Melalui ekspedisinya, al-Idrisi berjaya
memperkemaskan rekod2 pelayaran dan membetulkan kesilapan yang direkodkan oleh
penulis terdahulunya.
·
Al-Masudi sepanjang pengembaraannya
telah membuat pemerhatian terhadap perubahan angin monsun, iklim negara yang
dilawati dan kedudukan laut serta sungai.
9.
Memperkukuhkan Politik Islam
·
Bagi memperkukuhkan politik Islam,
banyak penerokaan kawasan baru dibuat oleh pemerintah Islam.
·
Semasa pemerintahan zaman Bani Umayyah,
khalifah Abdul Malik bin Marwan dan khalifah al-Walid bin Abdul Malik telah
meluaskan wilayah Islam.
·
Seluruh Afrika Utara, Semenanjung
Siberia dan India Utara telah berjaya dikuasai oleh Islam.
10.
Perasaan Ingin Tahu
·
Perasaan ingin tahu mengenai sesuatu
tempat yang terletak jauh dari petempatan mereka.
·
Contoh tokoh Al-Masudi, Ibn Hawqal dll
·
Perasaan ini menyebabkan mereka
melakukan penjelajahan dan penerokaan ke kawasan lain.
11.
Persaingan Dan Cabaran
·
Orang Islam berlumba-lumba dengan kuasa
Barat seperti Portugal, Inggeris dan Sepanyol untuk mendapatkan bahan mentah
yang diperlukan seperti rempah ratus di Timur.
·
Hal ini mendorong mereka melakukan
penerokaan dan penjelajahan.
KESIMPULAN
(2 markah)
1.
Aktiviti penjelajahan dan penerokaan
dalam tamadun Islam telah memberikan nafas baru dalam proses perkembangan
intelektual dan pembangunan kemasyarakatan serta peningkatan ekonomi masyarakat
Islam.
Catatan:
·
Calon mesti menjawab faktor agama.
·
Jika calon tidak menjawab faktor
agama, markah maksimum isi 9 markaH
SOALAN
16
Huraikan
jenis-jenis seni khat yang terdapat dalam tamadun Islam.
PENGENALAN [ 3 markah]Seni
khat merupakan sebahagian daripada seni ukir Islam. Seni khat juga dikenali
sebagi kaligrafi. Khat ialah seni tulisan yang indah dan mempunyai nilai-nilai
estetika yang halus.
1. Seni
khat dianggap mulia kerana berasaskan tauhid islam. Seni khat juga membawa
maksud tulisan yang ditulis dengan indah dan cantik.
2. Seni
khat juga merupakan satu ilmu yang memperkenalkan bentuk huruf tunggal dan cara
merangkainya untuk membentuk tulisan yang tersusun.
3. Seni
khat pada asalnya dipertingkatkan untuk salinan-salinan al-Quran yang cantik.
Kemudian, tulisan khat dimajukan lagi dalam penulisan teks-teks agama yang lain
seperti yang terdapatpada kitab-kitab solat dan puisi-puisi yang bercorak
keagamaan.
4. Seni
khat berkaitan dengan peningkatan tamadun masyarakat Islam keran seni khat
merupakan hasil masyarakat yangmaju dan bertamadun. Hampir semua bangunan Islam
dihiasi dalam bentuk khat sama ada dalam bentuk ayat al-Quran, hadis Nabi
Muhammad s.a.w. atau doa salih.
5. Inskripsi
dihasilkan mungkin batu, marmar dan sebagainya. Seni khat juga berkaitan dengan
geometri, saiz besar atau kecil, dan hubungan hurufnya ditentukanoleh
matematik.
6. Kelahiran
seni khat adalah serentak dengan kelahiran Islam. Salah satu daripada kepentingan
seni khat ialah menyahut saranan Nabi Muhammad s.a.w. yang ingin umatnya
mengamalkan nilai membaca dan menulis denga baik dan mudah. Melalui seni khat.
Ayat-ayat al-Quran lebih mudah dipelajari dan difahami.
7. Nabi
Muhammad s.a.w. menggalakkan perkembangangan seni khat dengan bersabda”
Hendaklah kamu mengindah seni khat kerana antara sumber rezeki.”
8. Seni
khat yang dihasilkan juga melambangkan kelembutan jari, kehalusan pemikiran dan
ketajaman ilham penulis. Selain itu, seni khat juga merupakan satu saluran yang
menegaskan kekuatan tauhid dalam seseorang umat Islam.
9. Oleh
sebab Islam melarang umatnya menghasilkan lukisan banda-benda hidup, hasil seni
khat mula diperkembangkan dengan giat dan digalakkan.
ISI: Jenis-jenis seni khat yang wujud
dalam tamadun Islam [7 isi X 3 markah = 21 markah]
1.
Khat
Kufi
· Berasal
dari Kufah
·
Pada zaman Bani Abbasiyah, seni khat
kufi telah digunakan untuk menghiasi
bangunan seperti masjid, gedung, kubah dan sebagainya.
· Ditulis
menggunakan seni ukiran timbul.
2.
Khat
Farisi
· Dikembangkan
di Parsi
· Hurufnya
condong sedikit ke kanan.
· Digunakan
untuk menghiasi hasil-hasil kesusasteraan, tajuk karangan pada majalah dan
akhbar dan nama.
3.
Khat
Nasakh
· Lebih
jelas dan mudah dibaca.
· Paling
banyak digunakan dalam penulisan buku-buku agama.
4.
Khat
Thuluth
·
Kebanyakan digunakan untuk menghiasi
kitab al-Quran naskhah ‘Uthmani.
·
Khat jenis ini juga digunakan untuk
menulis nama buku, nama orang dan bahan rujukan yang lain.
5.
Khat
Diwani
· Diwani
beerti catatan atau koleksi karangan.
· Digunakan
secara meluas pada zaman pemerintahan Sultan Khedewry di Mesir.
· Digunakan
sebagai penulisan rasmi surat perjanjian, surat penghargaan dan lain-lain.
6.
Khat
Riq’ah
·
Boleh ditulis dengan pantas.
·
Sering digunakan dalam penulisan surat
atau mengambil catatan di majlis-majlis ilmu.
7.
Khat
Diwani Jali
· Peningkatan
dalam khat Diwani
· Tulisannya
lebih indah dan penuh dengan nilai estetika.
· Terdapat
pelbagai bentuk.
· Lazimnya,
tulisan khat ini ditulis dalam bentuk ikan, burung dan lain-lain.
8.
Khat
Raihani
· Lebih
menyerupai khat Thuluth.
· Bentuk
huruf-hurufnya lebih lebar dan panjang.
KESIMPULAN:[1 markah]
1. Tulisan
khat terus berkembang menerima gubahan yang tidak pernah kaku. Perkembangn seni
khat tetap penting dalam kemajuan seni ukir Islam.
2. Seni
khat yang dimajukan sejak dahulu lagi merupakan pengaruh kepada seni khat pada
masa ini.
Arigatou Gozaimasu!!
No comments:
Post a Comment