NUFFNANG ADS

Wednesday, September 26, 2012

Soalan Percubaan Stpm Negeri Perlis 2012



SEJARAH 1

Bahagian A:
1.Huraikan peranan pelbagai lapisan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus.
2.Bincangkan perkembangan sistem pentadbiran pusat dan wilayah di Alam Melayu.
3.Jelaskan kesan Perang Salib terhadap perkembangan masyarakat Kristian di Eropah.
4.Huraikan kepentingan Jalan Sutera yang menghubungkan Timur Jauh dengan rantau Meditteranean dalam menggalakkan perdagangan antarabangsa.
5.Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam tamadun awal manusia.
6.Huraikan konsep Humanisme dan kesannya terhadap masyarakat di Eropah.
7.Jelaskan sumbangan Cheng Ho dan I-Ching dalam perkembangan tamadun manusia.
8.Bandingkan ciri-ciri utama seni bina pada zaman empayar Rom dengan tamadun Islam.
Bahagian B:
9.Huraikan perubahan-perubahan masyarakat Arab Jahiliah selepas kedatangan Islam.
10.Bandingkan corak pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin dengan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
11.Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan tentera Islam dalam peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
12.Huraikan sumber-sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
13.Bincangkan matlamat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
14.Tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan intelektual tamadun Barat.Bincangkan.
15.Jelaskan faktor dan kesan penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14M.
16.Jelaskan perkembangan dan pencapaian seni bina Islam di Nusantara pada abad ke-15M dan ke-16M.

SEJARAH 2
BAHAGIAN A:
1.Huraikan struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British.
3."Johor ialah negeri yang paling lewat menerima campur tangan British". Bincangkan.
 4.Penantangan masyarakat tempatan di Perak dan Pahang disebabkan perasaan tidak puas hati golongan pemerintah terhadap pentadbiran British.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.
5.Bincangkan kesan sosioekonomi di negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga Perang Dunia Kedua.
6.Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
BAHAGIAN B:
7.Bandingkan sistem beraja di China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8.Bincangkan dasar pemencilan yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.
9.Sejauh manakah faktor politik menjadi sebab terpenting campur tangan Barat di Myanmar dan China pada awal abad ke-19.
10.Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 dan Perjanjian Bowring 1855 terhadap Jepun dan Thailand.
11.Bincangkan peranan golongan agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.
12.Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand. 


PENGAJIAN AM 2

bahagian A:
1.Dewasa ini, negara kita sering menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.Pelbagai implikasi positif & negatif timbul daripada penganjuran tersebut.Bincangkan.
2.Warisan negara mempunyai nilai budaya & nilai keseniannya yang tersendiri.Warisan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.Oleh itu, pengekalan warisan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di negara kita.Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.
bahagian B:
3.Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit.Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.
4.Amalan penggunaan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan diri pada masa ini dikatakan dapat mendatangkan pelbagai manfaat.Walau bagaimanapun, amalan ini dibimbangi boleh memudaratkan kepada pengguna.Bincangkan pernyataan ini.
bahagian C:
5(a) Internet(jenayah siber)
(b) pelaksanaan Rancangan Buku Hijau(kesan positif pelaksanaan)
6(a) kelapa sawit(kegunaan daun kelapa sawit)
(b) taman laut(faktor2 yg mengancam ekosistem marin)
bahagian D:
7.graf bar
 8.graf garis kompaun
bahagian E:
9.Berdasarkan jadual,nyatakan perubahan yg berlaku & berikan kepentingan subsidi dlm perkembangan ekonomi negara.
10.Berdasarkan gambarajah, huraikan elemen2 utama dlm pembentukan insan yg seimbang dlm sistem pendidikan negara.

BAHASA MELAYU 2
Bahagian A:
1.kebaikan perubatan alternatif
2.cara2 meningkatkan mutu sukan negara
3.ceramah (usaha2 utk memartabatkan bahasa melayu di negara ini)
4.laporan (sbb kenaikan harga barang & cara untuk mengatasinya)

MIKROEKONOMI
BAHAGIAN B:
1.Terangkan perbezaan antara barang percuma, barang ekonomi dan barang awam.[6]
2.Huraikan kesan terhadap permintaan perkhidmatan penerbangan MAS jika
(a) harga tiket penerbangan Air Asia meningkat.[3]
(b) cukai lapangan terbang meningkat.[3]
3.Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan pengguna kereta Proton Preve di pasaran apabila berlaku 
(a) perkembangan teknologi pengeluaran kereta proton preve.[3]
(b) kenaikan kos pengeluaran kereta proton preve.[3]
4.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah keuntungan monopoli jika kerajaan menetapkan tingkat harga pada hasil purata sama dengan kos purata (AR=AC).[6]
5.Terangkan tiga faktor yang menghalang kemasukan firma baru ke dalam pasaran monopoli.[6]
6.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna dari segi
(i) kecekapan peruntukan
(ii) kecekapan pengeluaran[6]
7.(a) Apakah maksud kadar bunga nominal dan kadar bunga benar?[2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar.[4]
8.Terangkan beban cukai yang masing-masing ditanggung oleh pengeluar dan pengguna jika keluk penawaran adalah anjal.[6]
BAHAGIAN C
9.(a) Apakah maksud perubahan permintaan.[2]
(b) Huraikan empat faktor yang akan mengalihkan keluk permintaan kasut ke kiri daripada keluk asal.[8]
10.Andaikan pengguna berada dalam keseimbangan pengguna daripada penggunaan barang A dan barang B. Huraikan perubahan kuantiti permintaan ke atas barang A dan barang B apabila berlaku perubahan harga barang A.[10]
11.Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna yang mengalami kerugian tetapi masih meneruskan operasi. Bincangkan dengan bantuan gambar rajah.[10]
12.Salah satu daripada matlamat utama Kesatuan Sekerja adalah untuk menuntut tingkat upah yang lebih tinggi. Terangkan 3 kaedah bagaimana Kesatuan Sekerja menuntut tingkat upah yang lebih tinggi dan kaedah manakah yang terbaik. Mengapa?[10]

No comments:

Post a Comment