JELASKAN
PERKEMBANGAN MASYARAKAT ISLAM DI EROPAH
Negara Eropah adalah Negara Sepanyol
yang dulunya dikenali sebagai Andalus. Masyarakat Eropah sebelum kedatangan
islan telah dikuasai oleh bangsa Goth iaitu suku daripada bangsa Jerman.
Penduduk di Sepanyol amat membenci pemerintahan Goth kerana amat zalim. Pada
tahun 710 m, Raja Goth telah mati dan Roderick telah merampas kuasa
pemerintahan. Count Jullian adalah musuh lama Roderick telah meminta bantuan
daripada Musa bin Nusair untuk menjadi gabenor islam di Afrika Utara kerana
ingin merebut Negara Sepanyol daripada Roderick. Kesan daripada bantuan itu,
bermulalah tanda penapakan islam di Negara Eropah. Pelbagai kaum yang wujud di
sepanyol; antaranya kaum Barbar, Arab, Muwalladun, Mozarab, Yahudi dan juga
hamba.
Kaum Barbar boleh dikatakan semuanya
beragama islam dan kebanyakannya terdiri daripada puak yang menetap dan bukan
kaum yang berpindah-randah. Mereka ini kebanyakannya tinggal di desa dan
bertugas sebagai buruh dan petani, hanya sedikit sahaja yang tinggal di Bandar
bagi melakukan pekerjaan pertukangan tangan secara kecil-kecilan. Hanya seorang
dua sahaja antara mereka yang terkenal sebagai ulama. Datuk nenek mereka adalah
pejuang-pejuang islam yang membuka negeri Sepanyol. Mereka dating ke Sepanyol
ialah untuk mengikut jejak langkah nenek moyang mereka, di samping mencari
penghidupan baharu di sana. Ketika sampai di Sepanyol, mereka telah bergabung
dengan kaum muslimin yang lain bagi menghadapi penentangan puak kristian. Bagi
tujuan ini, mereka telah bersatu padu dengan orang arab, serta melupakan sikap
anti-arab yang tersebar di Afrika Utara di kalangan kaum barbar yang menganut
aliran Khawarij.
Kaum arab, walaupun bilangan mereka
lebih kecil tetapi lebih berpengaruh kerana mereka ini adalah golongan
pemerintah. Pengaruh mereka bukan hanya terhad dalam bidang politik, tetapi
juga dari segi kebudayaan dan juga peradaban pada amnya. Sejak pembukaan hingga
750M, Sepanyol berada di bawah pemerintahan Bani Umayyah yang berpusat di
Damsyik. Sepanjang pemerintahan Bani
Umyyah, sama ada di Damsyik mahupun di Sepanyol pengaruh arab amtlah kuat,
malahan factor keakraban menjadi factor dominan dalam urusan pentadbiran Negara
dan masyarakat. Selepas tahun 750M selama kira-kira dua setenga abad lamanya
Sepanyol masih diperintah oleh keluarga Bani Umayyah. Di samping kuasa politik,
kuasa ekonomi juga adalah di tangan mereka.
Golongan yang ketiga ialah
Muwalladun, iaitu kaum muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol. Bilangan mereka
ini lebih ramai daripada orang arab. Namun setelah zaman berlalu, pemisah
antara orang arab dengan Muwalladun hamper tidak wujud akibat berlakunya
perkahwinan antara kedua-dua puak itu , dan ramai pula di kalangan Muwalladun
yang mengaku keturunan arab. Pada abad ke 10M, perbezaan ras antara arab dengan
Muwalladun sudah tidak dapat dikenali lagi. Menurut T.W. Arnold, motif yang
menyebabkan ramai orang Sepanyol dan Muwalladun yang memeluk islam ialah
berkaitan dengan hal-ehwal yang wujud pada waktu itu. Hal-hal itu termasuklah
ajaran, budaya dan tamadun islam yang mereka anuti, sebaliknya tidak ada
apa-apa yang hendak mereka banggakan dengan zaman tradisi mereka yang dipenuhi
dengan kezaliman dan kemunduran.
Golongan keempat ialah Mozarab,
iaitu orang kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah
pemerintahan islam. Mereka ini tinggal di Bandar dan luar Bandar dan bertutur
mengikut loghat Rom. Bagi kalangan terpelajar boleh bertutur dan menulis dalam
bahasa arab dengan baik. Mereka sangat terpesona dan terpengaruh dengan
undang-undang dan kebudayaan islam. Orang Mozarab masih beragama islam, akan
tetapi mereka sangat kagum dengan bahasa dan peradaban arab atau islam. Namun
begitu, ada juga antara mereka yang fanatic terhadap bangsa dan agama mereka.
Mereka ini telah menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn Hafsun yang
dikatakan telah menganut agam kristian dan cuba memperjuangkan kepentingan
bangsa Sepanyol. Ada juga antara mereka yang berhijrah ke negeri-negeri
kristian di Utara Sepanyol.
Golongan yang kelima dan terakhir
ialah puak yahudi dan golongan hamba. Puak yahudi tidak ramai, tetapi masih
kuat dan mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual. Golongan hamba pula,
terbahagi kepada dua puak iaitu pertama, puak Negro dan kedua, puak Saqalibah
(slavs) termasuk puak Frank yang dating dari utara Sepanyol. Golongan Saqalibah
sangat berpengaruh dan ramai pula bilangannya, terutama pada zama ‘Abdul Rahman
III. Mereka ini kebanyakannya berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan.
Akhirnya mereka ini bebas dan memeluk islam serta berpengaruh dalam politik.
Pada abad ke 11M, golongan Saqalibah dianggap daripada satu golongan yang
penting di kalangan penduduk Sepanyol. kerajaan-kerajaan kecil Sepanyol, iaitu
pemerintahan Muluk al-Tawa’if (raja-raja puak) terbahagi kepada tiga puak besar
(Tawa’if) iaitu Barbar, Saqalibar dan lain-lain termasuk oaring Arab dan bangsa
Sepanyol. Setiap puak ini hanya mementingkan puak mereka sendiri. Justeru,
tidak pernah ada kata sepakat antara puak-puak ini. Sementara itu, masyarakat islam
di Sicily terdiri daripada tiga kumpulan , iaitu orang Barbar, Arab, dan
penduduk tempatan. Majoriti orang islam di Sicily berketurunan Barbar yang
berasal dari Afrika Utara. Orang Arab merupakan golongan elit dan mereka
menganggap golongan lain tidak setaraf dengan mereka iaitu kelas kedua. Situasi
ini menyebabkan orang islam di Sicily tidak bersatu dan membawa kepada
kejatuhan kerajaan islam di Sicily ke tangan orang kristian.
Kesimpulannya masyarakat islam
berkembang dengan luas sejak peristiwa hijrah iaitu dari makkah ke madinah pada
tahun 622M. Islam berkembang dari makkah dan madinah ke serata dunia. Dunia
mengalami perubahan dan pengalaman yang lebih luas dari segi politik, ekonomi,
dan sosial berasaskan islam.
KARYA : NURHAFISAH AHMAD SHAFAWI
No comments:
Post a Comment