Bincangkan Perkembangan Masyarakat Islam pada Zaman Bani
Umaiyah.
Kelahiran kerajaan
bani Umaiyah berpunca dari konflik tentera diasaskan oleh Mu'awiyah. Mu'awiyah
merupakan pemimpin yang berhemah tinggi dan mempunyai pengikut yang setia di
Syria. Ketokohannya dalam bidang siasah politik dan pentadbiran diakui. Beliau
menjadi gabenor Syria selama 20 tahun dan khalifah juga selama 20 tahun.
Kerajaan Bani Umaiyah memerintah antara tahun 661-750 yang berpusat di Damsyik.
Seramai 14 orang Khalifah yang memerintahnya.
Kerajaan Bani Umaiyah memerintah selepas zaman khulafa’
al-Rasyidin.Nama Bani Umaiyah. Kerajaan ini bersempena dengan nama pemimpin Quraisy terkenal pada zaman
Jahiliyah iaitu Umaiyah bin Abd.Syam bin Abd. Manaf. Perlantikan Saidina
Uthman bin Affan merupakan permulaan pengasasan kerajaan Bani Umaiyah. Pemecatan
membawa kepada perang Siffin seterusnya ditamatkan dengan Majlis Tahkim yang
membuka ruang kepada Bani Umaiyah memerintah Negara Islam. Zaman pemerintahan
bani Umaiyah boleh dibahagikan kepada Zaman Kelahiran, Zaman Kemakmuran atau Pembangunan
dan Zaman kehancuran.
Golongan pemerintah merupakan
kedudukan yang tertinggi dalam kerajaan Bani Umaiyah ini. Golongan ini terdiri
daripada orang Arab yang diterajui oleh keluarga Bani Umaiyah. Kerajaan Bani
Umaiyah ini telah diperintah oleh dua keluarga besar, iaitu keluarga Abu Sufyan
dan keluarga Marwan. Keluarga Abu Sufyan yang memerintah selama 23 tahun
melibatkan tiga orang khalifah, iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan, Yazid bin
Muawiyah dan Muawiyah bin Yazid. Mereka telah memerintah dengan jayanya pada
zaman Muawiyah, tetapi pada zaman Yazid I dan Muawiyah II, kerajaan ini telah
mengalami zaman kelemahan. Manakala keluarga Marwan memerintah selama 68 tahun sejak
683M hingga 750M. Terdapat dua kumpulan khalifah yang memerintah, iaitu
kumpulan pertama seramai tujuh orang dimulai oleh Marwan I bin al-Hakam dan
berakhir dengan Hisyam bin Abdul Malik. Selain itu adalah kumpulan kedua
seramai empat orang, iaitu Al-Walid II bin Yazid, Yazid III bin al-Walid,
Ibrahim bin al-Walid dan Marwan bin Muhammad. Sebahagian besar corak kehidupan
khalifah kerajaan Bani Umaiyah terikut-ikut dengan corak pemerintahan kerajaan
Byzantine dari Rom dengan dikelilingi kemewahan dan hiburan, kecuali Khalifah
Umar bin Abdul aziz yang mengikut kehendak Islam dan digelar khalifah kelima
Khulafa’al-Rasyidin.
Semasa pemerintahan khalifah Abdul Malik bin Marwan, timbul
penentangan daripada gerakan kaum Khawarji yang dikenali sebagai gerakan
Azariqah dan Najdiyah. Penentangan ini bermula sejak 670M yang bermarkas di
kota Basrah di bawah pimpinan Qurayb dan Zahhaf. Gerakan Azariqah ini banyak
mempunyai perkara bidaah yang bermaksud rekaan. Gerakan ini di bawah pimpinan
Azraq bin Nafi dan muncul di kota Basrah pada 683M dengan penyingkiran
Ubaidullah bin Ziyad dan kematian khalifah Yazid I. gerakan Azariqah mempunyai
doktrin agama yang berbeza. Mereka berpendapat orang yang melakukan dosa besar
dianggap kafir dan kekal dalam nereka. Mereka juga menghukum kafir ke atas
orang yang tidak menyertai Azariqah dalam peperangan serta mengkafirkan Ali,
Uthman dan sesiapa yang menyertai Perang Jamai dan Siffin. Mereka menganggap
pemerintah yang zalim seperti Kerajaan umayyah perlu ditentang.
Manakala gerakan Najdiyah banyaknya yang terdiri daripada kaum
Badwi dan mengamalkan cara hidup orang Badwi. Gerakan ini diasaskan oleh Najdah
bin Amir al-Hanafi yang berpendapat hukuman seperti dinyatakan oleh Azariqah
keterlaluan. Bagi mereka yang melakukan dosa besar tidak boleh dihukum kafir
tetapi hanya bertaraf munafik. Pusat gerakannya di Semenanjung Arab, terutama
di Yamamah. Mereka juga lebih banyak bergiat dalam bidang politik dan
ketenteraan daripada bidang teologi.
Seterusnya adalah kaum Syiah juga turut meakukan penentangan
terhadap kerajaan Bani Umaiyah sejak zaman Muawiyah bin Abi Sufyan kerana ingin
menuntut bela atas kematian Husin di Karbala. Selepas penentangan ini disambung
oleh al-Mukhtar yang berbeza corak perjuangannya daripada kaum Syiah
sebelumnya. Beliau memperjuangkan hak dan kedudukan Muhammad al-Hanafiyah.
Sebelum ini, kaum Syiah hanya memperjuangkan hak dan kedudukan Hasan dan Husin
daripada keturunan Ali dan isterinya, Fatimah. Tindakan beliau tidak dapat
restu daripada Muhammad al-Hanafiyah. Beliau juga cuba memihak kepada kaum
Mawali yang menyebabkan kaum Syaih Arab berasa kecewa.
Golongan Mawali terdiri daripada hamba yang telah
memeluk Islam. Golongan ini juga dianggap sebagai masyarakat kelas kedua. Namun
begitu ada beberapa orang golongan Mawali berjaya menjawat jawatan tinggi dalam
kerajaan bani Umaiyah seperti Maimun bin Mihran sebagai Pengarah Jabatan Cukai
di Mesopotamia hanya layak bekerja sebagai buruh kasar dan petani. Golongan
Mawali ini tidak dibenarkan berkahwin dengan orang Arab dan juga tidak boleh
solat jemaah dengan orang Arab.
Golongan Zimmi pula terdiri daripada golongan bukan Islam
yang tinggal di Negara Islam dan hidup aman damai seperti golongan islam yang
lain. Kerajaan Umaiyah tidak menjalankan dasar paksaan dalam agama dalam
golongan ini. Golongan ini juga menikmati hak-hak kerakyatan umat Islam yang
lain. Mereka tidak perlu membayar zakat tetapi perlu membayar jizyah.
Pada kedudukan yang terbawah adalah
golongan hamba. Golongan hamba ini merupakan perubahan taraf sosial dan corak kehidupan
keluarga bangsawan dan pemerintah Umaiyah yang hidup mewah menyebabkan mereka
memerlukan ramai hamba. Gologan hamba ini terdiri daripada pelbagai bangsa
seperti orang Afrika, Monggol dan Goth dari Eropah.
Kesimpulan, masyarakat Islam
zaman Bani Umaiyah telah berpecah belah kepada beberapa puak yang menentang pemerintahan.
Kerajaan Bani Umaiyah juga telah mengenal pasti masalah dan cuba
menyelesaikannya. Pemerintahan secara mengikut keturunan waris mungkin tidak
disukai majoriti rakyat tetapi bagi tujuan kawalan dan menyebarkan syiar Islam
mungkin ini cara terbaik.
KARYA : CHAI ROU WEN
No comments:
Post a Comment