Perkembangan
Masyarakat Bani ‘Abbasiyah
Perkataan tamadun diambil daripada
bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana yang bermaksud tinggi budi bahasa
dan pembukaan bandar. Terdapat empat kumpulan masyarakat iaitu masyarakat desa,
masyarakat bandar, masyarakat primitif dan masyarakat massa. Kerajaan ‘Abbasiyah
diasaskan pada tahun 750 m dan pusat pemerintahannya terletak di Kota Baghdad.
Khalifah pertama pada kerajaan Bani Abbasiyah ialah Al-Abbas Al-Saffah dan
mengamalkan sistem warisan. Kerajaan ini telah diperintah seramai 37 orang
khalifah antara tahun 750 hingga 1258 m. Oleh itu, telah mencapai zaman
kegemilangan pada pemerintahan Khalifah Al-Rasyid dan anaknya Al-Makmum.
Perasaan fanatik orang Arab terhadap
bangsanya atau puaknya telah dapat dikikis disebabkan oleh
pengaruhbangsa-bangsa asing. Terdapat ramai daripada khalifah-khalifah memilih
isteri bukan daripada keturunan Arab.
Tambahan pula, kebanyakkan ibu-ibu khalifah ‘Abbasiyah adalah berdarah Parsi dan
Turki. Oleh yang demikian, tiada lagi orang Arab yang berketurunan Arab jati disebabkan amalan
perkhawinan campur dengan bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi. Percampuran daripada
pelbagai keturunan ini menyebabkan ramai daripada pegawai kanan kerajaan kurang
semangat nasionalisme Arab.
Selain itu, kedudukan wanita pada
zaman permulaan kerajaan ‘Abbasiyah adalah sama dengan kerajaan Bani Umayyah
dengan dikawal ketat dan tidak mempunyai kebebasan. Namun selepas itu kaum
wanita banyak terlibat dalam urusan pemerintahan. Antaranya isteri Khalifah
Al-Mahdi iaitu Khayzurum dan isteri Khalifah Harun Al-Rasyid, Zubaidah.
Terdapat ramai kaum wanita yang ikut serta ke medan peperangan dan ada yang
mengetuai golongan penyair. Selain itu, ada juga kaum wanita yang tampil ke hadapan
dalam bidang intelektual dan kesenian. Pada peringkat akhir pemerintahan
‘Abbasiyah taraf wanita telah jatuh ke tahap yang rendah sekali. Ini disebabkan
merebaknya sisitem gundik yang berlebihan serta kealpaan yang mengikut hawa
nafsu.
Tambahan pula, system
perhambaan pada zaman ini juga semakin meluas dan telah merebak di seluruh
Tanah Arab. Kebanyakkan hamba abdi telah
digunakan oleh khalifah, wazir-wazir dan pembesar-pembesar bukan dari ketuunan
Arab. Hamba diperolehi secara paksa, tawanan perang ataupun dibeli. Selain itu,
kebanyakkkan hamba abdi berketurunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan
Barbar. Manakala hamba yang masih perawan akan dijadikan sebagai penyanyi,
penari dan gundik. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil seramai 11 000 orang
hamba dan pada zaman Al-Muttawakil serami 4 000 orang gundik di istana
khalifah.
Pada zaman ini, terdapat dua kelas
bagi masyarakat Bani ‘Abbasiyah iaitu kelas atasan dan kelas bawahan. Kelas
atasan dianggotai oleh golongan bangsawan, para pembesar, panglima, sasterawan,
sarjana, pelukis, saudagar, pemahat dan golongan professional yang lain.
Manakala kelas kedua pula, terdiri daripada petani, pengembala dan penduduk
zimmi. Pada zaman ini, orang kristian turt dilayan dengan baik dan ada diantara
merka yang dilantik menjadi pegawai tinggi dan wazir. Tambahan lagi, orang
kristian turut dibenarkan membina gereja serta menghantar pengembang-pengembang
agama ke negara China dan India.
Selain
itu, sukan pada zaman ini juga turut berkembang luas kerana terdapat pelbagai
jenis permainan yang telah diperkenalkan. Khalifah Harun Al-Rasyid adalah
khalifah yang pertama yang memperkenalkan dan mengembangkan permainan catur.
Permainan catur ini telah menggantikan buah dadu di istana khalifah. Turut
terdapat permainan lain yang selalu diadakan di istana seperti memanah,
memburu, berlumba kuda, polo dan melontar lembing. Memburu merupakan hobi yang
sangat digemari oleh khalifah dan anak-anaknya. Semasa memburu mereka telah
menggunakan burung rajawali .
Kesimpulannya, terdapat pelbagai
masyarakat pada zaman ini yang membezakan taraf hidup mereka. Selain itu,
hubungan masyarakat Bani ‘Abbasiyah juga sudah semakin maju dengan mengadakan
hubungan perdagangan dan sebagainya. Selepas itu, berlaku perkembangan
masyarakat di negara-negara luar seperti di Eropah, China, India dan Nusantara.
karya : Norasyidah Ibrahim
No comments:
Post a Comment