HURAIKAN
ADAT YANG DIAMALKAN OLEH MASYARAKAT CHINA DAN JEPUN SEBELUM KEDATANGAN BARAT.
Masyarakat tempatan di
Asia mempunyai satu sistem masyarakt yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi.
Menurut Drs.Sidi Gazalba dalam bukunya Masyarakat Islam:Pengantar Sosiologi dan
Sosiografi mengatakan bahawa adat merangkumi segala peraturan masyarakat yang
diamalkan sejak lahir sehingga hari kematiannya.Adat mencangkumi sejumlah
tatacara,larangan,pepatah dan sebagainya dalam kehidupan seharian. Hukum adat
merupakan amalan sesebuah masyarakat yang diwarisi secara turun temurun,satu
peraturan yang mesti dipatuhi. Hukum adat ini telah diperturunkan secara lisan
daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Adat pula merupakan satu
sistem nilai yang telah dijadikan amalan peraturan bagi mengawal dan mengatasi
tingkah laku masyarakat. Adat bertujuan untuk mengawal perilaku
masyarakat,symbol keseimbangan antara manusia bagi menegakkan keadilan. Fungsi
adat berlainan bagi masyarakat di Asia Tenggara,Asia Selatan dan Asia Timur
kerana adat yang bernilai bagi sesebuah masyarakat mungkin tidak dianggap
bernilai dan berguna bagi masyarakat yang lain. Di Asia Timur,pengaruh China
amat jelas dalam perlaksanaan adat dan tertumpu pada ajaran Confucius manakala
di Jepun walaupun adat masih terikat pada pengaruh China namun masih mampu
menonjolkan budaya yang tersendiri.
Negara China mempunyai
pelbagai adat,antaranya adat wanita hamil. Sejak dari mula kehamilan sehingga
ke seratus hari selepas bersalin,mereka tidak dibenarkan menghadiri sebarang
majlis social seperti perkahwinan dan pengebumian. Bagi wanita yang baru
melahirkan anak,mereka perlu banyak berehat dan makan makanan yang berkhasiat.
Mereka ini tidak dibenarkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan mentah yang
dianggap terlalu ‘sejuk’ atau ‘yin’ untuk sistem badan kerana ini akan
menyebabkan ibu tersebut ditimpa penyakit.
Adat bayi dan anak kecil
pula,menurut masyarakat Cina,ketika bayi itu dilahirkan,dia telah pun berusia
satu tahun,dan apabila dia berusia satu tahun,sebenarnya dia telah pun berusia
dua tahun. Masyarakat Cina amat menitik beratkan soal pendidikan adat sejak
kanak-kanak lagi terutama menghormati keluarga berdasarkan ajaran Confucius.
Dalam adat perkahwinan
pula,perkahwinan telah diaturkan sejak kecil kerana dipercayai dapat
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pihak pengantin perempuan tidak dibenarkan
mengadakan majlis perkahwinan kerana ini hanya dilakukan oleh pihak lelaki
sahaja. Masyarakat China amat pentingkan perkahwinan kerana adat ini dianggap
akan melahirkan generasi baru yang akan menggantikan generasi lama/tua. Dalam
hubungan kekeluargaan,anak dianggap penting dan menjadi satu kesalahan besar
jika sepasang suami isteri itu tidak dapat melahirkan anaknya sendiri kerana
ini akan menyebabkan keturunan generasi orang tuanya terhapus atau tiada.
Bagi adat berkenaan anak
lelaki,masyarakat China sangat mengutamakan anak lelaki kerana mereka akan
mengekalkan nama keluarganya. Bagi bapa yang tidak mempunyai anak lelaki,papan
persembahan tidak akan diletakkan di tempat pemujaan roh selepas meninggal
dunia kerana dia dianggap telah gagal memenuhi tangunggjawab terhadap ibu
bapanya. Maka,tidak hairanlah dalam masyarakat Cina,anak lelaki yang baru
dilahirkan akan disambut dengan penuh meriah.
Adat berkenaan anak
perempuan pula,seseorang anak perempuan yang berkahwin membawa maksud hubungan
kekeluargaan akan rengang kerana mereka tidak akan membawa nama keluarganya
terutama setelah melahirkan anak. Anak perempuan akan dikawal rapi dan hanya
tinggal di rumah sahaja. Bagi memastikan anak perempuan dikawal rapi,kakinya
akan dibebat (dibalut dengan kain ketat) antara tiga ke lapan tahun dan
menyebabkan pertumbuhan kaki tidak seimbang. Kaki mereka menjadi terlalu kecil
sehingga mereka hanya boleh melangkah pendek ketika berjalan.
Terdapat juga adat
menghormati nenek moyang dimana masyarakt Cina sangat menghormati nenek moyang
mereka dan menganggap nenek moyang mereka sebagai ketua keluarga dan nama baiknya
harus dijaga dalam apa jua keadaan. Penghormatan ini akan dilakukan terutama
pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru. Sebagaimana hukum adat
negara-negara lain di rantau ini,hukum adat di negara China turut
dipertangunggjawabkan kepada golongan tua atau majlis orang tua.
Adat terakhir dalam
masyarakat Cina ialah Adat kowtow. Adat ini merupakan satu adat menghormati raja ketika
menghadap raja. Dalam adat ini,sesiapa sahaja yang ingin menghadap raja
dikehendaki meniarap sebanyak sembilan kali di hadapan maharajanya. Adat ini
dipatuhi oleh semua termasuklah duta-duta Barat seperti Perancis,Belanda dan
England yang terpaksa melakukan adat ini ketika menghadap maharaja China.
Di negara Jepun pula,adat
yang diamalkan ialah Adat minum
teh(chanoyu). Adat ini diwarisi sejak
abad ke-16 lagi dan merupakan satu bentuk ritual yang menjadi amalan dalam
rutin kehidupan seharian.Adat ini dipengaruhi oleh Zen Buddhisme yang antara
lain bertujuan untuk menyatu dan membersihkan jiwa serta bersatu dengan alam
kerana alam dilihat oleh penganut agama sebagai elemen yang mempunyai pengaruh
yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Walaupun kini ia hanya dianggap
sebagai hobi,namun bagi mereka yang masih kuat berpegang kepada tradisi,masih
terus mengamalkannya. Adat minum teh ini mementigkan aspek etika,peralatannya
serta perhiasan dalam bentuk yang ringkas dan teh yang digunakan mestilah teh
hijau. Adat ini diamalkan oleh golongan atasan dan rakyat jelata terutama dalam
mengalu-alukan kunjungan tetamu.
Adat lain pula ialah adat
sopan santun dan adat aturan. Masyarakat Jepun amat terkenal dengan adat
menundukkan kepala setiap kali berjumpa dengan seseorang. Golongan atasan
terutamanya mengamalkan adat berpakaian dan berbudi bahasa ketika berkomunikasi
antara satu sama lain kerana ini melambangkan nilai-nilai murni yang tinggi
dalam kalangan masyarakat Jepun dan harus menjadi ikutan kepada rakyatnya.
Adat berkaitan seni dan
kecantikan. Masyarakat Jepun amat menyukai seni dan kecantikan kerana bagi
mereka kedua-duanya berkaitan dengan elemen kesopanan dan peraturan yang harus
diikuti. Adat mereka ini diperhalusi dengan seni dan kecantikan agar menjadi satu
adat istiadat yang indah dan menarik. Perjalanan
adat istiadat Jepun banyak dipengaruhi dengan gubahan seni bunga yang dikaitkan
dengan Zen Buddhisme. Gubahan bunga atau dikenali sebagai ikebana bukan sekadar
gubahan semata-mata,malahan penggubah atau pembuatnya seolah-olah bersatu
dengan alam untuk menggambarkan keharmonian antara syurga,bumi dan manusia.
Bagi adat menghormati raja
dan golongan bangsawan pula,raja/maharaja amat dihormati oleh masyarakat Jepun
kerana bagi mereka maharaja mendapat perlindungan dewa-dewi. Tambahan
pula,maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua negara,namun
baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan secara total,maka rakyat digalakkan
menjalankan upacara menghormati raja/maharaja. Golongan bangsawan juga amat
dihormati oleh masyarakat Jepun dan mereka memberikan keutamaan kepada golongan
ini ketika berjalan. Misalnya,ketika perarakan pembesar wilayah (daimyo) barat
yang berulang-alik di jalan Tokaido menuju ke istana,daimyo-daimyo ini diarak
atas usungan. Usungan ini dipikul di tengah-tengah perarakan atau di tengah
jalan,manakala rakyat harus berdiri di tepi jalan memberi penghormatan kepada
daimyo-daimyo ini dengan cara berlutut dan sujud ke tanah. Sekiranya rakyat
atau sesiapa sahaja tidak memberi keutamaan ini maka mereka akan dijatuhi
hukuman.
Adat terakhir ialah adat
perkahwinan. Perkahwinan menjadi satu amalan dan adat yang harus dijalankan
dengan penuh tradisi masyrakat. Perkahwinan dalam masyarakat petani dibuat
melalui pilihan kedua-dua pasangan pengantin dan orang tua hanya bertindak
merestui perkahwinan tersbut. Perkahwinan juga memperlihatkan peranan orang
tengah kerana mereka ini berperanan memneri kepuasan kepada kedua-dua pihak
selain memberi kaum wanita peluang untuk membuat pilihan.
Kesimpulannya,adat di
negara China dan negara Jepun mempunyai peranan yang tersendiri dan berbeza.
Adat di ngara mereka telah menjadi panduan dalam hidup mereka di samping
mencipta hubungan yang erat antara satu sama lain. Walau bagaimanapun selepas
kedatangan pihak Barat ke negara mereka,berlaku perubahan dalam adat mereka dan
adat yang diamalkan oleh mereka
masih kekal sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment