NUFFNANG ADS

Wednesday, September 26, 2012

Soalan Percubaan Stpm Negeri Sembilan 2012





BAHAGIAN A .

1.    Bincangkan kesan2 Revolusi Pertanian pada Zaman Neolitik terhadap perkembangan tamadun manusia.

2.    Huraikan ciri2 pemerintahan negara kota di Athens dan Sparta

3.    Huraikan sistem pentadbiran pusat dan wilayah di India

4.    Jelaskan idea pemikiran ketenteraan yang dikemukakan oleh Sun Tzu

5.    Bincangkan matlamat pendidikan dalam tamadun China

6.    Perihalkan sumbangan Christopher Columbus dan Marco Polo dalam bidang penjelajahan dan penerokaan

7.    Bandingkan ciri2 utama perbandaran di Mesopotamia dengan India

8.    Jelaskan perbezaan antara sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi kapitalisme yang diamalkan di Barat 

BAHAGIAN B

§  Perihalkan sebab dan bentuk penentangan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad SAW sewaktu berada di Kota Mekah.

§  Nabi Muhammad SAW sebagai negarawan. Bincangkan.

§  Khalifah Uthman bin Affan sering menjadi sasaran tuduhan Orientalis Barat sebagai khalifah yang tidak berwibawa. 

§  BincangkanJelaskan sebab2 berlakunya Perang Ahzab dan peranan kumpulan2 utama yang terlibat dalam peperangan tersebut

§  Bincangkan  sumber2 pendapatan negara dan kepentingannya kepada masyarakat pada zaman khulafa' ar-rasyidin

§  Huraikan peranan Acheh sebagai pusat pendidikan di Nusantara

§  Bandingkan konsep manusia menurut pandangan Islam dengan pandangan Arab Jahiliah

§  Bandingkan konsep ketahanan dan pertahanan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Soalan Percubaan Stpm Negeri Pahang 2012


SEJARAH 1

BAHAGIAN A
1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai,bincangkan faktor-faktor yang telah membawa perubahan dari zaman paleolitik kepada zaman neolitik.
2. Jelaskan kemunculan sistem tulisan dengan merujuk kepada contoh-contoh yang terdapat di mesopotamia,mesir dan china.
3. huraikan ciri-ciri pembentukan empayar dengan merujuk kepada tamadun-tamadun awal dunia.
4. huraikan strategi yang digunakan dalam sejarah peperangan sejak zaman tamadun awal manusia.
5. dengan memberikan contoh daripada tamadun awal manusia, bincangkan tujuan dan sebab-sebab perkembangan institusi pendidikan formal.
6. huraikan perkembangan pemikiran ahli-ahli falsafah yunani dan china.
7. jelaskan kesan-kesan yang berlaku hasil daripada pencapaian peneroka-peneroka sepanyol dan portugis pada adab ke 15 dan abad ke 16 masihi kepada sejarah dunia.
BAHAGIAN B
9 . Huraikan tentang bentuk-bentuk agama dan kepercayaan masyarakat arab jahiliah.
10. Jelaskan langkah-langkah yang diambil oleh nabi muhammad s.a.w ke arah pembentukan negara
islam di madinah
11. Nyatakan faktor-faktor dan kesan penghijrahan nabi muhammad s.a.w dari makkah ke madinah.
12. Bincangkan isi kandungan perjanjian hudaibiyah dan terangkan kesannya terhadap
perkembangan syiar islam.
13."'Khalifah uthman bin affan adalah seorang khalifah yang lemah dan tidak berwibawa".Berdasarkan penyataan tersebut ,bincangkan tuduhan dan alasan untuk menyangkal tuduhan tersebut.
14. Bincangkan aspek kepimpinan nabi muhammad s.a.w sebagai seorang tokoh ketenteraan dunia
15. Jelaskan fungsi dan perlaksanaan zakat pada zaman khalifah Al-Rasyidin hinggan zaman Bani Umaiyyah.
16. Bincangkan tentang jenis-jenis seni bina islam di nusantara.

SEJARAH 2

BAHAGIAN A
1. Bincangkan peranan golongan pemerintahan di tanah melayu sebelum campurtangan british..
2. jelaskan sistem ekonomi saradiri di tanah melayu pada awal abad ke 19
3. sejauhmanakah perubahan-perubahan drastik yang dilakukan oleh residen british di perak dan pahang telah menyebabkan penentangan orang-orang melayu di kedua-dua negeri.
 4. huraikan faktor-faktor perkembangan perusahaan getah di malaysia pada penghujung abad ke 19 hingga awal abad ke 20.
5. bincangkan kesan-kesan sosioekonomi darurat di tanah melayu dari tahun 1948 hingga tahun 1960
6. huraikan sistem pemeritahan di malaysia dari tahun 1957 hingga 1963
BAHAGIAN B
7. huraikan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat di china dan india pada awal abad ke 19.
8. bandingkan dasar isolasi(tutup pintu) yang diamalkan oleh jepun dan thailand pada awal abad ke19
9. perjanjian bowring 1855 di thailand dan perjanjian kanagawa 1854 di jepun telah membawa kesan yang besar kepada ekonomi di kedua-dua negara.bincangkan.
10. bincangkan kesan-kesan sosial akibat pentadbiran barat di indonesia dan myanmar(burma)
11. jelaskan perjuangan kuomintang di china dan kongres kebangsaan india di india dalam perjuangan nasionalisme di kedua-dua negara.
12. sejauhmanakah kelemahan pemerintahan raja vajiravudh di thailand dan kelemahan kerajaan manchu di china telah menyebabkan revolusi berlaku di kedua-dua negara.

Soalan Percubaan Stpm Negeri Kedah 2012


PENGAJIAN AM 2

BAHAGIAN A
1. Kerajaan elektronik (e-kerajaan) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan masyarakat dan negara. Bincangkaan kepentingan kerajaan elektronik kepada negara dan langkah y perlu diambil bagi melancarkan pelaksanaannya.
2. Kerajaan telah menjalankan pelbagai usaha untuk membangunkan bidang sukan negara. Namun , terdapat pelbagai maslah y menjejaskan pencapaianatlet dalam bidang sukan tersebut.Bincangkan.
  
BAHAGIAN B
3. Bekalan bahan api fosil didapati semakin berkurang.Kini,para penyelidik telah menemui tenaga gantian bagi mengatasi krisis tenaga.Bincangkan kepentingan tenaga kepada manusia dan implikasi penggunaannya.
4. Penyakit kardiovaskular berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.Justeru,pelbagai langkah perlu diambil untuk mengurangkan risikopenyakit tersebut.Bincangkan.
BAHAGIAN C
5 (a) (i) Faktor mmpengaruhi aplikasi perbankan elektronik ?(ii) kelebihan perbankan elektronikATAU(b) (i)  Tujuan uatam jenayah pemerdagangan manusia.
(ii) Faktor jenayah pemerdagangan berlaku.
6.(a)(i) Bagaimanakah kandungan air boleh hilang drpd badan manusia.
(ii)Kepentingan air kpda badan manusia.
ATAU
(b)(i) Apakah sifat natrium dioksida ?(ii) Kepentingan garam kpda manusia .
BAHAGIAN D7. Graf garis komponen8.Carta pai berbanding
BAHAGIAN E
 9. Jadual
10.Carta pai ( pola perubahan & langkah ) 

BAHASA MELAYU 2

BAHAGIAN A

1. Isu pengabaian terhadap ibu bapa semakin mendapat perhatian masyarakat . Mengapa hal ini berlaku dalam kalangan masyarakat di negara kita ?
2. Kepesatan pembangunan teknologi maklumat menyebabkan rakyat Malaysia semakin malas untuk menjadikan aktiviti membaca sebagai satu amalan . Bincangkan langkah-2 untuk membentuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia .
  
3. Kini , tabiat berhutang sudah menjadi satu trend dalam kalangan masyarakat Malaysia . Jelaskan sebab-2 wujudnya tabiat ini dan huraikan kesannya kepada individu dan keluarga yang terlibat.
4. Kini , minat masyarakat Malaysia , khasnya golongan remaja terhadap bidang sukan semakin meningkat . Sebagai setiausaha jawatankuasa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), anda diminta untuk mengenal pasti kepentingan aktiviti ini dalam kehidupan seharian ramaja di Malaysia . Anda juga diminta untuk menyatakan peranan pihak sekolah untuk memajukan sukan negara . Sediakan laporan yang berkenaan .


SEJARAH 2

BAHAGIAN 1

1.bincangkan perubahan sistem politik di negeri-negeri Melayu antara tahun 1800 hingga 1895.

2.huraikan perbezaan antara adat temenggung dan adat perpatih dalam abad ke-19.

3.bincangkan tindakbalas masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap pentadbiran British antara tahun 1850 hingga 1915.

4.huraikan perkembangan sistem pendidikan di negeri-negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.

5.bagaimanakah pendudukan Jepun telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hinggan 1945.

6.huraikan tahap-tahap perkembangan Parti Komunis Malaya(PKM) dari tahun 1930 hingga 1954.

BAHAGIAN B

7.bandingkan dasar tutup pintu antara nrgara Jepun dan China pada abad ke-   19.

8.bincangkan kegiatan ekonomi sara diri di Vietnam dan Filiphina sebelum peluasan kuasa Barat.

9.huraikan kesan Perjanjian Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.

10.bandingkan pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji pada abad ke-19.

11.bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China dan Myanmar sehingga pertengahan abad ke-20.

12.bandingkan peranan Sukarno dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan India sebelum Perang Dunia Kedua.



Soalan Percubaan Stpm Negeri Kelantan 2012


 BAHASA MELAYU 2

BAHAGIAN A
1- Langkah Kementerian Pelajaran Malaysia mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan, selaras dengan Dasar 1 Murud 1 Sukan dapat memberikan kesan yang positif kepada pelajar. Jelaskan pernyataan ini.
2- Penglibatan pelajar dalam bidang angkasa lepas dapat memenuhi keperluan negara dalam teknologi aeroangkasa. Cadangkan langkah-langkah untuk menarik minat pelajar dalam bidang kajian tersebut.
  
3- Sejak belakangan ini, kemalangan pengangkutan awam semakin meningkat dan sering dilaporkan oleh media massa. Bincangkan punca-punca peningkatan masalah tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
4- Masyarakat kini kurang berminat untuk menyertai aktiviti gotong-royong. Anda diminta menyediakan laporan tentang faktor-faktor berlakunya hal demikian dan mengemukakan cadangan untuk mengatasinya. Tulis laporan anda selengkapnya.
BAHAGIAN B
5- Masalah sosial  dalam kalangan generasi muda  seperti rempit.
BAHAGIAN C 
6- Prosa klasik alih bentuk bahasa kepada prosa bahasa melayu modem
7- dialoq alih bentuk bahasa kepada prosa biasa dalam cakap pindah


SEJARAH 1
BAHAGIAN  A
1.Huraikan sistem organisasi sosial tamadun Mesir dan China
2.Jelaskan ciri ciri sistem pemerintahan republik yang diamalkan oleh pemerintahan di Rom
3.Jelaskan struktur organisasi ketenteraan dalam tamadun india pada zaman klasik
4.Terangkan konsep sara diri,komersial,kapitalisme. Huraikan sebab-sebab perkembangan  sistem kapitalis di Eropah sehingga abad ke 18.
5.Dengan merujuk kepada contaoh yang berkaitan, bincangkan faktor-faktor  yang mempengruhi pendidikan formal dalam tamadun awal manusia.
6.Jelaskan matlamat penerokaan dan penjelajahan orang yunani
7.Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penerokaan oleh Christopher Columbus, Ferdinand Magelan dan Vasco Da Gama.
8.Nilaikan sumbangan Cheng Ho dalam perkembangan tamadun manusia.
BAHAGIAN  B
9.Huraikan latar belakang masyarakat Kota Mekah dan Kota Madinah sebelum kedatangan Agama Islam
10.Perihalkan penentangan yang dihadapi nabi Muhammad saw sewaktu berada di Kota mekah dan nyatakan langkah-langkah yang diambil oleh baginda bagi mengatasinya
11.Khalifah  Uthmn dianggap seorang yang teraniaya kerana menjadi sasaran fitnah.Bincangkan
12.Huraikan aspek kepimpinan Nabi Muhammad saw dalam bidang ketenteraan dgn memberi contoh-contoh yang sesuai.
.13.Bincangkan kaitan peristiwa hijrah dengan matlamat penjelajahan dan penerokaan pada zaman Nabi Muhammad saw dan kesannyn terhadap umat Islam
14.Huraikan sistem halaqah,madrasah dan pondok dalam sejarah pendidikan islam
15.Huraikan pelaksanaan kharaj pada zaman Khulafa Ar Rasyidin
16. Jelaskan prinsip dan amalan kesenian dari perspektif Barat dan Islam

Soalan Percubaan Stpm Negeri Melaka 2012


 PENGAJIAN AM 2

bAhAgiAn A :

1. Aktiviti pemerdagangan manusia bkn sahaja mencemarkan imej negara ini, malah pelbagai implikasi yang timbul. Langkah yang berkesan perlu diambil bagi menangani masalah ini. Bincangkan.
2. Pada masa ini perkembangan yang pesat dalam perkhidmatan perubatan dan hospital swasta di negara ini telah memberi sumbangan yang besar kpd negara. Bincangkan.

bAhAgiAn B :
1. Kawasan terumbu karang di negara ini amat penting terhadap kehidupan alam. Namun, kini terumbu karang menghadapi pelbagai ancaman yang menyebabkan kepupusan spesies ini. Bincangkan.
2. Laporan tahunan dari Kementerian Kesihatan menyatakan bahawa penyakit kardiovaskular mendahului senarai bilangan kematian pada setiap tahun berbanding dengan penyakit-penyakit lain. 
Jelaskan punca berlakunya penyakit kardiovaskular di negara kita.

bAhAgiAn C :
5a. Pelan Integriti Nasional (PIN)-rasional dilaksanakan
5b. ICT- perkembangan ekonomi

6a. Teknologi robotik
6b. Makanan organik-sebab popular & kebaikan pertanian organik.

bAhAgiAn E :
9. Jadual- huraikan mengapa wujud sumbangan nilai eksport minyak dan isirung sawit dari tahun 2007 hingga 2010 sedemikian.
10. Carta aliran- jelaskan kepentingan dan ancaman yang dibawa oleh teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pembangunan di negara ini.



 BAHASA MELAYU 2

bAhAgiAn A :
1. sejauh manakah setuju - gaya hidup moden merupakan punca utama seseorang itu diserang oleh penyakit berbahaya spt p. jantung, p.kanser, p. AIDS dan sbginya.
2. memorandum -penubuhan sekoalh atau rumah harapan untuk membendung gejala pembuangan bayi -> menyatakan sokongan penduduk terhadap usaha t'sbt, disamping mencadangkan alternatif untuk megatasinya.
3. usaha-usaha memperkasakan bahasa melayu.
4. kepentingan bioteknologi kpd negara dan masyarakat.

bAhAgiAn C :
6. pindah bentuk dialog ke dalam cakap pindah.
7. prosa klasik kepada bentuk prosa moden.

Soalan Percubaan Stpm Negeri Perlis 2012



SEJARAH 1

Bahagian A:
1.Huraikan peranan pelbagai lapisan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho dan tamadun Indus.
2.Bincangkan perkembangan sistem pentadbiran pusat dan wilayah di Alam Melayu.
3.Jelaskan kesan Perang Salib terhadap perkembangan masyarakat Kristian di Eropah.
4.Huraikan kepentingan Jalan Sutera yang menghubungkan Timur Jauh dengan rantau Meditteranean dalam menggalakkan perdagangan antarabangsa.
5.Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan pendidikan formal dalam tamadun awal manusia.
6.Huraikan konsep Humanisme dan kesannya terhadap masyarakat di Eropah.
7.Jelaskan sumbangan Cheng Ho dan I-Ching dalam perkembangan tamadun manusia.
8.Bandingkan ciri-ciri utama seni bina pada zaman empayar Rom dengan tamadun Islam.
Bahagian B:
9.Huraikan perubahan-perubahan masyarakat Arab Jahiliah selepas kedatangan Islam.
10.Bandingkan corak pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin dengan pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.
11.Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada kejayaan tentera Islam dalam peperangan yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
12.Huraikan sumber-sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.
13.Bincangkan matlamat pendidikan Islam yang diasaskan oleh Nabi Muhammad SAW.
14.Tamadun Islam mempengaruhi perkembangan budaya dan intelektual tamadun Barat.Bincangkan.
15.Jelaskan faktor dan kesan penjelajahan dan penerokaan yang dilakukan oleh pengembara Islam pada abad ke-10 hingga abad ke-14M.
16.Jelaskan perkembangan dan pencapaian seni bina Islam di Nusantara pada abad ke-15M dan ke-16M.

SEJARAH 2
BAHAGIAN A:
1.Huraikan struktur sosial masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British.
2.Bincangkan hukum adat yang diamalkan di Malaysia sebelum kedatangan British.
3."Johor ialah negeri yang paling lewat menerima campur tangan British". Bincangkan.
 4.Penantangan masyarakat tempatan di Perak dan Pahang disebabkan perasaan tidak puas hati golongan pemerintah terhadap pentadbiran British.
Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan ini.
5.Bincangkan kesan sosioekonomi di negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga Perang Dunia Kedua.
6.Bahasa dan kesusasteraan merupakan faktor penting yang mempengaruhi kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
BAHAGIAN B:
7.Bandingkan sistem beraja di China dan Jepun sebelum campur tangan Barat.
8.Bincangkan dasar pemencilan yang diamalkan oleh Thailand dan Vietnam pada abad ke-19.
9.Sejauh manakah faktor politik menjadi sebab terpenting campur tangan Barat di Myanmar dan China pada awal abad ke-19.
10.Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa 1854 dan Perjanjian Bowring 1855 terhadap Jepun dan Thailand.
11.Bincangkan peranan golongan agama terhadap kebangkitan semangat kebangsaan di Indonesia dan Myanmar pada awal abad ke-20.
12.Huraikan faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Revolusi 1911 di China dan Revolusi 1932 di Thailand. 


PENGAJIAN AM 2

bahagian A:
1.Dewasa ini, negara kita sering menganjurkan kejohanan sukan bertaraf antarabangsa.Pelbagai implikasi positif & negatif timbul daripada penganjuran tersebut.Bincangkan.
2.Warisan negara mempunyai nilai budaya & nilai keseniannya yang tersendiri.Warisan ini mencirikan identiti negara dan merakamkan sejarah penting negara.Oleh itu, pengekalan warisan bersejarah harus diberikan perhatian yang serius di negara kita.Berikan pendapat anda tentang penyataan ini.
bahagian B:
3.Air banjir mengandungi bahan toksik, najis haiwan dan manusia yang mewujudkan pelbagai penyakit berjangkit.Jelaskan bagaimana air banjir menjadi punca penyakit berjangkit tersebut dan langkah yang perlu diambil untuk mengawalnya.
4.Amalan penggunaan produk penjagaan kesihatan dan kecantikan diri pada masa ini dikatakan dapat mendatangkan pelbagai manfaat.Walau bagaimanapun, amalan ini dibimbangi boleh memudaratkan kepada pengguna.Bincangkan pernyataan ini.
bahagian C:
5(a) Internet(jenayah siber)
(b) pelaksanaan Rancangan Buku Hijau(kesan positif pelaksanaan)
6(a) kelapa sawit(kegunaan daun kelapa sawit)
(b) taman laut(faktor2 yg mengancam ekosistem marin)
bahagian D:
7.graf bar
 8.graf garis kompaun
bahagian E:
9.Berdasarkan jadual,nyatakan perubahan yg berlaku & berikan kepentingan subsidi dlm perkembangan ekonomi negara.
10.Berdasarkan gambarajah, huraikan elemen2 utama dlm pembentukan insan yg seimbang dlm sistem pendidikan negara.

BAHASA MELAYU 2
Bahagian A:
1.kebaikan perubatan alternatif
2.cara2 meningkatkan mutu sukan negara
3.ceramah (usaha2 utk memartabatkan bahasa melayu di negara ini)
4.laporan (sbb kenaikan harga barang & cara untuk mengatasinya)

MIKROEKONOMI
BAHAGIAN B:
1.Terangkan perbezaan antara barang percuma, barang ekonomi dan barang awam.[6]
2.Huraikan kesan terhadap permintaan perkhidmatan penerbangan MAS jika
(a) harga tiket penerbangan Air Asia meningkat.[3]
(b) cukai lapangan terbang meningkat.[3]
3.Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan terhadap lebihan pengguna kereta Proton Preve di pasaran apabila berlaku 
(a) perkembangan teknologi pengeluaran kereta proton preve.[3]
(b) kenaikan kos pengeluaran kereta proton preve.[3]
4.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan terhadap jumlah keuntungan monopoli jika kerajaan menetapkan tingkat harga pada hasil purata sama dengan kos purata (AR=AC).[6]
5.Terangkan tiga faktor yang menghalang kemasukan firma baru ke dalam pasaran monopoli.[6]
6.Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan perbezaan antara pasaran monopoli dengan pasaran persaingan sempurna dari segi
(i) kecekapan peruntukan
(ii) kecekapan pengeluaran[6]
7.(a) Apakah maksud kadar bunga nominal dan kadar bunga benar?[2]
(b) Dengan menggunakan contoh berangka, terangkan perbezaan antara kadar bunga nominal dengan kadar bunga benar.[4]
8.Terangkan beban cukai yang masing-masing ditanggung oleh pengeluar dan pengguna jika keluk penawaran adalah anjal.[6]
BAHAGIAN C
9.(a) Apakah maksud perubahan permintaan.[2]
(b) Huraikan empat faktor yang akan mengalihkan keluk permintaan kasut ke kiri daripada keluk asal.[8]
10.Andaikan pengguna berada dalam keseimbangan pengguna daripada penggunaan barang A dan barang B. Huraikan perubahan kuantiti permintaan ke atas barang A dan barang B apabila berlaku perubahan harga barang A.[10]
11.Mengapakah firma dalam pasaran persaingan sempurna yang mengalami kerugian tetapi masih meneruskan operasi. Bincangkan dengan bantuan gambar rajah.[10]
12.Salah satu daripada matlamat utama Kesatuan Sekerja adalah untuk menuntut tingkat upah yang lebih tinggi. Terangkan 3 kaedah bagaimana Kesatuan Sekerja menuntut tingkat upah yang lebih tinggi dan kaedah manakah yang terbaik. Mengapa?[10]

Awan,kalau dapat ku capai maka saktilah hamba..








DO YOU DARE TO DREAM???




SKEMA JAWAPAN PENGAJIAN AM 2 PERCUBAAN NEGERI PERAK 2012


 
Bahagian A

Soalan 1
Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan  ‘keldai dadah’ terus meningkat.  Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.  Bincangkan.

Pengenalan.
‘Keldai dadah’ merujuk kepada seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk  membawa dadah secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kes rakyat Malaysia ditipu ini berpunca daripada kecuaian sendiri dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil  untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: PUNCA

1.

Tahap pemikiran yang lemah.

- mudah tertipu atau diperdaya.
- mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis.
- dijanjikan kekayaan melalui keuntungan jangka  pendek.
- tidak memikirkan soal kesan dan implikasi kepada  diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak.
- mudah percaya kepada orang luar atau asing yang  baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan  pendapatan luar biasa.

2.
 Sikap tamak.
- ingin menjadi kaya dengan cepat.
- wanita tempatan yang kesempitan wang atau  menghadapi masalah kewangan  mudah menjadi   mangsa sindiket.
- segala nasihat dan pendedahan tentang kes ini tidak  dipedulikan dan diambil kisah.
3.
 Kemudahan teknologi maklumat
    (ICT).
- sindiket menggunakan ‘facebook’ atau pelbagai laman   sosial popular untuk mencari kenalan wanita dan  memikat mereka sehingga jatuh cinta.
- sepanjang tempoh bercinta, mereka diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar  negara.
- anggota sindiket akan mengambil kesempatan dan  memperdayakan mangsa untuk membawa dadah.
4.
 Permintaan dadah yang tinggi.
- negara-negara tertentu menjadikan dadah sebagai  sumber pendapatan mereka. Contoh: Afghanistan dan  
  Colombia.
- keinginan untuk keluar daripada kemiskinan dan   mencari kemewahan dalam masa yang singkat.
- pasaran dadah di Eropah dan negara-negara Barat amat  luas dan mendapat permintaan yang tinggi.
- harga dadah  yang berlipat ganda menyebabkan manusia  sanggup merentas benua dan sempadan malah berkorban  nyawa.

B: LANGKAH

5.

 Pendidikan.

- komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan anak-anak
  mereka supaya tidak mudah terpedaya.
- anggota keluarga merupakan kelompok yang paling rapat dengan anak-anak dan berpeluang mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

6.
 Berwaspada terhadap sesuatu
  tawaran.
- menyiasat sesuatu tawaran.
- tidak mudah mempercayai janji atau tawaran yang disertakan pulangan lumayan sebagai ganjaran untuk ke
  luar negeri.
- tawaran kerja melalui internet dengan gaji yang lumayan perlu disiasat secara mendalam.
- jangan mudah menerima kiriman orang tanpa memeriksa isi kandungan kiriman.
- jangan mudah memberi kesanggupan jika tidak mengetahui, melihat dan memeriksa kandungan yang
  dikirim.

7.
 Mendaftar dengan kedutaan/
 konsul Malaysia di luar negara
    apabila melancong.
- mendaftar melalui e-mel atau datang sendiri ke pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.
- memudahkan mereka dibantu jika sekiranya berlaku sebarang  musibah.
- memudahkan keluarga mereka dihubungi.
- boleh mendapatkan bimbingan nasihat daripada Pegawai Konsulat Malaysia di negara itu.

8.
Kempen kerajaan  melalui  media
 massa.
- Kementerian Luar Negeri bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengingatkan masyarakat yang hendak   keluar negara supaya sedar bahawa sudah ramai yang dijadikan ‘keldai dadah’.
- mengingatkan mereka tentang undang-undang berat yang diterima oleh mereka jika tertangkap.
- pihak kerajaan tidak boleh campurtangan dengan undang-
  undang negara lain jika sekiranya mereka tertangkap di negara asing.


Penutup.
‘Keldai dadah’ merupakan salah satu ancaman besar kepada negara. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat ini.

Skema: 2+2

Soalan 2

Sumbangan tenaga kerja asing membantu pertumbuhan ekonomi negara . Namun kebanjiran mereka boleh memberi impak negatif kepada negara. Jelaskan pernyataan di atas.

Skema jawapan

Pengenalan.  

Pertumbuhan ekonomi negara memerlukan banyak tenaga kerja . Justeru, sumbangan tenaga kerja asing diperlukan untuk memastikan kemajuan negara tercapai. Keadaan ini, boleh menimbulkan pelbagai impak negatif kepada negara

BIL
ISI
HURAIAN
     
A : SUMBANGAN

1.

Mengisi kekosongan tenaga kerja

- Sektor perindustrian, perkhidmatan ,pertanian dan perladangan, memerlukan tenaga kerja asing.
-Sikap segelintir rakyat tempatan  memilih kerja, menyebabkan berlaku kekurangan tenaga buruh, maka guna tenaga penuh tidak tercapai.
- kekosongan ini, diisi oleh tenaga kerja asing yang sanggup bekerja dengan kadar upah yang rendah 
   
2.
Meningkatkan produktiviti.
- tenaga kerja asing  separuh mahir/tidak mahir diperlukan dalam sektor perladangan: contoh kelapa sawit.
-mereka akan melakukan kerja-kerja yang diarahkan oleh majikan , tanpa sebarang rungutan.
- hal ini akan menyebabkan produktiviti meningkat dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan negara.


3.

Perkongsian pintar dalam teknologi

- tenaga kerja asing daripada negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat, dapat berkongsi kepakaran dengan pekerja tempatan.
- pemindahan teknologi terkini berlaku secara terus dan dapat menjimatkan kos.
- pihak majikan tidak perlu menghantar pekerja tempatan untuk berkursus di luar negara.


4.

Budaya kerja berkualiti

- amalan ini dapat diterapkan kepada pekerja tempatan
-mampu melahirkan pekerja tempatan yang mempunyai wawasan, berintegriti, akauntabiliti, kreatif dan inovatif


B: IMPAK NEGATIF

5.

Mewujudkan persaingan dengan tenaga kerja tempatan

- kedatangan tenaga kerja asing telah menyukarkan tenaga kerja tempatan untuk mendapatkan pekerjaan.
- majikan lebih berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada tenaga kerja asing kerana kadar upah yang rendah (seperti buruh ladang dan pembinaan).
- kadar pengangguran negara meningkat
-menjejaskan taraf hidup penduduk tempatan


6.

Peningkatan pelbagai masalah sosial

- kes jenayah meningkat kerana kebanyakan tenaga kerja asing kurang mahir dan tidak mahir, cenderung untuk terlibat dalam kes jenayah seperti pecah rumah, merompak , membunuh, pemalsuan dokumen, dan pergaduhan, kerana upah yang diterima tidak dapat menampung kos hidup mereka.
- hal ini akan mengganggu ketenteraman dan keselamatan awam .
-aktiviti pelacuran / perdagangan seks meningkat , kerana terdapat agensi yang mengambill pekerja asing menyalahgunakan permit yang diberi.

7.

Penyebaran penyakit berjangkit/ berbahaya

- penyakit berjangkit seperti TB (batuk kering), mudah merebak kerana mereka tidak mengambil suntikan /vaksin pencegahan penyakit berjangkit ini.
- ada dalam kalangan mereka juga merupakan pembawa HIV dan Hepatitis
- persekitaran tempat tinggal yang kotor dan sesak juga turut mempercepatkan perebakan penyakit berjangkit ini.

8,

Pengaliran wang keluar meningkat

- sebahagian besar pendapatan mereka dihantar ke negara asal.
-keadaan ini menyebabkan pengaliran mata wang negara, keluar tanpa kawalan
- seterusnya menjejaskan imbangan pembayaran negara.


Penutup

Kita tidak menafikan bahawa  tenaga kerja asing juga turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi  negara . Namun, dalam masa yang sama pihak kerajaan wajar mengawal pengambilan tenaga kerja asing agar hak rakyat tempatan untuk memperoleh pekerjaan tidak dipinggirkan. Tapisan yang  ketat juga perlu dilakukan untuk memastikan kehadiran mereka ini tidak menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara.


Skema : 2+2

Bahagian B

Soalan 3

Tanah runtuh merupakan satu fenomena geobencana yang dikaitkan dengan faktor alam dan aktiviti manusia. Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan.
Tanah runtuh merupakan satu fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini. Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara semulajadi dan aktiviti manusia sendiri.   

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: FAKTOR ALAM

1.

 Kebolehan hujan.

- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan  yang lebat akan menyebabkan kandungan aliran  air dalam tanah menjadi banyak.
- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam  tanah.
- tanah menjadi lemah dan mudah runtuh.
- pergerakan tanah akan berlaku di kawasan yang  mengandungi kuantiti takungan atau larian air  yang banyak.

2.
Pemotongan cerun
- anak sungai dan sungai berliku akan memotong cerun pada bahagian lengkung.
- dalam kawasan air pasang, ombak dan arus akan  memotong cerun bahan tak kukuh.
- hakisan tebing yang berlaku perlahan tetapi berterusan.
- proses hakisan akan melemahkan kestabilan cerun dan seterusnya membawa kepada tanah runtuh.

3.
Kebolehan runtuhan tanah
- berlaku di kawasan yang kurang mempunyai tanah  liat dan kadar resapan yang rendah.
- kawasan yang banyak mengandungi tanah pasir berbanding tanah liat mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
- berlaku juga  di cerun yang curam.
- berat yang melampau di permukaan cerun ini akan  menyebabkan berlakunya gelongsoran  tanah.

4.
 Gempa bumi/letusan gunung berapi
- menghasilkan gegaran dan ketegangan yang boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan.

B: FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

5.

Pembangunan di kawasan tanah tinggi

- pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan   bangunan secara tidak terancang.
- menjalankan aktiviti pemotongan dan  penambakan yang tidak mengambil kira faktor- faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan  tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah  permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan

6.
Pembalakan secara berterusan.
- penebangan hutan untuk tujuan pembalakan  menyebabkan tanah terdedah kepada agen  hakisan.
- struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi
  menyebabkan berlakunya tanah runtuh.

7.
Pengubahsuaian cerun.
- bukit-bukit ditarah/dipotong  untuk pembinaan  jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
- pemotongan cerun akan melemahkan kestabilan cerun

8.
Aktiviti pertanian tanah tinggi.
- pokok-pokok akan ditebang untuk aktiviti  pertanian.
- penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan  terganggu.
- akar-akar tumbuhan akan mengurangkan  kestabilan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah.
- sokongan tanah akan menjadi longgar dan  memudahkan berlakunya tanah runtuh.

Penutup.
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan bencana ini berlaku.

Skema: 2+2

Soalan 4

Amalan pemakanan masyarakat pada masa kini bukanlah satu-satunya faktor yang menyebabkan penyakit kronik . Justeru, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini.
Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.

Skema jawapan

Pengenalan
Jumlah penghidap penyakit kronik seperti penyakit jantung, diabetes, dan hipertensi, semakin meningkat.Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan  penyakit kronik ini terjadi ini. Justeru langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan.

Bil
Idea utama
Huraian
      A : FAKTOR WAJIB

1.

Amalan pemakanan

-  mengambil makanan yang mengandungi kandungan   gula,garam dan lemak yang tinggi.
-  corak pemakanan yang tidak seimbang/
-  kurang menjaga kepentingan gizi makanan seimbang

      B : FAKTOR-FAKTOR LAIN:
2.
Tekanan
- Kesibukan dan beban kerja , rehat yang tidak cukup/ keletihan yang melampau menyebabkan stress.
- kegagalan menguruskan emosi dengan baik, akan menyebabkan distress.
-  keadaan ini akan menyebabkan badan kita kekurangan oksigen,darah dalam badan akan menjadi pekat,dan degupan jantung semakin kencang.
-Hal ini menyebabkan seseorang boleh menghidap penyakit kronik seperti hipertensi dan serangan jantung.
3.
Mengamalkan cara hidup tidak sihat

-  melakukan hubungan seks rambang. – HIV dan AIDS
-  berkongsi jarum suntikan – HIV dan AIDS
-  minum minuman beralkohol
-  mengambil pil perangsang secara berlebihan seperti Viagra, steroid
4.
Kurang melakukan senaman/ aktiviti riadah/kecergasan
-   lemak  berkumpul , menyebabkan saluran darah sempit/tersumbat.
-   menyebabkan pengumpulan asid – seperti asid urik
-   kadar metabolisme rendah.
-  hal ini akan membebankan fungsi hati, ginjal dan jantung.


5.

Faktor genetik

- apabila keluarga induk ( ibu bapa ) menghidap penyakit kronik seperti hipertensi, diabetes dan barah
 - anak-anak berisiko tinggi untuk mewarisinya.

C:  LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN:

6.

Mengamalkan diet yang seimbang

-mengikut piramid makanan
-kurangkan gula, dan garam dalam makanan
-mengelak/ mengurangkan penggunaan bahan perasa seperti MSG dan bahan pengawet


7.

Pengurusan stres yang baik

- berfikiran positif
- melakukan terapi kerohanian / mendekatkan diri dengan tuhan/ aktiviti keagamaan
- bermeditasi / aromaterapi


8.

Mengamalkan gaya hidup sihat

- tidak merokok dan elakkan menjadi perokok pasif
-jangan minum minuman beralkohol
- tidak melakukan seks rambang
- tidak berkongsi jarum suntikan


9.

Pemeriksaan kesihatan berkala

- sekurang-kurangnya 3 bulan sekali : dapat mengetahui punca penyakit.
- dapat mengambil langkah-langkah pencegahan sekiranya mengetahui simptom-simptom penyakit kronik.


10.

Melakukan aktiviti kecergasan/ bersukan dan berekreasi


- melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu ( sekurang-kurangnya 20 minit setiap sesi)
-aktiviti ini membolehkan pembakaran lemak berlaku
-perembesan toksik melalui proses perpeluhan
-kadar metabolisme badan akan meningkat



Penutup

Masyarakat pada masa kini, harus peka dalam menjaga  kesihatan bagi mengelakkan menghidapi pelbagai penyakit  kronik.

Skema : 1+ 1+ 2

A
B
C
1
1
2


Bahagian C

5 (a)

i.  Kekayaan sumber bahan mentah di samping sikap positif pemimpin dan rakyat mampu mengekalkan kestabilan ekonomi.

ii.Kepentingan pelaburan asing:
1.      Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.
2.      Pemindahan teknologi dan kepakaran.
3.      Mengoptimumkan penggunaan sumber asli tempatan.
4.      Pembangunan infrastruktur dalam negara.
5.      Mempelbagaikan kegiatan ekonomi (penerokaan sektor ekonomi baru).


ATAU

5 (b)

i.   Menyediakan pusat pembakaran sampah berteknologi tinggi yang mampu menghalang pencemaran dan memulihara alam sekitar.

ii.Potensi Teknologi Hijau:
1.      Meningkatkan pendapatan negara.
-membuka pasaran baru seperti pembinaan bangunan hijau.
-menghasilkan produk hijau untuk tujuan eksport seperti kereta hibrid
2.      Menyediakan peluang pekerjaan.
- dalam bidang-bidang baru berkaitan teknologi hijau
3.      Mengurangkan kos
-kos rawatan untuk atasi pencemaran dan penyakit dapat dkurangkan
4.      Menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan
-mencipta/membangunkan teknologi hijau/mesra alam
5.      Mewujudkan perkongsian pintar antara negara
-cth: Malaysia dan Jerman.( Jerman merupakan peneroka teknologi hijau).

      

6 (a)     i.-Tanaman beriklim sederhana mampu ditanam di tanah rendah kerana teknologi ini  mengawal persekitaran tanaman mengikut keperluan tanaman.

ii.1.Pengeluaran tanaman temperat (berdasarkan suhu) boleh dijalankan sepanjang tahun tanpa halangan musim, keadaan dan cuaca.
1.      Sistem penanaman tidak bergantung pada jenis atau kualiti tanah.
-menggunakan media kultur tiruan yang tidak berasaskan tanah dan mempunyai kepadatan pukal yang ringan.
-kawasan tanah yang bermasalah seperti bekas lombong, tanah berasid, tanah bris boleh dimanfaatkan.
           3.   Mesra alam
                 -tidak menggunakan racun serangga yang menghasilkan sisa kimia.
                 -ini kerana persekitaran serangga dikawal sepenuhnya oleh struktur yang kedap   
                  udara.
          4.   Menjimatkan kos
-keseluruhan operasi, penentuan dan kawalan persekitaran untuk pertumbuhan pokok pada keadaan yang optimum dijalankan oleh sistem dengan  pengawasan minimum pekerja.
-kurangkan kos tenaga buruh
         5.   Mengurangkan import yang tinggi untuk hasilkan pengeluaran tanaman beriklim 
               sederhana.
               -Cth: Cameron Highland alami saiz pengeluaran yang kecil dibandingkan dengan  
               permintaan pasaran. Oleh itu terpaksa impot.

ATAU

6 (b)   
i.  Masalah alam sekitar di kawasan bandar berlaku akibat perluasan guna tanah yang berpunca daripada  pertambahan penduduk dan peningkatan pelbagai aktiviti.

ii.   Implikasi-implikasi yang disebabkan oleh ketepuan pembangunan bandar:
  1. Risiko pencemaran udara
- pembangunan – kilang, rumah, kenderaan
-  asap dibebaskan ke atmosfera.
      2.    Risiko bencana alam
            - Kawasan tanah tinggi dicerobohi untuk pembangunan.
            - Tanah tinggi telah dibangunkan secara rakus.
            - Mengundang risiko tanah runtuh dan hakisan tanah.
      3.   Pencemaran air sungai dan air bersih.
            - Projek pembinaan infrastruktur, perumahan, perindustrian dan infrastruktur   
              komersial menyumbang kepada pencemaran air.
  -banjir kilat sering berlaku.
  -hidupan akuatik mati/pupus
      4.   Peningkatan jumlah sisa pepejal
            - kawasan tapak pelupusan sisa pepejal yang mencukupi menjadi keperluan yang       
              mendesak.
            - bau busuk dari tapak pelupusan sampah
            - kemunculan vektor pembawa penyakit : Contoh  lalat dan tikus
     5.  Kesihatan terjejas
          - pembangunan yang tidak seimbang menyebabkan pelbagai penyakit
          - Cth: Taun, Denggi, Asthma
       
Bahagian D

Soalan 7         

MALAYSIA: PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM BIDANGPERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011

Negara
Perubatan (RM Ribu)

Pergigian (RM Ribu)


Nilai
%
Sudut
Nilai
%
Sudut
Australia
1067.35
22.91
82.48
821.80
22.59
81.32
India
587.74
12.62
45.42
381.69
10.49
37.77
Indonesia
267.48
5.74
20.67
232.09
6.38
22.97
Ireland
1382.20
29.67
106.81
1097.40
30.17
108.59
United Kingdom
1354.10
29.06
104.63
1104.99
30.37
109.35
Jumlah
4658.87
100
360
3637.97
100
360

Disesuaikan daripada  Risalah, Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012

Skema:
1.         Media yang paling sesuai ialah carta pai berbanding.
2.         Kedudukan carta pai mestilah selari dengan tajuk.
3.         Sekiranya calon melukis media lain, salah media - 01m (Rujuk Jadual)
4.         Untuk negara Ireland, calon tidak boleh menggunakan peratus yang diberi (30.17%) untuk mendapat nilai mutlak. Nilai mutlak diperoleh daripada hasil tolak jumlah keseluruhan dengan negara-negara lain.
                                                               
MALAYSIA:PERBANDINGAN PEMBIAYAAN KOS PENGAJIAN PELAJAR
TAJAAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) DALAM
BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN MENGIKUT
 NEGARA- NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2011



                                       Disesuaikan daripada  Risalah,
                         Jabatan Penerangan Malaysia, Tahun 2012












Soalan 8

MALAYSIA : JUMLAH WARGANEGARA MENGIKUT KUMPULAN ETNIK DAN JANTINA BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010 (ANGGARAN)

Tahun
Etnik
Lelaki (ribu orang)
Perempuan (ribu orang)
2008
2009
2010*
2008
2009
2010*
Bumiputera
8310
8441.5
8574.4
8200.9
8333.5
8467.7
Cina
3224.8
3252.1
3278.3
3111.1
3142.5
3173
India
937.3
946.2
954.9
947.8
958.8
969.6
Lain-lain kaum
170.5
175.3
180.1
169.2
173.9
178.7
JUMLAH
12642.6
12815.1
12987.7
12429
12608.7
12789

Nota:
*Tahun anggaran

(Dipetik dan disesuaikan daripada Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)

Nota:
1.      Media yang sesuai: Graf Bar Piramid Komponen
2.      Selain Graf Bar Piramid Komponen – Salah Media – 01 (Rujuk Jadual)
  1. Sekiranya tiada perkataan ‘Tahun anggaran’ dalam tajuk - salah tajuk ( 06 m )
  2. Sekiranya ‘tahun’ menjadi petunjuk  -  01 m

Bahagian E


9.         Berdasarkan jadual berikut, huraikan keadaan perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan mengikut sektor terpilih di Malaysia bagi tahun 2008 hingga 2010. Jelaskan punca-punca peningkatan perbelanjaan tersebut.

MALAYSIA : PERBELANJAAN MENGURUS KERAJAAN PERSEKUTUAN BAGI TAHUN 2008 HINGGA 2010
                           Tahun
Sektor
(RM juta)
2008
2009
2010
Keselamatan
18 510
19 583
18 102
Perkhidmatan sosial
54 582
57 526
58 237
Perkhidmatan ekonomi
14 575
13 825
11 680
Pentadbiran am
12 450
27 123
15 936
Lain-lain
47 959
35 442
53 112
Jumlah
148 076
153 499
157 067


(Sumber: Dipetik dan disesuaikan daripada  Buku Tahunan Perangkaan,
Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010)



Skema Jawapan:

Pengenalan:


BIL
IDEA
HURAIAN
A: POLA PERUBAHAN



1.


Meningkat
Jumlah keseluruhan



2008 : RM 148 076 juta
2010 : RM 157 067 juta
Perbezaan : RM 8 991 juta
% peningkatan : 6.07%

2.
Meningkat
Perkhidmatan sosial

2008 : RM 54 582 juta
2010 : RM 58 237 juta
Perbezaan : RM3 655 juta
% peningkatan :6.70%

3.
Menurun
Perkhidmatan ekonomi

2008 : RM14 575 juta
2010 : RM11 680 juta
Perbezaan : RM 2 895 juta
% penurunan : 19.86%


4.

Tidak konsisten
(i) Keselamatan





(ii) Pentadbiran am





(iii) Lain-lain


2008 : RM 18 510 juta
2009 : RM 19 583 juta (naik RM1 073 juta / 5.80%)
2010 : RM18 102 juta (turun RM1 481 juta / 7.56%)

2008 : RM 12 450 juta
2009 : RM 27 123 juta (naik RM14 673 juta / 117.86%)
2010 : RM15 936 juta (turun RM11 187 juta / 41.25%)

2008 : RM47 959 juta
2009 : RM35 442 juta (turun RM12 517 juta / 26.10%)
2010 : RM53 112 juta (naik RM 17 670 juta / 49.86%)


B. POLA PERBANDINGAN

5.


2008

Paling tinggi : RM54 582 juta berbanding jumlah keseluruhan  RM148 076 juta.
% sumbangan : 36.86%
Paling rendah : RM12 450 juta
% sumbangan : 8.41%

6.
2009

Paling tinggi : RM57 526 juta berbanding jumlah keseluruhan RM153 499 juta.
% sumbangan : 37.48%
Paling rendah : RM13 825 juta
% sumbangan : 9.01%

7.
2010
Paling tinggi : RM58 237 juta berbanding jumlah keseluruhan RM157 067 juta.
% sumbangan : 37.08%
Paling rendah : RM11 680 juta
% sumbangan : 7.44%

C: PUNCA-PUNCA PENINGKATAN

- penambahbaikan tahap kesihatan khasnya di luar bandar
- naik taraf sekolah
- naik taraf rangkaian jalan raya
- penambahbaikan rumah rakyat miskin


Penutup:
Kesimpulannya, perbelanjaan mengurus Kerajaan Persekutuan diagihkan secara saksama demi kesejahteraan rakyat.


Catatan:
Skema
A
B
C
2
1
1
·         Jika calon membincangkan punca yang bersesuaian, terima.
·         Jika calon membincangkan punca bersama pola – TR
·         Jika calon tidak sertakan RM juta (atau tiada salah satu) – TR

10  Berdasarkan carta di bawah, jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi kes-kes kelewatan pembedahan  di hospital dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya

Skema jawapan


Pendahuluan
            Pengurusan hospital yang efektif dapat menyelamatkan nyawa manusia dan meningkatkan kepercayaan pesakit kepada organisasi tersebut. Justeru, pihak MAMPU telah menyediakan panduan untuk meningkatkan mutu kerja sesebuah hospital.

BIL
IDEA
HURAIAN
A: PUNCA

1.

Manusia


*Persediaan pesakit yang tidak lengkap
- Masalah keputusan makmal
- Borang persetujuan tidak lengkap
*Bermasalah dengan pembiusan
- Pembiusan yang sukar
- Pembedahan berisiko

2.
Kaedah
*Perubahan senarai pembedahan saat akhir
- Sistem koodinasi kurang efektif
- Tiada informasi
*Kes biohazard
- Masa cucian bilik bedah yang panjang
*Kelewatan pesakit dihantar ke Dewan Bedah
-Kurang penyeliaan
- Faktor kakitangan

3.
Mesin
*Tidak mencukupi
- Peralatan digunakan serentak
*Tiada dalam stok
- Kes kecemasan - cth kemalangan

4.
Persekitaran
*Suhu bilik bedah yang melebihi 21◦c
- Kurang penyelenggaraan
- Pendingin tidak dipasang awal

B: LANGKAH

5.

Latihan dan kursus

-Mengadakan latihan berstruktur dan sistematik mengikut bidang masing-masing
-Meningkatkan kecekapan dan mutu kerja

6.
Perunding pengurusan dan pentadbiran
-Membuat penstrukturan semula dan pengagihan tugas yang adil
-Meningkatkan penyeliaan terhadap kakitangan dan kerja-kerja perkeranian bagi mengelak kesilapan atau maklumat tidak lengkap.
7.
Peralatan
-Menambah pembelian peralatan untuk menampung proses pembedahan yang berlaku serentak.
-Memohon peruntukan kewangan yang tinggi berdasarkan keperluan peralatan baru.
8.
Tenaga Pakar Luar
-Mengurangkan masalah kekurangan tenaga pakar semasa pembedahan.
-Mendapat khidmat nasihat tenaga  melalui video konferen
9.
Menambah kakitangan
-Menambah bilangan kakitangan di unit yang kritikal seperti unit pembedahan.
-Penambahan kakitangan dapat mengurangkan beban kerja dan kecuaian pekerja.
Pihak hospital perlu menangani semua masalah yang dihadapi oleh pesakit untuk mengurangkan risiko kematian dalam kalangan pesakit. Nama baik sesebuah hospital bergantung kepada kecekapan pengurusan organisasi tersebut. Skema:    2 + 2:
1.         Huraian 0m - jika calon tidak menyatakan sub-topik yang ada dalam kotak.