Sememangnya sifat manusia tu selalu lupa..
Friday, September 28, 2012
Wednesday, September 26, 2012
Skema Jawapan Sejarah 2 Percubaan Stpm 2012 Negeri Kedah
Posted by
Zara Sabrina
1.
Bincangkan perubahan sistem
politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800 hingga 1895.
A. Pengenalan (
2@3 M )
1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan
dan Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.
2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat
daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat
kampung diketuai oleh penghulu.
3. Namun begitu selepas campur British pada tahun
1874,sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada
empat peringkat iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat
residen British, Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut
cukai dan majistret, Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai
oleh ketua kampung.
B. Isi (20 M)
Sistem
pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri
a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran
negeri-negeri Melayu diketuai oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang
kuasa politik yang tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa mutlak.
b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu
oleh pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri
kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing. Gelaran
pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.
c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula
adalah berasaskan Adat Perpatih. Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh Undang Berempat bagi
melaksanakan pentadbiran negeri yang
terdiri daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang Sungai
Ujong.
d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam
pentadbiran negeri, raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat.
Kedaulatan seorang raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning
dan pemberian peralatan kebesaran.
e) Perlantikan
seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi semua negeri
Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan berasaskan sistem warisan
atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila seseorang raja/sultan mangkat,
putera sulung sultan dari permaisuri yang berdarah raja ataupun adik lelakinya
sekiranya baginda tidak mempunyai waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.
f) Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi
mentadbir negeri dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini,
bakal sultan Perak hendaklah terlebih
dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara dan Raja Muda. Pelantikan
Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula dilakukan oleh Undang 4 di kalangan
putera baginda ataupun orang luar sekiranya tidak ada putera baginda yang
layak.
2. Peringkat
Daerah / Jajahan.
a) Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa
daerah/jajahan. Pentadbiran
daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan. Mereka digelar
Orang Besar-Besar.
b) Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan
melalui surat tauliah yang mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas
dan mempunyai kuasa penuh dalam daerah
/ jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan pentadbiran mereka bergantung
kepada kawasan yang diperuntukan dalam surat tauliah yang dikurniakan
raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan bertanggungjawab kepada raja/sultan.
c) Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar
daerah/ ketua jajahan adalah sangat
penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat rapat dengan rakyat.Oleh yang demikian,
mereka sangat berkuasa dan penting sebagai perantaraan antara rakyat dengan
sultan. Justeru itu, terdapat kes-kes di
mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di Perak, pembesar
daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa menyingkirkan sultan yang
mereka tidak sukai.
d) Kekuasaan dan
pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada jumlah pengikutnya. Pembesar
daerah dibenarkan memungut cukai didaerah yang diperuntukan kepada mereka
sebagai punca pendapatan.
3. Peringkat Kampung
a) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil
dalam sistem politik Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau
Tok Kweng di Kelantan.
b) Mengikut adat,
penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih akan dilantik oleh
sultan dengan cara menganugerahkan surat
tauliah.
c) Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar
daerah dengan penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi
pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri
Melayu selepas campur tanganBritish
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri.
a) Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu
telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan
kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.
b) Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan
atas nasihat seorang residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri
(MMN). Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli
Melayu dan ahli bukan Melayu.
c) Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan
dalam pentadbiran negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan tertinggi dan badan kerajaan yang utama.
d) Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di
mana beliau boleh membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan
yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.
e) Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN
hanya boleh dibuat dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor Negeri-Negeri Selat mempunyai kuasa untuk
membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.
f) Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.
2. Peringkat
Daerah.
a) Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah.
Pentadbiran daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai
Pemungut cukai dan Majistret.
b) Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan
menjadi majistret bagi mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat
daerah.
c) Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga
perbendaharaan daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam
dan mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.
3. Peringkat Mukim
a) Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran
yang lebih kecil iaitu mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu.
Penghulu dilantik di kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai
pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang Melayu dan
mempunyai kelayakan pendidikan.
b) Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir
undang-undang tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada
kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.
4. Pentadbiran Kampung
a) Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil
iaitu kampung. Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih
di kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan
masyarakat kampung tersebut.
b) Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan
mendapat pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.
5. Pentadbiran bandar.
a) Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan
untuk menyediakan dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga
Kesihatan ialah mengeluarkan lesen
peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan meluluskan pelan
pembangunan.
b) Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga
dan mengawal kepentingan penduduk yang
berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik
untuk melindungi dan menjaga kepentingan orang Cina.
C. Penutup ( 2 @
3 M )
1. Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu telah berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih
moden.Namun bagitu pada dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih
dikekalkan,tetapi fungsinya telah diubah mengikut keperluan masa.
2. Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih
dikekalkan tetapi bidang kuasa mereka amat terbatas.
2.
Huraikan perbezaan antara
Adat Temenggung dengan Adat Perpatih dalam abad ke-19.
A. Pengenalan. ( 2 @ 3 M)
1.
Adat ialah
peraturan yang diamalkan turun-temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi.
2.
Adat Perpatih
dan Adat Temenggung
merupakan undang-undang tidak
bertulis dalam masyarakat Melayu
tradisional.
3.
Adat Perpatih
dan Adat Temenggung dapat
dikategorikan sebagai hukum adat
di Negeri-Negeri Melayu
yang diturunkan dari
generasi ke generasi secara
lisan.
B. Isi( 20 M)
Adat Temenggung
1.
Adat ini
berasal dari utara
Sumatera dan dikembangkan
oleh dua beradik
iaitu Datuk Ketemenggungan yang
kemudiaannya berkuasa di
Palembang (Adat Temenggung)
dan Datuk Perpatih
Pinang Nan Sebatang
yang kemudiaannya berkuasa
di Pagar Ruyung.
(Adat Perpatih)
2.
Adat Temenggung
tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 15 dan adat Perpatih tersebar ke Tanah Melayu pada abad ke 17
3.
Adat Temenggung
diamalkan di semua negeri
kecuali Negeri Sembilan
dan Naning di Melaka
yang mengamalkan Adat
Perpatih.
4.
Hukum adat
ini meliputi segala
aspek kehidupan, aturan
hidup, adat istiadat
dan hidup bermasyarakat.
5.
Hukum adat
ini dibawa masuk
sekitar abad 15 M
dan kemudiaannya diresapi
dengan pengaruh Islam
dan hukum syarak
bermazhab Shafie.
Perbezaan antara
Adat Perpatih dan
Adat Temenggung
Sosial
1.Bersifat Matriarchal / Patriarchal (4 markah)
a) Dalam Adat Perpatih
kaum wanita mempunyai
kedudukan dalam masyarakat
i. kaum wanita mempunyai
hak dan keutamaan
dalam mewarisi harta.
ii. nisab
keturunan juga dikira
melalui suku ibu.
iii. anak
perempuan menjadi asas
dalam wujudnya suku
b) Dalam Adat Temenggung,
dalam keluarga kaum
lelaki mempunyai kedudukan
i. anak lelaki mempunyai
hak dalam mewarisi
harta.
ii. susur
keturunan diperkira dari
sebelah lelaki.
iii. lelaki juga berperanan
sebagai ketua keluarga.
iv. mengikut hukum syarak
2. Perkahwinan.
( 1 markah)
a) Dalam Adat Perpatih,
suami dikenali sebagai
orang Semenda
i. bertanggungjawab
menyediakan kediaman untuk
isteri dan anak-anaknya.
ii. tempat
kediaman atau rumah
kemudiaanya menjadi hak
isteri
iii. Adat ini berasal
dari utara Sumatera
dan dikembangkan oleh
dua beradik iaitu Datuk
Ketemenggungan yang kemudiaannya
berkuasa di Palembang
(Adat Temenggung) dan
Datuk Perpatih Pinang
Nan Sebatang yang
kemudiaannya berkuasa di
Pagar Ruyung. (Adat
Perpatih)
c) Dalam Adat Perpatih
perkahwinan melibatkan berlainan
suku dan tidak
menggalakkan perkahwinan
antara sesama suku
kerana suku yang
sama adalah dianggap
bersaudara.
i. Dalam Adat Temenggung
perkahwinan dibenarkan dengan
sesiapa sahaja asal
tiada mempunyai talian persaudaraan.
3.
Semangat kesukuan
a) Dalam Adat Perpatih ikatan persaudaraan melalui suku.
Setiap ahli keluarga berasaskan kepada suku. Nasab mengikut sebelah ibu .
b) Adat Temenggung tidak ada pengkhususan seperti Adat
Perpatih. Nasab mengikut sebelah bapa.
Politik
1. Pentadbiran
a) Adat Perpatih
bersifat demokrasi. (2 markah)
i. kuasa dibahagi
antara Undang, Lembaga,
Buapak dan masyarakat
(perut)
ii. pemilihan
ketua dilakukan dengan
persetujuan ketua yang berada di setiap
peringkat.
ii. masyarakat
akan memilih Buapak,
Buapak akan memilih
Lembaga, Lembaga akanmemilih
Undang dan Undang
memilih dan melantik
Yang Dipertuan Besar.
iii. Perlantikan dari bawah ke atas
b) Dalam Adat Temenggung
pemerintahan berbentuk autokrasi. ( 2 markah)
i. Pentadbiran
diketuai oleh Raja
atau Sultan dan
dibantu oleh pembesar
dengan jawatan tertentu dan
pembesar di peringkat wilayah
ii. Sultan
melantik pembesar.
iii. Ketua
peringkat paling bawah
ialah ketua kampung.
iv. Anak lelaki sultan
merupakan pewaris takhta.
v. Jika tiada anak
lelaki, adik lelaki sultan
akan mewarisi takhta.
vi. Jika
kedua-dua di atas tiada, maka
Raja Bendahara akan menjadi
sultan.
vii. Bersikap diskriminotori.
viii. Perlantikan dari atas ke bawah
2. Perundangan
a) Dalam Adat Perpatih
undang-undang jenayah lebih
bersifat menyedarkan manusia,bertimbangrasa dan
berunsur pemulihan.
i. kesalahan
yang dilakukan boleh
ditebus dengan membayar
ganti rugi.
ii. ganti rugi
mengikut tahap seperti seseorang yang
dicederakan akan dibayar
dengan ayam atau kambing,
mangsa kecurian akan
memperolehi kembali gantian
barangnya dan pembunuh akan
menanggung kehidupan keluarga
mangsa.
iii. Yang
Dipertuan Besar atau
Undang sahaja yang
boleh menjatuhkan hukuman
bunuh.
iv. Buapak dan Lembaga
boleh menjatuhkan hukuman
lain.
b) Dalam Adat
Temenggung undang-undang jenayahnya
lebih tegas.
i. hukuman
terhadap pembunuhan ialah
balasan bunuh.
ii. raja
akan menjatuhkan hukuman.
3.
Ekonomi
a) Pembahagian Harta
(2 M)
i. Dalam
Adat Perpatih, harta
milik keluarga.
ii. harta
tidak dapat dipindah
milik atau dijual
kepada keluarga lainnya
tanpa persetujuan ahli
keluarga.
iii. harta milik suku perempuan – tidak ikut hukum
syarak
iv. dalam
Adat Temenggung harta
milik individu.
v. pindah
milik harta dan
penjualan ditentukan pemilik
harta berkenaan.
vi. harta diutamakan kepada pihak lelaki – ikut
hukum syarak
C.
Penutup (2 @ 3 M)
1. Adat
Perpatih dan Adat
Temenggung jelas mempunyai
perbezaannya.
2. Walau
bagaimanapun kedua-dua hukum
adat ini mempunyai
maksud yang sama untuk
melindungi anggota masyarakat
, hidup
dengan mematuhi kepada
peraturan,berdisiplin,
menghormati sesama manusia, mematuhi
adat istiadat.
3. Kedua-duanya
merupakan antara jenis hukum adatyang diamalkan pada waktu dahulu
(sekitar abad 17M) dan masih berlangsung
hingga hari inikhususnya di
Negeri Sembilan dan
Naning di Melaka.
3.
Bincangkan tindak balas
masyarakat peribumi di Sarawak dan Sabah terhadap pentadbiran British antara
tahun 1850 hingga 1915.
A. Pengenalan (2 @ 3M)
1.
Setelah menjadi Raja Sarawak, James Brooke telah melaksanakan
beberapa pembaharuan di Sarawak, tetapi bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakat Sarawak. Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan oleh Brooke telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati pembesar wilayah kerana kedudukan mereka
terjejas. Lantaran itu mereka berusaha untuk menghalau Brooke keluar dari
Sarawak.
2.
Sementara Syarikat Borneo Utara British (SBUB) yang menguasai
Sabah telah melaksanakan banyak pembaharuan di Sabah. Pembaharuan-pembaharuan
yang dilaksanakan oleh SBUB ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati
masyarakat tempatan terutamanya pembesar kerana mereka telah kehilangan hak dan
kedudukan istimewa. Pembesar-pembesar yang tidak puas hati telah mengetuai
penentangan terhadap pentadbiran SBUB di Sabah.
B. Isi (20 M)
1.
Tindakbalas
di Sarawak (10m)
a)
Penentangan
Rentap (1853)
i. Rentap
atau nama sebenarnya Libau merupakan seorang pahlawan Iban yang terkenal dengan
gelaran Raja Darat. Beliau merupakan penghulu atau ketua orang Iban yang amat
dihormati dan terpengaruh di hulu Sungai Sekrang.
ii. Rentap
menentang pemerintahan James Brooke di Sarawak kerana James Brooke menganggap
orang-orang Iban yang mendiami kawasan di sepanjang Sungai Rejang sebagai lanun
dan amat membahayakan. Beliau juga menentang tindakan James Brooke yang
berusaha untuk menghapuskan Adat Mengayau ataupun pemburuan kepala yang merupakan
amalan tradisi orang Iban di Sarawak.
iii. Pada tahun
1853, Rentap telah melancarkan serangan ke atas kubu British di Sekrang dan
menyebabkan seorang pegawai British iaitu Alan Lee terbunuh. Kejayaan ini
menyebabkan kedudukan dan pengaruh Rentap di kalangan orang Iban semakin kukuh.
iv. Pada tahun
1854, pihak British telah mengarahkan tenteranya mencari dan menangkap ataupun
membunuh Rentap. Ini menyebabkan Rentap dan pengikut-pengikutnya melarikan diri
dan membina kubu di Bukit Sadok.
v. Tentera
British yang diketuai oleh Charles Brooke telah melancarkan beberapa serangan
ke atas kubu Rentap di Bukit Sadok, tetapi gagal menawannya. Pada tahun 1861,
Charles Brooke dan tenteranya telah
berjaya mengalahkan Rentap serta menawan kubunya di Bukit Sadok.
vi. Rentap dan
pengikutnya telah melarikan diri ke Hulu Sungai Entabai dan meneruskan
perjuangannya menentang pemerintahan Brooke di Sarawak sehinggalah beliau
meninggal dunia pada tahun 1870-an.
b)
Penentangan
Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur (1859)
i. Sharip Masahor
merupakan pembesar atau gabenor Sarikei sejak tahun 1849. Beliau amat
berpengaruh di kalangan orang-orang Malanau dan Iban.
ii. Sharip
Masahor tidak puas hati apabila James Brooke bertindak meletakkan Sarikei di
bawah pentadbirannya, membina kubu di Kanowit di bawah pengawalan seorang
pegawai British dan melucutkan jawatannya sebagai gabenor Sarikei pada tahun
1855 atas alasan beliau campur tangan dalam pertelingkahan di Mukah dan
digantikan oleh Charles Fox.
iii. Sementara
Dato Patinggi Abdul Ghapur pula merupakan seorang pembesar Melayu yang memegang
jawatan Dato Patinggi di Bandar Kuching. Beliau telah dilucutkan jawatan dan
pangkat oleh James Brooke pada tahun 1854 atas alasan mengenakan cukai yang
tinggi ke atas penduduk Bandar Kuching. Justeru itu beliau menyimpan dendam
terhadap pemerintahan Brooke.
iv. Pada tahun
1859, Sharip Masahor telah mengadakan pakatan dengan Dato Patinggi Abdul Ghapur
bagi menghapuskan pengaruh British di Serawak. Pakatan Sharip Masahor dan Dato
Patinggi Abdul Ghapur telah menyerang Kanowit
dan menyebabkan dua orang pegawai British termasuk Charles Fox telah
terbunuh.
v. Kejayaan
ini menyebabkan Sharip Masahor dan Dato Patinggi Abdul Ghapur merancang untuk
menyerang Pontianak dan menghapuskan semua orang Belanda seterusnya mara ke
Kuching untuk memusnahkan pusat pentadbiran British di Bandar Kuching.
vi. Malangnya
rancangan ini diketahui oleh Brooke. Sementara Dato Patinggi Abdul Ghapur pula
ditawan oleh Belanda dan dipenjarakan di Betawi.
vii. Pada
tahun 1860, Sharip Masahor mara ke
bandar Kuching dan bertembung dengan tentera Britsh yang dipimpin oleh Charles
Brooke di Sungai Sadong. Satu pertempuran telah meletus di Sungai Sadong.
viii. Sharip
Masahor telah tewas dan melarikan diri ke Batang Lupar, Rajang dan akhirnya
Sarikei. Tentera British yang dipimpin oleh Charles Brooke telah menyerang dan
memusnahkan Igan iaitu kampung asal Sharip Masahor di Sarikei.
ix. Sharip Masahor telah melarikan diri ke Mukah pada
tahun 1861. Satu rundingan telah diadakan antara James Brooke dengan Sultan
Brunei. Melalui rundingan ini, Sultan
Brunei meminta Sharip Masahor meninggalkan Mukah. Sharip Masahor
akhirnya bersetuju menjadi orang buangan di Singapura sehinggalah beliau
meninggal dunia pada tahun 1890.
c)
Penentangan
Banting (1895)
i. Banting
merupakan penghulu orang-orang Iban di Hulu Sungai Batang Lupar.
ii. Beliau
menentang pemerintahan Brooke di Sarawak apabila Brooke cuba menghapuskan
amalan tradisi orang-orang Iban di Sarawak dan tindakan kerajaan Brooke
mengenakan denda terhadap beliau sebanyak RM7.20 sen kerana membawa masuk Tajau
dan perkakas tembaga ke Sarawak tanpa membayar cukai.
iii. Bagi
menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan Brooke, pada tahun 1895,
Banting telah menyerang perkampungan Dayak di Sukong dan menyebabkan 10 orang
terbunuh.
iv. Akibat
serangan tersebut Charles Brooke telah berusaha untuk menangkap Banting antara
tahun 1896-1902 tetapi gagal.
v. Banting
telah berjuang menentang pemerintahan Brooke di Sarawak selama 15 tahun.
Akhirnya pada tahun 1904, Banting telah berjaya dikalahkan oleh tentera British
dalam pertempuran “Bung-Ka”.
vi. Menjelang
bulan Mac 1906, pengaruh dan kuasa Banting semakin lemah. Banting akhirnya
berjanji akan menghentikan penentangannya terhadap pemerintahan Brooke di
Sarawak dan bersetuju membayar semua denda yang dikenakan terhadapnya.
vii. Banting
dan pengikutnya telah berpindah ke Sungai
Lemboyan di Hulu Sungai Delok dan menetap di situ sehingga akhir
hayatnya.
2. Tindak balas di Sabah (10m)
a)
Penentangan
Mat Salleh (1897)
i. Mat Salleh
atau nama sebenarnya Muhammad Salleh telah dilahirkan di Inanam Sabah dan
berketurunan Bajau Suluk. Beliau merupakan pembesar yang mentadbir kawasan atau
daerah di Hulu Sungai Sugut.
ii. Beliau
menentang pentadbiran Syarikat Borneo Utara British (SBUB) di Sabah apabila
SBUB bertindak :
iii. Menggabungkan
semua wilayah dan sistem politik yang berbeza di Sabah dalam satu pentadbiran
pusat.
iv. Memperkenalkan
beberapa peraturan baru di Sabah seperti mengenakan cukai yang tinggi, membayar
upah yang rendah dan mengambil-alih hak pemungutan cukai beliau.
v. Campur
tangan dalam daerah pentadbirannya (Inanam).
vi. Pada tahun
1897, Mat Salleh dan pengikutnya menyerang dan memusnahkan pusat pentadbiran
SBUB di Pulau Gaya. SBUB bertindak balas menyerang dan memusnahkan Inanam. Mat
Salleh dan pengikutnya melarikan diri dan membina kubu di Ranau, tetapi berjaya
dimusnahkan oleh SBUB. Mat Salleh berjaya melarikan diri.
vii. SBUB
bimbang terhadap penentangan yang dilakukan oleh Mat Salleh. Akhirnya satu
pertemuan telah diadakan antara Mat Salleh dengan pengarah SBUB iaitu William
Cowie di Menggatal pada tahun 1898. Dalam pertemuan ini SBUB bersetuju memberi
pengampunan kepada Mat Salleh dan
pengikutnya. Mat Salleh dibenarkan menetap dan berkuasa di Tambunan.
viii. Walau
bagaimanapun SBUB telah mungkir janji dan bertindak mengambil semula Tambunan
pada tahun 1899. Tindakan SBUB ini telah menimbulkan kemarahan Mat Salleh. Mat
Salleh dan pengikutnya telah meneruskan perjuangan menentang pentadbiran SBUB
di Sabah. Pada tahun 1900, satu pertempuran sengit telah tercetus antara Mat
Salleh dan pengikutnya dengan tentera SBUB. Dalam pertempuran ini, Mat Salleh
telah terbunuh.
b)
Penentangan
Antanum (1915)
i. Antanum
merupakan ketua suku kaum Murut di Sabah yang menganggap dirinya suci dan
mendakwa boleh menghalau SBUB keluar dari kawasan mereka.
ii. Penentangan
kaum Murut yang dipimpin oleh Antanum terhadap pentadbiran SBUB di Sabah juga
di kenali sebagai Kebangkitan Rundum.
Penentangan ini di kenali sebagai Kebangkitan Rundum kerana ia tercetus di
daerah Rundum yang terletak di pedalaman Sabah.
iii. Antanum
menentang pentadbiran SBUB di Sabah
apabila SBUB bertindak :
·
Memperkenalkan sistem pendaftaran hak milik tanah bagi
menyekat kegiatan pertanian pindah.
·
Mengawal kegiatan membuat tapai dengan cara mengenakan cukai
ke atas beras dan ubi kayu yang merupakan makanan utama orang Murut.
·
Mengenakan cukai ke atas tanah 50 sen seekar setahun.
·
Memaksa orang Murut membina jalan di kawasan pedalaman tanpa
membayar gaji.
iv. Pada bulan
Jun 1914, Antanum telah memimpin orang
Murut menyerang dan membakar Pensiangan
dan Rundum. Pada bulan Februari 1915, Antanum bersama-sama dengan 900 orang
pengikutnya telah membina kubu di Selangit. Mereka telah menyerang dan
memusnahkan Pensiangan dan pejabat pegawai daerah Rundum. Antanum menyifatkan
serangan tersebut sebagai Perang Agama.
v. Pada bulan
April 1915, pasukan tentera SBUB telah melancarkan serangan dan memusnahkan
kubu Antanum di Selangit. Dalam serangan ini, Antanum bersama–sama dengan 400 orang pengikutnya
telah terbunuh. Sementara pengikut-pengikut Antanum yang terselamat dalam pertempuran
tersebut telah berpindah beramai-ramai ke Kalimantan.
C. Penutup (2 @3M)
1.
Kegagalan penentangan kaum peribumi Serawak menentang
pemerintahan Brooke menyebabkan kedudukan Brooke semakin kukuh di Serawak.
Brooke telah diiktiraf oleh pembesar Melayu sebagai wakil pemerintah yang sah
yang di lantik oleh Sultan Brunei.
2.
Sementara kegagalan penentangan Mat Salleh dan Antanum di
Sabah menyebabkan kedudukan SBUB di Sabah semakin kukuh.
4.
Huraikan perkembangan
sistem pendidikan di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
A. Pengenalan (2 @ 3 M)
1. Sistem
pendidikan zaman penjajahan merupakan titik permulaan kepada perubahan tradisi
di Tanah Melayu.
2. Semenjak
campur tangan British di negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang,Singapura dan
Melaka,mereka telah memperkenalkan corak pendidikan British-Sekolah vernakular.
3. Terdapat 4
aliran sekolah di Tanah Melayu iaitu Sekolah Melayu,Sekolah Cina,Sekolah Tamil
dan Sekolah Inggeris.
4. Sekolah
Inggeris yang pertama,Sekolah Penang Free (Penang Free School) yang didirikan
di Pulau Pinang pada tahun 1816.
B. Isi (20 M)
1. Sekolah Melayu
a) Mula
pertengahan kurun ke-19,sekolah Melayu mula ditubuhkan.Sekolah Melayu pertama
ditubuhkan pada 1821 iaitu Sekolah Melayu Gelugor.
b) Pada
1855,sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas.Pada 1856,dua buah
lagi sekolah Melayu ditubuhkan di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan Kampung
Gelam.Seterusnya sembilan buah sekolah di Melaka (1858-1863).
c) Sekolah-sekolah
Melayu tidak mendapat sambutan ibu bapa pelajar Melayu terutamanya di
negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu kerana mereka berasa curiga kerana mata
pelajaran agama Islam tidak diajar dan sekolah terletak jauh dari Bandar.
d) Langkah yang
diambil oleh British adalah dengan mengadakan mata pelajaran agama Islam dan
al-Quran pada sebelah petang di semua sekolah Melayu.Kerajaan British juga
mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah dan
pembesar diminta mengarahkan ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah.
e) Langkah ini
berjaya.Pada tahun 1909,jumlah murid meningkat hampir lapan ribu orang.Apabila
adanya enakmen yang mewajibkan anak-anak lelaki Melayu yang berumur 7 hingga 14
tahun bersekolah sekurang-kurangnya 3 ½ tahun jika berada dalam lingkungan 3 km
dari sekolah.
f) Dasar
pendidikan di sekolah Melayu yang diperkenalkan oleh British ini adalah untuk
memberi pendidikan minimum (3M-membaca,menulis,dan mengira) dan untuk
melahirkan masyarakat petani yang lebih baik.
g) Kurikulum
(Bahasa Melayu-Jawi,Matematik Asas,Ilmu Kesihatan,Ilmu Alam,Sejarah,berkebun
pada sebelah pagi dan agama,al-Quran pada sebelah petang).
h) Kerajaan
British menubuhkan beberapa maktab perguruan Melayu (Maktab Perguruan Sultan
Idris – MPSI,pada 1922) di Perak.
2. Sekolah Cina
a) Kurikulum yang
diajar selaras dengan dasar pendidikan yang diajar di Negara China seperti
kesusasteraan Cina klasik,Bahasa Cina,Ilmu Hisab, Sains, Nyanyian, Lukisan dan
Latihan Ketenteraan.Semua ini berasaskan pengajaran Confucius.
b) Tenaga
pengajaran didatangkan dari Negara China, biasanya mempunyai kelulusan yang
berbeza-beza dan ada yang tidak mempunyai kelulusan perguruan.
c) Pada mulanya
sekolah Cina dibiayai atau diusahakan secara persendirian oleh masyarakat Cina
melalui orang perseorangan yang kaya dan persatuan-persatuan Cina.
d) British sedar
campur tangan dan pengaruh kerajaan Cina ke atas Cina di Tanah Melayu semakin
meluas.Maka pada tahun 1920,British menguatkuasakan Ordinan Pendaftaran Sekolah
untuk mengawal perjalanan dan penubuhan sekolah-sekolah cina.
e) Bahasa
Mandarin sebagai bahasa penghantar.
f) Kerajaan
Brtish mula beri bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina mulai tahun 1923.
g) Terdapat
sekolah rendah selama 6 tahun dan sekolah menengah selama 6 tahun seterusnya
melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti di China.
3. Sekolah Tamil
a) Bermula
pada pertengahan abad ke -19 hingga awal
abad ke-20 akibat kemasukan buruh-buruh India untuk bekerja di ladang-ladang
getah,kopi,kelapa dan tebu.
b) Penubuhan awal
sekolah Tamil bermula di negeri-negeri Selat ditumpangkan di Sekolah Penang
Free (1816) dan Sekolah Anglo-Tamil di Melaka.
c) Sekolah Tamil
ini pada mulanya dibiayai oleh orang perseorangan dan badan-badan
sukarela.Kebanyakan didirikan di ladang-ladang getah di bawah pengurusan estet
(4-5 tahun sahaja ).
d) Kurikulum
sekolah ini untuk memberi kemahiran asas, (3M- membaca, menulis dan mengira
).Mata pelajaran lain termasuk Ilmu
Hisab,Ilmu Alam,Lukisan dan kerjatangan,Pengetahuan Am dan Pendidikan
Jasmani.
e) Sekolah Tamil
condong kepada negara India – semua buku teks,kurikulum dan kebanyakan guru
terlatih dibawa dari India.
f) Pada tahun
1903 seorang nazir bangsa Eropah telah dilantik untuk menyelia dan mengawas
sekolah Tamil tetapi kemudian dimansuhkan
pada tahun 1923 dan diwujudkan semula pada 1983
g) Peruntukan
bantuan juga ditambah dan pendidikan Tamil ini hanya peringkat sekolah rendah
sahaja.
4. Sekolah Inggeris
a) Sekolah Penang
Free di Pulau Pinang (1816) adalah sekolah Inggeris yang pertama di Asia
Tenggara.Seterusnya Sekolah Malacca Free pada 1826 kemudian di Singapura dan
negeri-negeri Melayu yang lain.
b) Sekolah-sekolah
Inggeris menggunakan bahasa penghantar
Bahasa Inggeris sepenuhnya.Sekolah ini biasanya terdapat di di
bandar-bandar dan terbahagi kepada tiga jenis iaitu sekolah Inggeris yang
didirikan oleh mubaligh Kristian,sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar dan sekolah Inggeris
persendirian.
c) Kurikulum
sekolah ini berasaskan Senior Cambridge School Certificate Examination yang
disusun di England.Lulusan sekolah Inggeris mempunyai peluang yang cerah dalam
bidang pekerjaan.Firma-firma swasta juga memerlukan tenaga kerja yang mempunyai
lulusan sekolah Inggeris.
d) Kebanyakan
pelajar di sekolah Inggeris terdiri daripada kaum Cina manakala golongan Melayu
terdiri daripada golongan atasan.Dua tahap pendidikan iaitu peringkat rendah
dan peringkat menengah.
e) Lulusan
sekolah Inggeris yang baik akan melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma di
Maktab Perguruan King Edward VII di Singapura (1921),Maktab Raffles (1919) atau
ke peringkat ijazah di universiti-universiti di England.
C. Penutup (2 @ 3 M)
1. Dasar
pendidikan kolonial yang telah diperkenalkan oleh kerajaan British di Tanah
Melayu telah berkembang secara berasingan.
2. Ini menjadi
sebab bermulanya sikap perkauman dan kurangnya interaksi antara kaum di Tanah
Melayu.
3. Namun demikian
kerajaan British mulai sedar pentingnya sistem pendidikan yang seragam dengan
memperkenalkan Rancangan Cheeseman,Laporan Fenn-Wu dan seterusnya Laporan
Barnes bagi memenuhi kepuasan hati semua kaum di Tanah Melayu
5.
Bagaimanakah pendudukan
Jepun telah berjaya membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu antara tahun 1943 hingga
1945.
A.
Pengenalan
(2 @3 M)
1.
Mulai
tahun 1932 pihak tentera telah menguasai politik negeri Jepun. Kepopularan
golongan tentera telah meningkat apabila ianya memperjuangkan dasar peluasan kolonial.Negeri
Jepun mula mengamalkan dasar luar yang agresif. Pada tahun 1937 Jepun telah menyerang negeri
China.Disember 1941 Jepun mula menyerang
Tanah Melayu.Pada 15 Februari 1942 seluruh Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.
2. Pendudukan Jepun telah mengakibatkan
kesedaran politik yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk Tanah Melayu,
khasnya dalam kalangan orang Melayu. Menurut John Funston,Pendudukan Jepun
telah “ politicise the Malay peasantry to the extent that they were available
for mass mobilisation immediately after
the war’’
B.
Isi Penting (20 M)
1. Kesengsaraan Hidup Zaman
Jepun.
a)
Penderitaan
yang dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk Asia” telah menambahkan
keazaman orang Melayu untuk mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan. Di
sebalik propaganda ini,Jepun ingin menguasai negara-negara Asia Tenggara yang
kaya dengan pelbagai hasil bahan mentah yang diperlukan untuk membangunkan
industrinya.
2.
Pengalaman
Mentadbir Untuk Orang Melayu.
a)
Orang
Melayu telah mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun.
Pengalaman memegang jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi
keyakinandiri yang lebih tegas.Orang Melayu telah sedar bahawa mereka mempunyai
keupayaan memerintah Tanah Melayu sendiri.
3.
Tidak
Mengharap kepada British.
a)
Pendudukan
Jepun telah memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak boleh berharap
sepenuhnya kepada British.Tempoh pendudukan Jepun dan dasar-dasar yang yang
mereka perkenalkan telah menyebabkan Orang Melayu menyedari mereka harus
menentukan nasib sendiri, British bukanlah kuasa yang tidak boleh dikalahkan.
4.
Kebangkitan
Kesedaran Nasionalisme.
a) Langkah Jepun menyerahkan
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Negeri Thai dalam tahun 1943
telah juga membangkitkan semangat nasionalisme Melayu.Orang Melayu mulai insaf
tentang kepentingan menjaga hak-hak istimewa,maruah dan negara mereka.
5. Pengukuhan Sentimen
Perkauman.
a)
Polisi
Jepun di Tanah Melayu tidak memperlihatkan ciri-ciri bersatu padu dalam
kalangan semua kelompok masyarakat yang ada.Orang Melayu dengan caranya sendiri
dalam usaha untuk mendapatkan kemerdekaan,bagi orang Cina pula ramai yang
terlibat dengan MPAJA sehingga MPAJA menjadi kukuh.Permusuhan antara orang
Melayu dan Cina yang wujud akibat dari Pendudukan Jepun telah juga membangkitkan
semangat nasionalisme Melayu. Orang Melayu telah sedar mengenai kepentingan
menjaga hak-hak istimewa mereka sebagai bumiputera.
6.
Penubuhan
Giyu Gan.
a)
Pihak
Jepun telah telah menggalakkan pergerakan nasionalisme Melayu dengan menubuhkan
suatu angkatan yang dinamakan Giyu Gan atau Pembela Tanahair (PETA) di bawah
pimpinan Ibrahim Yaakob. Pihak Jepun seterusnya mengalakkan Ibrahim Yaakob
untuk menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada Julai 1945.
PETA dibentuk untuk memberikan latihan ketenteraan kepada sukarelawan bagi
menentang kuasa barat manakala KRIS pula
untuk membina dan membantu pentadbiran Jepun. Kesatuan Melayu Muda telah
bekerjasama dengan gerakan anti-Jepun untuk membentuk organisasi bawah
tanah.Pada masa yang sama juga KMM
berpura–pura bekerjasama dengan Jepun berjuang untuk mencapai kemerdekaan Tanah
Melayu. Rancangan ini tidak berhasil kerana
Jepun telah menyerah kalah kepada Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1945.
7.
Sikap
sebenar British.
a)
Pendudukan
Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa Inggeris tidak boleh dikalahkan.
Sikap antipenjajahan dalam kalangan Orang Melayu telah berkembang.Pendudukan
Jepun telah mengakibatkan Orang Cina dan India bertambah kukuh dengan perasaan
kecinaan dan keindiaan mereka.
8.
Gerakan
Kebangsaan Orang India.
a)
Pihak
Jepun telah menggalakkan orang India menumpukan perhatian kepada perjuangan
pembebasan India dari pemerintahan British.Satu pasukan yang bernama Tentera
Kebangsaan India (INA) di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose telah ditubuhkan
bagi tujuan tersebut.Malahan ,sebuah kerajaan India buangan bernama Azad Hind
telah ditubuhkan di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose dan slogan
mereka ialah Chalo Delhi.Polisi Jepun yang mengalakkan orang India menumpukan
perhatian kepada perjuangan pembebasan Negara India.
9.
Sikap
tentera Jepun terhadap Orang Cina.
a) Pendudukan Jepun telah membolehkan Parti
Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan politik yang
teratur dan kuat di antara tahun-tahun 1945-1948. Kezaliman Jepun telah
membolehkan PKM mendapat sokongan terutamanya daripada orang Cina, ramai orang
Cina menyertai gerakan menentang Jepun. PKM telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya (MPAJA) terdiri daripada orang Cina. MPAJA telah memberikan
senjata yang diberi oleh British untuk menentang Jepun di Tanah
Melayu.Senjata-senjata dan pengalaman dalam peperangan gerila di hutan yang
diperoleh oleh MPAJA semasa pendudukan Jepun telah membolehkan PKM melancarkan
pemberontakan dan mendapat sokongan dan bantuan daripada pihak British.
10.
Persidangan Islam Tanah Melayu dan Singapura
a)
Jepun sebenarnya mengarapkan sokongan padu daripada orang Melayu. Mereka
menyedari bahawa Orang Melayu adalah penduduk asal negara ini. Mereka sedar
bahawa agama utama bagi majoriti penduduk Tanah Melayu adalah Islam.Oleh kerana
Jepun mengekalkan kedudukan Sultan di Negeri-Negeri Melayu dan menyatukan
pentadbiran Tanah Melayu dan Sumatera. Penduduk di Tanah Melayu dan Sumatera
adalah kumpulan etnik yang sama. Pada 4 hingga 6 April 1943, pemerintah Jepun
telah menaja satu persidangan wakil-wakil pertubuhan Islam dari Tanah Melayu
dan Sumatera di Singapura.Pemimpin-pemimpin Islam yang hadir tertarik dengan
dasar Jepun untuk meninggikan taraf agama Islam. Persidangan itu bersetuju
bahawa perjuangan bersama-sama Jepun adalah ‘Perang Suci’ untuk kebebasan dan
pembentukan ‘Asia Baru’.
C.
Penutup (2 @ 3 M)
1. Pendudukan Jepun mengukuhkan
nasionalisme penduduk di Tanah Melayu. Orang Cina bergerak dalam PKM dan
menuntut penubuhan Republik Malaya selepas pendudukan Jepun.
2. Beberapa parti politik ditubuhkan seperti UMNO,
MCA dan MIC untuk berjuang kemerdekaan melalui perlembagaan.
6.
Huraikan tahap-tahap
perkembangan Parti Komunis Malaya (PKM) dari tahun 1930 hingga 1954.
A. Pengenalan
(2@3 M)
1.
Ideologi Komunis dikemukakan oleh
Karl Marx di Eropah pada penghujung abad ke-19.
Ideologi ini memperjuangkan kewujudan masyarakat tanpa kelas iaitu tidak
ada orang yang terlalu kaya atau terlalu miskin.
2.
Di Tanah Melayu ideologi komunis
mula tersebar pada tahun 1920-an. Beberapa orang pemimpin komunis Indonesia telah
menyebarkan fahaman ini di Singapura dalam kalangan orang Melayu.
3.
Dalam kalangan orang Cina disalurkan
melalui kewujudan Parti Kuomintang dan Nanyang yang berpusat di Singapura.
4.
Pada tahun 1930
Parti Komunis Malayu ditubuhkan dan mula menjalankan kegiatan aktif dan berbentuk radikal.
5.
PKM bertujuan
untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis
Malaya dengan bantuan kaum buruh dan tani dengan melancarkan pemberontakan
bersenjata.
B. Isi (20 M )
1. Tahap PKM
Sebelum Perang Dunia Kedua (1930-1940)
a) Matlamat
PKM ialah untuk menubuhkan
sebuah Republik Komunis Malaya. Semenjak Penubuhannya, PKM bergerak di bawah
tanah kecuali pada tahun 1945-48
b) PKM telah menerima tamparan yang hebat
sejurus ditubuhkan. Pada bulan Jun 1931, polis Singapura telah menangkap
seorang agen Comintern, Joseph Dacroux. Beliau memberi maklumat penting
mengenai PKM kepada polis Singapura yang mengakibatkan penangkapan beberapa
orang pemimpin PKM.
c) Namun demikian PKM dapat memulihkan
diri. Ahli-ahli PKM telah berjaya
menyusup ke dalam kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah swasta dan pertubuhan
belia Cina.
d) Kemelesetan
ekonomi dunia pada awal tahun 1930
membolehkan PKM mendapat sambutan daripada pekerja-pekerja.
e) Pada
tahun 1936 -1937 PKM
melancarkan beberapa pemogokan. Pemogokan yang paling
hebat berlaku di Batu Arang yang melibatkan kira-kira 6000 orang buruh mengambil alih lombong arangbatu di kawasan berkenaan.Akibatnya, Kerajaan British telah menangkap dan menghantar
pulang pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja ke China. Kerajaan British bertindak
dengan melancarkan Ordinan Pembuangan yang
menyebabkan 20 orang pemimpin kanan PKM yang bergiat dalam kesatuan
sekerja dibuang negeri pada tahun 1937 .
f) Kegagalan pemogokan ini
menyebabkan PKM mulai
hilang pengaruh Pengaruh PKM di
kalangan orang Cina kemudiannya bertambah semula apabila ianya memainkan peranan yang penting
dalam memupuk perasaan anti-Jepun.
g) Selepas serangan
Jepun ke atas Negara
China pada tahun 1937, PKM telah
memperjuangkan nasionalisme Cina dengan mengumpul wang bagi membiayai peperangan di Negara China.
h) Menjelang tahun 1939, PKM mempunyai kira-kira 37,000 orang ahli di Singapura dan di Tanah
Melayu . Kebanyakan ahli PKM terdiri
daripada kaum Cina terutamanya puak Hailam.
i) Tahun 1940 , Trade
Unions Enactment berjaya
mengawal kesatuan sekerja. Kesannya,
pengaruh PKM semakin merosot
2.
Tahap Semasa Perang dunia kedua Perkembangan PKM dari tahun 1941 -
1945
a) Kedudukan dan perjuangan PKM semakin mantap semasa Perang
Dunia Kedua. PKM bersifat anti-Jepun dan
bekerjasama dengan British menentang kemasukan Jepun ke Tanah Melayu.
b) British
telah mengiktiraf PKM
sebagai pertubuhan yang
sah pada Disember 1941 dan
membebaskan semua pemimpin yang ditangkap.
c) Kekejaman
Jepun ke atas orang Cina telah
memberi kesempatan PKM meluaskan pengaruh
di kalangan orang-orang Cina. Ramai orang cina melarikan diri ke kawasan
pinggir hutan dan menyertai MPAJA yang dianggap
sebagai pelindung orang Cina.
d) British memberi
bantuan kepada MPAJA
yang di bawah pimpinan Lai Teck ketika itu melalui Force 136 termasuklah
senjata dan peluru, ubatan, makanan, pakaian, dan latihan ketenteraan di
Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
e) PKM juga mendapat bantuan bekalan makanan, ubatan,
pakaian, serta maklumat tentang Jepun daripada ahli-ahli Min Yuen (Gerakan
Rakyat). Min Yuen berpusat di bandar-bandar,
kampung-kampung dan kawasan pinggir hutan. Keahliannya hampir setengah juta
orang.
f) Dengan adanya bantuan British, PKM menubuhkan unit-unit
rahsia yang terdiri daripada 8 rejimen dengan kekuatan 1000 orang setiap
pasukan. Tujuannya melancarkan revolusi bagi membentuk Republik Komunis Malaya
selepas Jepun menyerah kalah.
g) Walau bagaimanapun , MPAJA tidak pernah menghadapi
sebarang pertempuran hebat dengan tentera Jepun sehingga Jepun menyerah kalah
pada bulan ogos 1945. Walaupun PKM bekerjasama dengan British semasa pendudukan
Jepun PKM tetap mempunyai cita-cita tersembunyi
untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya.
3. Tahap Perkembangan PKM Selepas Perang Dunia
Kedua dari tahun 1945 –
1948
a) Tahun 1945-1848
memperlihatkan PKM berjuang secara berpelembagaan dan bercita-cita untuk membentuk sebuah
negara Komunis.
b) Selepas peperangan tamat, PKM muncul sebagai sebuah parti
yang kuat.
c) Oleh kerana kelewatan British kembali ke Tanah Melayu berlakunya kekosongan pentadbiran
selama lebih kurang dua minggu. Kesempatan ini diambil oleh PKM (Bintang 3 )
keluar dari hutan merampas senjata-senjata Jepun dan melakukan kekejaman terutama membalas dendam
terhadap orang Cina dan Melayu yang bekerjasama dengan Jepun
dahulu.
d) 12 September 1945, British tiba di Tanah Melayu dan
memperkenal Pentadbiran Tentera British (BMA).
e) MPAJA dibubarkan dan anggotanya diminta menyerahkan
senjata mereka. Hanya 6800 orang anggota MPAJA sahaja yang menyerah senjata .
Sejumlah besar senjata disembunyikan di dalam hutan.
f) Walaupun begitu,
PKM terus diiktiraf pertubuhan
yang sah kerana jasa-jasa bekerjasama dengan British menetang Jepun.
g) Bagi menjayakan cita-citanya PKM bergiat aktif dalam
kesatuan-kesatuan sekerja dan menubuhkan Persatuan Buruh Baru (New Democratic
Youth League).
h) PKM mengambil beberapa langkah untuk merealisasikan
matlamat penubuhan Republik Komunis Malaya:
i.
menyusun satu gerakan untuk
mendapatkan bantuan kewangan dan barang keperluan daripada Min Yuen.
ii.
Bekerjasama
dengan gerakan-gerakan radikal seperti AMCJA- PUTERA untuk mendapatkan
kekuasaan melalui perlembagaan.
iii.
Menyelaraskan
ideologi komunis di sekolah-sekolah malam cina dan menghasut kesatuan-kesatuan
sekerja supaya melancarkan mogok .
iv.
PKM membentuk
barisan bersatu iaitu membentuk perikatan dan menyusup masuk kedalam kesatuan
sekerja dan parti-parti nasional.
i) Antara tahun 1946 – 1947 PKM telah melancarkan kira-kira
300 hingga 360 pemogokan besar.
j) Tujuan utama PKM mengadakan pemogokan ialah untuk
menghalang dan merosakkan usaha-usaha pemerintahan British untuk memulihkan
kembali kedudukan ekonomi dan sosial yang telah musnah akibat peperangan.
k) Kerajaan British mula bimbang dengan kegiatan radikal PKM
dan menguatkuasakan undang-undang baru
untuk melemahkan PKM.
l) Masalah dalaman PKM di mana Lai Teck setiausaha PKM dituduh mengkhianati
PKM turut melemahkan parti. Seramai 29 orang telah terbunuh di Batu Caves. Lai
Teck juga dituduh gagal mengambil alih pemerintah Tanah Melayu selepas kekalahan
Jepun dan dia telah melarikan diri bersama wang parti. Keadaan ini telah
mengoncangkan kedudukan PKM dengan melemahkan semangat anggota PKM.
m) Ahli PKM telah berpecah dua, iaitu sebahagian menyokong
Lai Teck dan sebahagian menyokong Chin Peng.
4.
Tahap Perkembangan PKM dari tahun
1948-1951
a) Chin Peng telah mengantikan Lai teck sebagai ketua PKM.
Beliau seorang yang radikal dan
bertindak dengan mengubah dasar berpelembagaan PKM kepada melancarkan revolusi
bersenjata.
b) Tindakan ini hasil dari Keputusan Persidangan Pemuda
Komunis Antarabangsa Culcutta 1948 yang
meminta dilancarkan gerakan gerila di
seluruh dunia.
c) Keganasan dimulakan dengan pemogokan buruh telah merebak
di Tanah Melayu. Pemogokan ini disertai perbuatan-perbuatan jenayah
seperti membakar kilang-kilang getah, menetak beribu-ribu pokok getah, membunuh
pekerja estet, dan pengurus ladang.
d) PKM telah menggelarkan diri mereka sebagai Tentera
Pembebasan Rakyat Malaya . Pada masa darurat juga , Min Yuen diperkenalkan.
Tujuan Min Yuen ,supaya dapat membekalkan makanan dan barangan keperluan
seperti pakaian dan ubat-ubatan di samping egen perisik bagi pihak komunis.
e) Pada 12 Jun 1948, komunis telah membunuh tiga orang
pemimpin Kuomintang di Johor. 15 Jun
1948 pula komunis telah menembak mati dua
orang pengurus dan seorang penolong pengurus ladang getah berbangsa
Eropah di Sungai Siput, Perak.
f) Peristiwa pembunuhan memaksa Edward Gent (Pesuruhjaya
Tinggi Persekutuan Tanah Melayu ) mengisytiharkan ‘darurat negeri’ di Perak dan
Johor. Pada 19 Jun 1948 seluruh Tanah Melayu diisytiharkan darurat. Semasa
Darurat berbagai-bagai langkah untuk membanteras komunis di jalankan.
g) PKM dan beberapa buah persatuan yang dianggap berbahaya
kepada negara telah diharamkan. British
juga telah melaksanakan Undang-undang Darurat pada 7 Julai 1948.
h) Di antara tahun 1948 – 1951 , PKM telah melancarkan
serangan-serangan ke atas kawasan lombong, balai polis, ladang-ladang dan orang
awam.
i) Taktik
peperangan yang digunakan
ialah perang gerila
iaitu secara serangan dan lari.
Akibatnya ramai orang terkorban dan banyak harta benda telah dimusnahkan oleh PKM. Tindakan PKM telah
berjaya melumpuhkan kedudukan ekonomi T. Melayu.
j) Sir Henry Gurney,
Pesuruhjaya tinggi Inggeris telah dibunuh pada 6 Okt 1951 dalam perjalanan
Bukit Fraser. Ekoran daripada peristiwa pembunuhan itu, kerajaan Inggeris telah
mengambil langkah yang lebih tegas untuk mementang PKM. Kegiatan PKM telah
disekat dan ramai daripada pemimpin-pemimpin PKM ditangkap.
5.
Tahap Perkembangan PKM dari tahun
1951-1954
a) Serangan ganas yang dilancarkan oleh PKM mendapat
kritikan daripada orang ramai kerana orang yang tidak berdosa turut menjadi
korban.
b) Pada bulan Februari Jeneral Temppler telah dilantik
menjadi Pesuruhjaya Tinggi . Beliau bertindak dengan memperkuatkan lagi
tenteranya dan melancarkan Perang Psikologi. Perang Psikologi telah berjaya
melemahkan keanggotaan PKM dengan menawarkan pemberian pengampunan, hadiah dan
wang tunai serta syarat-syarat kewarganegaraan yang longgar kepada anggota PKM
yang menyerah diri.
c) Menjelang tahun 1954, perjuangan bersenjata komunis
mengalami kekalahan. PKM telah menyedari bahawa mereka tidak akan berjaya
dengan cara pemogokan. Maka pada tahun 1955 PKM bersetuju berunding dengan
Ketua Menteri Tanah Melayu iaitu Tunku Abdul Rahman. Walaupun rundingan itu
gagal, namun pada tahun 1960 dengan rasminya darurat diumumkan tamat.
C. Penutup (2 @ 3 M )
1. Langkah yang berterusan kerajaan British melemahkan
perjuangan dan kegiatan PKM
2. Kegiatan PKM mula kurang mendapat sokongan dan sambutan
daripada penduduk Tanah Melayu yang yakin dengan ketegasan pihak British dan
langkah menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
3. PKM masih meneruskan perjuangan secara gerila biarpun
bilangan ahlinya semakin mengecil.
4. Rundingan Baling pada 1955 menandakan ambang kejatuhan
PKM apabila rundingan dalam pertemuan
ini menemui kegagalan.
5. PKM semakin
terhimpit apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957
dan darurat ditamatkan pada 31 Julai 1960.
BAHAGIAN B
7.
Bandingkan dasar tutup
pintu antara negara China dan Jepun pada abad ke-19.
A.
Pengenalan (2@3 M)
1. Dasar pintu tertutup merupakan dasar yang
dijalankan bagi mengelakkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar, malah
dalam banyak keadaan menghalang kemasukan pedagang luar ke negara mereka.
2. Di negara China, dasar pintu tertutup ini
diamalkan antara period abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19. Sehingga
period ini, negara China menganggap orang luar sebagai orang gasar atau
Barbarian, Sepanjang period tersebut, negara China lebih menumpukan perhatian
kepada perkembangan ekonomi dalaman sahaja
3. Jepun telah menjalankan dasar pemencilan yang
relatif dari dunia luar sebelum pemulihan Meiji pada tahun 1868, Dasar isolasi
sebenarnya bukanlah bersifat mutlak. Ini kerana Jepun sebenarnya masih lagi
menerima kehadiran kuasa-kuasa luar, namun dengan kadar yang minimum dan
terkawal. Walau bagaimanapun, boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an,
tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Jepun juga dalam period ini lebih
menekankan perkembangan ekonomi dalaman sahaja.
B.
Isi (20 M)
Dasar Pintu Tertutup di China (10
M)
1.
Pemerintah China merasakan bahawa hubungan dengan luar
tidak diperlukan sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam
negara mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber
barangan sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.
Sistem ekonomi sara diri yang diamalkan menyebabkan keperluan terhadap barangan
dari luar sangat kecil. Keadaan ini, sebaliknya terhadap kuasa luar yang sangat
memerlukan barangan negara China terutama tembikar, teh, sutera dan sebagainya.
2. Dasar negara ini juga sangat berkait rapat
dengan rasa kebimbangan yang dialami bahawa pihak luar terutama kuasa Barat
akan campur tangan dalam politik tempatan.
3. Mereka juga bimbang, budaya dan agama
tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campur tangan. Agama Kristian yang
dibawa oleh Barat akan menyebabkan agama tradisi yang dianuti sejak sekian lama
menerima ancaman.
4. Bagi negara China , mereka beranggapan bahawa
kuasa Barat adalah tidak setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle
Kingdom. Oleh itu, hubungan sama taraf tidak boleh dilakukan kerana ia akan
menjatuhkan kedudukan “Middle Kingdom” tersebut
5. Sehingga abad ke-18, negara China masih lagi menjalankan hubungan
baik dengan kuasa-kuasa Barat. Walau bagaimanapun, negara China masih tetap
menganggap kuasa-kuasa Barat sebagai Barbarian dan dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin
negara China masih lagi melihat `keagungan silam' mereka.
6. Dalam
sejarah negara China, dasar pintu tertutup dan pintu terbuka sering mendominasi
hubungannya dengan kuasa luar. Misalnya, sebelum negara China menutup pintunya
pada abad ke-19, negara China telah menjalankan dasar pintu terbuka. Dasar
pintu terbuka ini telah dilaksanakan sejak abad ke-16 lagi.
7. Walau
bagaimanapun, China kemudiannya mengetatkan hubungan tersebut terutama sekitar
abad ke-18 dan awal abad ke-19. Negara China sebenarnya tidak dapat lari
daripada perhatian kuasa Barat sejak abad ke-16, iaitu permulaan period
pelayaran dan penjelajahan mereka.malah, sebelum kehadiran kuasa Barat ke
negara China, barangan dan negara China telah terlebih awal menguasai Barat.
8. Portugis,Sepanyol
dan Belanda merupakan kuasa Barat pertama membuat hubungan dengan negara China
sepanjang period abad ke-16 hingga abad ke- 18.
9. Selain
hubungan dagang, negara China juga membenarkan mubaligh Kristian memasuki negara China.
10. Namun
sepanjang masa, kuasa Barat sebenarnya hanya dibenarkan untuk bergerak di
kawasan yang terhad di negara China. Hanya pelabuhan tertentu sahaja yang
dibenarkan menerima kedatangan pedagang Barat.Canton menjadi satu-satunya pelabuhan yang menerima delegasi dari
negara-negara yang mengakui kewujudan kekuasaan Negara China ke atas mereka.
11. Sistem
perdagangan Canton bukan sahaja menggambarkan bahawa negara China menjalankan
dasar pintu tertutup tetapi juga memperlihatkan mentaliti negara China yang
masih menganggap bahawa mereka masih lagi Middle Kingdom yang tidak memerlukan
hubungan dan barangan dari negara luar. Sistem perdagangan Canton memperjelas
bahawa segala aktiviti perdagangan akan dijalankan melalui satu dasar yang
bersifat monopoli. Pihak kerajaan telah memberikan kuasa perdagangan kepada
hanya 13 buah firma komersil yang dikenali sebagai Hong yang akan bertindak
sebagai agen jualan.
12. Untuk
mengukuhkan firma-firma ini, maka sebuah pertubuhan pedagang yang dikenali
sebagai Co-hong telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti mereka berdasarkan 13
perkara tentang harga barangan dan sebagainya yang berkaitan dengan
perdagangan.
13. Pedagang-pedagang
juga terikat kepada beberapa peraturan yang telah ditetapkan. Antara peraturan
tersebut adalah seperti berikut:
a) Kapal-kapal
perang dilarang memasuki pelabuhan
b) Kaum
wanita dan senjata tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasan gudang di pelabuhan
c) Kesemua
anak kapal dikehendaki mendaftar diri di Macao
d) Gudang-gudang
asing hanya dibenarkan mempunyai lebih
daripada 8 pekerja China
e) Orang
asing tidak dibenarkan membuat sebarang bentuk hubungan dengan pegawai-pegawai
China kecuali melalui Co-hong
f) Orang
asing tidak dibenarkan bebas keluar dari kawasan yang ditetapkan
g) Orang
asing tidak dibenarkan menaiki kapal yang mempunyai bendera dan bot yang
tertutup
h) Orang
asing tidak dibenarkan kekal di Canton selepas musim perdagangan berakhir
i) Kapal-kapal
asing hanya dibenarkan berlabuh di Whampoa
j) Orang
asing tidak dibenarkan membeli buku-buku atau mempelajari Bahasa Cina
14. Kesemua
peraturan ini amat ketat dilaksanakan oleh negara China. Selain itu kuasa
barat juga dikehendaki mematuhi
peraturan dan undang-undang negara China yang dilihat oleh barat sebagai
undang-undang yang berbeza dengan undang-undang mereka dan bersifat kejam.
15. Namun, desakan dari barat yang semakin meluas serta kekalahan mereka
dalam peperangan telah menyebabkan mereka 'terpaksa mengamalkan dasar pintu
terbuka kepada kuasa-kuasa luar. Ini bermakna dasar pintu terbuka yang
diamalkan oleh negara China bukanlah satu dasar sengaja yang dibuat oleh
kerajaan, sebaliknya kesan daripada kekalahan yang dialaminya dalam beberapa
peperangan bermula sekitar pertengahan abad ke-19.
Dasar Pintu Tertutup di Jepun (10 M)
1. Semasa
Zaman Kesyogunan Tokugawa, dasar pintu terbuka Jepun ditunjukkan melalui usaha
menjalin hubungan dagang dengan kuasa-kuasa asing. Saudagar-saudagar Jepun
telah digalakkan menjalin hubungan dagang dengan Asia Tenggara dan negara
China.Malah, Jepun turut menerima kedatangan pedagang Barat.Misalnya, Tokugawa
Ieyasu menerima dengan baik kehadiran pedagang Portugis dan Belanda pada awal
abad ke-16 dan 17.
2.
Walau bagaimanapun, dasar pintu terbuka ini berakhir sekitar tahun 1630-an
apabila Jepun menutup pintu kepada orang asing. Perdagangan asing telah diharamkan
dan semua orang asing telah diusir keluar dari negara tersebut.Malah orang
Jepun sendiri dilarang melawat negara luar.
3. Dasar pintu tertutup Jepun yang berlangsung sejak pertengahan abad
ke-17 telah mendapat perhatian pihak Barat. Misalnya pada tahun 1884, Raja
Belanda telah menasihatkan Kesyogunan Tokugawa agar menghentikan dasar
tersebut. Walau bagaimanapun, saranan Raja Belanda ini tidak diendahkan oleh
Kesyogunan Tokugawa.
4. Stamford Raffles telah berusaha untuk mengadakan hubungan dengan
Jepun dengan menghantar misi ke Nagasaki pada tahun 1813. Walau bagaimanapun,
misi ini gagal.Misi ini tidak diteruskan kerana perhatian Britian terhadap
Jepun terutama dilihat daripada sudut keuntungan perdagangan adalah masih
minimum. Malah apabila Amerika Syarikat mengumumkan akan menghantar misi ke
Jepun dalam tahun 1853, Britain telah memberi sokongan penuh dan berharap
kejayaan misi tersebut akan merintis jalan ke arah pembabitan mereka di Jepun.
5. Dasar
pemencilan Jepun hanya berakhir dengan kehadiran Komodor Mathew C. Perry pada
Julai 1853 di Uraga yang menjadi penanda penting kepada perubahan dasar Jepun
kemudiannya. Kehadirannya telah membawa kepada Perjanjian Kanagawa yang membuka
beberapa pelabuhan Jepun kepada orang luar.Tekanan yang dikenakan oleh kuasa
Barat terutama Amerika Syarikat menyebabkan Jepun tidak mempunyai banyak
pilihan.
6. Menyedari
ancaman yang diberikan oleh Komoder Perry, pemerintah Tokogawa telah setuju
untuk membuat hubungan dengan Amerika dan menandatangani Perjanjian Kanagawa (31
Mac 1854) Antara syarat perjanjian tersebut:
a) Jepun
akan membuka pelabuhan Shimoda dan Hakodate kepada pedagang Amerika,
b) Jepun
dikehendaki memberi layanan yang baik kepada kelasi kapal Amerika,
c) Amerika akan menempatkan konsulnya di Shimoda
d) Amerika
akan mendapat layanan hak wilayah asingan,
C. Penutup (2@3 M)
1. Perang
Candu pada 1839 yang membawa kepada
termeterainya perjanjian Nanking 1842 menyebabkan dasar pintu tertutup telah
berakhir di China.
2. Perjanjian
Kanagawa dengan Amerika Syarikat ini telah menjadi titik tolak kepada penamatan
dasar isolasi Jepun.
8.
Bincangkan kegiatan ekonomi
sara diri di Vietnam dan Filipina sebelum peluasan kuasa Barat.
A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )
1.
Ekonomi
saradiri merupakan satu kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk menyara diri dan
keluarga. Ini bermakna semua kegiatan ekonomi yang dijalankan adalah untuk
keperluan keluarga dan digunakan oleh ahli keluarga sahaja.
2.
Di Negara
Asia, kegiatan ekonomi sara diri yang diamalkan adalah lebih tertumpu kepada
aktiviti pertanian terutamanya penanaman padi. Di samping itu mereka turut
menjalankan kegiatan penternakan, perikanan,memburu binatang, memungut hasil
hutan , pertukangan, perdagangan dan perlombongan.
3.
Antara
negara Asia Tenggara yang mengamalkan sistem ekonomi saradiri ialah Vietnam dan
Filipina.
B. Isi (20 M)
Ekonomi saradiri di Vietnam ( 10 M
)
1. Pertanian
a) Penanaman padi.
i. Penanaman padi melibatkan 5/6 daripada jumlah keluasan
kawasan pertanian di Vietnam.Ini kerana beras merupakan makanan utama penduduk
Vietnam. ¾ daripada penduduk Vietnam bergantung kepada pekerjaan pengeluaran
padi.
ii. Terdapat pelbagai jenis padi yang ditanam di Vietnam
dan berbeza dari satu kawasan dengan kawasan yang lain mengikut keadaan iklim dan
jenis tanah.
iii. Petani akan menuai 20 hingga 25 bushel padi seekar
untuk membolehkan sesebuah keluarga menampung keperluan hidup mereka.
iv. Kawasan tanaman padi yang utama di Vietnam ialah di
Delta Song-Koi dan Delta Mekong. Petani-petani Vietnam menggunakan sistem
taliair untuk mengairi kawasan tanah kering dan seterusnya mengusahakan pertanian.Keadaan
ini membolehkan petani di Vietnam mengusahakan tanaman padi dua kali setahun.
Bagi menyuburkan tanaman, mereka menggunakan najis binatang dan manusia.
b) Tanaman lain.
i.
Masyarakat
Vietnam turut menanam tanaman lain sebagai kegiatan ekonomi saradiri seperti
ubu keledek, jagung, kacang dan buah-buahan.Tanaman ini merupakan tanaman luar
musim yang ditanam di kawasan sawah padi seperti Cochin-China dan Annam.
ii. Mereka turut menanam teh di Tongking dan Utara Annam
untuk mempelbagaikan hasil pertanian.
c) Perikanan
i.
Masyarakat
Vietnam turut menjalankan kegiatan menangkap ikan. Kegiatan menangkap ikan ini
dijalankan di Tasik Tonle Sap.
ii. Hasil tangkapan ikan akan dikeringkan, disalai atau
dijeruk untuk dieksport atau diperdagangkan.
iii. Ikan ini akan dibawa keluar dari kawasan Tonle Sap
dengan perahu ke-dataran Mekong melalui jalan daratan lumpur.
2. Pertukangan/perusahaan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan kegiatan
perusahaan atau pertukangan sebagai salah satu aktiviti ekonomi saradiri.
Mereka membuat tembikar, tenunan dan menganyam.
b) Kegiatan pertukangan mendapat lebih pengiktirafan
daripada petani.Golongan ini dikecualikan daripada kerahan tenaga dan membayar
cukai.Namun mereka terpaksa menghasilkan barangan pertukangan kepada Maharaja
sebagai ganti kepada cukai.
3. Perdagangan
a) Kegiatan perdagangan berlaku antara kawasan daratan
dengan kawasan bukit di pendalaman.
b) Kayu bukit dan buluh akan diperdagangkan untuk
mendapat barangan seperti kicap ikan, ikan kering, garam dan kapur dari kawasan
daratan.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Vietnam turut menjalankan aktiviti
perlombongan. Mereka menjalankan aktiviti perlombongan arang batu di kawasan
Quang Yen.
Ekonomi saradiri di Filipina.( 10 M
)
1. Pertanian.
a) Penanaman padi.
i.
Merupakan
tanaman utama di Filipina. Ini kerana beras adalah makanan utama penduduk
Filipina.
ii. Padi ditanam di kawasan Tanah Pamah dan Tanah Tinggi
kerana masyarakat Filipina mempunyai teknologi pertanian yang tinggi.
iii. Masyarakat Filipina mengamalkan 2 jenis padi sawah
iaitu penanaman padi sawah yang bergantung kepada air hujan dan penanaman padi
sawah yang bergantung kepada air tambahan seperti melalui banjir dan sungai.
iv. Bagi mengusahakan penanaman padi masyarakat Filipina
menggunakan sistem tenggala dan penyemaian dengan tangan.
b)
Tanaman
lain.
i.
Masyarakat
Filipina turut menanam Abaka bagi menghasilkan tali belati. Abaka turut
digunakan untuk membuat tali dan kain. Kawasan utama tanaman Abaka ialah Mindanao dan Tenggara Luzon.
ii. Masyarakat Filipina turut menanam sayuran di sekeliling
rumah,ubi,
melukah ikan di sawah padi atau anak sungai dan menternak binatang
seperti ayam itik dan lembu sebagai aktiviti sampingan dan sumber protein
utama.
iii. Melalui kegiatan pertanian pindah, masyarakat Filipina
turut menanam pelbagai jenis tanaman seperti keladi, jagung, tanaman berubi dan
lain-lain.
c)
Kelapa
i.
Kelapa
ditanam dengan banyaknya di Filipina di kawasan yang panas dan lembab
terutamanya di sepanjang pantai yang berpasir.
ii. Kawasan tanaman kelapa yang utama di Filipina ialah di
Selatan Pulau Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao.
iii. Hasil kelapa telah dipelbagaikan seperti membuat
minyak kelapa dan kelapa kering.
2. Perusahaan/ pertukangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan
perusahaan secara kecil-kecilan seperti
menenun, membuat anting-anting, gelang dan cincin.
b) Mereka turut menganyam tikar, bakul, menyulam dan
menenun kain.
c) Mereka turut menjalankan perusahaan membuat kapal sebagai
perusahaan individu dan keluarga.
3. Perniagaan dan perdagangan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan aktiviti
perniagaan. Pada masa ini kegiatan perniagaan dimonopoli oleh golongan
pemerintah seperti penghulu dan bangsawan. Antara barangan yang diniagakan
ialah kelapa kering, mutiara, pinang dan lain-lain.
b) Masyarakat Filipina turut mengadakan hubungan
perdagangan terutamanya dengan Negara China. Pedagang China membawa tembikar,
sutera dan manik ke Filipina untuk ditukarkan dengan barangan kulit seperti
kulit kura-kura, mutiara dan pinang.
4. Perlombongan
a) Masyarakat Filipina turut menjalankan kegiatan
perlombongan. Mereka melombong tembaga di Toledo yang terletak di bahagian
tengah Cebu dan bijih timah di Utara Mindanao.
C. Penutup ( 2 @
3 M )
1. Sistem ekonomi saradiri di Filipina dan Vietnam telah
mengalami perubahan selepas perluasan pengaruh barat.
2. Selepas kedatangan kuasa barat iaitu Sepanyol di
Filipina dan Perancis di Vietnam, ekonomi saradiri di kedua-dua negara ini
telah mengalami kemerosotan.Sebaliknya masyarakat tempatan di Filipina dan Vietnam
mula melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi komersial yang berasaskan eksport
dan import.
9.
Huraikan kesan Perjanjian
Bowring 1855 dan Perjanjian Nanking 1842.
A.
Pengenalan (2@3 M)
1. Perjanjian Bowring telah
ditandatangani di antara Raja Mongkut dengan wakil kerajaan British iaitu John
Bowring pada 18 April 1855. Perjanjian ini merupakan titik peralihan dari dasar
pintu tertutup kepada dasar pintu terbuka kepada pihak barat. Raja Mongkut
berpendapat bahawa melalui perjanjian inilah, beliau dapat menyekat dasar
imperialisme Barat terhadap Siam
2. Perjanjian ini telah
merintis jalan kepada perjanjian lain dengan kuasa-kuasa Barat yang lain.
Perjanjian ini telah membawa kesan ekonomi dan politik kepada kedua-dua pihak
yang terlibat.
B.
Isi (20 M)
Kesan-kesan Perjanjian Bowring 1855
(10 M)
1.
Pembukaan Siam kepada
perdangan antarabangsa.
a)
Bilangan
kapal yang datang berdagang telah meningkat 10 kali ganda
b)
Sistem
ekonomi Sara diri tradisional Siam telah digantikan dengan dengan sistem
ekonomi komersial. Kayu jati, beras dan gula telah muncul sebagai eksport Siam
yang penting.
c)
Jumlah
eksport beras Siam telah meningkat daripad 5% jumlah pengeluaran pada tahun
1850 kepada 50% jumlah pengeluaran pada tahun 1905
d)
Gula
yang merupakan eksport utama ke Eropah
telah meningkat dua kali ganda dari jumlah pengeluaran dan kawasan tanaman
menjelang tahun 1856.
e)
Barang
import iaitu tektil telah bertambah
f)
Dalam
masa setahun sahaja Siam telah mengalami imbangan perdagangan yang memuaskan.
2.
Britain muncul sebagai
pelabur utama di Siam
a)
Britain
telah menerima keuntungan yang banyak. Singapura dan Hongkong yang merupakan
pelabuhan koloni Britain mula menjalankan perdagangan yang maju dengan Siam.
b)
Pada
tahun 1941, 70% daripada perdagangan eksport Siam dijalankan dengan empayar
British
c)
Menurut
D.J.M Tate dalam bukunya menyatakan Siam telah menjadi ‘Satelit ekonomi’
Britain
3.
Perubahan dalam susunan
kewangan Kerajaan Siam
a) Persetiaan tersebut telah mengubah sama
sekali sistem cukai kerajaan Siam dan menamatkan sistem monopoli perdagangan
yang dipegang oleh golongan bangsawan dan
kerajaan Siam.
b)
Penamatan sistem monopoli ini telah mengakibatkan penyusunan semula dan pembaharuan
dalam susunan kerajaan Siam
4.
Penamatan penguasaan
perdagangan asing oleh orang Cina
a)
Penamatan
ini telah telah mengakibatkan satu hubungan ekonomi yang baru antara Cina dan
kerajaan Siam.
b)
Kerajaan
Siam telah memajak monopoli eksais yang baru seperti perjudian,ganja, loteri dan
minuman keras.
5. Perjanjian dengan negara-negara lain.
a)
Perjanjian Bowring 1855 telah membuka jalan kepada perjanjian-perjanjian lain dengan
kuasa-kuasa Barat.
b)
Antaranya Amarika (1856), Perancis (1856), Demmark
(1868), Belanda (1860), Prusia (1862), Norway, Sweden dan Itali (1868).Ini
telah membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya.
6.
Hubungan Inggeris-Siam
bertambah erat
a)
Ogos
1857, Raja Mongkot menghantar satu perutusan Siam ke Britain yang terdiri dari
3 menteri kanan dan diketuai oleh Phraya Suriyawongse. Perutusan ini telah
mendapat kejayaan besar.
7.
Kemerdekaan Siam
a)
Keputusan
Siam untuk membuka pintunya kepada Britain dan seterusnya kuasa Barat lain
telah mengurangkan kemungkinan campur tangan kuasa asing. Jadi Siam kekal
kemerdekaannya.
8.
Thailand memulakan proses
pembaratan
a)
Pembukaan
Siam mengakibatkan kedatangan mubaligh-mubaligh, profesional-profesional dan
tukang Eropah, selain pedagang
b)
Seterusnya
beberapa orang Eropah telah diambil berkhidmat dengan kerajaan Siam sebagai
tutor, pegawai-pegawai polis, penterjemah dan penasihat-penasihat tentera. Contoh Mongkut telah mengupah lebih orang
80 orang penasihat dari pelbagai negara Barat membantu baginda memodenkan pentadbiran
Siam mengikut ciri Barat.
c)
Pembukaan pintu Siam kepada orang Inggeris dan
seterusnya proses pembaratan telah
membantu Siam mengekalkan kemerdekaannya
9. Perubahan
– perubahan sosial
a)
Hamba
dihapuskan
b)
Larangan
melihat wajah raja dihapuskan .
c)
Orang
Barat dibenarkan menghormati raja Siam dengan cara mereka sendiri iaitu tidak perlu sujud dan hanya tunduk 3
kali sahaja.
d)
Kemasukan
mubaligh Kristian menyebabkan agama
kristian dibenarkan tersebar dengan meluas.
Kesan-Kesan Perjanjian Nanking 1842
(10 M)
1. Perjanjian Nanking mencabar prinsip-prinsip
dan kedaulatan China.
a) China
terpaksa menamatkan dasar tutup pintu yang diamalkan selama ini.
b) Hong Kong
terpaksa dikembalikan kepada British
c) Pegawai atau
konsul British dibawa masuk untuk mengawal warga British dan harta benda mereka.
d) Pemberian
taraf yang sama juga telah mengaibkan China
2. Terpaksa tandatangan perjanjian dengan
kuasa-kuasa lain.
a) 1844 China
menandatangani perjanjian dengan Amerika Syarikat
b) Diberi nama
Perjanjian Wang Hsia
c) Tahun yang
sama China menandatangani dengan Perancis yang dinamakan Perjanjian Whampoa
yang mana Perancis mendapat kebenaran daripada maharaja untuk membina gereja
Roma Katolik di China
d) Juga
mengadakan perjanjian dengan Sweden, Norway dan Russia.
3. Pelabuhan China terpaksa dibuka kepada
pedagang luar
a) China
terpaksa akur membatalkan perniagaan antara saudagar asing
b) Pedagang
asing bebas berniaga dengan sesiapa sahaja yang mereka suka.
c) Pelabuhan-pelabuhan
seperti Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai terpaksa dibuka kepada
pedagang asing
4. Gagal menyekat kemasukan perdagangan candu
a) Candu terus
dibawa masuk ke negara China
b) Kebebasan
berniaga yang diberikan kepada saudagar asing
c) menyebabkan
barangan Barat masuk secara berleluasa ke negara China termasuk candu.
d) Penagihan
meningkat dan menimbulkan masalah sosial
5. Ekonomi China merosot
a) Ekoran
kemasukan barangan asing seperti candu
b) Barangan
China tidak dapat menandingi mutu barangan Barat
c) Menyebabkan
merosotnya perniagaan barangan China
d) Akibatnya,
banyak kilang ditutup dan berlakunya pengangguran
e) Kerajaan
China juga terpaksa menyelaraskan cukai eksport dan import, iaitu pada kadar 5
peratus ad valorem.
f) Terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada
British
6. Kerajaan Manchu semakin lemah
a) orang Cina
mulai sedar bahawa Barat yang dianggap Barbarian telah mengalahkan mereka yang
lebih bertamadun dalam Perang Candu Pertama.
b) amalan adat
kowtow semakin lemah memandangkan pegawai
Eropah dibenarkan menemui pegawai Cina mengikut amalan mereka
c) amalan kowtow
tidak lagi diwajibkan ke atas pegawai Eropah yang datang menemui pegawai China
7. Penyebaran agama Kristian menular semula
a)
sehingga kawasan pendalaman dan di luar dari Canton
b)
ramai rakyat China berjaya dikristiankan
c)
pendedahan terhadap agama Kristian dan pemikiran Barat
telah menyebabkan orang Cina terpengaruh dengan agama dan pemikiran Barat.
d)
perkembangan ini telah mengancam kebudayaan dan
tradisi orang Cina yang berpegang
kepada kepercayaan nenek moyang, ajaran Confucius, dan Taoisme.
e)
seorang mubaligh Perancis , Auguste Chapdelaine
dihukum bunuh kerana didapati bersubahat dengan pemberontak untuk menentang
kerajaan China
8. Perasaan antiasing bertambah
a)
kesan daripada kegiatan penyebaran agama Kristian oleh
mubaligh Kristian
9. China
mengalami kerugian yang banyak
a) kesan Perang
Candu 1
b) dalam syarat
perjanjian terpaksa membayar ganti rugi sebanyak 21 juta yang mana 6 juta di atas penyerahan candu, 3
juta untuk penyelesaian hutangn Hong Kong kepada saudagar British dan 12 juta
atas perbelanjaan perang.
C.
Penutup (2@3 M)
1.
Perjanjian
Yandabo (1826) banyak memberi keuntungan
kepada pihak British dalam usaha
untuk meguasai sumber-sumber kekayaan di Burma .Di samping itu Inggeris telah dapat
meluaskan pengaruh dan menguasai semua wilayah di Burma yang bermula dengan perang Inggeris Burma
1, seterusnya Perang Inggeris Burma II
dan Perang Inggeris Burma III 1885. Dasar
Pintu tertutup yang diamalkan oleh Dinasti Konbaung telah menyebabkan Burma akhirnya
terpaksa tunduk kepada pihak British sehingga diberi kemerdekaan pada tahun
1948.
2.
Perjanjian
Bowring (1855) telah memberi kesan yang besar dari segi ekonomi dan politik
kepada Siam dan British. Perjanjian ini telah menyelamatkan Siam daripada sebarang
pencerobohan luar dan yang paling utama dapat mengekalkan kemerdekaan di
samping Thailand menjadi semakin maju..
10.
Bandingkan
pembaharuan-pembaharuan Raja Chulalongkorn dan Maharaja Meiji pada abad ke-19.
A. Pengenalan
(2 @ 3 M)
1.
Raja
Chulalongkorn (Rama V) merupakan Putera Mongkut dan baginda merupakan raja yang
berwibawa setanding dengan ayahandanya Raja Mongkut.
2.
Baginda
menaiki takhta ketika berusia 16 tahun selepas kematian ayahandanya Raja
Mongkut dan pembesar yang paling kanan, Chao Phraya Sri Suriawongse telah
dilantik menjadi pemangku raja.
3.
Manakala,
pada penghujung tahun 1867, Mutsuhito menaiki takhta pada usia 16 tahun dan
menggunakan gelaran Maharaja Meiji yang bermaksud ‘pemerintah yang terang
menyinari’. Mutsuhito menjadi ‘pemegang kuasa’ di Jepun dan baginda telah
menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun sehingga kini.
4.
Pada
tahun 1868, berlaku satu peristiwa bersejarah di Jepun, iaitu Pemulihan Meiji.
Pemulihan Meiji ini bermakna maharaja
kembali kepada kedudukan sebenarnya,
iaitu sebagai ketua masyarakat yang tertinggi di Jepun.
B. Isi
(20 M)
Pembaharuan Raja
Chulalongkorn (10 M)
Aspek Politik dan
Pentadbiran
1.
Dasar Buka Pintu
a) Baginda telah meneruskan
dasar buka pintu yang dimulakan oleh ayahandanya, Raja Mongkut. Beberapa
perjanjian yang telah ditandatangani, antara Thailand dengan beberapa negara
Barat seperti Perjanjian Perdagangan dengan Belgium, Itali, Sweden dan Norway
pada tahun 1868 dan perjanjian dengan Jerman pada tahun 1872.
2. Dasar Diplomasi Wilayah
a) Raja Chulalongkorn juga
mengadakan dasar diplomasi wilayah dengan menyerahkan wilayah pengaruh Thailand
kepada Perancis dan British.
b)
Laos
dan Kemboja diserahkan kepada Perancis dan Negeri-negeri Melayu Utara
diserahkan kepada British.
3.
Hubungan peribadi dan diplomatik
a)
Hubungan
peribadi dan diplomatik juga diadakan dengan ketua-ketua negara seperti
Maharaja William II (Jerman), Tsar Nicholas II (Rusia), Prince Of Wales
(England) dan Presiden Loubet (Perancis)
b) Pada tahun 1897 dan 1907,
baginda sendiri melawat Eropah demi mengekalkan kemerdekaan, kemodenan dan
kedaulatan Thailand agar tidak dijajah dan dikuasai oleh mana-mana kuasa Barat.
4. Penasihat dari Barat
a) Raja Chulalongkorn turut
membawa masuk dan menggajikan penasihat dari Barat untuk membantu dalam usaha
pemodenan Thailand.
b)
Rolin
Jacquemins (berbangsa Belgium) merupakan penasihat amnya.
c) Penasihat British pula
diletakkan di Kementerian Undang-undang, penasihat Jerman di Jabatan Kereta
Api, penasihat dari Denmark pula dalam Angkatan Laut dan penasihat Itali
diletakkan dalam kerja-kerja pembinaan.
5. Pemusatan pentadbiran dan pemerintahan
a) Chulalongkorn menjalankan
usaha pemusatan pemerintahan, iaitu dengan menubuhkan 12 kementerian untuk
menggantikan struktur pemerintahan dan pentadbiran lama.
b)
Pada
tahun 1892, seluruh pentadbiran Thailand diletak dan diserahkan kepada
Kementerian Dalam Negeri Thailand.
c)
Kementerian
ini telah diterajui oleh Putera Damrong dan ini menyebabkan sistem autonomi
daerah turun-temurun itu ditamatkan.
d)
Bagi
melancarkan dan melicinkan sistem pentadbiran negara, Thailand telah
dibahagikan kepada18 monthon, maung dan amphur.
e)
Chulalongkorn
turut menubuhkan perbendaharaan moden di Thailand dengan bantuan dan nasihat
daripada penasihat kewangan British.
f) Dengan bantuan Rolin Jacquemins,
sistem perundangan ala-Barat telah diperkenalkan. Manakala di bawah penyeliaan
Putera Rabi, Kementerian Keadilan telah ditubuhkan.
Aspek ekonomi
1.
Perdagangan
asing dan pertanian
a)
Tindakan
Raja Chulalongkorn menggalakkan bentuk perdagangan asing dengan British telah
menjadikan British sebagai pelabur utama di Thailand.Bank-bank British dan
Perancis telah ditubuhkan di Thailand.
b)
Selain
perdagangan, bidang pertanian turut menjadi keutamaan Raja
Chulalongkorn.Kawasan- kawasan penanaman padi ditambah dan diperluaskan.
c) Di samping itu,
projek-projek pengairan dan pembinaan jalan-jalan kereta api telah
dilaksanakan. Usaha pembaharuan Chulalongkorn turut terpapar apabila baginda
merupakan satu-satunya raja Charki yang berjaya memulakan rancangan membina
landasan kereta api dari Bangkok ke Korat yang kemudiannya menjadi sistem
pengangkutan penting terutama untuk perdagangan Thailand.
Aspek sosial
1.
Bidang
pendidikan
a)
Raja
Chulalongkorn telah mendirikan sekolah-sekolah untuk golongan bangsawan dan
rakyat jelata.
b)
Sekolah
kerajaan yang pertama telah ditubuhkan di Bangkok pada tahun 1884.
c)
Hampir
setiap tahun Raja Chulalongkorn telah menghantar seramai 300 orang pemuda
Thailand ke luar negeri bagi melanjutkan pelajaran.
d) 3 buah sekolah kerajaan
yang dikuasai sepenuhnya oleh guru-guru British telah ditubuhkan pada tahun
1890-an.Antaranya adalah Sekolah Sunandalaya (sekolah untuk pelajar perempuan
bangsawan), Maktab Raja (untuk bangsawan lelaki) dan sebuah lagi sekolah untuk
anak-anak lelaki golongan kelas pertengahan.
2.
Bidang perhubungan dan pengangkutan
a) Raja Chulalongkorn telah
mempertingkatkan sistem perhubungan di Thailand.Pembinaan jalan- jalan kereta
api telah dimulakan. Jalan kereta api pertama telah dibina antara Bangkok
dengan Paknam pada tahun 1893, dan antara Bangkok dengan Ayuthia pada tahun
1897.
b) Selain itu, Sistem
Perkhidmatan Pos dan Telegraf turut dimulakan.
3.
Penghapusan adat tradisi
a) Raja Chulalongkorn telah
menghapuskan beberapa adat tradisi, antaranya seperti pada tahun1873, adat
sujud di hadapan raja telah dimansuhkan.
b) Selain itu baginda telah
meluluskan undang-undang untuk menghapuskan sistem buruh paksa dan mewajibkan
bayaran untuk penggunaan tenaga buruh.Pada tahun 1905, sistem penghambaan turut
dihapuskan.
Pembaharuan Maharaja Meiji (10 M)
Aspek Politik dan Pentadbiran
1.
Pemusatan
pentadbiran dan pemerintahan
a)
Maharaja
Meiji turut berjaya mengekalkan kestabilan politik demi pemodenan Jepun.
Maharaja Meiji juga telah menjalankan sistem pemerintahan berpusat.
b)
Pada
tahun 1871, sistem feudal secara rasminya telah dihapuskan.
c)
Pada
tahun 1868, wakil Kerajaan Meiji telah mengisytiharkan pemerintahan secara
langsung di Jepun dan pengumuman ini telah diadakan di seluruh wilayah Jepun.
d)
Pada
tahun 1869, daimyo-daimyo Satsuma, Chosu, Tosu dan Hizen telah menyerahkan
wilayah dan keistimewaan feudal mereka kepada Maharaja Meiji.
e)
Negara
Jepun telah dibahagikan kepada beberapa daerah di bawah gabenor yang dilantik
oleh kerajaan pusat.
f) Selain itu, Kerajaan Meiji
telah memberikan pencen tahunan kepada daimyo-daimyo.
2.
Bidang ketenteraan
a) Maharaja Meiji juga
memberikan tumpuan dan keutamaan
kepada bidang ketenteraan dengan
memperkenalkan Sistem Kerahan Moden yang terdiri daripada rakyat biasa yang berumur 20 tahun ke atas.
b)
Sistem
Kerahan Moden merupakan suatu bentuk kerahan tenaga yang ditiru daripada
Jerman. Kerajaan telah mewajibkan kerahan tenaga terutama golongan muda supaya
berkhidmat dalam angkatan tetap atau simpanan selama 12 tahun (3 tahun dalam
angkatan tetap dan 9 tahun sebagai simpanan).
c)
Sistem
ini telah menyebabkan jumlah angkatan Jepun bertambah dan sistem pertahanannya
semakin kukuh dengan pembelian senjata moden.
d)
Pada
tahun 1870, tentera darat moden telah ditubuhkan di bawah Aritomo.
e) Pada tahun 1871, beberapa
maktab tentera tentera turut ditubuhkan dan
ini dikendalikan oleh pelatih-pelatih dari Jerman dan Perancis.
Aspek Ekonomi
1.
Perindustrian dan perdagangan
a) Maharaja Meiji telah
memberikan keutamaan kepada bidang perindustrian. Kerajaan Meiji dikatakan
telah memainkan peranan penting dalam perancangan, pembiayaan dan pencarian
bahan-bahan mentah dan juga pasaran. Satu bentuk sistem cukai moden telah
dilaksanakan.
b)
Selain
itu, Kerajaan Meiji telah menjual perusahaan-perusahaan yang maju kepada pihak
swasta dengan harga yang murah dan bantuan pinjaman juga diberikan kepada pihak
swasta.
c) Kepakaran dari Barat telah
digunakan sepenuhnya dan sistem kewangan dikemas kini dengan penubuhan
bank-bank seperti Bank Tokyo, Bank Jepun dan Bank Yokohama.
Aspek Sosial
1.
Bidang pendidikan
a) Sepertimana Raja
Chulalongkorn, Maharaja Meiji juga memperkenalkan sistem pendidikan moden di
Jepun, iaitu pada tahun 1872.
b)
Sebuah
Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 1872. Pendidikan rendah di
Jepun telah berasaskan model Amerika Syarikat.
c)
Maharaja
Meiji telah menetapkan dan mewajibkan pendidikan rendah di Jepun selama 3
tahun.
d)
Kerajaan
telah menubuhkan Universiti Tokyo dan Universiti Imperial di Kyoto, Kyushu dan
Hokkaido.
e)
Selain
itu, Maktab Teknikal telah ditubuhkan bagi mengekalkan kemahiran teknikal yang
amat diperlukan oleh Jepun bagi tujuan pembangunan fizikal.
f) Maharaja Meiji turut
menghantar pelajar-pelajar Jepun melanjutkan pelajaran dalam bidang sains Barat
dan mereka telah dihantar ke Britain, negara Jerman, Perancis dan Amerika
Syarikat.
2.
Sistem penubuhan dan pengangkutan
a) Kerajaan Meiji turut
memodenkan dan memajukan sistem perhubungan.
b)
Jalan
kereta api dari Tokyo ke Yokohama telah dibina pada tahun 1871, dari Osaka ke
Kobe pada tahun 1874 dan dari Osaka ke Kyoto pada tahun 1877.
c)
Selain
itu, Meiji telah mewujudkan sistem telegraf dan perkhidmatan pos.
C. Penutup
(2 @ 3 M)
1.
Raja
Chulalongkorn dan Maharaja Meiji merupakan pemimpin yang berusaha untuk
memodenkan negara masing-masing.
2.
Dengan
usaha ini, Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya dan dapat mempertahankan
kedaulatan negaranya daripada dicerobohi dan dijajah oleh mana-mana kuasa
asing.
3.
Manakala
Jepun pula telah muncul sebagai sebuah negara yang begitu moden dan berjaya
dalam bidang perindustrian.
4.
Negara
Jepun telah lahir sebagai sebuah kuasa imperialis dunia yang dapat menguasai
negara-negara Asia.
11. Bincangkan peranan golongan pelajar dalam gerakan
nasionalisme di China dan Myanmar sehingga pertengahan abad ke 20.
A. Pengenalan ( 2@3 M)
1.
Penglibatan golongan pelajar dalam gerakan
nasionalisme di China pada awal abad ke 20 dapat di kesan melalui peristiwa
gerakan 4 Mei yang tercetus pada tahun 1919. Matlamat gerakan 4 Mei adalah
untuk mendapatakan kembali semenanjung Shantung daripada pihak Jepun dan
menolak 21 tuntutan Jepun ke atas negara China.
2. Sementara
penglibatan golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di Myanmar pada awal
abad ke 20 di kesan melalui penubuhan Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906,
Persatuan Dobama 1930 dan liga Pemuda Myanmar 1931. Pada tahun 1935 Persatuan
Dobama dan liga Pemuda Myanmar telah bergabung membentuk pertubuhan Dobama
Asiayone dan anggota-anggotanya menggelarkan diri mereka dengan gelaran Thakin
yang bermaksud tuan. Matlamat perjuangan mereka ialah mendapatkan kemerdekaan Myanmar daripada pihak British.
B. Isi (20 M)
Peranan
golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme di China ( 10 M )
1. Gerakan 4 Mei
telah menonjolkan peranan golongan pelajar sebagai pembela kepentingan nasional
di China. Melalui gerakan 4 Mei ini, golongan pelajar telah memainkan peranan
penting membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan rakyat China. Ini jelas
terbukti bila mana demontrasi yang dimulakan oleh golongan pelajar telah
mengakibatkan demontrasi dan pemogokan di seluruh negara China.
2.
Bagi menentang tuntutan Jepun, pelajar China turut
memainkan peranan memupuk sentimen anti- Jepun dengan cara memulaukan barangan
buatan Jepun. Pemulauan ini telah mendapat sokongan orang ramai termasuklah Dr
Sun Yat Sen.
3.
Penentangan yang dilakukan oleh orang cina terhadap
keputusan Persidangan Versailles telah membawa kepada Persidangan Washington
pada 21 November 1921. Melalui Persidangan Washington ini, Jepun bersetuju mengembalikan
wilayah Shantung kepada China dan menggugurkan 21 tuntutan ke atas negara China.
4.
Kegiatan golongan pelajar dalam gerakan 4 Mei telah
melemahkan kerajaan Hulubalang yang menguasai kerajaan China di Peking.
Sebaliknya gerakan Pelajar ini telah berjaya mengukuhkan kedudukan Parti
Kaomintang sehingga berjaya menubuhkan Kerajaan Nasionalis di Nangking pada
tahun 1928.
5.
Melalui peristiwa gerakan 4 Mei, golongan pelajar dan
intelek China amat tertarik dengan
ideologi Karl Mark dan Bolshevik sehingga membawa kepada penubuhan Parti
Komunis China pada tahun 1921.
6.
Melalui gerakan 4 Mei golongan pelajar turut memainkan
peranan menghasil dan menyebarkan bahan-bahan bacaan samaada terjemahan dari
barat atau di hasilkan sendiri oleh golongan intelek China kepada masyarakat Cina.
Mereka turut mengkritik kebudayaan tradisional China yang berasaskan ajaran
Confucius kerana banyak ideanya bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan
intelektual moden. Mereka menyokong pembentukan negara China yang moden
berasaskan sains dan idea barat.
7. Gerakan 4 Mei
turut meningkatkan kedudukan golongan wanita kerana ia turut melibatkan
pelajar-pelajar wanita yang turut menyertai demontrasi-demontrasi yang
diadakan,
Peranan
golongan pelajar dalam gerakan nasionalisme Myanmar. ( 10 M )
1. Peranan golongan pelajar melalui Persatuan Belia
Buddha.
a)
Melancarkan protes terhadap pemakaian kasut oleh orang
Eropah dalam rumah berhala dan pagoda.
b)
Menuntut kerajaan British melaksanakan
pembaharuan-pembaharuan perlembagaan yang sama seperti yang diperkenalkan oleh
British di India melalui sistem pemerintahan dua lapis (diarchy) pada tahun
1919.
c)
Mengatur dan mengawal satu pemogokan pelajar sebagai
membantah keputusan British untuk meninggikan taraf bagi memasuki universiti
Ranggoon dan markah kelulusan peperiksaan.
2. Peranan golongan Thakin.
a) Melancarkan
pemogokan bagi membantah tindakan disiplin yang di kenakan ke atas U Nu iaitu Presiden Persatuan
Pelajar universiti Ranggoon dan Aung San iaitu Setiausaha Persatuan pelajar
Universiti Ranggoon serta menuntut pindaan Akta Universiti 1920.
b)
Mengambil bahagian dalam pilihan raya yang pertama di
Myanmar melalui parti politik mereka sendiri iaitu Komin-Kochin pada tahun 1936.
c)
Menubuhkan persatuan atau pertubuhan bagi mendapatkan
sokongan golongan petani dan pekerja seperti Persatuan Kaum Petani Se Burma,
Liga Penanaman Padi Se Burma dan Kongres Buruh Seluruh Burma.
d)
Menubuhkan Blok Kebebasan bersama Dr Ba Maw semasa
perang dunia ke 2 bagi menuntut beberapa konsesi dari pihak British bagi penyertaan
Myanmar dalam perang dunia ke 2.
e)
Mengadakan pakatan dengan Jepun melancarkan serangan
terhadap British di Myanmar. Atas usaha golongan Thakin Jepun telah memberi
kemerdekaan kepada Myanmar pada 1 hb ogos 1943.
f)
Menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasist bersama pertubuhan nasionalis Myanmar yang lain pada
tahun 1944 untuk menentang Jepun.
g)
Mengetuai delegasi Myanmar ke London bagi menuntut
kemerdekaan Myanmar dari pihak British. Akhirnya kemerdekaan Myanmar
diisytiharkan pada 4 hb Januari 1948 dengan Thakin U Nu sebagai perdana
menteri.
C. Penutup ( 2 @ 3
M )
1. Golongan
pelajar memainkan peranan penting dalam gerakan nasionalisme di China dan
Myanmar.
2. Penglibatan
golongan pelajar telah berjaya menyatukan rakyat di kedua-dua negara tersebut
dalam usaha menentang imperialisme barat.
12.
Bandingkan peranan Sukarno
dan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan India sehingga
Perang Dunia Kedua.
A. Pengenalan ( 2 @ 3 M )
1.
Mahatma Gandhi telah dilahirkan pada 2 hb Oktober 1869
di Perbandar,Gujerat di India barat. Beliau dibesarkan dalam sebuah keluarga Hindu
yang berfikiran ortodoks. Beliau memperolehi ijazah undang-undang di Britain
ketika berusia 19 tahun dan pernah berkhidmat di Bombay dan Afrrika Selatan. Beliau berjuang menentang
dasar apartheid di Afrika Selatan selama 21 tahun. Mahatma Gandhi telah
melibatkan diri dalam politik selepas Perang Dunia Pertama dengan menyertai
Parti Kongres Kebangsaan India pada tahun 1919.
2.
Berbanding dengan Sukarno pula yang dilahirkan pada 6
hb Jun 1901 di Blittar Jawa Timur. Ibunya Ida Ayu Nyoman Rai, keturunan Bali
dan bapanya pula Raden Sukemi seorang guru keturunan Jawa.Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah Tinggi Belanda di
Surabaya. Antaratahun 1921-1926, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Maktab
Teknik Bandung dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 1925, beliau telah
menubuhkan Kelab Pelajar Bandung bersama rakan-rakannya. Pada tahun1926, beliau
telah menerima Ijazah dalam bidang kejuruteraan.
B. Isi ( 20 M )
1. Peranan Mahatma Gandhi dalam gerakan nasionalisme
India ( 10 M )
a)
Pada tahun 1919, Gandhi telah melaksanakan bantahan
yang dikenali sebagai Penentangan Pasif apabila British bertindak
menguatkuasakan Akta Rowlatt pada tahun 1919. Dalam bantahan ini penduduk India
diarahkan agar tidak mematuhi undang-undang baru tersebut secara aman sehingga
undang-undang tersebut ditarik balik. Tindakan ini menyebabkan Gandhi semakin
popular dikalangan masyarakat India.
b)
Pada tahun 1920, Gandhi telah melancarkan satu
perarakan secara besar-besaran di seluruh negara yang dikenali sebagai
Satyagraha atau Penentangan Tanpa Kekerasan. Melalui penentangan ini mereka
tidak bekerjasama dengan British, menutup kedai dan mengadakan mogok.Malangnya
British bertindak balas menentang perarakan tersebut dengan cara membunuh dan
mencederakan seramai 2000 orang awam. Tragedi ini dikenali sebagai Pembunuhan
Beramai-ramai di Amritsar.
c)
Akibat peristiwa ini, pada bulan Ogos 1920, Gandhi
telah melaksanakan dasar tidak bekerjasama dengan British dengan cara
memulaukan majlis perundangan, mahkamah, kolej dan sekolah.
d)
Tindakan ini telah menyebabkan tercetusnya rusuhan
pada tahun 1922. Ini menyebabkan Gandhi terpaksa membatalkan dasar tidak bekerjasama dengan British. Akibat peristiwa
ini, British bertindak menangkap dan menjatuhkan hukuman penjara terhadap
Gandhi sehingga beliau dibebaskan pada tahun 1924.
e)
Pada tahun 1929, British mencadangkan satu persidangan
meja bulat bagi membincangkan isu perlembagaan baru. Namun begitu Parti Kongres
yang bersidang di Lahore pada tahun 1929 telah meluluskan satu resolusi menolak
Persidangan Meja Bulat kerana mereka hanya mahukan kemerdekaan negara India.
f)
Apabila pihak British bersikap dingin terhadap
tuntutan Parti Kongres, maka Parti Kongres bertindak melancarkan Pergerakan
Penderhakaan Awam pada tahun 1930. Dalam pergerakan ini Gandhi telah mengambil bahagian
dalam perbarisan berjalan kaki sejauh 330 km sebagai tanda bantahan terhadap
kerajaan yang mewajibkan rakyat membeli garam dari kerajaan. Pada masa ini
garam merupakan barangan yang dimonopoli oleh kerajaan.
g)
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak British telah
bekerjasama dengan Parti Kongres dan menganjurkan Persidangan Meja Bulat Kedua
di London pada tahun 1931.Gandhi telah hadir dalam persidangan tersebut.
Rundingan antara Gandhi dengan Wizurai Lord Irwin telah menghasilkan Pakatan
Gandhi-Irwin 1931. Menurut pakatan ini Gandhi bersetuju membatalkan kempen
melanggar perintah awam.Sementara British pula bersetuju menarik balik segala
langkah dan tindakan kekerasan serta memberi jaminan untuk membebaskan
nasionalis India yang ditahan.
h)
Bagaimanapun, hasil rundingan tersebut tidak dapat
dilaksanakan apabila Parti Konservatif yang mengambil alih kerajaan Britain
telah bertindak tegas terhadap Parti Kongres.Sikap kerajaan British yang enggan bertolak ansur menyebabkan Gandhi
pulang ke India dan meneruskan kembali kempen melanggar perintah awam dan
memulaukan barangan British. Akibatnya British bertindak menangkap Gandhi dan
Parti Kongres diistyharkan sebagai sebuah parti yang tidak sah.
i)
Hubungan antara British dengan masyarakat India
semakin tegang apabila British mengistyharkan Anugerah Perkauman pada bulan
ogos1932.Gandhi yang berada dalam tahanan ketika itu telah membantah tindakan
kerajaan British tersebut dengan melancarkan mogok lapar dalam penjara.Tindakan
mogok lapar ini telah diberhentikan oleh Gandhi apabila beliau bersetuju dengan
Pakatan Poona yang dibuat oleh British.
j)
Dalam Persidangan Meja Bulat Ketiga yang diadakan pada
tahun 1932, pihak British telah memutuskan beberapa usul untuk memulihkan
kerajaan India. Usul ini telah diterima oleh parlimen India dan akhirnya diluluskan
sebagai Akta Kerajaan India 1935 yang menjadi asas kemerdekaan India.
2.
Peranan Sukarno dalam Gerakan
Nasionalisme Indonesia ( 10 M )
a) Peranan
Sukarno dalam Parti Nasionalis Indonesia.
i.
Menubuhkan Parti Nasionalis Indonesia ( PNI) pada 4
Julai 1927 untuk menuntut kemerdekaan penuh bagi Indonesia dengan cara
menyatukan seluruh rakyat Indonesia dan melaksanakan dasar tidak bekerjasama
dengan Belanda.
ii. Melaungkan
slogan Perpaduan Nasional dan berdikari dalam kalangan rakyat Indonesia dan menerbitkan akhbar Persatuan
Indonesia bagi menyebarkan konsep nasionalismenya.
iii. Berjuang untuk
menjadikan bahasa Indonesia sebagai bahasa rasmi di Indonesia.
iv. Mengukuhkan
kesatuan-kesatuan sekerja, memajukan syarikat-syarikat kerjasama dan membantu
pendidikan nasional di Indonesia terutamanya Sekolah-Sekolah Taman Siswa.
v. Menyeru rakyat
Indonesia memulaukan Volksraad dan Perkhidmatan Awam di Indonesia.
vi. Di bawah
pimpinan Sukarno, bahagian pemuda PNI telah menganjurkan satu kongres pemuda
pada 28 hb Oktober 1928 yang telah menghasilkan sumpah pemuda. Sumpah pemuda
ini melaungkan slogan Satu Negara, Satu Bangsa dan Satu Bendera iaitu Sang Saka
Merah Putih dengan lagu kebangsaannya Indonesia Raya. Sumpah pemuda ini menyebabkan
perkataan Indonesia benar-benar menjiwai perjuangan nasionalisme mereka.
vii. Pada 17 Disember 1928, Sukarno telah berjaya
menyatukan hampir semua pertubuhan nasionalis di Indonesia dalam satu
Persekutuan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI)yang
longgar. PPPKI telah disertai oleh Sarekat Islam, Budi Ottomo,Pasuendan,Ikatan
Sumatera, Kelab Pelajar Surabaya dan PNI sendiri.
viii. Sukarno juga
bertanggungjawab bagi kepopularan PNI. Ini kerana Sukarno merupakan ahli pidato
yang lantang dan berkarisma. Pidato Sukarno yang berapi-api telah menambahkan
sokongan rakyat terhadap perjuangan PNI. Ini menyebabkan PNI muncul sebagai
sebuah parti nasionalis yang paling kuat dan berpengaruh di Indonesia.
Menjelang tahun 1929, jumlah anggota PNI ialah 10,000 orang dengan cawangan-cawangannya
di Pulau Jawa dan pulau-pulau di luar Pulau Jawa.
ix. Kepopularan
PNI dan sifat antipenjajahnya amat membimbangkan kerajaan Belanda. Justeru itu,
Belanda bertindak menarik balik lesen penerbitan akhbar Persatuan Indonesia dan
menangkap Sukarno serta 7 orang pemimpin PNI yang lain pada 24 Disember 1929.
Sukarno telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun. Serentak dengan itu PNI
telah diharamkan dan seterusnya dibubarkan pada bulan April 1931.
b.
Peranan Sukarno dalam Parti Indonesia (
PARTINDO )
i. Sukarno telah dibebaskan dari
penjara oleh Belanda pada bulan Jun 1931. Setelah dibebaskan, Sukarno cuba
menyatukan gerakan–gerakan yang bersifat revolusiner di Indonesia bagi
menentang Belanda, tetapi gagal.
ii. Justeru itu, pada bulan ogos
1932, Sukarno telah menyertai Parti Indonesia ( PARTINDO ). Beliau telah menjelajah ke
seluruh Indonesia untuk menyampaikan pidatonya serta menyeru mereka menyertai
PARTINDO. Tindakan ini menyebabkan keanggotaan PARTINDO bertambah dengan pesat.
Buktinya pada bulan Februari 1932, anggota PARTINDO hanyalah seramai 3000 orang
sahaja. Namun menjelang bulan Ogos 1933, jumlah anggota PARTINDO telah
meningkat kepada 20, 000 orang.
iii. Kegiatan
Sukarno dalam PARTINDO dianggap mengancam Pemerintahan Belanda di Indonesia. Akhirnya
Sukarno ditangkap sekali lagi pada bulan Ogos 1933 dan dibuang ke Flores dan
seterusnya ke Bangkulan serta dipenjarakan di sana.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1.. Berdasarkan huraian di atas,
jelaslah bahawa Mahatma Gandhi telah memainkan peranan penting dalam gerakan
nasionalisme di India.Perjuangan Gandhi dalam gerakan nasionalisme ini telah
meletakan asas bagi India mencapai kemerdekaan. Hasil daripada perjuangan beliau
telah memaksa British untuk mengisytiharkan kemerdekaan India pada 15 hb Ogos
1947.
2. Sementara perjuangan Sukarno pula telah berakhir dengan kemerdekaan
Indonesia. Kejayaan ini telah menyebabkan Sukarno diisytiharkan sebagai
Presiden Republik Indonesia yang pertama.
SKEMA JAWAPAN
TAMAT
Subscribe to:
Posts (Atom)