NUFFNANG ADS

Wednesday, January 2, 2013

Warna Aura Lambang Karakter Peribadi Anda




MERAH
  Mengungkapkan aktiviti hidup dan melambangkan kemahuan atau kehendak yang sangat mendalam.Orang yang mempunyai aura merah seorang yang aktif,produktif,selalu memandang ke hadapan,tidak sensetif dan ego,pemimpin,suka mengkritik,mudah rasa tidak aman dan sentiasa fikir bahawa dia adalah benar.Ia turut melambangkan seorang yang suka bersaing,berani bertindak,tekad dan juga panjang akal.Kebaikan mempunyai aura merah ialah mereka berupaya menjadi pemimpin dan mempunyai fokus yang jelas bagi mencapai tujuan.Keburukan mempunyai aura merah adalah sukar bekerja dengan orang lain kecuali jika masing-masing mendapat apa yang diingini.Mereka ini suka bertengkar,ego dan kurang sensitif..

JINGGA
  Mengungkapkan kehangatan.Orang yang mempunyai aura bewarna jingga sukakan kesenangan duniawi,tentangan,berkhayal,membantu orang lain,menyendiri dan tidak suka dikongkong.Kebaikan mempunyai aura jingga adalah mereka dikategorikan sebagai mempunyai akal yang panjang dan kreatif.Selain itu mereka amat berani dan mempunyai kebolehan mengetahui siapa lawan dan siapa kawan.Keburukan mempunyai aura bewarna jingga adalah terlalu mementingkan diri sendiri.Lazimnya mereka kurang suka hidup bekeluarga dan lebih gemar bersendirian..

KUNING
  Mengungkapkan intelektual.Orang yang mempunyai aura kuning suka menyenangkan orang lain,sukakan humor dan membuat orang ketawa,suka mengambil risiko,seorang yang peka dan penuh prihatin,setia dan sukakan kebebasan.Kebaikan mempunyai aura kuning adalah mereka suka bersukan,sangat prihatin dengan penampilan diri dan mementingkan kesihatan yang baik.Keburukan mempunyai aura kuning adalah mereka agak pemalu sekiranya berada dalam kalangan orang yang tidak dikenali.Selain itu,mereka adalah orang yang suka memberontak dan tidak mudah berkongsi perasaan sedih dan juga masalah dengan orang lain..


HIJAU
  Mengungkapkan kesegaran dan ketenangan.Mempunyai pemikiran yang cepat,cemerlang dan pandai.Tidak suka diperintah,suka bersaing dan mempunyai personaliti serta penampilan yang menarik.Tetapi keburukannya adalah orang ini tidak sabar terutama ketika mendengar keluhan atau masalah orang lain.Keburukan mempunyai aura bewarna hijau ialah mereka ini terlalu agresif dan berpandangan bahawa semua orang harus bersetuju dengan pandangannya.Tidak cenderung untuk mengakui sesuatu kesalahan yang telah dibuat.Kebaikan mempunyai aura hijau pula mereka mempunyai keperibadian yang kuat dan jarang ada orang yang boleh berdebat dengan mereka..

BIRU
  Mengungkapkan kesetiaan.Seseorang yang mudah memberikan perhatian kepada orang lain dan mahir berkomunikasi.Cenderung mengubah diri sendiri jika terdapat sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.Seorang yang sesitif dan mempunyai naluri yang sangat kuat.Dia dapat berasakan jika sesuatu akan terjadi.Kebaikan mempunyai aura bewarna biru mereka mampu berasakan dan mengetahui apa yang difikirkan orang lain.Mereka ini juga mempunyai ramai kawan kerana mereka mudah disenangi oleh orang lain.Keburukan mempunyai aura bewarna biru adalah mereka terlalu dramatis apabila ia berkaitan dengan soal cinta dan pandai memanipulasikan orang lain..


UNGU
Mengungkapkan spiritual atau kerohanian yang mendalam.Seorang yang dinamis dan berkarisma,mempunyai perasaan penuh kasih sayang dan mudah simpati.Selain itu,meminati muzik dan boleh dijadikan sahabat yang baik..

INDIGO
  Mengungkapkan sifat bijak yang amat mendalam.Seorang yang halus dan lemah.Mempunyai kulit putih dan pucat serta tidak suka keluar rumah.Mempunyai sifat keanak-anakan dan mempunyai perasaan yang peka.Kurang bertanggungjawab dan suka mengagungkan diri sendiri.Kebaikan mempunyai aura bewarna indigo adalah mereka mempunyai kekuatan mental yang sangat kuat mendalam.Keburukannya mereka kurang pandai berkomunikasi dan suka menyendiri..






                                                                                                     
                                                                           Sayonara...                                                                                


Tuesday, January 1, 2013

Akhlak Nabi


Hari ini merupakan hari pertama tahun 2013..
Helaian pertama ''Buku 2013''..
Disebabkan sekarang aku masih tak buat apa-apa maka,boleh le post cerita selalu!! huhuhu


Walaupun kita sebenarnya umat Islam dah lama masuk tahun hijrah yang baru tapi aku masih berharap tahun ni dapat jadi orang yang lebih baik daripada tahun lepas,dapat capai apa yang diinginkan & selalu maniskan muka walaupun muram!! 
Ya!! itu penting!!

Untuk langkah pertama,jom cuba amalkan apa yang ada dalam senarai ni..
Petik daripada Facebook je tapi amat berguna untuk kita semua..

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang insan yang paling sempurna yang pernah diciptakan.Baginda diutuskan untuk menjadi contoh untuk umat manusia seluruhnya.Akhlak baginda adalah yang terpuji dan sempurna.Tak hairanlah ramai yang telah tertarik kepada Islam apabila melihat keperibadian Rasulullah s.a.w

Antara Peribadi dan Akhlak Rasulallah S. A. W

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya

4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan

7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas

10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk

13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa

16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama

19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas

22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara

25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya

28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka

31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap

34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak


Bukan mudah sebenarnya nak amal tapi cuba jugak!
Peringatan dekat diri sendiri juga yang membaca..
Umur dah makin meningkat,kalau sekarang tak belajar macam mana nak didik anak esok-lusa..

Jarang sebenarnya nak jumpa orang yang amal dengan apa yang dia belajar,
jadi untuk tahun ni apa kata kita belajar sikit & kita amal..

Bak kata pujangga Arab,

ILMU TANPA AMAL UMPAMA POHON TANPA BUAH